Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

11 January 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 8



SHUHADA sudah bersiap-siap mahu pergi ke sekolah. Aku mula membasuh pinggan mangkuk serta beberapa biji cawan yang telah digunakan semasa sarapan pagi sebentar tadi. Hafiz sudah naik ke bilik untuk bersiap ala kadar. Aku? Selamba hanya menggunakan t-shirt dan seluar panjang untuk menghantar Shuhada ke sekolah. Puas anak saudara aku menyuruh aku bersiap cantik-cantik, katanya manalah tahu nanti Hafiz akan membawa aku bersiar-siar selepas menghantarnya.

Pagi-pagi buta bawa bersiar? Tidak pernah dibuat orang. Kecuali pergi pasar ke, pasaraya ke kalau tidakpun pergi berjoging. Masuklah juga akalnya, kalau dibawa bersiar-siar mesti ada something wrong something where gamaknya itu.

Usai membasuh segalanya, aku pergi mendapatkan Shuhada yang sedang mengikat tali kasut sekolah. Sedang keluar dari pintu dapur, aku terserempak dengan Hafiz. Aku menjadi gugup tiba-tiba dan sejak akhir-akhir ini aku rasa aku sudah tidak seperti dulu.

Mana pergi hilang rock aku?! Adesss...

"Intan dah siap? Pakai macam ini aje ke? Tak nak pakai cantik-cantik?"

"Hah!? Dah siap dah. Pakai macam ini ajelah. Takkan nak suruh saya pakai bahu gaun kembang setaman? Jadilah pakai sederhana macam ni, tak payah cantik-cantik sangat pun. Saya bukannya cantik, cun melecun mengalahkan ratu cantik. Sayaaaaaa....opssss...sorry, membebel pulak pagi-pagi ni..."

Baru aku tersedar, harini banyak sungguh aku berkata-kata. Kalau selalunya aku akan jawab sepatah-sepatah sahaja. Dia tanya satu, maka aku pun jawab satulah juga. Kenapa mulut ini laju semacam seperti peluru berpandu?

"Abang suka Intan banyak cakap...sebab tengok Intan akan ceria. Pakai t-shirt pun t-shirtlah. Janji dapat memadu kasih..." Hafiz tersengih aku terkeliru.

"Memadu kasih?" Aku ini memang sesuai dilabelkan minah 'blur'. Lembab untuk berfikir.

"Takpelah. Tak ada apa-apa. Jom, nanti Shuhada terlewat sampai ke sekolah.

Aku tidak dapar berfikir dengan waras selepas mendengarkan kata-kata 'memadu kasih' dari Hafiz. Aku hanya menjungkitkan bahu. Langkah diteruskan untuk mendapatkan Shuhada yang sudahpun bercekak pinggang.

"Acik Intan yang nak pergi sekolah ke Hada ni? Bersiap bukan main lambat. Cepatlah, ada masa setengah jam lagi ni sebelum pintu pagar tertutup..."

"Hish mak nenek ni, membebel aje. Kan kekasih kamu tu selalu jaga pintu pagar sekolah. Takkan dengan kamu dia tak lepaskan jugak? He He He..."

"Acik Intan! Hada gantung Acik Intan tepi pintu kereta nanti baru tau..."

"Eleh curi ayat Acik Intan... La la la la..."

"Arghhhh! Ini yang nak jadi gorila pepagi ni...Huargghhhh!"

"Hada...kalau marah-marah camni, makin sukalah Abdur Rahman dengan kamu. Ha Ha Ha..."

"Acik Intannnnnnnnnnnn...huwaaaa.....kenenkanlah dengan orang lain. Ini si hidung panjang bengkok yang boleh gantung penyangkut baju nak buat apa. Hada tak suka tau..."

"Ha Ha Ha...senang kamu tak payah ampai baju dekat luar rumah. Ha Ha Ha..."

Aku masih mentertawakan dan mengusik Shuhada dan membuatkan muka anak buah kesayangan aku sudah kemerah-merahan. Aku terlupa dengan kehadiran Hafiz disisi dan lantas bahu aku dicuit. Aku berpaling.

"Jangan suka sangat mengusik Hada, kalau abang yang mengusik sayang terkelu nanti..." Hafiz mengenyitkan mata ke arah anak buah aku. Tawa aku terus terhenti dan aku mencebik. Menyibuk waktu orang bersukaria.

"Eleh...sibuk..."

"Ha Ha Ha...cayalah Acik Hafiz geng dengan Hada. Bluekkkk...padan muka Acik Intan..."

"Eh...eh budak kecik ni. Karang Acik Intan sakat lagi karang. Menangis pulak dekat dalam kereta nanti. Sudah, jom..."

Hafiz hanya tersengih dan menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Harini tinggal dia berdua sahaja bersama Intan Maisarah di rumah. Agenda pertamanya pagi ini adalah membawa Intan Maisarah pergi berjalan-jalan di Taman Metropolitan Kepong untuk menghirup udara yang segar. Namun dirahsiakan dahulu dari pengetahuan Intan bimbang isterinya tidak mahu ikut serta. Maklumlah budak masih baru belasan tahun, masih belum mengerti tentang perasaaan sebenar seorang suami yang sudah mula jatuh cinta terhadapnya. Masih kekal sikap 'blur'nya yang tidak habis-habis.

Semasa di dalam perjalanan, aku lebih banyak mengusik Shuhada daripada berbual dengan suamiku sendiri. Entah kenapa terasa sangat kekok sejak akhir-akhir ini. Kalau waktu sekolah dahulu, akulah pelajar yang paling banyak mulut berbunyi. Mengusik sana, mengusik sini, menjawab sana dan menjawab sini. Sekarang apa sudah jadi? Dalam mulut macam ada Intan Berlian sahaja.

Err...nama pun dah dekat-dekat. Intan Berlian vs Intan Maisarah... Ha Ha Ha

Tiba-tiba tawaku meletus dan membuatkan Shuhada serta Hafiz memandang aku dengan pelik. Alamak! Berangan lagi. Kantoi lagi buat kali berapapun aku sudah tidak terkira. Berangan itu sudah menjadi satu tabiat yang sukar untuk aku kikiskan.

Kata orang... Orang yang kata, bukan aku yang kata okeh...

Kata orang kalau kita banyak berangan, otak senang menjadi lembab! Yeke! Memandai betul! La La La

"Itu berangan tak habis-habislah tu. Patutlah Acik Intan ni lambat pickup kalau orang cakap apa..." Shuhada sudah mula mendapat point untuk mengenakan aku. Baik aku bersiap sedia!

"Acik Intan punya sukalah..."

"Takpe Hada, Acik Hafiz suka. Itu yang buat Acik Hafiz makin sayang macam nak bungkuskan hati Acik Hafiz nak bagi dekat Acik Intan kita ni. Lagi satu, angan-angan Acik Intan tu yang buat jantung Acik Hafiz berdetak detup...."

Erkk...apa kena mengena aku punya berangan dengan jantung dia, hati dia...? Ceh!

"Wow! Acik Hafiz ni memang suami yang romantik. Hada nak cari suami macam Acik Hafizlah. Tentu bahagia rasa hidup!"

"Tu...Abdur Rahman ada, tolak tuah!" Aku menyampuk dan membuatkan tawa Hafiz meletus. Pertama kali aku melihat dia seceria ini. Kalau tidak selalu tersenyum sahaja. Paling wangi pun tersenggih mcam kerang wangi juga ( pinjam pepatah suami aku sekejap ). Erkk!

"Acik Intan! Geramnya Hada. Acik Hafiz, tengoklah Acik Intan ni...sakat Hada lagi!"

"Okeylah tu Hada dengan Abdur Rahman. Pasangan ideal dan secocok apa. Kan Intan kan..kan kan..."

Wah! Pertama kali masuk geng dengan aku! Syabas! Kemenangan berpihak kepada aku. Ha Ha Ha...

"Huwaaaaaaaaaaaaa!"

Aku sudah tertawa sampai memegang perut. Sehinggakan aku terkekek dan tidak lagi control ayu. Hafiz mengenyitkan mata dan aku hanya tersenyum sambil mengganggukkan kepala.

Setibanya diperkarangan sekolah aku melambai-lambai Shuhada yang sudah masam mencuka. Aku lihat Shuhada marah-marah apabila Abdur Rahman menegurnya. Shuhada berlalu dengan pantas dan Abdur Rahman masih setia membuntuti dari belakang.

"Benci-bencilah, esok jatuh cinta baru pada muka..."Aku tergelak dan apa yang aku ucapkan di dalam hati terkeluar di mulut sendiri. Hafiz memegang tanganku.

"Seperti kita berdua... Mula-mula benci. Selepas itu sayang dan akhirnya mencintai. Abang tahu di masa hari pernikahan kita, Intan bencikan abang. Yelah tak kenal siapa abang tiba-tiba disuruh kahwin. Ntah abang ini orang jahat ke, sembarangan ke, penagih dadah ke... Mestilah Intan bencikan... Tapi alhamdullillah abang bukan manusia seperti itu. Malah abang bersyukur kerana Intan menerima diri abang, keluarga abang dan yang penting Intan tidak mementingkan diri sendiri. Intan patuh pada permintaan arwah ibu dan abah. Abang bangga. Terima kasih sayang."

"Errrkkk!..." Aku terkelu dan cepat-cepat menarik tanganku. Hafiz tergelak. Wajah aku sudah kemerahan. Kenapalah hati aku ini seperti ada taman?

Ini yang paling hendak aku elakkan. Berdua-duaan dan meluahkan perasaan bunga-bunga. Yewww! Aku minah rock! Bukan minah jiwang! Oh sangat kontra! Aku lemas dengan kata-kata cinta, pujuk rayu, sayang menyayang....

Tetapi kenapa hati semacam berkembang-kembang bila dipuji? Perasaan seperti sedang terbang melayang?

Alamak! Ini kalau Zulaikha, Iman, Zack dan Raju tahu mesti aku dibantai gelak! Dahulu aku pernah berkata bahawa hati aku ini jiwa keras! Kental! Macho! Hebat! Tidak mudah berjiwang-jiwang. Sekarang apa sudah jadi, suami baru bagi sepatah dua kata ayat kasih aku sudah rasa lain macam. Langgar sumpah ke apa!

Oh! Hati tolong kembali kepada yang asal. Dia milik Nadira dan aku? Entahlah...tiba-tiba perasaan yang terbang melayang tadi mati begitu sahaja. Aku segera memandang ke luar tingkap kereta.

"Awak milik Nadira, bukan saya yang budak belum cukup matang ini..." Terkeluar kata-kata yang sepatutnya tersimpan kemas di dalam hati. Aku melihat perubahan mendadak pada wajah Hafiz. Aku tergamam!

"Dia sudah menjadi sejarah. Maafkan abang kerana tidak berterus terang... Hati abang pada sayang sekarang. Cinta dan perasaan abang hanya untuk Intan Maisarah, bukan Nadira. Abang nak Intan pegang kata-kata abang itu. Maafkan abang, tidak terniat abang nak lukakan perasaan sayang. Tapi itu janji dan sumpah abang pada sayang."

"Jangan bermain sumpah kelak termakan diri. Sudahlah, lupakan dahulu soal hati dan perasaan antara kita. Saya tetap belum bersedia apa-apa. Maafkan saya."

Aku dan Hafiz hanya mendiamkan diri. Tujuan untuk bersiar-siar di taman mati begitu sahaja. Kereta Hafiz meluncur tanpa tujuan dan arah. Kami melayani perasaan sendiri. Aku sebenarnya takut untuk menerima hakikat bahawa hati dan perasaanku sedikit sebanyak sudah terusik dengan kelembutan Hafiz sejak beberapa hari ini.

Apakah aku sudah jatuh cinta? Apakah aku sudah jatuh sayang? Apakah aku sudah jatuh kasih? Kalau iya, mengapa ragu-ragu itu semakin kuat mencengkam naluri aku. Nama Nadira terngiang-ngiang bermain difikiran. Aku gementar seandainya suatu hari nanti Hafiz akan meninggalkan aku dan kembali kepada Nadira.

Sanggupkah aku terluka? Jawapannya tidak. Kerna aku bimbang suatu hari nanti cinta untuk Hafiz akan terus mati seandainya dia beralih kasih dan saat itu tiada lagi peluang kedua mahupun ketiga. Aku tidak mahu berakhir dengan kelukaan dan kemusnahan.

"Beri saya masa..." Tiba-tiba aku bersuara memecahkan hening sunyi. Hafiz memberhentikan keretanya.

"Betul ni sayang!...Betul sayang bagi abang peluang? Terima kasih sayang...terima kasih. Abang percaya kita berdua akan bahagia..."

"Saya tak kata saya bagi peluang. Saya kata bagi saya masa..."

"Errrkkk...samalah tu. Alah sayang ni main tarik-tarik tali pulak... Abang tahu sayang pun dah sukakan abang kan...kan..kan..." Hafiz mengujiku.

"Eh...memandai aje. Bila masa ntah kita cakap kita sukakan dia...Perasan!"

"Eleh...tak payah malu-malu. Abang tahu sayang pun sayangkan abang."

"Errr...mana..mana adaaaaa..."

"Tergagap-gagap tu betullah tu...abang pun sayangkan sayang..."

"Terpulanglah...sayang tak cakap apa-apa pun..."

"Apa dia? Sayang? Ini yang buat abang nak terlompat-lompat ni. Thanks sayang..."

"Errrr....tersasullah. Saya tersasul aje tercakap perkataan tu."

"Takde nak tarik-tarik balik. Kalau perahu bolehlah jugak kita tarik...I Love You Intan Maisarah!"

Aku terpanar dan membiarkan sahaja Hafiz tersenyum-senyum seorang diri. Aku? Menyengih dalam hati. Biarlah masa yang menentukan sama benar ataupun tidak perasaan aku ini.

2 kata-kata pujaan:

IVORYGINGER said...

ai ai... ada taman dlm hati nmpk. he... sweet couple lol. ;D

vidadarisakura said...

;)

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*