Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

01 February 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 10



KRING!! KRING!!

Talian telefon dirumah mengganggu sedikit keselesaan aku sewaktu menonton television yang sedang menyiarkan rancangan kegemaran aku. Bolos! Aku memang gelihati kalau melihat Zizan Raja Lawak ini berceloteh, dengan hidung mancung dia yang kalah mat salih itu membuatkan aku sedikit tertawan. Ceh! Ingat Zizan itu hendak pandang sangat muka aku yang comot ini? Hu hu hu

Aku mempercepatkan langkah dan menyambut panggilan itu. Agak tersentak sedikit mendengarkan suara ditalian sebelah sana. Romantika ya amat! Tolonglah...

"Assalamualaikum sayang...abang ni..."

"Waalaikumsalam..." Aku menjawab panggilan itu seperti acuh tidak acuh. Kalau melayan nanti melebih-lebih pula. Cuma sejak akhir-akhir ini senyuman diwajah Hafiz agak berlainan sekali. Pelik...

"Sayang tengah buat apa tu?"

"Tengah panjat pokok kelapa..."

"Buat lawak pulak sayang ni. Abang minta maaf sebab keluar tak bagitahu sayang...Hada dah balik?"

"Eh...eh...takpe..takpe...Intan nak tak kisah pun, buat apa sampai nak minta maaf bagai...Sekarang baru pukul 11 pagi, Hada belum balik lagi. Nak tanya ni, makan kat rumah ke makan kat luar?"

"Makan kat rumah...sayang masak eh...Abang belum pernah rasa air tangan dari sayang...Maaf jugak sebab terpaksa batalkan percutian bulan madu kita disaat-saat akhir. Abang janji kerja abang siap kita pergi bercuti ok..."

"Errr...errr...tak jadi pun tak apa...." Aku cuba mengelak. Selamattttttttttt.....

"Mana boleh tak jadi...Mesti jadi! Bila lagi abang nak berdua-duaan dengan sayangkan..."

"Erkkk..." Aku terkedu. Ini yang aku malas. Kalau melayan memang angin romantika dia akan berubah semakin menjadi-jadi. Ini tidak boleh jadi.

"Oklah sayang, abang nak sambung buat kerja. Abang janji harini abang balik cepat. I miss and love you...muah...muah...muah..." Hafiz tergelak di hujung talian dan membuatkan aku terasa tidak selesa diperlakukan sebegitu. Sekarang ini semakin kerap patah-patah perkataan itu ditaburkan untuk aku.

"Assalamualaikum...bye!" Terus aku meletakkan gagang telefon dan terasa diri seperti hendak muntah mendengar kucupan pihak sebelah sana. Gila ke apa kucup-kucup dekat gagang telefon? Memang orang selalu buat macam itu ke? Opssss....

Aku berpatah semula untuk menyambung kembali menonton rancangan kegemaran aku. Namun sedikt kecewa kerana permainan sudah separuh jalan. Bengkak juga rasa hati sebab terlepas mendengar lawak jenaka Zizan. Pssstt....semua cerita yang ada berkaitan dengan Zizan mesti aku tak lepas menontonnya. Pelikkan? He he he...

Akhirnya rancang itu tamat. Aku suka dengar tag line Zizan ini...

"Bolos saja dinding itu!"

Ha ha ha... Dinding kertas memanglah boleh bolos walaupun mata terpejam rapat. Kalau dinding betul-betul? Mahu sahaja bengkak dahi kepala kalau melanggar dinding keras itu. Lagi satu kalau dia buat lawak dalam cerita Raja Lawak yang bersiaran di Astro. Aku memang gelihati melihat lawak spontan dia. Paling suka bila dia tersenyum ata tergelak, so sweeeeeetttttt.....

Akhirnya aku bangun dari tempat pembaringan menuju ke dapur. Melihat apa-apa yang boleh dimasak. Aku membuka pintu peti ais yang atas dan mendapati ada ketam, ayam, daging, ikan, udang dan sotong. Macam pasaraya pula peti ais sekarang. Hafiz rajin betul belikan barang dapur. Padahal hanya aku, Kak Long, Shuhada dan dia sahaja di rumah. Aku mengeluarkan daging beku itu serta beberapa ekor ikan kembung. Harini teringin hendak makan daging bersambalkan cili padi.

Kemudian aku buka pula pintu peti ais sebelah bawahnya dan mendapat beberapa jenis sayur juga kelihatan. Memang sah macam dalam pasaraya! Aku ambil beberapa ketul kobis bunga, brokoli dan kacang buncis. Cili merah besarpun aku keluarkan. Menu untuk harini adalah :

1. Daging goreng bersambalkan cili padi
2. Sayur campur bertumis
3. Ikan kembung goreng.

Aku sudah tersenyum-senyum sambil mengusap perut. Pasti akan kekenyangan! Yahoooo...

Tidak lama kemudian, peruk nasi aku ambil dan dibasuh dengan bersih. Aku ambil 2 setengah cupak beras untuk dibilas. Setelah disukat dengan banyak airnya kemudian periuk nasi itu aku lap kering-kering supaya tidak basah. Ada juga yang berani mati terus masak nasi tanpa mengelap terlebih dahulu. Bimbang juga kalau terkena renjatan elektrik. Bahaya wooooo!

Setelah nasi ditanak aku menghampiri sinki untuk menyiang daging dan ikan tetapi apabila jari memegang bahan tersebut masih sejuk dan keras. Aku ambil besen kecil berwarna merah itu diisi daging dan ikan tersebut kemudian menambah air ke dalamnya. Biar cepat lembut. Arwah mak dahulu memang tak bagi tambah air. Katanya nanti tidak sedap kalau dimasak. Kurang ummpphh.

Aku memang malas hendak tunggu lama-lama. Silap sendiri juga sudah lapar baharu terkocoh-kocoh untuk sediakan itu ini. Aku mengambil sayur-sayuran tadi untuk dipotong. Bawang kecil merah, putih dan halia aku buangkan kulitnya. Separuh genggaman ikan bilis aku ambil dan dibuang kepala serta tulangnya untuk ditumbuk bersama-sama dengan bahan-bahan tadi. Tidak sedap kalau dimesin, kalau ditumbuk akan terasa semuanya. Tidak sia-sia belajar masak dari arwah mak dan Kak Long serta bantuan buku resepi masakan. Ha ha ha...

Sambil memasak aku memasang radio bersiaran Hot FM, sesekali aku tukarkan kepada Hitz FM. Kepala aku mengikut rentak lagu-lagu masa kini. Tidak terlepas juga menyumbangkan suara sumbangsih ini dalam segenap ruang dapur. Tiba-tiba....

Kring!! Kring!!

"Huh! Tak aman betul nak masak. Apalagi mamat ni nak. Tak boleh ke kalau tak kacau aku sehari! Lepas tu cakap yang meloyakan tekak aku....Nak kena dia ni...siap kau!" Aku mendengus kasar.

"Assalamualaikum! Hello! Hah awak nak mengusik saya apalagi ni?! Tadi dah telefon tak cukup-cukup lagi ke? Saya geli tau awak cakap I love you.... I miss you...tetiap hari, tetiap masa, minit saat bagai..."

"Waalaikumsalam Intan... Umi ni...kenapa Intan, Hafiz selalu mengusik Intan ke? Nanti umi marah Hafiz ye..."

Alamak! Sekali mak mentua aku yang telefon. Aduh hilang semua sopan santun aku. Ini semua Hafiz punya pasal! Kalau dia tidak selalu mengusik aku tentu aku tidak segarang harimau lapar seperti sekarang. Malu sudahnya aku! Arghhh! Geram betul...

"Errrr...Umi...maafkan Intan. Ingatkan abang hafiz tadi. Maafkan Intan ya umi kerana menjerit ditalian."

"Takpe umi faham. Hafiz itu memang kuat benar mengusik. Intan macam mana sekarang? Sihat? Ok ke? Boleh terima Hafiz? Dekat rumah Hafiz rajin tak menolong Intan? Bila nak datang rumah umi ni? Apakata kita buat kenduri selamat sebelah rumah umi hujung minggu ini? Intan setuju tak?" Bertalu-talu soalan yang diajukan dan membuatkan aku tidak tahu mana satu perlu dijawabkan dahulu.

"Maafkan umi. Galak pula bertanya. Maklum sahajalah baru terima menantu yang satu-satunya ini."

"Errr...umi janganlah sampai minta maaf pula dengan Intan. Siapalah Intan nak persoalkan apa-apa yang umi tanya. Intan sihat alhamdullillah dan ok sahaja umi. Bolehlah sikit-sikit nak memahami abang Hafiz tu. Abang Hafiz memang rajin menolong kekadang Intan termalu pulak bila tengok abang Hafiz rajin ke dapur. Insya'allah dalam masa terdekat ini Intan dan abang Hafiz akan datang rumah umi kalau tiada aral melintang. Intan ikut sahaja kalau umi nak buat kenduri doa selamat. Walau macam manapun Intan kena tanya dulu abang Hafiz. Lagipun abang Hafiz takde kat rumah. Kerja katanya."

"Kerja? Hai, jadi boss pun kerja? Hafiz...hafiz...Macam inilah, malam ini umi datang dengan ayah ya. Bolehlah kita bincang sekali..."

"Eh! Umi takpe...takpe...biar kami yang datang rumah umi malam ini. Abang Hafiz balik petang karang Intan tanyakan ya umi...Buat susah-susah ayah nak memandu malam-malam datang sini. Intan kesian pula...Abang Hafiz kata dia ada sedikit urusan kerja perlu dilangsaikan."

"Hmm...kalau macam itu umi masakkan lauk kegemaran Hafiz. Intan ada suka apa-apa lauk tak? Boleh umi masakkan sekali."

"Umi tak perlu susah-susah umi, apa sahaja yang umi masak Intan akan makan. Umi jangan risau ye..."

"Sayang menantu umi ni. Tak sia-sia umi satukan kamu dengan Hafiz. Terima kasih Intan sebab terima keluarga umi dalam hidup Intan..."

"Umi jangan cakap macam tu. Intan ini cuma manusia biasa. Intan juga nak mohon maaf jikalau ada kekurangan serta budi bahasa Intan tidak manis didengar dan dipandang umi."

"Jangan cakap macam itu Intan. Umi terima keadaan diri Intan seadanya. Umi sayangkan Intan daripada Intan masih kecil lagi. Umi takde anak perempuan. Sekarang kamulah menantu kesayangan umi."

"Terima kasih umi kerana menyayangi diri Intan yang tidak seelok mana."

"Umi tak mahu dengar Intan cakap macam itu lagi. Umi tahu Intan ini bagaimana orangnya. Cuma umi minta terimalah Hafiz dalam hidup Intan. Hafiz memang kuat benar mengusik kadang-kadang kita susah hendak melihat dia bersedih. Namun sejak akhir-akhir ini Hafiz seperti menyimpan sesuatu dari umi dan ayah. Mungkin masalah peribadinya sendiri. Umi harap Intan tidak terpaksa untuk menerima kehadiran Hafiz."

"Errr...umi...janganlah cakap macam itu. Intan rasa serba salah pula." Agak terharu apabila mak mentua aku berkata sebegitu. Sedikit sebanyak aku merasa kasih sayang umi Hafiz begitu mendalam untuk aku. Mungkin aku dikira menantu bertuah memiliki mak mentua sebegini.

"Berbual panjang betul kita...Intan tengah buat apa itu?"

"Baru hendak memasak umi."

"Oh! Tak mengapalah. Intan masak, malam nanti kita berbual panjang lagi. Umi harap Intan dan Hafiz berbahagia selalu ya sayang. Umi sentiasa doakan kebahagiaan kamu berdua. Assalamualaikum Intan."

"Waalaikumsalam, baik umi. Kirim salam pada ayah ya umi..."

Talian gagang telefon diletakkan semula. Aku mula terfikirkan kata-kata umi sebentar tadi. Terima Hafiz dalam hidup aku? Mungkinkah? Kuatkah aku untuk menerima semua ini? Fahamikah aku tentang diri Hafiz? Rahsia? Ya rahsia itu belum lagi terungkai...

Aku membiarkan sahaja dahulu persoalan itu bermain-main. Tugas utama perlu untuk dibuat adalah memasak! Ya memasak...

"Mana aku letak buku resepi ye? Time-time begini buku resipi ghaib!"

Aku menyelongkar laci didapur namun tidak berjumpa. Aku terdiam sejenak untuk memproses kotak memori dimana aku menyimpan buku resipi pemberian arwah mak. Lama berfikir dan akhirnya aku berjaya mengingatinya semula. Aku simpan dalam laci dalam bilik! Pantas aku berlari naik ke dalam bilik dan memang pasti buku resipi itu berada di situ. Ha ha ha.

Turun ke bawah semula dan aku dapati terdapat satu muka surat yang dilipat sedikit bahagian hujungnya.

Ketam nanas masak lemak cili padi

Siapa lagi kalau bukan kerja Hafiz! Errr...Ini ke masakan kegemaran dia? Patutlah tengok banyak sungguh ketam yang dia beli. Hantu ketam rupanya! Baik aku belajar masak ketam ini. Manalah satu Hafiz suka ke tidak ke...bolehlah tingkatkan lagi gaya mutu seorang isteri pandai memasak untuk suaminya. Aku tersenyum-senyum.

Eh! Kenapa tiba-tiba aku berminat hendak menjadi seorang isteri yang pandai memasak untuk suaminya? Apakah aku...? Perlahan-lahan aku memejamkan mata dan bernafas perlahan-lahan untuk mengosongkan minda serta jiwaku. Akhirnya aku pasti dengan apa yang aku cari dan temui. Menerima Hafiz dalam kehidupan aku. Merelakan jiwa yang satu ini untuknya. Abadikan cinta ini untuknya.

Err...macam dan bagaimana hendak aku mulakan ya? Ah! Nantilah difikir-fikirkan. Hafiz kalau kau lukakan hati aku, siap kau! Aku tomoi kau laju-laju...eh...silap-silap...

Abang kalau sakitkan hati sayang, siap abang! Sayang tomoi abang laju-laju.

Aduhai manjalah pula! Geli pula aku hendak bertukar status awak saya ke abang sayang. Dalam tidak sedar Shuhada sudah berdiri di pintu dapur dan gelihati melihat aku berangan seorang diri. Sehinggalah Shuhada tergelak besar dan aku terkejut. Tersengih seperti kerang busuk dan aku pinta Shuhada merahsiakan hal ini daripada pengetahuan Hafiz.

"Hada dah tahu dah...mesti Acik Intan akan sayang Acik Hafiz. Acik Intan ni luar aje ganas macam gorila. Dalam hati ada taman kan kan kan...Apa-apa pun Hada memang suka tengok Acik Intan dengan Acik Hafiz. Acik....Acik Hafiz tu memang baikkan..."

"Ye baik ada makna tu...Ingat Hada jangan cerita apa-apa tahu. Biarkan dulu perkara ini. Acik malu kena usik nanti. Bukan Acik tak tahu kamu dengan Acik Hafiz memang sebulu kalau bab-bab mengusik kan... Ingat Hada!"

"Ye...ye...Hada ingat. Acik....dah masak belum? Hada laparlah...."

"Alamak! Belum lagi. Sorry! Jom kita masak sama-sama nak?"

"Itulah berangan lagi! Huh! Kejap, Hada nak tukar baju sekolah."

Aku tersengih lagi namun kegusaran di dalam hati tetap ada. Biarlah apa yang mendatang aku tetap akan pertahankan kebahagiaan antara aku dan Hafiz! Ewah! Bersemangat sekarang. Terima kasih umi kerana mendoakan pintu hatiku untuk Hafiz. Abang tunggulah panahan cinta sayang nanti! La la la.

Shuhada menepuk bahu aku. Dia mengeleng melihat penyakit aku semakin tahap supernova! Kami sama-sama memasak lauk untuk makan tengahari berdua. Shuhada semakin galak mengusik dan membuatkan aku seperti hendak gantungkan dia di tiang elektrik hadapan rumah!

Intan Maisarah mula jatuh cinta kepada Hafiz Hadi... Wow!

2 kata-kata pujaan:

MaY_LiN said...

weeee..

Seorg wanita... said...

Yeh..yeh...taman dalam hati makin mekar... :-) suker...

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*