Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

24 March 2012

BOOT BEABOO - BAB 5

KALI ini Johan Ashaari pula yang mendial nombor itu. Bukan susah pun kan? Biar dia tahu aku hendak psyco dia macam mana pulak. Banyak cantik! Sudah langgar bontot kereta bapak aku boleh lepas tangan macam itu sahaja? Tak pepasal aku pulak yang kena menanggung. Tak kuasa aku.

Beberapa kali mendial tidak jugak dijawab panggilannya. Sampai boleh berbulu telinga kalau berterusan macam ini. Aik! Takkan takut pulak mamat ni? Aku tak kira aku takkan putus asa. Call sampai besok pagi pun boleh! Ini Johan Ashaari tahu!

Tutt...tutt...

Aku rasa ini adalah panggilan yang ke dua puluh kali! Tapi masih jugak tak berangkat! Sibuk melabur ke apa?

Last-last panggilan terakhir berjawab jugak. Bikin panas betul!

"Hello! Hoi mat, lu tak berani jawab call wa ke? Lu ni memang bangsa mungkir janji tau!" Aku mulalah hendak berangin tidak tentu pasal. Rasa-rasa cuping telinga aku ini macam hendak terkoyak menunggu panggilan aku berjawab.

Masih sunyi dari pihak sebelah sana. Pekak ke takut?

"Lu ni sejak bila jadi pekak dan bisu?"

Masih diam jugak tu. Haih! Memang nak kena ni!

"Esok wa tunggu lu dekat bengkel Ah Heng! Lu tak datang wa hantar surat saman. Wa akan cari maklumat rumah lu dekat kementerian komunikasi! Jangan main-main sama wa!" Kena ugut lebih sikit supaya nampak aku tidak berlakon.

Tiba-tiba aku terkejut dengar suara mamat ini. Eh! Ini bukan suara mamat tapi minah!

"Bengkel Ah Heng? Dekat mana pulak saya nak cari tu? Banyak bengkel nama Ah Heng dalam Malaysia ni. Sabah Sarawak pun ada."

"Erkk...awak ni siapa pulak? Awek mamat yang empunya nombor telefon ni ke?!" Aku menjergah. Biasalah hendak cover gugup punya pasal. Apasal dengar suara pemilik ini buat hati aku jadi bergetar tiba-tiba. Macam pernah dengar sahaja pemilik suara ini tapi dimana ya?

"Anggap sahajalah betul. Hah, Kedai Ah Heng mana satu ni?"

"Err...aaaa..."

"Hai takkan terus jadi gagap pulak Johan?"

Eh! Dia tahu nama aku? Oh! Bukan ke aku ada bagi kad dekat dia? Tapi aku bagi kad dekat mamat tu bukan minah ni? Pakat lebih nampak!

"Hah! Kedai Ah Heng Motors Taman Merbuk, Cheras. Jam tiga petang esok aku tunggu kau. Jangan tak datang pulak! Aku tahulah hari Ahad hari ber'dating' tapi aku tak kira korang kena settle kan hal ini secepat mungkin."

"Yelah! Bisinglah mulut kau ni. Mengalahkan burung kakak tua betul."

Wah! Sudah lebih minah ni. Macamlah dia yang langgar aku! Boyfriend kau tau yang langgar! Kenapa pemilik suara ini buatkan jantung aku berdegup lebih daripada biasa? Lain macam betul aura perempuan ni? Ada pakai guna-guna ke apa? Hish! Subhanallah, tak baik aku menuduh yang bukan-bukan!

"Ok deal. Jangan lupa cakap dekat boyfriend kau!" Aku sengaja mengingatkannya lagi

"Assalamualaikum! Bye!"

Kurang asam punya minah ni. Perli akulah tu!

*********

Dia ini dari dulu sampai sekarang sama sahaja! Suka mengarah-ngarah ikut sukahati dia sahaja! Tapi mana aku nak cari 'boyfriend' ni? Alaaa...kena cakap baik-baik dengan Abang Badri ni kalau hendak minta tolong. Harap-harap Abang Badri boleh tolong aku dan tutup mulut supaya babah tak keluarkan perintah '  JANGAN BAWA MOTOR ITU LAGI!"

Mundar mandir aku berjalan dalam bilik dan mencari idea bagaimana hendak susun ayat untuk bercakap dengan Abang Badri. Alamak! Jam sudah pukul tiga, karang babah pergi tinggalkan aku!

Takpelah time mancing nanti susun baik punya mintak tolong dengan Abang Badri. Aku tahu mesti Abang Badri akan tolong adik perempuan kesayangan dia ini. Yeah!

Aku bersiap-siap membawa barang-barang keperluan sahaja. Yang lain semua tinggal termasuk jugak handphone sebab mahukan privasi bersama keluarga tercinta. Mama sahaja yang kurang minat bab-bab mancing. Abang Badri pun sama. Kena paksa baru hendak pergi itupun bukan keinginan dia. Aku bukan apa pasti akan kebosanan. Dengan babah bukan boleh borak weng-weng. Lainlah Abang Badri.

Satu kepala woooo!

Kalau babah asyik-asyik borak pasal politik! Tak sior teman aih!

Aku mengambil barang-barang keperluan untuk dibawa bersama. Paling penting peti kecemasan der! Kot-kot ada pulak yang cedera ringan. Calon paling sesuai adalah Abang Badri. Sebab nak pasang batu ladung pun terkial-kial apatah lagi hendak memasang kail nanti.

Babah? Pergh! Babahlah paling teror, sambil pejam mata pun boleh. Biasalah kalau sudah minat, apa-apa pun bisa ala tegal biasa. Aku? Kira pakar jugaklah, lebih sikit daripada Abang Badri. He he he.

"BEABOO! Cepatlah sikit, apa yang kamu buat lama-lama dekat atas tu?"

Mama sudah menjerit. Babahlah yang suruh tu.

"Kejap."

"Cepat! Kalau tak abang dengan babah tinggalkan terus. Bagi seminit aje!"

Amboi Abang Badri lebih nampak!

"Yelah..yelah.."

Punyalah hendak cepat turun ke bawah, kaki aku tersadung tiang tangga. Sakit dia hanya Allah sahaja yang tahu. Sakit gila!

Sampai dibawah tercengang babah dengan mama tengok aku bawa beg macam hendak tidur disana selama seminggu. Padahal malam karang sudah balik.

"Beaboo nak berkampung dekat sana ke?" Mama bertanya. Abang Badri sudah tersengih-sengih.

Masyaallah! Aku terambil beg lain rupanya. Patutlah terasa berat sikit.

"Eh...ala...salah ambil beg. Errr babah dengan abang tunggu dalam kereta ye. Sepantas kilat pergi ambil beg dekat dalam bilik."

"Tinggalkan aje babah." Abang Badri ni sengaja nak tambah suhu kepanasan yang sebenarnya sudah meluap-luap dalam hati. Tapi aku tak boleh melawan nanti dia tak nak pakat dengan aku untuk agenda esok hari.

Wahai hati sila bersabar banyak-banyak.

"Ok. Babah tunggu dalam masa lima minit. Kalau lambat tinggal."

"Baik Tuan Komander!" Aku lintang pukang berlari naik tangga meskipun ibu jari terasa sakit. Perintah babah kena dipatuhi.

"Tahu takut." Abang Badri mencurahkan lagi minyak petronas ke dalam api yang sudah pun marak. Aku menjeling tajam.

"Badri. Kamu angkut barang-barang masuk dalam kereta." Babah bersuara. Aku tahu babah sayang aku lebih dari abang. Itu yang menyelamatkan keadaan yang tengah genting. He he he...

*********

AKU tergaru sana sini sebab resah untuk memulakan perbicaraan. Abang Badri naik hairan melihat perangai aku yang tidak berapa betul harini. Babah tengah leka dengan pancingannya. Biasalah babah kalau dengan mancing memang tak layan dah aku dengan Abang Badri.

"Pssstt Beaboo, apasal abang tengok kau macam cacaing kepanasan ni? Duduk diam-diam tak boleh ke? Bising bunyi kerusi kau aje dari tadi. Ada problem ke?"

Ok ini masa yang sesuai sebab Abang Badri yang bertanya bukan dari langkah aku yang pertama seperti yang dirancang. Abang aku ini baik sebab dia tak boleh tengok adik dia seorang ini resah teruk-teruk. Tapi tadi aku bukan berlakon, memang aku gelisah tidak tahu bagaimana mahu mula bercakap dengan Abang Badri.

"Adik abang yang cun melecun ini ada problem sikit. Tapi takpelah." Sengaja aku pancing Abang Badri resah sikit. Datang memancing untuk pancing ikan tapi aku pancing emosi Abang Badri. Boleh?

"Kenapa adik abang yang cun melecun seorang ini? Problem apa? Takpe share dengan abang yang macho lagi handsome dan gagah ini." Abang Badri mejungkitkan keningnya yang tajam itu.

"Perasan lebihlah abang ni."

"Abang perasan dengan adik abang aje. Dengan orang lain abang humble."

"Eleh! Poyo pulak."

"Abang poyo dengan adik abang aje."

"Apa-apalah. Beaboo nak mintak tolong tapi tak tahulah abang ikhlas nak membantu ke tak." Aku tengah menyusun step by step.

"Ikhlas. Cepatlah bagitau apa masalahnya? Lembab betul adik abang ni. Cuba tengok Syamnurezmil tu kalau buat karya dia semuanya cepat dan pantas. Senang nak paham cerita. Adik abang ni banyak betul belit-belitnya."

Aik! Apa kena mengena masalah aku dengan karya Kak Syam? Ok sekarang tahu dah abang peminat Kak Syam rupanya. Takkan hati tisu kot?

"Belum cerita masalah adik mana datangnya pulak belit-belit?"

"Sekarang ni belit-belitlah. Straight to the point kan senang. Ini nak susun ayat sana..susun ayat sini. Lama-lama abang bukan pancing ikan. Abang kail Beaboo terus."

Itu namanya pysco Abang Badri! Orang kerja arkitek mana paham dunia-dunia pysco. Kerja diaorang fikir macam mana nak buat bangunan yang moden dan stylo. Itu pasal abang aku nampak smart selalu.

Rumah mama dan babah ini abang Badrilah yang design kemudian diserahkan kepada kontraktor untuk jalankan ubahsuai. Kalau sekali tengok dah macam rumah-rumah orang kaya yang mepimpah-limpah hartanya didalam rancangan Astana Idaman di Astro nun.

Orang pejabat kata cantik design rumah. Abang aku ni memang pantang apabila dipuji. Kembang kuncup hidup dia yang mancung tu.

"Kita kena cakap jauh sikit. Jom jalan-jalan. Kalau babah tahu memang musnah harapan adik abang ni."

"Kau nak kahwin dah ke dik?"

"Kejap lagi orang nak cerita la ni. Bukan pasal kahwin. Tapi pasal soal hidup. Soal mati Allah punya kerja."

"Haih. Macam-macamlah kau ni dik. Jom jalan sekarang."

Aku berkata sesuatu kepada babah. Angguk sahaja yang aku nampak, suara tidak kedengaran. Kusyhuk la tu memancing.

**********

TERBELIAK mata Abang Badri dengar cerita aku. Terus diperiksa kalau aku ada lebam sana sini. Ini yang rimas kalau cerita apa-apa dengan Abang Badri. Concern terlebih-lebih.

"Bukan Beabo cedera la, tapi bontot kereta BMW tu yang tercedera. Sikit aje pun tapi pemilik dia annoying betul. Macam mana? Abang boleh tolong tak esok menyamar yang konon-kononnya abanglah yang terlanggar kereta dia."

"Kalau sikit apsal tangkai jering betul mamat tu? Entah-entah pemandu kepada Dato' ke Datin ke, itu yang gelebah semacam suruh ganti balik agaknya."

"Tapi abng dia bagi business card dia, maknanya di abukan pemandu tapi memang pemilik. Jawatan yang tertera dalam kad tu bukan main hebat lagi. Managing Director bang oii. Kalau setakat pemandu aje, Beaboo buat tak tahu aje."

"Parah macam ni. Harga bumper untuk BMW bukan seringgit dua dik oii, mahu makan beribu tu."

"Itulah pasal Beaboo nak mintak tolong dengan abang Badri. Pinjam duit sikit. Beaboo adalah simpanan sikit, haritu dah keluarkan baiki motor tu."

"Yelah, nasib baik ada seorang aje adik kalau ada sepuluh memang abang dulu yang botak dari babah. Esok pukul berapa nak jumpa orang tu?"

"Pagilah.."

"Abang tahulah pagi. Tapi start dari pukul 12.01 am sampailah 11.59 am dalam rangkuman waktu pagi. mana satu waktunya?"

"Loyar buruk eh. Pukul sepuluhlah kita pergi. Kedai motor mana ada bukak 12.01 am pagi bang oii. Semua sedap buat taik mata ataupun ngeteh."

"Deal tapi abang nak mintak tolong Beaboo pulak kenalkan abang pada seseorang."

"Errkk..Beaboo bukan kerja di agensi cari jodoh dot com bang."

"Abang tahu tapi buat part time aje."

"Hish! Nak berkenalan dengan siapa pulak? Beaboo kenal ke orang tu?"

"Lebih dari kenal."

"Tak naklah..." Aku memprotes. Aku memang tak suka buat sesi suaikenal untuk pihak kedua dan ketiga. Nak berkenalan usaha sendiri la...

"Kalau macam itu esok Beaboo settle sendiri dengan mamat tangkai jering tu."

"Alaaaa...oklah..oklah..."

"Orang yang abang nak kenal tu satu tempat kerja dengan Beaboo."

Siapa pulak orang yang bertuah itu? Yang masih tinggal bujang trang tang tang adalah dalam lima enam orang. Ramai tu.

"Siapa?"

"Isnin nanti abang tunjuk siapa orangnya."

"Macam-macalah abang Badri ni. Angau dah teruk betul. Sejak bila mengintip anak dara orang ni?"

"Sejak tiga bulan lepas."

"Hah!"

Abang Badri tersengih. Ada timun atas mee goreng rupanya!

**********

1 kata-kata pujaan:

sweety said...

best...lucu tapi berisi

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*