Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera,
Maaf, kita amat sibuk tahun ini (sudah 3 bulan sibuk betul). Banyak benda terbengkalai dalam blog ini. Cuba cari masa tapi memang tidak cukup.
Bila sudah penat, otak tidak boleh berfungsi melunaskan idea-idea untuk menulis. Al-maklumlah nak masuk status baru tidak lama lagi. Hue hue hue
Sekarang ini tidak boleh nak berjanji bila semua ilham siap. Bila jari start nak tekan key board alih-alih idea terbang melayang. Barangkali otak memohon supaya tidak memenatkan lagi keadaan yang sedia amat penat.
Maaf ye. Ada masa terluang akan sambung menulis. Pssttt...blog orang lain pun dah jarang masuk..huhuhuhu
Peace Yo!
Followers
28 March 2012
KESIBUKKAN MELANDA
Posted by DALIA NA ZA24 March 2012
BOOT BEABOO - BAB 5
Posted by DALIA NA ZAKALI ini Johan Ashaari pula yang mendial nombor itu. Bukan susah pun kan? Biar dia tahu aku hendak psyco dia macam mana pulak. Banyak cantik! Sudah langgar bontot kereta bapak aku boleh lepas tangan macam itu sahaja? Tak pepasal aku pulak yang kena menanggung. Tak kuasa aku.
Beberapa kali mendial tidak jugak dijawab panggilannya. Sampai boleh berbulu telinga kalau berterusan macam ini. Aik! Takkan takut pulak mamat ni? Aku tak kira aku takkan putus asa. Call sampai besok pagi pun boleh! Ini Johan Ashaari tahu!
Tutt...tutt...
Aku rasa ini adalah panggilan yang ke dua puluh kali! Tapi masih jugak tak berangkat! Sibuk melabur ke apa?
Last-last panggilan terakhir berjawab jugak. Bikin panas betul!
"Hello! Hoi mat, lu tak berani jawab call wa ke? Lu ni memang bangsa mungkir janji tau!" Aku mulalah hendak berangin tidak tentu pasal. Rasa-rasa cuping telinga aku ini macam hendak terkoyak menunggu panggilan aku berjawab.
Masih sunyi dari pihak sebelah sana. Pekak ke takut?
"Lu ni sejak bila jadi pekak dan bisu?"
Masih diam jugak tu. Haih! Memang nak kena ni!
"Esok wa tunggu lu dekat bengkel Ah Heng! Lu tak datang wa hantar surat saman. Wa akan cari maklumat rumah lu dekat kementerian komunikasi! Jangan main-main sama wa!" Kena ugut lebih sikit supaya nampak aku tidak berlakon.
Tiba-tiba aku terkejut dengar suara mamat ini. Eh! Ini bukan suara mamat tapi minah!
"Bengkel Ah Heng? Dekat mana pulak saya nak cari tu? Banyak bengkel nama Ah Heng dalam Malaysia ni. Sabah Sarawak pun ada."
"Erkk...awak ni siapa pulak? Awek mamat yang empunya nombor telefon ni ke?!" Aku menjergah. Biasalah hendak cover gugup punya pasal. Apasal dengar suara pemilik ini buat hati aku jadi bergetar tiba-tiba. Macam pernah dengar sahaja pemilik suara ini tapi dimana ya?
"Anggap sahajalah betul. Hah, Kedai Ah Heng mana satu ni?"
"Err...aaaa..."
"Hai takkan terus jadi gagap pulak Johan?"
Eh! Dia tahu nama aku? Oh! Bukan ke aku ada bagi kad dekat dia? Tapi aku bagi kad dekat mamat tu bukan minah ni? Pakat lebih nampak!
"Hah! Kedai Ah Heng Motors Taman Merbuk, Cheras. Jam tiga petang esok aku tunggu kau. Jangan tak datang pulak! Aku tahulah hari Ahad hari ber'dating' tapi aku tak kira korang kena settle kan hal ini secepat mungkin."
"Yelah! Bisinglah mulut kau ni. Mengalahkan burung kakak tua betul."
Wah! Sudah lebih minah ni. Macamlah dia yang langgar aku! Boyfriend kau tau yang langgar! Kenapa pemilik suara ini buatkan jantung aku berdegup lebih daripada biasa? Lain macam betul aura perempuan ni? Ada pakai guna-guna ke apa? Hish! Subhanallah, tak baik aku menuduh yang bukan-bukan!
"Ok deal. Jangan lupa cakap dekat boyfriend kau!" Aku sengaja mengingatkannya lagi
"Assalamualaikum! Bye!"
Kurang asam punya minah ni. Perli akulah tu!
*********
Dia ini dari dulu sampai sekarang sama sahaja! Suka mengarah-ngarah ikut sukahati dia sahaja! Tapi mana aku nak cari 'boyfriend' ni? Alaaa...kena cakap baik-baik dengan Abang Badri ni kalau hendak minta tolong. Harap-harap Abang Badri boleh tolong aku dan tutup mulut supaya babah tak keluarkan perintah ' JANGAN BAWA MOTOR ITU LAGI!"
Mundar mandir aku berjalan dalam bilik dan mencari idea bagaimana hendak susun ayat untuk bercakap dengan Abang Badri. Alamak! Jam sudah pukul tiga, karang babah pergi tinggalkan aku!
Takpelah time mancing nanti susun baik punya mintak tolong dengan Abang Badri. Aku tahu mesti Abang Badri akan tolong adik perempuan kesayangan dia ini. Yeah!
Aku bersiap-siap membawa barang-barang keperluan sahaja. Yang lain semua tinggal termasuk jugak handphone sebab mahukan privasi bersama keluarga tercinta. Mama sahaja yang kurang minat bab-bab mancing. Abang Badri pun sama. Kena paksa baru hendak pergi itupun bukan keinginan dia. Aku bukan apa pasti akan kebosanan. Dengan babah bukan boleh borak weng-weng. Lainlah Abang Badri.
Satu kepala woooo!
Kalau babah asyik-asyik borak pasal politik! Tak sior teman aih!
Aku mengambil barang-barang keperluan untuk dibawa bersama. Paling penting peti kecemasan der! Kot-kot ada pulak yang cedera ringan. Calon paling sesuai adalah Abang Badri. Sebab nak pasang batu ladung pun terkial-kial apatah lagi hendak memasang kail nanti.
Babah? Pergh! Babahlah paling teror, sambil pejam mata pun boleh. Biasalah kalau sudah minat, apa-apa pun bisa ala tegal biasa. Aku? Kira pakar jugaklah, lebih sikit daripada Abang Badri. He he he.
"BEABOO! Cepatlah sikit, apa yang kamu buat lama-lama dekat atas tu?"
Mama sudah menjerit. Babahlah yang suruh tu.
"Kejap."
"Cepat! Kalau tak abang dengan babah tinggalkan terus. Bagi seminit aje!"
Amboi Abang Badri lebih nampak!
"Yelah..yelah.."
Punyalah hendak cepat turun ke bawah, kaki aku tersadung tiang tangga. Sakit dia hanya Allah sahaja yang tahu. Sakit gila!
Sampai dibawah tercengang babah dengan mama tengok aku bawa beg macam hendak tidur disana selama seminggu. Padahal malam karang sudah balik.
"Beaboo nak berkampung dekat sana ke?" Mama bertanya. Abang Badri sudah tersengih-sengih.
Masyaallah! Aku terambil beg lain rupanya. Patutlah terasa berat sikit.
"Eh...ala...salah ambil beg. Errr babah dengan abang tunggu dalam kereta ye. Sepantas kilat pergi ambil beg dekat dalam bilik."
"Tinggalkan aje babah." Abang Badri ni sengaja nak tambah suhu kepanasan yang sebenarnya sudah meluap-luap dalam hati. Tapi aku tak boleh melawan nanti dia tak nak pakat dengan aku untuk agenda esok hari.
Wahai hati sila bersabar banyak-banyak.
"Ok. Babah tunggu dalam masa lima minit. Kalau lambat tinggal."
"Baik Tuan Komander!" Aku lintang pukang berlari naik tangga meskipun ibu jari terasa sakit. Perintah babah kena dipatuhi.
"Tahu takut." Abang Badri mencurahkan lagi minyak petronas ke dalam api yang sudah pun marak. Aku menjeling tajam.
"Badri. Kamu angkut barang-barang masuk dalam kereta." Babah bersuara. Aku tahu babah sayang aku lebih dari abang. Itu yang menyelamatkan keadaan yang tengah genting. He he he...
*********
AKU tergaru sana sini sebab resah untuk memulakan perbicaraan. Abang Badri naik hairan melihat perangai aku yang tidak berapa betul harini. Babah tengah leka dengan pancingannya. Biasalah babah kalau dengan mancing memang tak layan dah aku dengan Abang Badri.
"Pssstt Beaboo, apasal abang tengok kau macam cacaing kepanasan ni? Duduk diam-diam tak boleh ke? Bising bunyi kerusi kau aje dari tadi. Ada problem ke?"
Ok ini masa yang sesuai sebab Abang Badri yang bertanya bukan dari langkah aku yang pertama seperti yang dirancang. Abang aku ini baik sebab dia tak boleh tengok adik dia seorang ini resah teruk-teruk. Tapi tadi aku bukan berlakon, memang aku gelisah tidak tahu bagaimana mahu mula bercakap dengan Abang Badri.
"Adik abang yang cun melecun ini ada problem sikit. Tapi takpelah." Sengaja aku pancing Abang Badri resah sikit. Datang memancing untuk pancing ikan tapi aku pancing emosi Abang Badri. Boleh?
"Kenapa adik abang yang cun melecun seorang ini? Problem apa? Takpe share dengan abang yang macho lagi handsome dan gagah ini." Abang Badri mejungkitkan keningnya yang tajam itu.
"Perasan lebihlah abang ni."
"Abang perasan dengan adik abang aje. Dengan orang lain abang humble."
"Eleh! Poyo pulak."
"Abang poyo dengan adik abang aje."
"Apa-apalah. Beaboo nak mintak tolong tapi tak tahulah abang ikhlas nak membantu ke tak." Aku tengah menyusun step by step.
"Ikhlas. Cepatlah bagitau apa masalahnya? Lembab betul adik abang ni. Cuba tengok Syamnurezmil tu kalau buat karya dia semuanya cepat dan pantas. Senang nak paham cerita. Adik abang ni banyak betul belit-belitnya."
Aik! Apa kena mengena masalah aku dengan karya Kak Syam? Ok sekarang tahu dah abang peminat Kak Syam rupanya. Takkan hati tisu kot?
"Belum cerita masalah adik mana datangnya pulak belit-belit?"
"Sekarang ni belit-belitlah. Straight to the point kan senang. Ini nak susun ayat sana..susun ayat sini. Lama-lama abang bukan pancing ikan. Abang kail Beaboo terus."
Itu namanya pysco Abang Badri! Orang kerja arkitek mana paham dunia-dunia pysco. Kerja diaorang fikir macam mana nak buat bangunan yang moden dan stylo. Itu pasal abang aku nampak smart selalu.
Rumah mama dan babah ini abang Badrilah yang design kemudian diserahkan kepada kontraktor untuk jalankan ubahsuai. Kalau sekali tengok dah macam rumah-rumah orang kaya yang mepimpah-limpah hartanya didalam rancangan Astana Idaman di Astro nun.
Orang pejabat kata cantik design rumah. Abang aku ni memang pantang apabila dipuji. Kembang kuncup hidup dia yang mancung tu.
"Kita kena cakap jauh sikit. Jom jalan-jalan. Kalau babah tahu memang musnah harapan adik abang ni."
"Kau nak kahwin dah ke dik?"
"Kejap lagi orang nak cerita la ni. Bukan pasal kahwin. Tapi pasal soal hidup. Soal mati Allah punya kerja."
"Haih. Macam-macamlah kau ni dik. Jom jalan sekarang."
Aku berkata sesuatu kepada babah. Angguk sahaja yang aku nampak, suara tidak kedengaran. Kusyhuk la tu memancing.
**********
TERBELIAK mata Abang Badri dengar cerita aku. Terus diperiksa kalau aku ada lebam sana sini. Ini yang rimas kalau cerita apa-apa dengan Abang Badri. Concern terlebih-lebih.
"Bukan Beabo cedera la, tapi bontot kereta BMW tu yang tercedera. Sikit aje pun tapi pemilik dia annoying betul. Macam mana? Abang boleh tolong tak esok menyamar yang konon-kononnya abanglah yang terlanggar kereta dia."
"Kalau sikit apsal tangkai jering betul mamat tu? Entah-entah pemandu kepada Dato' ke Datin ke, itu yang gelebah semacam suruh ganti balik agaknya."
"Tapi abng dia bagi business card dia, maknanya di abukan pemandu tapi memang pemilik. Jawatan yang tertera dalam kad tu bukan main hebat lagi. Managing Director bang oii. Kalau setakat pemandu aje, Beaboo buat tak tahu aje."
"Parah macam ni. Harga bumper untuk BMW bukan seringgit dua dik oii, mahu makan beribu tu."
"Itulah pasal Beaboo nak mintak tolong dengan abang Badri. Pinjam duit sikit. Beaboo adalah simpanan sikit, haritu dah keluarkan baiki motor tu."
"Yelah, nasib baik ada seorang aje adik kalau ada sepuluh memang abang dulu yang botak dari babah. Esok pukul berapa nak jumpa orang tu?"
"Pagilah.."
"Abang tahulah pagi. Tapi start dari pukul 12.01 am sampailah 11.59 am dalam rangkuman waktu pagi. mana satu waktunya?"
"Loyar buruk eh. Pukul sepuluhlah kita pergi. Kedai motor mana ada bukak 12.01 am pagi bang oii. Semua sedap buat taik mata ataupun ngeteh."
"Deal tapi abang nak mintak tolong Beaboo pulak kenalkan abang pada seseorang."
"Errkk..Beaboo bukan kerja di agensi cari jodoh dot com bang."
"Abang tahu tapi buat part time aje."
"Hish! Nak berkenalan dengan siapa pulak? Beaboo kenal ke orang tu?"
"Lebih dari kenal."
"Tak naklah..." Aku memprotes. Aku memang tak suka buat sesi suaikenal untuk pihak kedua dan ketiga. Nak berkenalan usaha sendiri la...
"Kalau macam itu esok Beaboo settle sendiri dengan mamat tangkai jering tu."
"Alaaaa...oklah..oklah..."
"Orang yang abang nak kenal tu satu tempat kerja dengan Beaboo."
Siapa pulak orang yang bertuah itu? Yang masih tinggal bujang trang tang tang adalah dalam lima enam orang. Ramai tu.
"Siapa?"
"Isnin nanti abang tunjuk siapa orangnya."
"Macam-macalah abang Badri ni. Angau dah teruk betul. Sejak bila mengintip anak dara orang ni?"
"Sejak tiga bulan lepas."
"Hah!"
Abang Badri tersengih. Ada timun atas mee goreng rupanya!
**********
1 kata-kata pujaan
Labels:
CERITA PENDEK,
MINI CERPEN
13 March 2012
12 March 2012
PREVIEW CERPEN : PENERANG HATIKU
Posted by DALIA NA ZAGHAZ?
"Ha ha ha...macam bunyi tong gas sahaja. Weih pilihlah nama samaran yang sedap sikit bunyinya."
Zara mengejek setelah ternampak pesanan ringkas yang ditaip. Ghaz Sulaiman nama penuh dia, tapi aku lagi suka panggil dia Man. Bila dia guna nama samaran baharu Ghaz, ok sedap jugaklah tapi aku sengaja mengusik. Ghaz Sulaiman memang seorang yang baik hati sangat-sangat. Sebab itu dia memang sesuai jadi partner aku buat audit disalah sebuah syarikat yang dilantik.
"GHAZ! Bukan Gas! Kau ni apahal mengacau hidup aku? Nama sahaja perempuan tapi perangai tak serupa perempuan. Baik kau jadi lelaki teruslah!" Ghaz Sulaiman mengherdik Izara Aishah.
"Eleh, dah basi herdikkan kau tu la tong gas!"
"Bercakap dengan kau macam bercakap dengan kasut."
Perang mulut seorang lelaki lembut tetapi bukan ke arah perempuan dan seorang lagi perempuan kasar tetapi bukan ke arah lelaki. Mereka merupakan teman rapat ditempat sekerja malah satu unit lagi.
"Tu dokumen tu belum settle lagi. Kau kerja lebih masa harini kan? Kau siapkanlah. Esok turn aku pulak."
"Weih Man janganlah macam tu. Kesianlah dekat aku. Banyak tu dokumen nak kena settle, kau apahal balik awal pulak ni?"
"Aku ada hal."
"Hal apa pulak? Dah dekat dateline hantar audit ni weih."
"Mak aku nak jumpa calon menantu dia lah!" Ghaz Sulaiman sudah tersenyum-senyum itik!
"Hah!" Aku terkejut dengan kenyataan yang keluar daripada mulut Ghaz Sulaiman. Bila masa dia keluar dating? Kenapa tak pernah nak cerita dengan aku pun. Sampai hati kau, Ghaz Sulaman. Kecik tahu hati aku sekarang!
"Esok aku tolong kau. Bye Zara."
Ghaz Sulaiman berlalu pergi dan tinggallah aku seorang diri hadap dokumen yang perlu disiapkan hujung bulan ini. Gilalah, lagi dua minggu sahaja tau! Memang mata aku akan jadi lebam macam burung hantu gamaknya.
"Tong gas punya GHAZ!"
**********
Tadaaaaa...lama dah tak buat cerpen, asyik gila Mini cerpen je. Kuang..kuang..kuang..
Insya'allah akan siap hujung minggu ini....
Peace Yo!
0
kata-kata pujaan
Labels:
PREVIEW
09 March 2012
BOOT BEABOO : BAB 4
Posted by DALIA NA ZAMENYESAL aku yang tak ambil nombor telefon mat motor itu. Nasib baik pagi ini papa tak perasan kereta kesayangan dia bercalar sedikit. Dan aku bernasib baik sebab minta tolong dengan Pak Hamid jangan dihebohkan pasal kesan calar itu. Kalau tidak memang papa tengok aku ini kecil sahaja macam pokok tauge untuk dicekik-cekik.
Orang tua tu punyalah bersusah payah mengumpul duit beli tunai kereta BMW berwarna hitam itu. Nasib hitam sebab nampak elegan, kalau pakai warna putih aku rasa papa mesti pitam tengok kereta dia pagi ini.
Oh bila teringat mat motor TZM itu balik, aku jadi geram pulak. Penipu betul mamat motor itu. Konon cakap 'wa bukan bangsa mungkir janji'. Cit podaaaahhh! Kalau aku jumpa motor mamat itu lagi tahulah nasib dia nanti. Tak hilang tayar depan, tayar belakang akan melayang!
Aduh! Pagi ini rasa malas pulak hendak masuk kerja. Papa ini pun satu sengaja bagi aku kerja berat-berat. bagilah aku can rehat lama sikit, ini tidak baru saja jejak kaki sebulan di tanah airku yang tercinta ini sudah dikerah masuk kerja.
"Eh mana kunci kereta aku? Siapa pulak yang hendak perdajalkan aku pagi-pagi buta ini?" Aku mencari-cari sekitar tempat pengantung kunci yang sedia ada di belakang pintu utama. Ini mesti kerja si Amira!
Aku cepat-cepat menuju ke bilik Amira.
"Mira! Kau ambil kunci abang ke? Bak balik!"
"Eh! Bila masa pulak Mira amik kunci kereta sental-value abang tu?!"
"Habis tu takde dekat tempat penyangkut! Semalam kau kutuk kereta abang kan."
"Ah! Kutuk aje tapi tak semestinya nak perdajalkan abanglah!"
"Manalah tahu kau gadai kereta abang tu!"
"Alo bro! Tolong sikit eh Abang Johan. Kalau Mira nak jual kereta abang tu mesti tak laku dekat kawan-kawan Mira tau. Malaslah layan Abang Johan ni, lama-lama boleh tekanan jiwa jadinya."
"Habis takkan kunci kereta abang tu ada kaki!"
"Aduh! Susah betul cakap dengan orang tua inilah. Mira tak ambil. Tepilah Mira nak keluar."
Hati aku rasa macam hendak pecah bila kunci kereta aku hilang. Sudahlah kunci spare tak buat. Akhirnya aku terus melangkah menuju ke tempat letak kereta. Lagi sekali hati aku bagaikan ditumbuk. Kereta pulak hilang!
Aku terus pitam disitu.
**********
AKU mundar mandir dalam bilik. Sekejap-sekejap telefon bimbit ditangan aku renung sambil menatap sekali sekala business card di tangan satu lagi. Aku ragu-ragu hendak menelefon pemilik nombor ini. Jantung berdebar-debar laju bila lihat nama itu. Rasa gelisah semacam sahaja.
"Nak call ke tak...nak call ke tak..."
Aku menarik nafas dalam-dalam untuk mencari kekuatan.
"Bismillahnirrahmannirrahim..."
Aku menekan punat nombor itu dengan kalimah bismillah. Mesti mamat ini akan terperanjat bahawa 'mat' motor yang langgar bontot kereta BMW ini sebenarnya adalah 'minah'.
Tuttt...tutttt..
Hampir lima kali mendial namun panggilan itu tidak berjawab. Ada nada kesal aku disitu. Kalau lagi sekali ini aku mencuba masih juga tidak berjaya, aku malas hendak telefon lagi. Biar dia sendiri yang cari aku pulak. Kalau tak reti-reti nampak missed called tapi tak return memang buat malu sahaja belajar sampai luar negara!
Tiba-tiba aku hampir tersedak bila kedengaran suara perempuan disana. Bini dia ke? Mati aku!
"Hello..."
"Err...Assalamualaikum...boleh bercakap dengan Ashaari?" Hanya aku seorang yang panggil Johan dengan nama belakangnya. Yang lain-lain semua panggil dia Johan.
"Waalaikumsalam. Ashaari tidur. Siapa ni?"
Tidur! Pukul dua belas tengahari masih tidur?! Wah! Hebak!
"Errr..tak mengapalah nanti saya contact dia lagi."
"Ok..."
Talian dimatikan. Kenapa hati aku terasa sangat sakit?
Aku merenung semula business card itu. Kemudian aku koyak-koyakkan menjadi cebisan yang sangat kecil. Kalau hendak sambung balik belum tentu boleh buat! Aku mencampakkan Blackberry diatas katil, kot baling dilantai aku sendiri yang membazir.
Sekarang kena lupakan Johan Ashaari sebab dia sudah berkahwin. Patutlah sudah lama tidak mencari aku! Cis! Sia-sia bagi sedikit ruang dalam hati ini untuk dia. Membazir waktu sahaja tunggu kalau-kalau ada peluang. Senipis kulit bawang pun nan hado!
Aku terus turun ke bawah, tiba-tiba rasa lapar sangat-sangat. Tadi bukan main lagi aku confident cakap dekat mama yang aku kenyang lagi. Yelah kenyang tengok nombor telefon Johan Ashaari! Padan dengan muka aku sendiri.
"Hai Beaboo...tadi mama tanya awak kata dah kenyang. Sekarang lapar tiba-tiba? Anak dara mama ni kenapa?" Mama datang dekat sambil meletakkan tangannya didahi aku.
Panas bukan didahi mama, tapi dalam hati anak mama ini!
"Dia tengah dilamun cintalah tu mama..." Sengaja Abang Badri membakarkan lagi api yang sudah marak. Ini sudah lebih bro!
"Abang pernah rasa makan lauk sardin cap pinggan arcopal tak?" Aku buat loyar buruk.
"Eh! Pernah! Sedap apa..." Abang aku lagi loayr buruk rupanya. Tahulah Majistreet!
"Mama! Tengok Abang ni!"
"Eh! Mama dah lama tengok abang daripada bayi lagi sampailah bujang trang tang tang apa." Mama pun sama jugak lima kali ganda loyar buruknya.
"Huargghh! Babah!" Aku menjerit dan babah seperti biasa akan datang kelam kabutnya mendapatkan aku.
"Apa kena dengan anak dara babah ni?!" Babah sudah mengeluarkan suara lantangnya. Abang Badri mula buat-bauat fokus makan nasi. Mama pulak buat-buat tengok majalah. Terbalik pulak tu!
Aku? Lagilah kecut.
"Err..tak tadi nampak lipas itu yang terjerit panggil babah. Sorry..."
"Hish! Macam-macam betullah anak dara babah sorang ni. Sudahlah balik lewat malam tadi. Lepas tu ada hati nak tipu pulak. Kalau ikutkan hati babah ni Beatrisya Khumaira, sudah lama babah suruh berhenti kerja lepas itu duduk rumah. Biar babah cari calon suami untuk kamu."
Itu dia sekali berdentum apabila babah bersuara. Tapi bila part terakhir itu aku dengar mulalah lutut terasa longgar dan jatuh terduduk.
"Toksah nak berdrama sangat." Babah marah. Aik! Lain macam babah harini. Apa kes? Ini mesti tak dapat pergi mancing.
Biasalah babah hari hujung minggu kalau tak dapat mancing memang tak sah. Adalah tu kawan-kawan dia cancel last minute. Habis satu dalam rumah ini terkena bahang babah. Ini kalau aku ajak pergi mancing karang senyum sampai ke telingalah tu.
"Sorry babah. Jom pergi mancing."
Habis sudah terlepas dimulut. Lain yang hendak aku jawab lain pulak yang keluar. Masak! Masak! Ah! Heret Abang Badri sekalilah!
"Mancing? Tiba-tiba aje?" Amboi terus sejuk dan dingin terus amarah babah. Kan aku dah kata babah dengan mancing memang tidak boleh dipisahkan.
"Abang ni ha...katanya rindu hendak memancing dengan babah dengan Beaboo, takut babah marah dia suruh Beaboo cakap.
"Haa...pukul tiga kita bergerak." Pendek sahaja jawapan babah dan aku takut hendak mengerling ke belakang. Tahu mesti muka Abang Badri merah padam. Ha ha ha...
"Beatrisya Khumaira!"
"Terbaek!" Aku mencecet pergi ke depan. Tadi kononnya lapar, bila kena sergah dengan babah terus lapar menghilang.
*********
SEDAR-SEDAR aku sudah terbaring atas katil dalam bilik aku sendiri. Siapa yang angkat aku tadi? Kepala aku jadi pening sangat-sangat, mana tidaknya terhempas diatas lantai marmar tempat letak kereta.
Kereta?!
Sepantas kilat aku bangun dari pembaringan dan menuju ke luar bilik. Papa dengan Amira sudah duduk bersantai di atas sofa mewah buatan Itali itu. Wah! Anak pengsan dalam bilik papa boleh buat derk! Amira pun satu boleh buat tak reti dengan abang kandung kesayangan dia ini.
"Papa!"
"Amira!"
Papa dengan Amira terkejut apabila terdengarkan juara aku bagaikan lelaki kepit! Maklumlah bla pening-pening lalat mula lah hormon diri aku ini tidak stabil. Sungguh! Aku bukan lelaki kepit ok!
"Apa kena dengan kamu ini Johan? Tak reti panggil elok-elok? Papa hantar kamu belajar luar negara ambil benda yang membawa kebaikkan. Bukan sikap kurang ajar macam ini! Kalau papa kena sakit jantung tadi macam maa?"
Tipikal orang kaya, asal mewah sakit jantung. Asal sakit jantung sahaja, orang kaya. Erkkk!
"Johan nak tanya, kereta kancil Johan mana? Siapa yang bawak kereta Johan tu?" Suara aku mula kendur. Tidaklah seperti terkepit tadi. Hormon sudah baik pulih semula.
"Papa dah jual."
"Apa! Papa...sampai hati papa...."
"Johan, kita ni orang berkedudukan. Ada status. Ada pangkat! Kamu jangan nak malukan papa Johan dengan bawa kereta buruk kamu ke hulu hilir. Sakit telinga papa bila rakan-rakan perniagaan papa kata anak bujang papa ini sengkek ke sampai tak mampu beli kereta mewah?! Kamu kena ingat Johan, kita bukan di zaman sepuluh tahun dahulu. Ingat Johan! Kamu kena jaga nama baik papa kamu ini!"
Amira yang berada disebelah papa mula terkeruk sana sini. Itu tandanya orang akan rasa bersalah. Aku merengus kasar!
"Papa...itu kereta hasil duit tabung Johan papa..."
"Duit itu dari siapa?"
"Dari Johan sendiri."
"Kamu bekerja?"
"Tak..."
"Tiap-tiap bulan siapa masukkan dalam akaun kamu waktu belajar dikolej dahulu?"
"Papa..."
"Jadi beli kereta pakai duit siapa?"
"Papa..."
"Jadi siapa yang berhak untuk jual kereta itu?"
"Papa..."
"Bagus! Sekejap lagi kita keluar beli sahaja kereta baru. Kamu beli BMW macam papa!"
Ini yang payah kalau jadi anak hartawan. Urusan hidup diatur-aturkan. Nasib baik anak seluar papa tak aturkan jugak. Waktu macam ini aku rindu dengan arwah mummy. Kalau dahulu mummy yang banyak sabarkan papa. Sejak mummy pergi lima tahun dahulu, papa menjaga aku dan Amira macam bala tentera sahaja. Itu ini semuanya diaturkan, bila aku suruh kahwin lagi katanya tak mahu. Masih terngiang-ngiang suara mummy dicuping telinga.
BMW! Baharu aku teringat mat motor itu? Lu memang bangsa mungkir janji mat!
"Johan Ashaari! Kamu dengar tak papa cakap apa tadi?"
"Dengar Tuan Komander! Saya menurut perintah. Saya naik ke bilik dulu Tuan Komander."
"Johan Ashaari!"
"Maaf Tuan Komander, esok kita pergi beli kereta. Kepala saya masih pening." Aku terus pusing 360 darjah dan berlari masuk bilik.
Papa itu dalam rumah pun kalau bercakap sama macam dalam bilik meeting gamaknya!
Sampai salam bilik aku tercari-cari telefon bimbit aku. Mana pulak aku letakkan Blackberry warna putih aku? Bersepah-sepah bilik aku kerja hanya kerana sebuah Blackberry. Manalah tahu masa aku pengsan tadi mamat itu telefon ke kan.
Last-last aku jerit panggil Amira.
Belari Johanna Amira menuju ke bilik aku. Adik perempuan aku ini memang penakut sikit. Lagi satu dia kena datang cepat kalau aku sudah terjerit sebegitu. Patutlah, aku pun sama macam papa!
"Apa?!"
"Mana telefon abang!"
"Ada ini. Mira dah jadi macam operator telefon tak bebayar tahu!"
"Siapa suruh ambil?"
"Habis tu biar sahaja telefon abang itu terbiar dekat garage kereta? Nanti pecah berderai pengsan pulak sepuluh hari!"
"Ok! Terima kasih! Ada siapa-siapa called? Ada tak seorang mamat called cari abang?"
"Ada...tapi..."
"Tapi apa? Mira ambil kesempatan mengorat mamat TZM itu ke?!" Sukahati aku sahaja serkap jarang. Amira ini aku kena tegas sikit. Maklumlah adik perempuan, mummy tinggalkan wasiat perhati dan jaga Johanna Amira elok-elok. Inilah masanya untuk aku berpangkat Komander pulak! Haih.
"Hekeleh! Sukahati cakap macam tu pulak! Bukan mamatlah tapi minah! Tapi amcma takut-takut aje minah tu. Bila Mira tanya siapa, dia cepat-cepat letak telefon tanpa bagitau nama. Kalau ikutkan tadi Mira pecahkan aje Blackberry abang ni. Baru padan dengan muka abang!"
"Minah?"
Amira memberikan telefon bimbit aku dan terus berlalu pergi. Minah mana pulak yang call aku? Setahu aku, hanya nombor ini rakan-rakan lelaki sahaja tahu. Kalau perempuan, adik aku seorang sahaja. yang lain semua aku beri nombor lagi satu. Business card aku pun hanya orang tertentu sahaja dapat.
Ke mamat motor TZM ni sengaja suruh awek dia call aku dan pasang jerat? Melampau betul! Tengoklah kalau aku jumpa memang aku siat-siat seat motor TZM mamat ini!
**********
0
kata-kata pujaan
Labels:
MINI CERPEN
04 March 2012
BOOT BEABOO - BAB 3
Posted by DALIA NA ZAMEMANG masak aku kena syarahan babah sekejap lagi ini. Karang kalau aku cakap aku makan bontot kereta orang, esok memang aku akan bye-bye lah motor aku nanti. Akan bersawanglah jawabnya. Apa alasan aku nak bagitahu aku lambat harini ye?
Aku lewat satu jam! Pukul sepuluh malam baharu tiba diperkarangan rumah. Memang akan kena kaw-kaw dengan babah ni karang. Alasan...alasan cepat datang.
Mengigil dah kaki aku bila hendak masuk ke dalam rumah. Aku terkumat-kmit membaca doa masuk ke rumah dan doa penerang hati. Minta-minta babah tak marah aku balik lambat.
"Assalamualaikum..." Nampak sangat suara aku kedengaran gugup. Kalau orang buat salah memang begini.
Masuk dalam rumah aku pelik, kenapa sunyi pulak malam ini. Mana babah dengan mama? Takkan dah masuk tidur kot? Aku meletak helmet fullface diatas rak yang telah mama sediakan, sebab dia tahu anak daranya ini main letak sahaja dimana-mana.
Oleh tekak terasa dahaga, aku menuju ke dapur. Sampai depan fridge, ada nota kecil untuk aku.
'Beaboo...babah dengan mama nak pergi ambil Abang Badri dekat airport. Lauk semua ada bawah tudung saji, mandi, makan dan masuk tidur.
Babah dan mama'
Aku melompat keriangan sebab malam ini aku selamat daripada kena marah dengan mama. Aku minum pun sambil tersenyum-senyum. Terima kasih Allah sebab makbulkan doa hambamu ini. Tiba-tiba telefon aku berbunyi, terbeliak mata aku bila tengok missed called dekat lima belas kali. Tak lain tak bukan, babahlah tu yang buat spotcheck samaada betul ke tidak aku dah sampai dirumah.
"Assalamualaikum babah..."
"Waalaikumsalam. Beaboo dekat mana? Berbelas-belas babah called tapi tak berjawab. Sampai lambat tadi ye?"
"Oooo...tadi tak dengar pasal mandi. Err...lewat sikit babah."
"Berapa lama lewat tu?"
Ah! Sudah! Kalau tipu berdosa ni. Cakap sahajalah terus terang.
"Dalam pukul sepuluh tadi babah."
"Tipu babah ye."
"Erkk...I'm sorry."
"Ok kali ini babah lepaskan. Babah dengan mama balik lewat sikit sebab flight Abang kamu delay satu jam."
"Thanks babah. Ok babah."
"Jangan lupa kunci pagar, pintu dan check tingkap semua."
"Yes Sir!"
Usai mematikan talian, aku menuju ke tingkat atas untuk membersihkan diri dan bersolat. Nasib baik babah tak marah, agaknya kalau ada dekat rumah tadi memang selamat jalanlah motor TZM aku tu. Lecehlah bawa kereta sebab sekitar jalan di Kuala Lumpur ini semuanya jammed! Kalau Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri jalan di Kuala Lumpur ini boleh terbaring-baring sambil photoshoot gitu!
**********
AMIRA sudah masam mencuka, Johan Ashaari sudah masam mencuka jugak. Sudahlah hatinya panas bila bontot BMW kena cium dengan TZM kepunyaan mamat helmet fullface! Si Amira pulak buat hal yang mengada-ngada, semakin panaslah jadi hatinya itu! Kalau bukan sebab adik kandung sendiri sudah lama dia tinggalkan sahaja. Public transport banyak tak nak guna! Banyak alasan, penatlah letihlah apalah itulah.
Ok bila Johan Ashaari sudah mula membebel memang payah hendak berhenti. Kalah orang perempuan!
"Hah! Bagilah tahu kenapa Abang Johan lambat? Tadi beria-ia nak cerita." Amira sudah tidak tahan duduk dalam kereta walaupun ada aircond tapi masih panas. Kalau ada kipas sate pun belum tentu boleh bagi sejuk.
Kejap apa kena mengena kipas sate dalam ini cerita? Hu hu hu.
"Ada orang langgar bontot BMW papa ni. Nasib baik sikit aje calarnya. Kalau banyak tadi memang abang dah tumbuk-tumbuk muka mamat TZM tu."
Johan Ashaari mengetap bibirnya menahan marah.
"What!"
"Apa what..what? Jangan nak tipikal macam drama melayu dekat tv tu lah Mira. Kalau kau tak nak tengok abang mengamuk lagi teruk baik kau jangan banyak songeh. Karang abang tinggalkan kau kat tepi jalan ni. Baliklah sorang-sorang.
"Yelah. Jangan nak hangin pulak dengan Mira. Mira tak salah ok. Kat mana abang kena?" Mira menyoal lagi
"Apa pulak takde salah Mira? Salah Miralah tu sebab suruh jugak abang ambil. Naik kereta abang tak nak, sibuk suruh naik jugak BMW papa ni. Itupun nasib baik mama tolong pujuk papa tau. Kena dekat area mana entah tadi."
Johan Ashaari sengaja mengusik.
"Eh...eh...tak naklah naik kereta buruk abang."
"Weih kereta buruk abang tu klasik dan punya sentimental value tau."
"Abang setakat kereta kancil keluaran edisi pertama takdanya kereta klasik. Lainlah Roll Royce ke barulah klasik namanya."
"Ikut sukahati abanglah. Karang abang tinggalkan Mira tepi jalan nak?"
"Itulah dia sentap tak kena tempat. Pantang orang sindir kereta buruk dia tu."
"Sentaplah. Kereta itulah yang banyak bagi kenangan pada abang. Sampai sekarang abang tak boleh lupa kenangan itu."
"Wah! Ada kenangan. Tak nak cerita dengan Mira ke?"
"Budak kecik tak boleh sibuk hal orang dewasa." Johan Ashaari sengaja mengusik lagi.
"Eleh! Setakat dewasa dua tahun. Apalah sangat!"
"Melawan eh! Turun..."
"Eh...eh..tak..tak... Ok ikut suka abang. Tapi kalau rasa-rasa nak kurangkan sikit rasa bersawang dalam hati tu share aje dengan Mira. I'm your sis right?"
"Yelah...sis yang banyak songeh dan cekadaknya."
"Ah! Abang tu lagi teruk cekadaknya."
Johan Ashaari dan Johanna Amira ketawa. Itulah sikap dua beradik yang ramah dan mesra. Masing-masing kalau hendak diikutkan adalah sama sedikit perangainya. Degil dan mengada sahaja lebih. Namun sebagai abang Johan Ashaari begitu menyayangi satu-satunya adik perempuan yang dia tinggal. Kehilangan Johanna Amanda benar-benar buatkan kembarnya bersedih hati.
Johanna Amira dan Johanna Amanda adalah kembar tidak seiras. Johanna Amanda meninggal selepas kelahiran mereka selepas berumur lapan tahun. Kata doktor, jantung Johanna Amanda tidak berfungsi. Mamalah orang yang paling bersedih hatinya tetapi setelah dipujuk papa supaya redha qada dan qadar, mama menerimanya dengan hati yang terbuka.
Johan Ashaari yang dikala itu berumur sepuluh tahun senantiasa menemani adiknya Johanna Amira agak tidak merasa kesunyian. Apa sahaja permintaan adiknya itu dia akan cuba turutkan agar Johanna Amira tidak bersedih apabila teringkan kakak kembarnya.
Tiba-tiba Johan Ashaari teringatkan mamat motor TZM itu. Badan kecil tapi tinggi lampai ada iras-iras keperempuanan sikit. Suara pun bukan seperti suara lelaki normal. Takkan mamat kepit kot? Tapi dia cakap wa lu nampak macam ganas semacam.
Nauzubillah! Tak payahlah aku jumpa mamat tu. Aduh! Business card aku tu menyesal pulak bagi. Buatnya mamat tu jatuh hati dengan aku yang macho lagi handsome ni memang tak cukup jalanraya Malaysia ini aku drift!
Amira tiba-tiba pelik memandang Johan Ashaari yang berubah secara mendadak.
Apa kena dengan abang Johan ni? Tersampuk ke apa?
**********
USAI bersolat, aku turun ke bawah menjenguk makanan yang ada. Jam hampir ke pukul sebelas setengah, perut jadi lapar tiba-tiba. Syukurlah walaupun selalu makan lewat malam, tubuh badan aku tidak gemuk dan tidak terlalu kurus. Sedap mata memandang gitu. Ahaks!
Jenguk bawah tudung saji, selera makannya bertambah-tambah. Perut yang berkeroncong ibarat lagu Awallah Dondang bertukar menjadi lagu Lady Gaga. Mana tidaknya mama masak udang galah gulai cili padi! Tak teliur korang? Bekas chef masak tau.
Aku tidak menunggu lama, terus mengauk nasi masuk dalam pinggan dan mencedok kuah gulai cili padi itu. Dengan bacaan bismillah supaya setan tak jamah makanan yang aku makan aku kunyah dengan penuh berselera.
Mama! Terbaik wok!
Malam ini luar biasa sedikit dengan jumlah pemakanan yang biasa aku ambil. Dua pinggan sekaligus aku makan nasi malam ini! Mengening seketika perut aku sambil menjilat jarilah apabila pekena masakan gulai cili padi masakan mama ini.
Oh! Ini mesti masak lauk kegemaran Abang Badri. Apa sahaja mama masak semua lauk kegemaran aku, takde pilih-pilih. Abang Badri kalau dapat makan udang galah masak gulai cili padi, bom meletup pun tak heran. Biasalah Abang Badri dengan udang galah memang kegilaannya.
Selesai sahaja makan, aku menonton tv dan mencari siaran yang boleh dilayan. Tapi satu benda pun tak menarik minat aku. Tiba-tiba teringat pulak mamat BMW yang aku terlanggar tadi. Hendak tergelak pun ada, calarnya sikit sahaja tapi mengamuknya yang terlebih-lebih. Macam kita langgar bini dia pulak.
Eh! Lelaki kalau sayang kereta kalah bini sendiri kan? Hua hua hua.
Aku ambil business cardnya dan hampir terbelalak mata aku tengok nama itu! Ya nama yang sudah sepuluh tahun aku tidak melihat wajahnya! Rupanya Johan Ashaari sudah balik ke Malaysia.
Kenapa dia tak cari aku pun? Dia dah lupa pada aku ke? Dia tak ingat dekat aku ke? Sampainya hati!
Erkk..bukan dahulu aku sendiri yang cari penyakit mintak dia jangan ganggu aku lagi ke? Ya betul! Semua salah aku. Macam mana aku hendak berdepan dengan dia lagi? Mampukah aku berhadapan dengan lelaki yang telah sedikit sebanyak mencuri isi hati aku yang sekeping ini.
Mula sudah sinetron dalam jiwa aku. Aku menuju ke almari kasut dan aku memandang boot yang pernah aku baling ke kepala Johan Ashaari. Tiba-tiba nostalgia itu datang kembali dan buatkan aku mula bersedih. Aku ambil boot itu aku peluk kuat-kuat. Sejak pemergian Johan Ashaari ke luar negara dahulu, aku tidak memakai lagi boot ini. Aku basuh dan bersihkan wangi-wangi aku simpan dalam almari.
Bila mama hendak buang boot ini, aku mula terasa jiwa aku separuh hilang. Seperti mana jiwa aku hilang dengan pemergian Johan Ashaari. Kalau aku tidak sempat selamatkan boot itu memang akulah orang yang akan melalak tidak henti-henti. Mama punyalah terkejut beruk bila tengok anak dara dia macam orang gila kehilangan anak.
Babah menggeleng sahaja waktu itu dan Abang Badri sampai terjatuh roti yang berada dalam genggamanya. Aku melancarkan mogok lapar dan setelah puas maam pujuk baharulah aku turun makan. Padahal dalam bilih penuh dengan roti sebagai stand by.
Nakalkan anak dara mama ini.
Johan Ashaari...awak pernah tak rindukan saya?
**********
Happy reading peeps! ^_~
Dah lewat nak siap-siap pi Dengkil, kawan satu opis tawen... Ho ho ho
Peace Yo!
2
kata-kata pujaan
Labels:
MINI CERPEN
03 March 2012
BOOT BEABOO - BAB 2
Posted by DALIA NA ZABEABOO itu nama manja babah dan mama panggil dekat rumah. Tapi tidak sangka pulak si Ashaari ini boleh tahu sebab terdengar mama memanggil nama timangan itu dikolej. Sudahnya si Ashaari ini berani mati panggil nama timangan itu. Siap sindir-sindir konon kata aku berangan nak jadi macam Kareena Kapoor. Bukan aku yang suka-suka, tapi babah dengan mama dah panggil aku daripada kecik. So what?
Nama samaran Beaboo diambil sebab susah sedikit hendak sebut nama sebenar aku. Beatrisya Khumaira Binti Abdul Ghazali. Kalau salah sebut jadi Bateri-sya dah macam bunyi bateri pulak. Si Mei Yin selalu pelat sebut nama aku, Bea-tea-lie-sya...haih. Di kolej aku dipanggil nama Isya. Bukan solat waktu Isya' ye.
Mamalah yang beriya-iya benar letak nama penuh aku sebegitu. Katanya sedap dipanggil dengan lemah lembut. Kalau betul sedap kenapa panggil Beaboo kan kan kan. Mama...mama...
Babah pulak setuju sahaja permintaan mama kerana katanya mama sanggup berkorban untuk melahirkan aku ke dunia sedangkan doktor sudah mengesahkan mama mungkin akan mendapat komplikasi. Ya komplikasi sukar untuk bersalin yang boleh membuatkan nyawanya terancam. Sayang betul babah dengan mama ye.
Ashaari ini kalau satu hari tak kacau aku memang tak sah tahu. Ada sahaja keje dia hendak menyakat aku. Lantak akulah kan nak pakai boot walaupun berbaju kurung. Syarat mama letakkan pada aku, hendak pakai boot boleh tapi mesti tetap ada ciri-ciri keperempuanan.
Aku tak pernah hairan kalau berpakaian seperti ini. Tapi apsal orang lain yang sibuk-sibuk memandang pelik dengan aku. Biasalah manusiakan, akan jaga tepi kain orang lebih sedangkan kain sendiri terkoyak takmau jaga. Ahaks!
"Beaboo....weih" Ashaari memanggil nama timangan. Aku dah bagi amaran jangan panggil macam itu tetap jugak degil. Ada kena baling lagi dengan boots ni.
"Kau ni kan berapa kali aku cakap jangan panggil nama timangan aku dekat kolej ni. Kau ni faham bahasa Melayu ke tak?" Aku sudah mula naik angin. kalau dengan Ashaari memang angin aku payah benar nak surut. Asyik keluar 'nafas naga' sahaja
"Alaaa...nama kau susah sangatlah nak sebut. Lagipun manja apa aku panggil kau Beaboo. Jom aku belanja kau minum harini." Ashaari sengih dan aku masih masam mencuka.
"Panggilan tu untuk mama dan babah aku aje. Faham?!"
"Ala esok-esok akan jadi mama dan babah aku jugak apa."
"Kau ni apahal? Satu hari tak kacau aku tak boleh ke? Rimaslah aku. Cakap sudahlah merepek entah apa-apa. Lepas tu tahu menyakitkan hati aku aje. Tepilah."
"Kau jangan cakap macam tu Beaboo..betul aku tak bolehlah kalau tak nampak kau. Sehari kalau tak nampak, rindu aku bergedup-degup laju." Ashaari sudah mulakan puitisnya. Aku sudah mula rasa seram-seram. Mamat ni bukan boleh dilayan sangat. Kalau tidak akan menjadi-jadi.
"Kau ni demam panas ke apa? Takut pulak aku tengok angau kau ni lah!"
"Demam sebab kau..."
"Gila!"
"Gila sebab kau."
"Sewel ke?!"
"Sewel pun sebab kau."
Aku rasa tak lama lagi memang boot aku melayang dekat mamat ni.
"Aku nak balik hostel. Tepi."
"Teman aku minun dulu boleh? Kali ini aje, lepas tu takde dah."
"Boleh tapi ada syarat."
"Apa syaratnya? Aku setuju aje."
Aik belum beritahu apa-apa sudah setuju? Kemaruk apa pulak Johan Ashaari ini dengan aku? Lain macam pulak tengok airmuka dia. Macam orang sedih pun ada.
"Lepas ni jangan kacau aku lagi. Lepas tu jangan panggil nama timangan aku lagi. Lepas tu jangan ajak aku minum lagi. Setuju?"
"Setuju. Sebab lepas ini aku memang takkan gangu hidup kau lagi Beatrisya Khumaira."
Errkkk...kenapa macam sentap pulak?
**********
SELEPAS kejadian itu, aku langsung tak nampak muka Johan Ashaari. Dalam tempoh seminggu aku senyum dengan luas sebab hati sudah tidak sakit. Dua minggu berlalu senyuman aku adalah berkurangan sikit. Masuk minggu ketiga aku mula terasa kehilangan sesuatu. Masuk sebulan tiba-tiba hati aku menjadi perindu.
Rindu pada usikkan dia.
Rindu pada kenakalan dia.
Rindu pada kedegilan dia.
Aku rindu segala-galanya tentang dia. Mana dia pergi? Merajuk dengan aku ke? Tapi kenapa tiba-tiba aku boleh jadi sebegini?
"Mana mamat yang selalu sakat aku tu eh?" Aku sengaja bertanya pada Suhaila, rakan sekuliah Johan Ashaari merangkap sepupu aku sendiri.
"Kau tak tau ke Beaboo?"
"Tahu apa?" Aku memandangnya pelik.
"Johan Ashaari dah takde."
"Hah! Dia dah meninggal ke? Bila? Macam mana dia boleh meninggal? Kenapa takde keluar apa-apa berita pun dekat kolej ni? Kenapa aku tak tahu?"
Bertubi-tubi soalan aku bertanya sampaikan Suhaila tergelak melihat gelagat aku yang sudah menggelabah semacam. Macam mana aku tak menggelabah, sudahlah aku cakap dengan mamat itu jangan kacau hidup aku lagi. Masin ke mulut aku berkata sebegitu? Yang aku dan Johan Ashaari tidak akan bertemu lagi untuk selama-lamanya?
"Bukanlah! Johan Ashaari dah sambung belajar luar negara sebab papanya tak nak dia belajar dekat sini lagi. Kalau tak silap aku harini dia akan berangkat ke luar negara. Pensyarah aku bagi tahu tadi sebab semua orang dalam kuliah pelik tengok kerusi dia kosong aje. Papanya tak bagi kecoh-kecoh."
"Hah! Kau ada nombor telefon dia tak? Aku nak mintak maaf dengan dia ni."
"Takde."
"Aduh!"
"Tapi aku tahu rumah family dia dekat mana sebab pernah sekali dua datang dengan kawan-kawan yang lain. Kau dah buat apa dengan dia?"
Aku tidak menjawab pertanyaan itu tetapi aku harus jumpa Johan Ashaari secepat mungkin. Mungkin selepas ini aku tidak akan berjumpa lagi dengan dia untuk selama-lamanya.
Aku terus menarik tangan Suhaila menuju ke kereta prebet sapu yang masih setia menunggu penumpang diluar kolej. Ini sahaja harapan aku yang terakhir untuk berjumpa dengan Johan Ashaari. Aku nak mintak maaf dengan dia.
"Pakcik boleh pandu kereta cepat sikit? Saya ada hal kecemasan."
"Tak boleh dik. Kena ikut undang-undang jalan raya."
"Tolonglah pakcik, ini antara hidup dan mati." Suhaila menyokong aku. Bagus jugak sepupu aku ini kadang-kadang. Aku tersenyum.
"Kalau jadi apa-apa, kena saman siapa nak bayar?" Pakcik ini macam menyindir aku pulak.
"Saya!" Suhaila memandang tepat ke mata aku. Mesti dia kata aku ini meroyan ke apa agaknya.
"Kau ni lain macam aku tengok. Kau dengan Johan Ashaari tu ada apa-apa ke?"
"Kawan sahaja."
"Kawan tapi mesra ke?"
"Lebih kurang begitu tapi mesranya lebih kepada bergaduh."
"Eh, pelik bunyinya tu."
"Kau takkan faham. Takpe aku tak salahkan kau. Terima kasih sebab tolong aku harini." Habis sahaja aku bercakap pakcik teksi ini bersuara dan buatkan aku terus terdiam.
"Hish..budak-budak sekarang pelik-pelik." Pakcik ini menekan pedal minyak agak laju sedikit. Kalaulah babah tak kenakan undang-undang ketat kepada aku, tentu sekarang aku boleh bawak motor.
Sampai sahaja dihadapan perkarangan rumah keluarga Johan Ashaari, aku terduduk. Terpampang label rumah untuk dijual. Aku sudah terlambat. Ya memang aku sudah terlambat untuk memohon maaf dengan Johan Ashaari sebab berkata kasar sebegitu.
Suhaila memandang aku pelik. Kami berpatah semula menuju ke prebet sapu yang masih menunggu. Aku mendiamkan diri seribu bahasa.
'Aku sudah jatuh hati dengan Johan Ashaari ke?'
***********
Esok sambung baru yerpp..
Happy reading peeps... ^_~
Peace Yo!
2
kata-kata pujaan
Labels:
MINI CERPEN
BOOT BEABOO - BAB 1
Posted by DALIA NA ZA"SEBELUM boot saya ni melekat dekat muka awak, baik awak pulangkan balik beg saya tu!" Aku memang pantang kalau orang sengaja hendak menyakat dengan buat kerja bodoh.
"Entah apa yang ada dalam beg dia ini. Rasa macam nak selongkar pulak."
"Hoii! Bagi baliklah beg aku. Nahas kau karang kalau kau berani selongkar!" Aku memang sudah hilang sabar.
"Hekeleh Beaboo...rilekslah weih. Ada berlian ke kat dalam beg kau ni."
"Janganlah usik beg aku tu! Kau ni kan!" Lantas aku menanggalkan boot aku yang sebelah kiri ini dan terus membaling ke arah Ashaari yang masih degil untuk menyelongkar beg kesayangan aku.
Bukannya apa dalam itu ada benda yang tak sepatutnya orang lelaki tengok. Apa benda itu? Adalah....
"Aduh!" Tepat terkena kepala Ashaari.
Lantas aku berlari dapatkan beg aku dan boot yang aku baling tadi. Jaguh bola baling suatu masa dahulu tahu.
Ashaari menggosok kepalanya yang sakit itu. Aku mengejek.
"Lain kali buat hal lagi. Lepas itu aku baling dengan dua-dua buah boots ni pulak. Jangan sampai kau koma sudah! Ha ha ha..."
"Beabooooooo!"
**********
ITULAH kisah aku teringat kembali yang sudah berlalu sepuluh tahun dahulu. Apa khabar agaknya Ashaari sekarang? Oh lupa hendak sebut nama penuh dia, Johan Ashaari. Ala nama dia ala-ala pelakon cerita sensasi lagi glamour, JUVANA. si Botak, tapi Johan Ashaari ini tidak botaklah. Mempunyai rambut yang lebat, berhidung mancung serta tinggi lampai.
Berita terakhir aku dengar dia melanjutkan pelajaran di luar negara. Hebat betul! Agaknya hasil daripada balingan boot aku barangkali? Ahaks!
Jam hampir ke lima setengah petang, masa untuk balik tetapi aku masih ada kerja yang menimbun perlu untuk diselesaikan. Kena kerja lebih masalah gamaknya. Boss besar semua sudah balik tinggallah aku seorang diri yang masih tekun menaip itu dan ini.
Babah sebenarnya tidak berapa gemar aku balik lewat, maklumlah anak dara dia seoarang sahaja. Abang Badri kini bertugas di Sarawak. Selalunya Abang Badri yang akan ambil aku dipejabat. Pernah sekali terkena gosip kata Abang Badri pakwe aku. Pecah perut aku gelak sorang-sorang.
Itu abang kandung akulah. Abang yang senantiasa memahami jiwa adik perempuannya ini. Penuh koleksi boot kegemaran aku. Macam-macam warna ada. Mama sampai pening sebab selalunya almari kasut yang besar itu penuh dengan kepunyaan aku seorang. Bila mama hendak buang yang mana-mana sudah lama, aku terus lancarkan mogok lapar.
Konon mogok lapar, padahal bila semua orang sudah tidur akulah tikus mondok jadian menyelongkar dEkat dapur cari makanan. Masakan mama memang terbaik dari ladang tahu. Sebab mama adalah bekas chef tersohor di hotel yang bertaraf lima bintang itu. Ala yang J.W Marriot tu. Hah! Ternganga kau!
"Aduh! Korang ni semua memang suka daftar last minute lah! Nasib baik hati aku ini murni hendak juga siapkan cepat-cepat. Kalau tidak tak kuasa aku hendak melayan." Aku mengomel seorang diri.
Tanpa sedar jam sudah meninjak ke lapan malam. Waktu yang dibenarkan oleh babah untuk kerja lebih masa. Tempoh perjalanan mengambil masa hanya satu jam. Paling lewat aku kena sampai dirumah adalah jam sembilan sepuluh minit malam. Nasib baik motor TZM aku ini selalu memberikan perkhidmatan yang cukup membanggakan.
Punyalah hendak kejar masa, aku bawak motor agak laju malam ini. Mana tidaknya lapan setengah baharu aku keluar daripada pejabat. Mahu jam sembilan setengah malam baru sampai. Kalau selewat itu memang telinga aku akan menadah syarahan percuma daripada babah. Bukan mama. Pelik, orang lelaki kuat membebel?
Entah dimana silapnya, aku terlanggar bontot kereta BMW malam ini. Tapi tidaklah teruk, kemek pun takde cuma adalah tercalar sikit.
Kelam kabut siempunya kereta keluar daripada perut keretanya untuk memeriksa keadaan. Aku yang masih pakai helmet fullface hampir-hampir hendak jatuh tergolek. Nasib baik takde kereta ke motor ke langgar aku daripada belakang. Kalau tidak memang nayalah.
"Jahanam kereta aku! Woi mamat lu bawak motor lu macam mana hah! Siapa nak ganti ni?" Lelaki ini menyergah aku. Kurang ajar betul! Tahulah aku salah sebab makan bontot kereta dia tapi tak boleh cakap elok-elok ke? Inilah manusia zaman sekarang, pentingkan harta benda tapi budi bahasa tergadai.
"Wa takde masa sekarang. Wa kejar masa lagi ada. Bagi kad business lu, esok wa call then lu cakap berapa bayar ganti rugi yang wa kena tanggung. Sorry." Aku menadah tangan. Tapi mamat ini terkejut beruk dengan perlakuan aku. Ini yang aku letih, aku nak cepat boleh pulak mamat ini dudu tegap tengok cermin helmet aku.
"Hoi! Lu ni dengar ke tak? Wa dah lambat ni." Aku menyergah terus mamat itu memberikan business card sepantas kilat. Boleh pulak bagi cepat-cepat. Sajalah tu hendak buang masa aku. Aduh jam dah pukul sembilan malam, mesti babah goyang-goyangkan kaki dia menunggu anak daranya balik rumah.
"Lu jangan lari pulak. Ingat! Esok lu call wa, bayar ganti rugi." Sempat lagi tu sebelum aku memulas handle motor.
"Wa bukan bangsa mungkir janji. Wa call lu esok." Aku terus memecut laju. Setakat bercalar aje takkan sampai beribu kot kan kena bayar ganti rugi. Tapi itu kereta BMW! Aduh mak aku mula mengenangkan duit poket aku akan hancur leburlah. Cis!
"Habis calar balar. Tak guna punya mat motor ni. Mata letak dekat mana agaknya. Ini kalau abah tahu mati aku. Sudahlah BMW ini kesayangan dia. Menyesal pulak tak pakai kereta sendiri. Amira pun satu, sibuk suruh bawak BMW ni sebab lebih selesa. Kalau tak bawak merajuk pulak." Johan Ashaari memeriksa kereta BMW itu berulang-ulang kali. Nasib baik calar sikit sahaja.
***********
AMIRA yang masih lagi berdiri menunggu kedatangan Johan Ashaari sudah makin panas hati. Sekejap-sekejap dia mengerling ke arah jam tangan GUESS berwarna biru itu ditangan. Sudahlah berat barang yang dia kena bawa bersama.
"Adoi mana abang Johan ni! Kata pukul sembilan sekarang dah sembilan setengah aku dok tercongok depan Pavillion setengah jam. Naik lenguh menunggu. Aku ingat orang perempuan aje suka lambat-lambat. Lelaki pun sama. Contoh terbaik abang kandung sendiri." Amira mengomel sendirian.
Hari ini dia terpaksa meminta bantuan daripada abang untuk ambil balik ke rumah. Keretanya masuk workshop Ah Beng sebab tak boleh hidup.
Amira mengambil telefon bimbitnya dan terus mendial nombor telefon abangnya untuk mengetahui lokasi terkini. Harini pula dia ditugaskan untuk bertemu dengan client yang memohon bantuan memberi penerangan tentang aplikasi yang akan didaftar dibawah syarikatnya.
Itulah bila pihak kerajaan buat hari bersama pelanggan berkenaan sistem online yang akan digunapakai tidak mahu datang. Selalu alasan yang diberi, tak cukup masa, sibuk, tiada orang boleh uruskan syarikat. Alasan yang kadang-kadang tidak masuk akal.
"Hello! Abang Johan, kat mana tu? Lambat lagi ke? Mira dah macam tiang letrik tunggu abang daripada tadi. Kata sampai pukul sembilan, sekarang dah nak masuk pukul sepuluh tayar kereta papa pun tak muncul-muncul lagi apa kes? Abang pergi dating dulu ke?"
"Kau ni cakap tak payah jerit-jerit boleh? Sakitlah telinga abang ni. Kejap lagi sampailah ni, lagi sepuluh minit. Karang dalam kereta abang terangkan kenapa lambat. Kau pun satu mengada-ngada nak suruh abang ambil dekat jalan yang penuh sesak selalu apahal?Haih..." Johan Ashaari sedikit memberontak. Geram dengan sikap mengada-ngada dan tidak sabar oleh adiknya yang seorang ini.
"Kalau lambat bagitahulah Mira, takdelah Mira tegak berdiri dekat sini. Minum kopi dulu dekat dalam Pavillion pun takpe. Abang ni memang suka mungkir janjilah." Amira makin hilang sabar.
"Hish budak ni! Hah, mana kau? Abang dah sampai ni."
"Mana? Mira tak nampak kereta papa pun?"
"Kau jalan depan sikit, abang betul-betul depan bangunan Pavillion ni la."
"Mana? Mira tak nampak pun."
"Mira dekat mana pulak?"
"Depan Pavillion."
"Memanglah. Sebelah kiri ke kanan?"
"Sebelah kiri."
"Patutlah tak berkat."
"Eh! Apa kena mengena pulak abang ni?"
"Kalau nak buat apa-apa mulakan sebelah kanan! Abang sebelah kanan, dah pusing cepat."
"Haih! Apa kena mengena tunggu sebelah kiri dengan kata-kata abang tadi? Leceh betullah orang tua ni."
"Orang tua...orang tua...karang abang tingalkan Mira baru padan muka."
Johan Ashaari mematikan talian dan menunggu bayangan Amira muncul. Johanna Amira sudah menarik muka masam dengan abangnya itu. Oleh sebab Pak Hamid tidak dapat ambil dirinya kerana menemani papa ke Bukit Jelutong menghadiri perjumpaan bersama rakan kongsinya bersama mama. Kalau Pak Hamid ada tentu Amira tidak menunggu lama sebegini dan bertekak dengan abangnya, Johan Ashaari.
Tiba-tiba dia teringat Kak Beaboo yang cun tetapi kelihatan sangat cool. Dia tidak pernah tahu nama penuh Kak Beaboo sebab abangnya ini memang agak perahsia. Selepas Abang Johan mengambil keputusan melanjutkan pelajaran ke luar negara, seolah-olah nama Kak Beaboo terkubur begitu sahaja.
Mana Kak Beaboo sekarang? Dahulu dapat berbual sekejap sahaja selepas Abang Johan merampas telefon bimbitnya. Salah nya juga sebab curi-curi ambil telefon bimbit dan mencari siapa perempuan yang mendapat tempat dihati abangnya yang terkenal dengan sikap dingin ini. Mana tidaknya, asyik tersengih seorang diri kalau mengadap telefon bimbit dia.
Kata gila nanti mengamuk sakan pulak!
*********
Please leave your comment for improvement. Thanks for reading peeps ^_~
Peace Yo!
3
kata-kata pujaan
Labels:
MINI CERPEN
PREVIEW CERPEN BERSIRI KEDUA : BOOT BEABOO
Posted by DALIA NA ZA
0
kata-kata pujaan
Labels:
PREVIEW
HELLO, AWAN NANO
Posted by DALIA NA ZA"KAK SU! Jom buat air kacip fatimah. Petang-petang ni haus betul." Aku yang sudah keletihan melakukan tugasan dipejabat sejak dari pukul lapan pagi sehinggalah lima setengah petang. Break untuk breakfast yang makan masa sepuluh minit, lunch yang makan masa satu jam dan campur waktu solat untuk dua waktu selama tiga puluh minit. kesemua satu empat puluh minit sehari.
Waktu-waktu selainnya mengadap screen laptop menguruskan hal-hal pejabat.
"Amboi, sejak dua menjak ini akak tengok kuat betul kau telan kacip fatimah ye. Nak kahwin dah ke? Siapa calon? Wah! Senyap-senyap kau bercinta ye Chenta Zulaikha." Kak Su menyengih. Aku rasa macam nak pitam.
"Errkk..mana ada kak, minum air kacip fatimah untuk kesihatan la. Untuk tambah tenaga tau. Apa dok fikir bukan-bukan saya nak kahwin. Adoiyaiii."
"Manalah tahu. Kau tu akak tak pernah tengok berdating ke, bergayut dekat telefon ke. Facebook pun status single. Tapi kalau betul kau nak kahwin apa salahnya kan kan kan..."
"Huishh..kesitu pulak akak ni. Siapa la nak saya yang garang macam singa lapar ni kak oii... Jomlah kita lepak jap. Baru pukul lima setengah. Pukul enam akak balik eh." Aku masih memujuk.
"Eh...anak-anak akak tu siapa nak tengok?"
"He he he...Abang Din kan ada..."
"Banyak la..."
"Ala kak...lewat setengah jam, takde gosip menarik ke?"
"Esok gosip. Akak nak balik dah."
"Alaaa..."
Kak Su menyengih dan aku kenalah beralah jugak. Minum kacip fatimah seorang dirilah petang ini.
********
PUAS aku pulas kunci kereta hidupkan enjin masih juga tidak berjaya. Menyesal pulak balik lewat malam. Jam ditangan sudah menginjak ke angka sepuluh malam. Kereta aku baik punya tersadai tepi jalan. Entah kenapa tetiba mati mengejut. Setahu aku minyak penuh aku isi. Takkan masalah bateri kereta kot?
Lagi satu masalah, bateri telefon bimbit aku pulak sudah kehabisan. Eloklah bateri kereta dengan telefon bimbit masing-masing buat hal! Sudahlah hari ini hari Khamis, ramailah orang sudah bertandang dekat rumah. Faham-faham sahajalah kan. Ahaks!
Makin lama darah aku makin naik sampai ke maksima. Apa tidaknya, tengah penat-penat begini hadap masalah macam ini pula. Aduh! Hendak balik semula ke pejabat memang aku tak larat jalan kaki. Jauhnya adalah dalam sepuluh kilometer! Satu kilometer pun sudah buat aku termengah-mengah.
"Assalamualaikum!"
"Makkkkkkk!" Aku menjerit sambil menutup mata dengan kuat.
"Eh...eh...saudari, saya bukan hantu."
"Kus semangat!"
Lelaki ini menyengih. Aku rasa macam nak baling sahaja dengan kasut tumit tinggi dua inci ini ke arahnya. Kurang asam betul! Entah datang dari mana, terus sahaja sergah orang sebegitu. Nasib baik tak pitam ke, lari ala-ala Watson Nyambek ke. Haru betul!
"Maafkan saya, tak sengaja."
"Tak sengaja kepala hotak awak! Sergah orang macam itu pasal apa? Nasib baik saya takde sakit jantung. Kalau saya pengsan tadi macam mana?"
"Apa susah, saya dukung awak masuk dalam kereta hantar pergi hospital terus. Kan senang."
"Errrkkk..."
Berani betul mamat seorang ini. Eh! Sekejap betul ke dia ini manusia? Ke jadi-jadian? Subhanallah, mintak aku dilindungi oleh Allah dari ketakutan dan kesesatan.
"Saya tengok awak berdiri seorang diri dekat sini, jadi saya datanglah bagi salam. Awak pulak tak jawab-jawab salam saya lebih dari dua kali. Itu yang kali ketiga saya jerit kuat sikit. Manalah tahu kot-kot awak ni jadi-jadian ke."
Hampeh punya budak. Sukahati cakap macam itu!
"Huh!"
"Jangan marah-marah, dalam keadaan terdesak macam ini susah teksi nak lalu. Lagipun kawasan bukit macam ini bahayanya memang mengundang padah. Percaya pada saya, mari saya tumpangkan awak sampai simpang sana. Disitu ada perhentian teksi."
Ok, kepercayaan aku terhadap lelaki yang tidak aku kenali ini peratusnya hanya dua sahaja! Manalah tahu kan mamat hidung belang ke, tak ke naya diri aku sendiri nanti. Tetapi kalau terus berdiri dikawasan ini, lagi bahaya aku rasa. Sekarang ini pilihan ditangan aku betul-betul buat aku dalam dilema!
Ya Allah, lindungilah aku dari sebarang bencana.
**********
SAMPAI sahaja simpang perhentian teksi, dia tidak memberhentikan keretanya. Aku sudah rasa tidak sedap hati. Mamat ini menipu aku ke apa? Kalau dia bawa aku ke tempat yang bukan-bukan, aku sanggup lompat keluar daripada kereta dia. Mak! Tolong Chenta!
"Takut?"
Selamba betul mamat ini. Cis!
"Kenapa tak berhenti diperhentian teksi tu? Awak sengaja tipu saya kan! Awak nak buat apa dengan saya hah!"
Aku pun satu pergi tanya soalan bongok pasal apa?!
"Satu, hari dah malam susah nak dapat teksi waktu begini. Kedua, maaf kalau saya menipu awak sewaktu mempelawa naik kereta saya. Ketiga, saya tak nak buat apa-apa cuma hendak panjangkan pertolongan saya untuk menhantar awak balik terus ke rumah."
Ok, aku terkelu sebab berburuk sangka. Dalam dunia ini bukan semua orang mempunyai hati sebaik itu. Lagi-lagi apabila orang perempuan seperti aku yang berdiri tegak tepi kereta diwaktu malam buta seorang diri.
"Err...terima kasih."
"Belum boleh ucap terima kasih."
"Eh! Sombong betul!"
"Belum sampai depan rumah awak, mana boleh ucap terima kasih kan?"
Wah! Terbakar betul hati aku dengan mamat seorang ini. Namun sebab sifat kebaikkannya terpaksalah aku tadah telinga sahaja dengar loyar buruk dari mulut dia.
"Mana alamat rumah awak? Kalau diam sahaja saya bawak balik rumah mak saya. Nak?"
"Hah! Jangan buat lawak bodoh lah!"
"Apa pulak, takkan saya nak bawak awak balik rumah bujang saya? Nanti tak pasal-pasal kahwin free."
Itu dia sekali lagi peluru tepat tertembak dihati aku. Siot betul mamat ini. Loyar buruk memang buat hati aku panas berjela-jela. Sabar Chenta...sabar...
"Pasal apa tak tanya? Hish!"
"Ni nak tanyalah ni. Mana alamat?"
"Sampai traffic light depan tu belok kanan. Lepas tu terus lagi sampai dua simpang masuk kiri pulak. Lepas tu terus sampai kawasan perumahan Cheras Perdana, masuk simpang ketiga. Terus sikit lagi masuk simpang yang paling akhir. Kemudian simpang sebelah kanan, rumah nombor empat dari lima buah sebaris. Boleh hafal ke?"
"Banyak betul simpan ye. Hati tu ada simpang-simpang tak?"
Apa maksud mamat loyar buruk ni? Aku ketuk jugaklah kepala dia ni kang. Sudahlah soalan aku yang terakhir tak berjawab.
"Jalan! Jangan loyar buruk!"
"Itu dia macam kita prebet sapu dia pulak." Mamat ini buat lawak bongok dia. Aku tak geli hati ataupun hati aku jadi geli tahu! Dia boleh tersengih, nampak lesung kiri kanan dia yang menyerlahkan lagi kecomelan wajah beliau. Sama macam akulah pulak!
Hish! Geramnya aku. Rasa macam nak lempang-lempang sejuta kali!
*********
HARINI terpaksa pergi ke pejabat menaiki public transport. Sebenarnya aku bukan benci dengan keadaan public transport sekarang, tetapi itulah setiap satu jam hanya lalu dua buah biji bas sahaja. Maknanya setengah jam satu. Punyalah banyak bas pengangkutan yang kerajaan sediakan, tetapi kenapa sikit sahaja yang bergerak? Lain buat apa? Taik mata!
Lenguh kaki aku berdiri tepi simpang rumah. Ok, baharu aku perasan kawasan perumah aku memang banyak betul simpangnya. Patutlah mamat itu sindir-sindir aku. Satu sahaja aku pelik, apahal tanya hati aku simpang-simpang ke tak? Gila!
Aku menatap jam sudah hampir pukul tujuh pagi! Arghh! Bengang jugak sebab basnya tidak muncul-muncul lagi. Waktu kemuncak macam ini berduyun-duyun kereta disekitar jalan Kuala Lumpur ini. Hendak atau tidak terpaksalah bagitahu boss aku terlewat harini.
Tengah menaip-naip berhenti sebuah kereta. Apabila cermin gelapnya diturunkan, aku terperanjat beruk. Bukan jadi beruk la. Terperanjat sahaja sebab muka mamat ini lagi! Apa dia buat dekat sini?
"Assalamualaikum. Bas rosak harini, mari saya tolong hantar awak dekat depan sana. Boleh awak naik teksi."
Aku menjawab salamnya didalam hati. Ikhlas atau tidak, hanya Allah yang tahu hati aku macam mana. Aku menggeleng malas hendak susahkan mamat ini lagi. Tapi pelik jugak, macam mana mamat ini boleh sampai dekat sini?
"Apa awak buat dekat sini? Skodeng saya ke?"
"Salam saya tu awak dah jawab ke belum? Berdosa kalau tak menjawab salam. Sunnah Nabi tu."
Lain aku tanya lain pulak dia jawab. Memang nak kena betul mamat ni.
"Saya dah jawab dalam hatilah! Apa bersangka buruk dengan orang ni? Lagi berdosa tahu!" Hambik kau!
"Alhamdullillah jawab salam saya tu. Ikhlas ke tak?" Soalnya lagi dan buatkan hangin aku bertambah-tambah. Agak-agak mesti jelas wajah aku kemerah-merahan menahan marah yang teramat sangat.
"Eh! Dia ni. Ada jugak kena luku kepala tu. Pergilah!"
"Naik kereta saya dahulu, baru saya pergi."
Apa kes paksa-paksa orang tumpang kereta dia pulak? Spesis mana mamat ini? Apsal baik tak tentu hala sangat dengan aku ni?
"Apahal pulak!"
"Selagi awak tak naik, saya takkan beredar."
Betullah mamat ini memang annoying!
Hendak atau tidak terpaksalah aku terima pelawaan dia. Bukan apa, ramai orang sudah tengok drama king antara aku dan mamat ini. Sudahlah nama dia pun aku tak tahu, lepas itu boleh bergaduh dikhalayak ramai. Nanti orang budget aku bergaduh dengan pakwe ke, suami ke. Jatuhlah saham aku! Weih aku bujang trang tang tang tau.
"Boleh pun. Saya hantar awak terus ke pejabat. Pagi ni kalau naik teksi rugi, sebab jammed." Ada sahaja agenda dia.
"Lantaklah! Duit saya bukan duit awak pun! Tadi janji lain, sekarang janji lain pulak. Apa ni?" Aku sudah mula memberontak. Ini yang aku tidak suka kalau orang mungkir janji. Memang kepantangan aku kalau tadi cakap lain sekarang lain pulak.
"Saya hantar awak. Tak kira. Lagipun jalan pejabat awak sama dengan tempat yang saya nak pergi. Jadi duduk diam-diam."
Kenapalah aku boleh bertemu orang macam mamat ini. Kalaulah kereta aku tidak buat hal takdelah otak aku serabut dengan mamat pyscho dari semalam sampai ke pagi ini! Tension betul!
"Siapa awak ni eh! Hish! Malang betul!"
"Siapa saya awak tak perlu tahu. Jangan kata malang tapi ganti dengan bertuah sebab awaklah gadis pertama dapat naik kereta saya. Lagi satu, mulut tu jangan nak muncung sangat."
Ini yang malas aku hendak bersuara. Ada sahaja jawapan dia yang bikin hati aku rasa sesak. Kalau tak tanya, susah jugak aku. Yelah sekarang ini aku sudah berada peringkat termakan budi.
"Hish! Loyar buruk betul! Sama macam tayar buruk!" Aku sengaja menyindir, peliknya mamat ini tersengih sahaja. Aku lima saat sebentar aku tertawan tengok lesung pipi dia yang dalam itu.
"Kenapa tengok saya macam itu Chenta Zulaikha? Sudah jatuh hati dengan saya ke? Kiranya saya orang yang paling bertuah kalau dapat cinta awak Chenta Zulaikha."
"What!!!"
Wait, macam mana dia tahu nama aku? Pertama setahu aku malam tadi aku tak sebut langsung sepatah perkataan dari nama penuh aku. Kedua, dia ini datang dari mana? Ketiga, adakah ini satu kebetulan ataupun aku yang tengah berkhayal?
**********
SETIBANYA aku dipejabat, mengeluh kasar macam badak berendam. Kak Su menghampiri aku yang macam singa lapar tak dapat habuan makanan berhari-hari. Semuanya berpunca daripada mamat loyar tayar buruk itu! Lagi satu yang buatkan aku rasa tidak puas hati, macam mana dia kenal aku? Macam mana nama aku dia sebut dengan betul? Macam mana boleh berjumpa dengan mamat ini!
"Weih, angin takde ribut takde apasal muka macam nak telan orang hidup-hidup ni?"
"Adoi, saya tension ni kak."
"Tension pasal apa pulak?"
"Entah ada mamat malaun loyar tayar buruk boleh muncul dalam hidup saya pun tak tahulah. Kereta saya pulak buat hal, pelik juga apsal boleh mati tengah jalan. Padahal minyak penuh, takkan bateri saya baru ganti minggu lepas dah haus? Pelik betul!"
"Eh! Mamat mana yang kau dah tersangkut ni? Handsome tak?"
Aduh Kak Su ni, boleh pulak tanya soalan macam itu. Aku sudahlah serabut dengan fiil mamat sengal itu. Kak Su sedap sahaja tanya handsome ke tak? Alahai, nak marah terus tak jadi nak marah tau.
"Semalam kan kereta saya rosak, mamat ini bagi tumpang. Lagi satu senang pulak dia cari jalan rumah saya. Pagi ini terserempak lagi dengan dia. Dipaksa tumpang kereta dia sampai ke depan pejabat ni. Letih betul hati saya dok tahan marah dalam kereta dia BMW tu."
"Wah rezeki terpijak! Apsal kau tak berkenalan dengan dia lebih rapat? Mana tahu jodoh kau dan dia Allah bagi? Mungkin ada hikmah disebalik kereta kau yang rosak tiba-tiba itu?"
"Akak buat lawak JOHARA ke kak? Aduh akak ni."
"Akak doakan kau dengan mamat tu berjodohan. Akak dah lama tak makan nasi minyak tau."
"Alaa...kat rumah boleh masak sendiri nasi minyak tu. Akak jangan nak mengadalah doakan jodoh saya dengan mamat sengal tu eh."
"Akak tetap doakan, korang berdua kahwin."
Ok ini bukan drama sinetron ye. Kenapa Kak Su ni beria-ia benar doakan aku dengan mamat itu? Aku tahulah umur aku sudah menjangkau ke dua lapan tahun! Tapi belum sampai jodoh akulah berjumpa pasangan hidup yang sesuai dengan jiwa aku nan yang satu ini.
"Kak lama-lama saya boleh jatuh pitam tau. Jom pergi breakfast, tapauwing. Laporrr..."
"Hah! Saka kau dah sampai la tu." Kak Su mengusik dan aku menyengih. Sahaja tukar topik sebab aku tak nak rimas dengan isu yang sedang terbangkit yang bukan aku sendiri kehendaki.
"He he he..."
Tengah menuggu depan lif, pintu terbuka buatkan aku bagaikan orang terkena renjatan elektrik! Apa dia buat dekat sini? Kenapa dia berada dalam kelompok management?
"Nak masuk ke?"
"Takpe kami turun kemudian boss."
"Hai Chenta Zulaikha...kini kita satu bumbung." Semua yang berada didalam lif memandang wajah aku ketika ini.
Ok serius, waktu itu juga aku pengsan!
**********
KEPALA aku jadi pening sangat-sangat. Aku pandang keadaan sekeliling terasa macam dalam hospital sahaja. Aku gosok-gosok mata memang sah aku sudah berada atas katil hospital! Tapi siapa yang bawa aku? Kak Su ke? Takkan Kak Su dukung aku? Kalau heret aku tentu sudah luka-luka kaki aku makan dek jalan.
Takkanlah?!
"Tidak! Tak mungkin!"
Aku menjerit sekuat hati dan disaat itu pintu bilik dirempuh kuat.
"Chenta! Awak tak apa-apa?"
"Weih! Kau ni siapa hah?! Aku tak kenal kau tapi apsal kau macam dah lama kenal aku? Baik kau terus-terang dengan aku sebelum aku rembat kau dengan kerusi ni."
Itu dia kalau Chenta Zulaikha sudah naik hangin, hilang semua ayu. Bahasa semua kasar-kasar. Babah dengan ibu tak pernah ajar aku jadi macam ini tau. Peliknya, babah dan ibu orangnya sangat lembut. Aku ikut baran siapa?
Oh...sama macam baran tok wan. Adesss...
"Awak kena rehat Chenta. Awak pengsan tadi buat saya rasa dunia saya jadi gelap."
"Aduh! Makin serabutlah kepala otak aku. Siapa kau ni? Jangan bagi aku bertambah pening boleh tak?"
"Saya...saya..."
Tergagap-gagap mamat loyar buruk ini hendak bersuara. Maklumlah aku sudah serupa singa lapar yang tak sabar-sabar hendak melapah daging depan mata.
"Saya...saya....saya apa?!" Aku menyergah dan tiba-tiba Kak Su masuk bagi jawapan buatkan aku rasa mahu pengsan sekali lagi.
"Dia bakal suami Chenta."
"Hah!"
"Ye, betul. Hujung minggu ni dia akan masuk meminang."
"Hah!"
"Bulan depan korang bernikah."
"Hah!"
"Kau ni hah..hah...daripada tadi. Ye kau akan jadi isteri dia dalam tempoh sebulan ni. Dia sepupu Kak Su."
"Hah!"
"Kau ni kan Chenta, memang minah hah lah! Sudahlah, akak nak balik dulu. Pengsan kau tu sikit aje, si bakal laki kau ni yang mengelupur tak tentu pasal. Lagi satu akak nak bagitau, dia akan jadi boss baru dalam kumpulan syarikat kita."
Terus mulut aku ternganga luas!
"Selamat berkenalan. Saya Zahirul Haq, bakal suami awak dalam tempoh sebulan ini. Jangan lupa hujung minggu ini saya akan hantar rombongan merisik. By the way, awak nampak comel pakai baju hijau ini. See you. Assalamualaikum."
Bertambah melopong mulut aku dengar pengesahan daripada mamat loyar buruk ini.
**********
PENAT aku posing sana sini bergambar sempena kenduri perkahwinan yang berlangsung dengan meriah. Babah dan ibulah yang paling gembira aku tengok. Mana tak suka, anak tunggalnya ini akhirnya berkahwin juga setelah puas menunggu.
Paling aku sebak bila ibu dan babah cakap, lega hati mereka sebab aku sudah ada yang jaga kalau mereka pergi nanti. Kalau nak tahu, aku memang manja sangat dengan babah dan ibu. Kalau dengan tok wan, akulah cucu yang paling disayangi. Patutlah perangai baran sama! Ahaks.
Aku terbaring sekejap diatas katil sebab sakit pinggang kemas itu dan ini. Baharu hendak terlena, terus aku duduk tegak! Si suami sudah masuk bilik dan buatkan aku bertambah gemuruh.
"Assalamualaikum ya Khumaira..."
"Waalaikumsalam. Nama saya Chenta Zulaikha, bukan Khumaira. Nak tanya boleh, siapa Khumaira?"
"Sayanglah..."
"Bila masa saya tukar nama?"
"Lima saat yang lalu..." Jawab suamiku.
Dah mula dah loyar buruk dia. Layan jangan tak layan, nanti berdosa masuk neraka. Lagi teruk kalau dilaknat Allah SWT tau.
"Kenapa suka-suka hendak tukar nama saya pulak?" Soal aku yang sudah semakin geram dengan loyar buruk suami aku ini.
"Supaya lebih mesra diantara kita."
"Tak kuasalah."
"Sayang, Rasullullah kan panggil Saidatina Aishah dengan Khumaira..yang kemerah-merahan. Sayang seperti itu."
"Errkk..."
Kenapa aku boleh tak perasan? Kan dah termalu diri sendiri. Hmm...suami aku ini ada ciri-ciri orang yang romantik. Aku kan suka orang yang romantik! Wow!
"Jadi dalam bilik abang akan panggil Chenta selain daripada sayang, Khumaira. Luar bilik abang akan panggil Chenta. Faham, nanti malu pulak dengan ibu dan babah kan."
Makin bertambah merah wajah aku. Ok, sesuai panggilan itu dengan wajah aku kemerah-merahan yang sudah menahan malu ini.
"Sebelum apa-apa, abang nak minta maaf sebab tidak berterus terang dengan Khumaira."
"Berterus-terang?"
"Ye, berterus-terang pada kali pertama kita berjumpa. Malam kereta Khumaira rosak tu."
"Oh..ok. Boleh terus-terang sekarang? Nak tahu jugak cerita sebenar."
"Pertama, malam itu kereta bateri Khumaira takda pasal abang sengaja pasang lampu kereta bagi cepat habis. Telefon bimbit pun sama juga, Kak Su tolong abang sengaja perabihkan baterinya. Malam itu tak sanggup biarkan Khumaira naik teksi seorang diri, abang nekad hantar balik rumah walaupun abang tahu sayang mesti mengamuk sakan. Semuanya Kak Su dah ceritakan pada abang."
Aku menelan air liur berulang kali. Rasa hendak marah, cepat-cepat aku surutkan rasa itu. Berdosa simpan rasa marah pada suami sendiri.
"Keduanya, abang dah lama jatuh cinta dengan Khumaira."
"Since when?"
Amboi terus speaking dengan suamni sendiri.
"Masa abang tengok gambar Khumaira abang terus jatuh cinta."
"Gambar? Dari mana dapat?"
Itu sahajalah kerja aku, tanya itu tanya ini. Kata hendak tahu cerita sebenarkan?
"Dari sepupu abang, Kak Su."
"Owh...tapi kenapa Kak Su tak cakap apa-apa dengan dengan Chenta?"
"Bukan Chenta, Khumaira. Ingat dalam bilik bahasakan diri sebegitu ok." Suamiku mencuit hidung aku. Dalam hati kembang sahaja bila dimanjakan sebegitu. Aku kan manja!
"Baiklah...Sambung."
"Kak Su tak nak bagitau sebab dia yakin sangat dengan perangai Khumaira. Tak suka kenen-kenenkan dengan sesiapa tapi abang tekad nak juga dapatkan Khumaira. Itu yang kitaorang rancang sebaik mungkin sengaja spoil kan kereta Khumaira."
"Sampai hati."
"Abang minta maaf ya. Maafkan Kak Su sepupu abang tu."
"Ye lah..."
"Ikhlas tak?"
"Ikhlas..."
"Khumaira..."
"Ya..."
"Abang cintakan Khumaira sepenuh hati abang. Boleh terus terang dengan abang, apa yang buatkan Khumaira menerima abang seadanya?"
"Kejujuran, Keikhlasan, Kesungguhan dan paling penting..."
"Paling penting apa?" Soal suamiku.
"Tu lesung pipi tu. Kita berdua memilikinya."
"Ohhh..."
*********
TAMAT
Jodoh pertemuan dan ajal maut adalah perancangan Allah SWT. Dia yang Maha Mengetahui segala-galanya. Hati yang dingin lama-kelamaan boleh dipupuk dengan kasih sayang. Lambat ataupun cepat tetap akan terbias rasa cinta itu.
Happy Reading peeps! ^_~
Peace Yo!
2
kata-kata pujaan
Labels:
CERITA PENDEK
02 March 2012
KISAH HATI KITA - BAB LIMA
Posted by DALIA NA ZAApasal bila dengar lagu Yuna yang terbaharu "Terukir di Bintang' ini buatkan hati aku jadi gundah gulana? Kenapa nama Irfan Mikail menderu-deru ada dalam fikiran aku ketika ini? Kenapa begini pulak jadinya pada diri aku sekarang? Ini yang buatkan aku rimas dan lemas!
Syoh....syoh...pergi jauh-jauh Irfan Mikail! Bila teringatkan awak, hati saya tiba-tiba jadi lemah. Saya rimas menjadi seorang perindu!
Tetapi bila dengar lagu Aliya 'Kisah Hati' macam menyindir aku pun ada. Bait-bait lagu itu buatkan aku terngiang-ngiang tentang Irfan Mikail. Airmata tiba-tiba mengalir laju dan buatkan nafas aku menjadi sesak.
Ombak Rindu lah sangat!
Abang Ari dengan Rosie sudah membuat pengumuman tentang hubungan mereka. Rupanya Abang Ari sebagai posmen sahaja antara kawan baik dia dengan si Rosie. Cis! Mati-mati aku pikiaq depa duaorang bercinta. Rupanya masing-masing simpan cerita sebaliknya Si Rosie pun satu, berahsia-rahsia sangat dengan aku buat apa!
Abang Ari bantai gelakkan aku cukup-cukup sebab serkap jarang tidak mengena! Kuang ajaq betui!
"Irfan...saya....haihhhhhh." Fikiran aku terus melayang teringatkan Irfan Mikail yang kini sudah berada jauh beribu-ribu batu.
Aku melihat cincin dijari masih bersinar-sinar warna emasnya. Abah telah membuat keputusan mengikat tali pertunangan dahulu dan meminta keluarga Irfan memberi tempoh untuk anak daranya melunaskan cita-cita yang lama terpendam itu. Irfan Mikail pada mulanya agak keberatan tetapi setelah abah terangkan segalanya baharulah Irfan mengalah.
Abah memang best!
Sekarang ini aku kena bijak jaga hati kedua-dua pihak. Maka aku usulkan pada abah supaya lunaskan cita-cita aku dalam masa lima tahun ini. Kemudian terserah pada pihak Irfan untuk menuju ke langkah yang seterusnya. Andai jodoh aku dan dia kuat, maka memang sudah termaktub aku menjadi milik Irfan Mikail.
Kalau tidak, memang sudah suratan dari Allah kami hanya mampu merancang tetapi keredhaan Allah yang menentukan segala-galanya.
Hari terakhir nampak Irfan Mikail bergerak pulang ke Kuala Lumpur dan akan terbang ke London buatkan hati aku bagaikan mahu mengikut sama. Kalaulah Irfan tahu apa yang sedang bergejolak dalam sanubari aku mesti dia akan merasa bahagia bahawa aku benar-benar sayangkan dirinya.
**********
AKU buat-buat tak nampak kelibat Irfan Mikail yang mula munculkan diri untuk menghampiri aku. Kalaulah korang boleh nampak jantung aku berdegup laju-laju macam Datuk Lee Chong Wei smash bulu tangkis memang korang terror. Begitulah perasaan aku tatkala ini apabila Irfan Mikail mula menghampiri aku. Hendak larikan diri memang sudah tidak sempat sebab Irfan Mikail ini memang laju macam lipas kudung!
Pantang nampak aku mesti hendak melekat dekat-dekat. Dia ini memang tidak faham bahasa bila aku cakap aku rimas. Lagi aku suruh peri main jauh-jauh lagi dia makin dekat-dekat. Satgi katuk kapla baru tau!
Si Rosie ni pi mana pulak? Sejak dua menjak tinggal semester terakhir ini kerap benar menghilangkan diri. Kadang-kadang bila aku sedap-sedap buat taik mata baharu hendak telefon minta maaf tinggalkan aku. Inilah dia anak angkat kesayangan keluarga aku. Kalau marah karang, Abang Ari pula bagi silat gayung dengan aku.
Haa..korang hendak tahu apa jenis silat gayung Abang Ari? Silat gayung dia mengalahkan bebelan maut mak tau. Sekali dia buka mulut, beribu-ribu patah perkataan dia boleh dirasai dalam masa lima belas minit! itu pasal dia selalu jadi jaguh berdebat semasa sekolah dahulu. Kalahlah bertih jagung.
Syhhhhh..jangan bagitau Abang Ari ye... (eleh macamlah Abang Ari itu wujud dalam dunia realiti). He he he...
"Darl..."
"Panggil nama orang elok-elok tak boleh ke?" Aku mulalah hendak naik angin. Padahal hati sekarang tengah kembang setaman bila orang yang mula kita jatuh hati datang dekat-dekat.
"Sayang..."
"Nama saya Darlina Suraya. Bukan Darl...bukan sayang...bukan buah kepayang...bukan loyang ok." Mulut aku sudah mula membebel sebab hendak hilangkan rasa gemuruh bila dia bahasakan aku sayang. Siapa yang tidak terawang-awang bila dipanggil sebegitu? Lebih-lebih lagi bila seseorang itu sudah mula mendapat tempat dalam hati kita.
"Awak ini suka betul marah-marahkan saya kan? Dari semester ketiga sampai akhir semester pun masih lagi marah dengan saya. Bila hendak surut hangin awak tu? Esok kalau jadi isteri tak boleh marah-marah suami. Cakap kena lembut-lembut, tak boleh kasar-kasar tau. Kenalah belajar jadi isteri solehah."
Aduh mak macam kena tembak sahaja hati aku bila Irfan Mikail sudah mula melalut pasal isteri bagai. Tolonglah jangan tambahkan lagi sentimen perahsantan dalam lubuk hati aku yang kononnya sekeras kerikil tetapi sekelip mata sudah bertukar menjadi umbut kelapa. Errr ada ke macam itu?
"Habis mulut awak tu tak boleh diam."
"Esok kalau awak tak boleh dengar suara saya lagi baru awak tau. Saya nak tanya ni." Masih lembut Irfan Mikail berbicara. Kalau lelaki lain tak tahulah apa hadiah aku dapat. Mahu mulut yang bising ini kena soletip!
Eh..eh..kenapa Irfan Mikail cakap macam itu ye? Sajalah buat aku gabra tu. Dia memang cepat dapat tangkap kalau nampak airmuka aku mula tunjukkan wajah-wajah orang menggelabah.
"Ni awat sinetron pulak? Saya nak balik cepat ini. Kalau awak nak tanya apa-apa lekas sikit." Aku buat-buat orang steady cool. Padahal dalam hati getaran itu macam air dalam gelas tengah berkocak. Kalau korang faham, bagus kalau tidak faham sila abaikan perumpamaan aku yang entah apa-apa itu. Saja nak buat melalut.
"Saya nak tanya kalaulah satu hari nanti saya pergi jauh dari dalam hidup awak, boleh tak awak tunggu saya?"
"Ini apa punya soalan ini? Saya tak faham." Ke aku buat-buat tak faham sebenarnya? Ke sebenarnya aku sudah mula rasa takut kehilangan dia? Ke aku memang betul-betul sudah jatuh cinta? Ke aku ini sudah mula jadi gila bayang dengan lelaki yang terluku kepala aku sewaktu makan dahulu? Ke aku ni poyo? Aduh!
"Saya akan berpindah ke London. Lagi seminggu saya akan balik terus ke Kuala Lumpur kemudian terus berangkat ke London ikut family saya. Papa saya dapat tawaran berkerja dan bermaustautin disana. Saya rasa macam nak pinang awak sekarang kemudian ikut saya pergi sana. Awak setuju tak kalau saya datang pinang awak esok?"
Macam hendak pitam bila aku dengar cadangan daripada Irfan Mikail. Dia ini biar betul, ingat senang-senang mak abah aku hendak luluskan rancangan dia? Haih, silap haribulan kena semburan beracun daripada kata-kata abah.
**********
TERKETAR-KETAR aku dekat dapur bila Irfan Mikail datang dengan keluarga dia ke rumah. Memang kerja gilalah budak ini! Aku tidak beri kata putus pun semalam, pandai-pandai bertindak sendiri. Memanglah sudah mula sayang dan cinta tapi ini bukan caranya. Bukan pentingkan diri sendiri dan ketepikan penghormatan keluarga. Aku ingat lagi pesan abah supaya tidak keciciran ditengah jalan.
Tetapi hati aku pula yang keciciran sebab sudah mula jatuh hati dengan kesungguhan Irfan.
Pada mulanya abah agak tidak senang dengan rombongan mengejut ini. Kecut jugak hati aku bila nampak misai abah yang agak sedikit bergerak-gerak menahan rasa hati. Mana tidaknya, aku belum dapat segulung ijazah tiba-tiba dapat tetamu tidak diundang untuk rombongan meminang.
Nanti apa kata abah? Aku pada mulanya bercelaru rasa hendak larikan diri jauh-jauh dengan scooter aku itu. Mak pula hampir pitam bila tiba-tiba anak dara dia sudah hendak di booking orang. Abang Ari tak payah ceritalah, asyik sengih sindir bila tengok muka aku sudah mula terbias kerisauan. Adik lelaki aku yang baharu sahaja tiba dari asrama juga terkejut dengan keadaan isi dalam rumah.
Aku tengok papa dan mama Irfan berbual lembut sahaja dengan abah. Abah yang pada mulanya macam orang tidak senang hati sudah mula ternampak garisan senyuman dibibirnya. Aik! Ilmu apa Irfan pakai tambat hati abah aku? Ada ilmu jampi-jampi bagi senangkan hati abah aku ke?
"Macam ini Dato' Arshad, bukan saya tak mau terima pinangan ini. Sebagai orang tua saya kena tanya dahulu anak dara saya yang seorang itu. Kalau dia bersetuju, saya sebagai orang tua merestuilah perhubungan ini. Cuma ada satu syarat saja." Abah cuba berdeklamasi untuk berbicara dengan baik supaya tidak menyakiti mana-mana pihak.
"Tidak mengapa Komander Adnan, pihak kami pun hendak minta maaflah dengan pinangan mengejut ini. Anak bujang saya ini takut sangat kalau anak dara Tuan Komander dikebas orang. Kami sebagai orang tua tidak mahu membantah bila Irfan Mikail menyuaratkan hasrat murni begini." Lembut juga bakal papa mertua aku berbicara.
Bakal papa mentua? Amboi!
"Biasalah anak-anak muda masam sekarang. Tetapi elok juga daripada buat benda-benda tidak senonoh belakang kita. Zaman sekarang cabaran dan dugaannya kuat betul. Saya sendiri macam bermimpi bila tengok anak dara saya sudah besar sedangkan saya bagaikan baru mengendong seorang bayi perempuan."
Ada nada-nada sebak dalam abah bersuara. Aku yang kononnya ganas, tiba-tiba airmata mula mengalir. Sayangnya abah dengan aku.
Yaya sayang abah!
"Samalah kita Tuan Komander, Irfan Mikail ini sahajalah satu-satunya anak saya yang ada. Berkenaan dengan syarat Tuan Komander itu, eloklah kita panggil kedua-duanya sekali." Papa Irfan Mikail sudah mengeluarkan titah.
"Baik juga cadangan itu."
Aku rasa lutut aku sudah longgar bila mak panggil aku didapur. Kononnya dapat menyorok sekali kena panggil pula mengadap titah kedua orang tua. Irfan Mikail aku lihat tenang dan bersahaja bila berdepan dengan abah. Tanpa segan silu dia meluahkan rasa hatinya dan buatkan aku benar-benar terpanar seketika. Begitu banyak cinta dan sayangnya pada aku yang merupakan insan tidak seberapa ini. Jika dibandingkan hati aku dan Irfan, hati Irfan lebih lagi tulus menyayangi diri aku seadanya.
Abah mengangguk dan memeluk batang tubuh Irfan sambil menepuk-nepuk lembut. Eh! Abah sudah mula sayangkan Irfan ka?
"Saya sayangkan anak pakcik dan jauh dalam sudut hati saya bila dengarkan papa dan mama hendak berpindah ke London buatkan saya tidak duduk senang. Saya terima syarat-syarat yang dipinta oleh Darlina Suraya. Selepas lima tahun saya akan kembali dan terus memperisterikan Darlina Suraya, itu janji saya pakcik."
Aku terkelu.
"Saya minta maaf pada pakcik sebab terpaksa buat begini kerana kami akan berpisah jauh dan saya tidak rela Darlina Suraya disunting lelaki lain. Jadi saya mahu menyunting Darlina Suraya terlebih dahulu menjadi tunangan saya." Lembut sekali Irfan berbicara. Memang lelaki santun, kalah aku yang dilahirkan sebagai orang perempuan.
"Yaya? Macam mana?"
"Setuju..." Itu sahaja jawapan aku. Pendek dan ringkas. Ke aku tengah berangan sekarang ini?
Semua yang ada ketawa melihat keletah aku. Secara rasminya, aku sudah menjadi tunangan Irfan Mikail. Majlis memang serba ringkas, tiadak besar-besaran. Selamba aku yang memakai seluar jeans dan blouse labuh berwarna kuning menerima pinangan daripada pihak Irfan.
Memang kerja gila dari Irfan Mikail. Apa yang tertulis di dalam warkahnya tempohari benar-benar menjadi kenyataan. Aku yang selepas disarungkan cincin oleh bakal mama mentua aku terasa seperti hendak pengsan sebab macam tidak percaya dengan apa yang terjadi.
"Segalanya sudah selesai, kita mengikat tali perjanjian dalam tempoh lima tahun. Andai tiada jodoh mohon maaf dari dunia sampai akhirat. Seperti mana kita datang beradat maka bila terputus kita lakukan dalam cara beradat juga. Saya doakan jodoh anak saya dengan Darlina Suraya berkekalan." Aku hanya terkelu sambil memandang wajah Irfan Mikail.
Senyuman dia tampak bahagia. Bahagia benar dia bila mendapat kelulusan daripada abah untuk menyunting diri aku yang tidak seberapa ini. Aku kena bersiap sedia untuk mula berjauhan dengan Irfan Mikail. Kuatkah hati ini apabila berjauhan beribu batu nanti? Teguhkah cinta kami sepertimana cinta Rasullullah dan Saidatina Khadijah?
Ya Allah, peliharalah perhubungan ini dalam keredhaan dan rahmat-MU.
**********
BERITA yang aku dengar ini benar-benar buatkan aku rasa macam hendak pengsan. Rasa macam tidak percaya pun ada. Aku mendapat tawaran menjalani kursus latihan insentif di Tentera Udara Malaysia dekat Pulau Pinang juga. Oleh kerana aku ada kabel besar yakni abah sendiri, jadi tidak sukar untuk menempatkan aku di tempat kelahiran sendiri.
Semalam terima surat dan pesanan ringkas daripada tunangan aku memberikan ucapan tahniah. Dalam pada masa yang sama dia mengingatkan aku tentang janji yang termeterai dahulu. Maknanya lagi empat tahun lebih sahaja masa yang tinggal sebelum aku menukar status. Cis! Bikin tahap gabra aku menjadi-jadi.
Kata Irfan dia sekarang tengah menuntut bahagian Engineering di salah sebuah Universiti disana. Dia kata mahu mengambil ilmu pelajaran disana dan kemudian akan datang bawa balik ke Malaysia. Dia tidak mahu menetap disana kerana hatinya berada ditanah air Malaysia. Ke cangkut tu ada pada aku? He he he.
Ok aku berterus terang sekarang aku amat selesa dengan Irfan Mikail. Dahulu aku yang terkenal dengan sikap ganas aku kini sudah bertukar rupa menjadi gadis ayu. Emaklah orang yang paling gembira sebab tengok anak dara dia yang dahulu berpakaian separuh ala-ala lelaki kembali ke pangkal jalan menjadi wanita muslimah ayu seperti Irma Hasmie.
Selama tiga bulan duduk dalam kem menjalani kursus disini ada cabaran dan dugaan yang datang. Ada dua tiga orang senior sanggup bergaduh kerana aku. Gila ke apa? Kalau setakat berkawan ok aku setujulah kan. Tapi bila tang masing-masing hendak masuk meminang memang bikin serabutlah jawabnya.
Sekali bila aku berterus terang yang aku sudah menjadi tunangan orang, masing-masing kelu lidah untuk bertekak sana sini. Masing-masin mula menjauhkan diri kononnya menjeruk rasa. Dahulu kata hendak berkawan, jadi aku pun dengan jujur mengatakan tidak salah berkawan apa. Ini bila masing-masing sudah melalut aku kenalah umumkan status aku masa kini.
Irfan Mikail kata sanggup hendak balik ke Malaysia pergi berjumpa dengan abang-abang senior itu dan menjerit bahawa aku miliknya seorang. Amboi, aku milik ALLAH tau.
Minggu ini sudah mendapat kebenaran untuk balik ke rumah setelah tiga bulan berkurung dalam kem. Rindu dekat mak, rindu dekat abah dan rindu hendak bertekak dengan Abang Ari. Oh ya, Rosie? Dia sekarang tengah membilang hari untuk bernikah dengan kawan baik abang Ari. Romantik juga dua orang ini. Dalam diam Rosie sudah melakar masa depannya sendiri. Dia sekarang sudah berkerja pun dengan salah sebuah kilang ternama. Eksekutif lagi you.
Semua barang sudah aku pack siap-siap sebab esok pagi akan terus pulang bercuti. Rindu betul dengan masakan mak. Dalam rindu pada mak dan abah, terselit juga rindu pada Irfan Mikail. Ahaks. Ini kalau Irfan tahu aku rindu dia setengah mati, meleret-leret senyuman dia. Paling sadis akan automatik panggil aku sayang. Sudahlah perkataan itu buatkan dada aku berdebar sangat hebat.
Tengah pack barang tiba-tiba dapat panggilan daripada Irfan. Wah! Macam tahu-tahu aku sedang sebut-sebut nama dia.
"Assalamualaikum..hai sayang..." Kedengaran lembut suara milik Irfan Mikail seperti selalu sebelum ini. Aku yang macam orang terawang-awangan boleh berkhayal seketika.
"Assalamualaikum...sayang..." Kali kedua.
"Err..waalaikumsalam. Banyak duit awak call saya?" Soalku untuk menutup gugup. Padahal berkhayal seorang diri bila pantang mendengar perkataan sayang. Ceh!
"Setakat line Malaysia murah ajelah. Cepat turun, saya dah tunggu depan pagar ni. Bye."
Haaaa?! Aku rasa mahu pitam sekarang. Jangan dia buat perangai jumpa abang-abang senior itu sudah. Eleh! Bukan dia kenal pun. La la la...
**********
BERSAMBUNG...tetiba nak buat lebih sikit bab cerita KHK ni. Ho ho ho...
Sorry bersawang sikit sebab kesibukkan melanda hidupku kini. :P
Peace Yo!
2
kata-kata pujaan
Labels:
MINI CERPEN













