Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

03 March 2012

BOOT BEABOO - BAB 2



BEABOO itu nama manja babah dan mama panggil dekat rumah. Tapi tidak sangka pulak si Ashaari ini boleh tahu sebab terdengar mama memanggil nama timangan itu dikolej. Sudahnya si Ashaari ini berani mati panggil nama timangan itu. Siap sindir-sindir konon kata aku berangan nak jadi macam Kareena Kapoor. Bukan aku yang suka-suka, tapi babah dengan mama dah panggil aku daripada kecik. So what?

Nama samaran Beaboo diambil sebab susah sedikit hendak sebut nama sebenar aku. Beatrisya Khumaira Binti Abdul Ghazali. Kalau salah sebut jadi Bateri-sya dah macam bunyi bateri pulak. Si Mei Yin selalu pelat sebut nama aku, Bea-tea-lie-sya...haih. Di kolej aku dipanggil nama Isya. Bukan solat waktu Isya' ye.

Mamalah yang beriya-iya benar letak nama penuh aku sebegitu. Katanya sedap dipanggil dengan lemah lembut. Kalau betul sedap kenapa panggil Beaboo kan kan kan. Mama...mama...

Babah pulak setuju sahaja permintaan mama kerana katanya mama sanggup berkorban untuk melahirkan aku ke dunia sedangkan doktor sudah mengesahkan mama mungkin akan mendapat komplikasi. Ya komplikasi sukar untuk bersalin yang boleh membuatkan nyawanya terancam. Sayang betul babah dengan mama ye.

Ashaari ini kalau satu hari tak kacau aku memang tak sah tahu. Ada sahaja keje dia hendak menyakat aku. Lantak akulah kan nak pakai boot walaupun berbaju kurung. Syarat mama letakkan pada aku, hendak pakai boot boleh tapi mesti tetap ada ciri-ciri keperempuanan.

Aku tak pernah hairan kalau berpakaian seperti ini. Tapi apsal orang lain yang sibuk-sibuk memandang pelik dengan aku. Biasalah manusiakan, akan jaga tepi kain orang lebih sedangkan kain sendiri terkoyak takmau jaga. Ahaks!

"Beaboo....weih" Ashaari memanggil nama timangan. Aku dah bagi amaran jangan panggil macam itu tetap jugak degil. Ada kena baling lagi dengan boots ni.

"Kau ni kan berapa kali aku cakap jangan panggil nama timangan aku dekat kolej ni. Kau ni faham bahasa Melayu ke tak?" Aku sudah mula naik angin. kalau dengan Ashaari memang angin aku payah benar nak surut. Asyik keluar 'nafas naga' sahaja

"Alaaa...nama kau susah sangatlah nak sebut. Lagipun manja apa aku panggil kau Beaboo. Jom aku belanja kau minum harini." Ashaari sengih dan aku masih masam mencuka.

"Panggilan tu untuk mama dan babah aku aje. Faham?!"

"Ala esok-esok akan jadi mama dan babah aku jugak apa."

"Kau ni apahal? Satu hari tak kacau aku tak boleh ke? Rimaslah aku. Cakap sudahlah merepek entah apa-apa. Lepas tu tahu menyakitkan hati aku aje. Tepilah."

"Kau jangan cakap macam tu Beaboo..betul aku tak bolehlah kalau tak nampak kau. Sehari kalau tak nampak, rindu aku bergedup-degup laju." Ashaari sudah mulakan puitisnya. Aku sudah mula rasa seram-seram. Mamat ni bukan boleh dilayan sangat. Kalau tidak akan menjadi-jadi.

"Kau ni demam panas ke apa? Takut pulak aku tengok angau kau ni lah!"

"Demam sebab kau..."

"Gila!"

"Gila sebab kau."

"Sewel ke?!"

"Sewel pun sebab kau."

Aku rasa tak lama lagi memang boot aku melayang dekat mamat ni.

"Aku nak balik hostel. Tepi."

"Teman aku minun dulu boleh? Kali ini aje, lepas tu takde dah."

"Boleh tapi ada syarat."

"Apa syaratnya? Aku setuju aje."

Aik belum beritahu apa-apa sudah setuju? Kemaruk apa pulak Johan Ashaari ini dengan aku? Lain macam pulak tengok airmuka dia. Macam orang sedih pun ada.

"Lepas ni jangan kacau aku lagi. Lepas tu jangan panggil nama timangan aku lagi. Lepas tu jangan ajak aku minum lagi. Setuju?"

"Setuju. Sebab lepas ini aku memang takkan gangu hidup kau lagi Beatrisya Khumaira."

Errkkk...kenapa macam sentap pulak?

**********

SELEPAS kejadian itu, aku langsung tak nampak muka Johan Ashaari. Dalam tempoh seminggu aku senyum dengan luas sebab hati sudah tidak sakit. Dua minggu berlalu senyuman aku adalah berkurangan sikit. Masuk minggu ketiga aku mula terasa kehilangan sesuatu. Masuk sebulan tiba-tiba hati aku menjadi perindu.

Rindu pada usikkan dia.

Rindu pada kenakalan dia.

Rindu pada kedegilan dia.

Aku rindu segala-galanya tentang dia. Mana dia pergi? Merajuk dengan aku ke? Tapi kenapa tiba-tiba aku boleh jadi sebegini?

"Mana mamat yang selalu sakat aku tu eh?" Aku sengaja bertanya pada Suhaila, rakan sekuliah Johan Ashaari merangkap sepupu aku sendiri.

"Kau tak tau ke Beaboo?"

"Tahu apa?" Aku memandangnya pelik.

"Johan Ashaari dah takde."

"Hah! Dia dah meninggal ke? Bila? Macam mana dia boleh meninggal? Kenapa takde keluar apa-apa berita pun dekat kolej ni? Kenapa aku tak tahu?"

Bertubi-tubi soalan aku bertanya sampaikan Suhaila tergelak melihat gelagat aku yang sudah menggelabah semacam. Macam mana aku tak menggelabah, sudahlah aku cakap dengan mamat itu jangan kacau hidup aku lagi. Masin ke mulut aku berkata sebegitu? Yang aku dan Johan Ashaari tidak akan bertemu lagi untuk selama-lamanya?

"Bukanlah! Johan Ashaari dah sambung belajar luar negara sebab papanya tak nak dia belajar dekat sini lagi. Kalau tak silap aku harini dia akan berangkat ke luar negara. Pensyarah aku bagi tahu tadi sebab semua orang dalam kuliah pelik tengok kerusi dia kosong aje. Papanya tak bagi kecoh-kecoh."

"Hah! Kau ada nombor telefon dia tak? Aku nak mintak maaf dengan dia ni."

"Takde."

"Aduh!"

"Tapi aku tahu rumah family dia dekat mana sebab pernah sekali dua datang dengan kawan-kawan yang lain. Kau dah buat apa dengan dia?"

Aku tidak menjawab pertanyaan itu tetapi aku harus jumpa Johan Ashaari secepat mungkin. Mungkin selepas ini aku tidak akan berjumpa lagi dengan dia untuk selama-lamanya.

Aku terus menarik tangan Suhaila menuju ke kereta prebet sapu yang masih setia menunggu penumpang diluar kolej. Ini sahaja harapan aku yang terakhir untuk berjumpa dengan Johan Ashaari. Aku nak mintak maaf dengan dia.

"Pakcik boleh pandu kereta cepat sikit? Saya ada hal kecemasan."

"Tak boleh dik. Kena ikut undang-undang jalan raya."

"Tolonglah pakcik, ini antara hidup dan mati." Suhaila menyokong aku. Bagus jugak sepupu aku ini kadang-kadang. Aku tersenyum.

"Kalau jadi apa-apa, kena saman siapa nak bayar?" Pakcik ini macam menyindir aku pulak.

"Saya!" Suhaila memandang tepat ke mata aku. Mesti dia kata aku ini meroyan ke apa agaknya.

"Kau ni lain macam aku tengok. Kau dengan Johan Ashaari tu ada apa-apa ke?"

"Kawan sahaja."

"Kawan tapi mesra ke?"

"Lebih kurang begitu tapi mesranya lebih kepada bergaduh."

"Eh, pelik bunyinya tu."

"Kau takkan faham. Takpe aku tak salahkan kau. Terima kasih sebab tolong aku harini." Habis sahaja aku bercakap pakcik teksi ini bersuara dan buatkan aku terus terdiam.

"Hish..budak-budak sekarang pelik-pelik."  Pakcik ini menekan pedal minyak agak laju sedikit. Kalaulah babah tak kenakan undang-undang ketat kepada aku, tentu sekarang aku boleh bawak motor.

Sampai sahaja dihadapan perkarangan rumah keluarga Johan Ashaari, aku terduduk. Terpampang label rumah untuk dijual. Aku sudah terlambat. Ya memang aku sudah terlambat untuk memohon maaf dengan Johan Ashaari sebab berkata kasar sebegitu.

Suhaila memandang aku pelik. Kami berpatah semula menuju ke prebet sapu yang masih menunggu. Aku mendiamkan diri seribu bahasa.

'Aku sudah jatuh hati dengan Johan Ashaari ke?'

***********

Esok sambung baru yerpp..

Happy reading peeps... ^_~

Peace Yo!

2 kata-kata pujaan:

Anonymous said...

(;

Anonymous said...

Best

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*