Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

03 June 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 22

      

       SEPERTIMANA yang telah dijanjikan, kami keluar berjalan-jalan sekitar Kota Bandung. Berbagai-bagi pusat membeli belah serta toko-toko yang terkenal kami jelajahi. Rupanya maksud toko itu adalah pusat edar pakaian yang berjenama dan berkualiti tinggi. Pergi ke RUMAH TAS, mata aku menjadi rambang. Tiba-tiba teringat Kak Long dan Shuhada. Aku mengambil dua tas berwarna hitam dan putih untuk hadiah buat mereka berdua. Hafiz hanya tersenyum dan kadang-kadang dia sampai terduduk melihat aku melilau mencari-cari pilihan serta bentuk yang bersesuaian. Aku hanya tersengih lebar.

       Usai membeli dua buah tas tangan, kami menuju pula ke RUMAH MODE. Di sini mutu pakaiannya baik dan harganya jauh lebih berpatutan. Kalau beli di Malaysia mahu beratus-ratus ringgit tetapi di sini tidak sampai seratus pun! Patutlah Bandung menjadi pusat pelancongan utama dari Malaysia selain China. Berpusing sana sini, tiba-tiba aku tidak melihat kelibat Hafiz. Aku tercari-cari kemana dia pergi. Puas aku melilau sana sini, bayangannya juga tidak aku nampak. Hati mula rasa bimbang, berpusing-pusing aku aku ke sana ke mari. Akhirnya aku duduk di hujung taman kecil yang terletak bersebelahan dengan kawasan air pancut. Airmata sudah mula meleleh.

       Tiba-tiba bahu aku disentuh lembut. Aku mendongak dan melihat Hafiz kelam kabut meletakkan bungkusan pakaian yang telah di beli. Terus sahaja Hafiz duduk bersebelahan dan memegang bahu aku. Terhinjut-hinjut bahu aku menahan esakkan tangisan yang semakin berat. Hafiz memeluk aku seketika dan lama kelamaan tangisan aku berkurangan. Cuma tinggal esakkan kecil membuatkan aku tersedu-sedan. Telinga aku menangkap bunyi orang ketawa. Cis! Hafiz rupanya. Aku mencubit peha Hafiz dan dia mengaduh.

"Sayang takut abang lari ke?"

"Sampai hati..."

"Sayang jugak pada abang ye...rasa macam nak cium-cium pipi sayang sekarang."

"Kalau nak kena cubit, cubalah. Abang hilang macam itu aje buat Intan tak tentu arah cari abang tadi. Abang pergi mana? Intan tak nampak pun abang kat dalam tu...?"

"Cubit pun cubitlah, janji dapat sayang. Hehehe...Habis sayang tu sibuk sangat tengok itu ini, pilih itu ini, kejap ke sana sini...Abang pun pergilah cari hadiah special untuk sayang..."

"Hadiah special?"

"Mesti untuk isteri abang tersayang ni..."

"Mana? Nak tengok..."

"Tak boleh...balik hotel baru boleh...lalalalala..."

"Eleh...sudahlah Intan nak masuk dalam nak ambil balik pakaian hadiah untuk umi dan ayah yang Intan dah pilih tadi. Harap-harap ada lagilah baju-baju tu...Hmmm...tolong bayarkan? Intan belu kerja jadi takde duit gaji lagi."

"Amboi....merajuk terus. Ok...ok...abang bayarkan. Jom cepat, lepas ni balik hotel. Kita mandi, malam ni kita nak keluar makan dekat restoran masakan ala Padang." Hafiz menarik hidung manjung aku yang tidak seberapa mancung ini. Aku mencubit lengan Hafiz. Dia mengaduh dan sekali lagi tertawakan aku. Geramnya!

"Huh!" Aku jalan menonong tinggalkan Hafiz kebelakang. Dalam hati sebenarnya tersenyum dengan sikap Hafiz yang memanjakan aku. Kadang-kadang aku rasa macam terlebih-lebih pun ada. He he he....

       Usai membuat pembayaran, aku berpuas hati kerana dapat juga membeli hadiah untuk ibu dan bapa mentua aku. Kalaulah ada arwah mak dan ayah pasti aku tidak akan terlupakan ole-ole untuk mereka berdua. Begitu juga dengan arwah abang ipar aku. Airmata yang telah bergenang ditubir mata aku seka perlahan. Hafiz menyentuh bahu aku, pantas aku menggeleng. Aku tersenyum. Hafiz memeluk kembali tubuh aku. Terasa malu diperlakukan sebegitu kerana diperhatikan oleh Encik Dzulkifli dan rakannya itu. Aku menjarakkan sedikit tubuh badan aku dan memandang ke arah luar. Hafiz ketawa lagi. Suka betul!

"Lari nampak...."

"Malas nak layan abang..."

"Merajuklah tu..."

"Taklah...saja nak pandang Kota Bandung ni..."

"Alasanlah tu..."

"Abang ni kan suka sangat mengacau Intan..."

"Abang suka tengok Intan merajuk. Comel sangat..."

"Hmmmm..."

"Ok...ok...abang tak sakat sayang dah. Malam ni kita makan, lepas tu tidur awal. Esok pagi-pagi kita nak naik atas gunung. Sayang pakai baju tebal-tebal ok, nanti atas tu sejuk tau."

"Sejuk sangat ke kat atas tu?"

"Sejuk...ler sayang oii..."

"Hurmm...ok...nanti tolong ingatkan Intan..."

"Takpelah kalau Intan terlupa abang jadi baju sejuk Intan...He he he..."

"Sakat lagilah tu..."

       Hafiz tertawa dan aku terus mencubit pehanya untuk kesekelian kali. Aku hanya menggeleng sambil tersenyum. Suami aku ini memang kuat menyakat betullah...

********

       SEAWAL pagi aku telah terbangun dan terus menuju ke bilik air. Dingin air begitu menangkap terasa sehingga ke belulang. Menggigil seluruh badan menahan kesejukkan. Usai mengenakan t-shirt dan berseluar khanki, aku perlahan-lahan menuju ke katil mengejutkan Hafiz. Ternyata hanya sekali dua panggilan, Hafiz terus mencelikkan matanya dan terus mencium ubun-ubun aku. Sebelum ini sekiranya diperlakukan sebegitu, pasti aku terasa berdebar. Namun kini ianya sudah bagaikan satu rutin antara aku dan Hafiz.

        Aku sudahpun menunggu di atas sejadah untuk solat berjemaah bersama-sama dengan Hafiz. Tidak lama kemudian Hafiz mengambil kedudukkannya sebagai imam. Sejuk mata memandang melihat kesederhaan Hafiz yang berkain pelikat berserta baju melayu berwarna putih serta dilengkapi dengan songkok berwarna hitam. Memang kacak rupa sederhana Hafiz biarpun berkeadaan sebegini. Ciptaan Allah memang tiada tandingan. Subhanallah...

       Bergema suara syahdu Hafiz mengalunkan kalimah-kalimah suci ilham daripada Maha Pencipta. Benar-benar membuatkan hati ini begitu terasa tenang dan mendamaikan. Ternyata kalam Allah itu begitu mempesonakan dan di atas kesederhanaan ini aku khusyuk menunaikan kewajipan ini. Alhamdullillah, Allah Maha Besar aku dapat menunaikan solat jemaah Subuh bersama Hafiz dengan begitu tulus dan ikhlas. Hampir mengalir airmataku apabila terdengarkan doa-doa yang disampaikan oleh Hafiz.

"Bismillahnirahmannirrahim...Ya Allah Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati kami untuk terus beriman kepadaMu Ya Rabbi. Engkau terimalah solat kami pada harini dan yang akan mendatang. Ampunilah dosa-dosa yang kami lakukan. Terimalah amalan-amalan kami dimuka bumi ciptaan indahMu ini Ya Allah. Yaa Rahman Yaa Rahiim peliharalah rumahtangga kami biar sekalipun dilanda badai dan dugaan. Yaa 'Aziz Ya Jabbar kepadaMu kami memohon perlindungan dan pertolongan. Sesungguhnya Engkau Maha Agung yang lebih mengetahui apa yang kami tidak ketahui. Berkatilah perjalanan hidup kami dan semoga kami ditempatkan hamba-hamba yang Engkau kasihi... Amin Ya Rabbal Alamiin..."

       Usai berdoa, aku menyalami dan mencium tangan milik suamiku. Ternyata aku tidak menyangka bahawa Hafiz memang seorang yang bersederhana apabila menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Syukur kepada Allah Taala kerana aku dikurniakan seorang lelaki yang memang menjadi idaman wanita-wanita diluar sana. Hafiz mencium ubun-ubunku sekalilagi.

"Sayang...lepas ni kita siap, pergi sarapan dulu lepas tu baru kita pergi TANGKUBAN PARAHU..."

"Ok..." Aku hanya tersenyum dan tidak sabar-sabar untuk mengikuti program harini.

"Pakai baju tebal-tebal ye. Kat atas sana tu sejuk."

"Kan Intan dah cakap semalam Intan terlupa bawak baju tebal..."

"Semalam abang dah belikan pun untuk sayang. Ada dalam beg plastik warna kuning tu. Sayang jangan lupa bawak pulak. Karang ada cowok-cowok sini nak jadi 'baju tebal' sayang kang...hahaha..."

"Errrkk....daripada diaorang, baik abang aje jadi baju tebal Intan..." Selamba aku menjawab dan akhirnya aku termalu-malu.

"Itu yang abang tunggu-tunggu tu..."

"Pantang offer...laju betul..."

"He he he he...untuk isteri tersayang mesti kena cepat bertindak..."

"Amboi...amboi..."

"Dah jom siap-siap...abang laparlah..."

"Kejap bagi Intan sepuluh minit, abang tunggulah dulu kat luar..."

"Tak nak...nak tunggu kat sini jugak..."

"Mulalah tu...kejap, Intan tukar dalam bilik air..."

"Tukar kat depan-depan tak boleh ke?"

"Hah!!!...Jangan nak mengada-ngada..."

"Ha ha ha ha...abang sakat aje...Ok...ok..abang tunggu kat depan..."

"Tau pun..."

       Hafiz tertawa dan aku sudah melarikan diri ke dalam bilik air. Lama-lama kena sakat macam ini boleh buat aku pengsan terus. Hafiz....Hafiz...memang betullah dia ini, tapi hati tetap jatuh sayang. Nak ungkap kalimah keramat itu buat aku tergagap-gagap. Walau macam manapun seluruh hati ini sudah menjadi miliknya. Aku tersenyum sendirian dan setelah berpuas hati, aku mencapai beg plastik berwarna kuning yang berisi baju tebal yang telah dihadiahkan oleh Hafiz.

       Aku keluarkan baju tebal berwarna coklat terang itu dan ianya meamng kelihatan sangat menarik. Dikelilingi dengan bulu-bulu tebal yang begitu nampak keselesaannya. Aku memeluk baju tebal itu berkali-kali. Oleh kerana kedinginan begitu menyejukkan, aku terus menyarung baju tebal hadiah pemberian daripada Hafiz. Aku menarik sehelai selendang berwarna coklat gelap. Bermula daripada harini aku akan menutup aurat demi menjaga maruah Hafiz dan tuntutan agama. Ini satu kejutan buat Hafiz.

       Setelah berpuas hati dari segi berpakaian dan bertudung, aku melangkah keluar. Aku mengunci pintu dan berpaling mencari kelibat Hafiz. Aku melihat Hafiz duduk menunggu di ruang rehat yang tidak jauh daripada bilik kami. Aku berjalan perlahan kearahnya dan aku duduk bersebelahan dengan kerusinya. Dia hanya memandang dan tersenyum biasa sahaja. Aku pelik. Aku berdehem. Dia hanya memandang dan masih tersenyum.

"Tunggu isteri saya...dari mana?"

      Fahamlah aku Hafiz tidak mengenali diriku yang telah bertudung sambil memakai cermin mata gelap. Aku tersenyum dan giliran aku pula hendak menyakatnya. Aku merubah posisi kedudukan.

"Mana isteri encik? Saya dari Malaysia."

"Ada dalam bilik, tengah bersiap lagi agaknya. Samalah kita ye, cik tunggu siapa?"

"Suami saya...."

"Oh kebetulan pula kita. Sama-sama menunggu pasangan masing-masing. Hendak kemana harini?"

"TANGKUBAN PARAHU..."

"Oh..samalah, kami pun mahu kesana. Pergi dengan apa?"

"Van...nama encik siapa?"

"Maaf lupa kenalkan diri. Saya Hafiz Hadi. Kami pun pergi menaiki van.."

"Kebetulan pula ya...dah lama berada di sini?" Sengaja aku memanjangkan perbualan.

"Nama suami dan cik ini apa ya? Segan pula bercik-cik dengan saudari..."

"Intan Maisarah nama saya dan suami saya pula namanya Hafiz Hadi juga..."

"Wah kebetulan betul kita ya, sudah dua hari masuk harini. Maaf ya, saya hendak memohon diri memanggil isteri saya. Boleh kita berkenalan bersama-sama. Mana tahu ada rezeki dapat berjumpa di Malaysia lain kali"

"Baiklah..." Aku sudah tidak tahan hendak tertawa namun aku tetap sabarkan diri.

       Aku berdiri dan membuka cermin mata hitam kemudian terus memandang ke luar tingkap. Tidak lama kemudian Hafiz datang menuju kearahku. Cepat-cepat aku berpaling memerhati keadaan di luar pada kononnya.

"Maaf cik, ada nampak kelibat isteri saya tadi?"

"Tidak..."

"Kemana pula dia pergi? Dari tadi saya tunggu dekat sini, tak nampak pun bayangan dia melintas kat sini. Saya turun dahululah cik Intan Maiii..." Hafiz terhenti untuk berkata-kata apabila melihat aku berpaling ke arahnya.

Suasana terdiam seketika, kemudian....

"Sayang ke? Nakal ya kenakan abang. Sejak bila sayang bertudung ni? Alhamdullillah, bertambah comel isteri abang pakai selendang. Ini yang makin tergoda ni."

"Isteri sendiri pun tak kenal. Padan muka abang. Itulah selalu sangat usik Intan, harini abang yang terkena...maaf ye, Intan saje nak mengusik abang...jangan marah tau..."

"Okey abang maafkan, malam nanti kena kasik upah..."

"Upah?"

"Tunggu malam nanti okey..."

       Aku hanya menjungkit bahu dan terus tangan aku dicapi oleh Hafiz untuk menuju ke ruang kafe yang terletak di lobi hotel. Sambil berjalan aku mula terfikir-fikir tentang upah yang Hafiz inginkan malam nanti. Ingatkan hendak kenakan dia, akhirnya aku balik yang terkena. Hafiz ini memang penuh dengan kejutan.

Jangan...jangan upah yang itu.....Alamakkkkk....

Aku mula mengigit jari...

3 kata-kata pujaan:

Anonymous said...

ala.. kalau yang 'itupun' apa salahnya... lagi dapat besar pahala.. kalau takutpun pada tanggungjawab.. hati suami kena dijaga... bukanlah bermaksud nafsu suami harus diutamakan, tapi sesekali apa salahnya kan.. lagipun namanya juga bulan madu.. memang itupun pasangan lakukan semasa bulan madu apa... kalau takut mengandung.. gune ajelah protection.. nak takut ape...

naz said...

xsbr nk tggu smbgan cite ni..hehehehe..sweet la dyorg ni..nape x dbukukan??

Seorg wanita... said...

Hehehe.. Hafiz tak cam isteri sendir.. pandai Intan nyakat Hafiz pulak this time... eloklah Intan dah bertudung.. mesti makin comel di mata Hafiz.. :-) sweett...

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*