Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

03 March 2012

BOOT BEABOO - BAB 1


"SEBELUM boot saya ni melekat dekat muka awak, baik awak pulangkan balik beg saya tu!" Aku memang pantang kalau orang sengaja hendak menyakat dengan buat kerja bodoh.


"Entah apa yang ada dalam beg dia ini. Rasa macam nak selongkar pulak."

"Hoii! Bagi baliklah beg aku. Nahas kau karang kalau kau berani selongkar!" Aku memang sudah hilang sabar.

"Hekeleh Beaboo...rilekslah weih. Ada berlian ke kat dalam beg kau ni."

"Janganlah usik beg aku tu! Kau ni kan!" Lantas aku menanggalkan boot aku yang sebelah kiri ini dan terus membaling ke arah Ashaari yang masih degil untuk menyelongkar beg kesayangan aku.

Bukannya apa dalam itu ada benda yang tak sepatutnya orang lelaki tengok. Apa benda itu? Adalah....

"Aduh!" Tepat terkena kepala Ashaari.

Lantas aku berlari dapatkan beg aku dan boot yang aku baling tadi. Jaguh bola baling suatu masa dahulu tahu.

Ashaari menggosok kepalanya yang sakit itu. Aku mengejek.

"Lain kali buat hal lagi. Lepas itu aku baling dengan dua-dua buah boots ni pulak. Jangan sampai kau koma sudah! Ha ha ha..."

"Beabooooooo!"

**********

ITULAH kisah aku teringat kembali yang sudah berlalu sepuluh tahun dahulu. Apa khabar agaknya Ashaari sekarang? Oh lupa hendak sebut nama penuh dia, Johan Ashaari. Ala nama dia ala-ala pelakon cerita sensasi lagi glamour, JUVANA. si Botak, tapi Johan Ashaari ini tidak botaklah. Mempunyai rambut yang lebat, berhidung mancung serta tinggi lampai.

Berita terakhir aku dengar dia melanjutkan pelajaran di luar negara. Hebat betul! Agaknya hasil daripada balingan boot aku barangkali? Ahaks!

Jam hampir ke lima setengah petang, masa untuk balik tetapi aku masih ada kerja yang menimbun perlu untuk diselesaikan. Kena kerja lebih masalah gamaknya. Boss besar semua sudah balik tinggallah aku seorang diri yang masih tekun menaip itu dan ini.

Babah sebenarnya tidak berapa gemar aku balik lewat, maklumlah anak dara dia seoarang sahaja. Abang Badri kini bertugas di Sarawak. Selalunya Abang Badri yang akan ambil aku dipejabat. Pernah sekali terkena gosip kata Abang Badri pakwe aku. Pecah perut aku gelak sorang-sorang.

Itu abang kandung akulah. Abang yang senantiasa memahami jiwa adik perempuannya ini. Penuh koleksi boot kegemaran aku. Macam-macam warna ada. Mama sampai pening sebab selalunya almari kasut yang besar itu penuh dengan kepunyaan aku seorang. Bila mama hendak buang yang mana-mana sudah lama, aku terus lancarkan mogok lapar.

Konon mogok lapar, padahal bila semua orang sudah tidur akulah tikus mondok jadian menyelongkar dEkat dapur cari makanan. Masakan mama memang terbaik dari ladang tahu. Sebab mama adalah bekas chef tersohor di hotel yang bertaraf lima bintang itu. Ala yang J.W Marriot tu. Hah! Ternganga kau!

"Aduh! Korang ni semua memang suka daftar last minute lah! Nasib baik hati aku ini murni hendak juga siapkan cepat-cepat. Kalau tidak tak kuasa aku hendak melayan." Aku mengomel seorang diri.

Tanpa sedar jam sudah meninjak ke lapan malam. Waktu yang dibenarkan oleh babah untuk kerja lebih masa. Tempoh perjalanan mengambil masa hanya satu jam. Paling lewat aku kena sampai dirumah adalah jam sembilan sepuluh minit malam. Nasib baik motor TZM aku ini selalu memberikan perkhidmatan yang cukup membanggakan.

Punyalah hendak kejar masa, aku bawak motor agak laju malam ini. Mana tidaknya lapan setengah baharu aku keluar daripada pejabat. Mahu jam sembilan setengah malam baru sampai. Kalau selewat itu memang telinga aku akan menadah syarahan percuma daripada babah. Bukan mama. Pelik, orang lelaki kuat membebel?

Entah dimana silapnya, aku terlanggar bontot kereta BMW malam ini. Tapi tidaklah teruk, kemek pun takde cuma adalah tercalar sikit.

Kelam kabut siempunya kereta keluar daripada perut keretanya untuk memeriksa keadaan. Aku yang masih pakai helmet fullface hampir-hampir hendak jatuh tergolek. Nasib baik takde kereta ke motor ke langgar aku daripada belakang. Kalau tidak memang nayalah.

"Jahanam kereta aku! Woi mamat lu bawak motor lu macam mana hah! Siapa nak ganti ni?" Lelaki ini menyergah aku. Kurang ajar betul! Tahulah aku salah sebab makan bontot kereta dia tapi tak boleh cakap elok-elok ke? Inilah manusia zaman sekarang, pentingkan harta benda tapi budi bahasa tergadai.

"Wa takde masa sekarang. Wa kejar masa lagi ada. Bagi kad business lu, esok wa call then lu cakap berapa bayar ganti rugi yang wa kena tanggung. Sorry." Aku menadah tangan. Tapi mamat ini terkejut beruk dengan perlakuan aku. Ini yang aku letih, aku nak cepat boleh pulak mamat ini dudu tegap tengok cermin helmet aku.

"Hoi! Lu ni dengar ke tak? Wa dah lambat ni." Aku menyergah terus mamat itu memberikan business card sepantas kilat. Boleh pulak bagi cepat-cepat. Sajalah tu hendak buang masa aku. Aduh jam dah pukul sembilan malam, mesti babah goyang-goyangkan kaki dia menunggu anak daranya balik rumah.

"Lu jangan lari pulak. Ingat! Esok lu call wa, bayar ganti rugi." Sempat lagi tu sebelum aku memulas handle motor.

"Wa bukan bangsa mungkir janji. Wa call lu esok." Aku terus memecut laju. Setakat bercalar aje takkan sampai beribu kot kan kena bayar ganti rugi. Tapi itu kereta BMW! Aduh mak aku mula mengenangkan duit poket aku akan hancur leburlah. Cis!

"Habis calar balar. Tak guna punya mat motor ni. Mata letak dekat mana agaknya. Ini kalau abah tahu mati aku. Sudahlah BMW ini kesayangan dia. Menyesal pulak tak pakai kereta sendiri. Amira pun satu, sibuk suruh bawak BMW ni sebab lebih selesa. Kalau tak bawak merajuk pulak." Johan Ashaari memeriksa kereta BMW itu berulang-ulang kali. Nasib baik calar sikit sahaja.

***********

AMIRA yang masih lagi berdiri menunggu kedatangan Johan Ashaari sudah makin panas hati. Sekejap-sekejap dia mengerling ke arah jam tangan GUESS berwarna biru itu ditangan. Sudahlah berat barang yang dia kena bawa bersama.

"Adoi mana abang Johan ni! Kata pukul sembilan sekarang dah sembilan setengah aku dok tercongok depan Pavillion setengah jam. Naik lenguh menunggu. Aku ingat orang perempuan aje suka lambat-lambat. Lelaki pun sama. Contoh terbaik abang kandung sendiri." Amira mengomel sendirian.

Hari ini dia terpaksa meminta bantuan daripada abang untuk ambil balik ke rumah. Keretanya masuk workshop Ah Beng sebab tak boleh hidup.

Amira mengambil telefon bimbitnya dan terus mendial nombor telefon abangnya untuk mengetahui lokasi terkini. Harini pula dia ditugaskan untuk bertemu dengan client yang memohon bantuan memberi penerangan tentang aplikasi yang akan didaftar dibawah syarikatnya.

Itulah bila pihak kerajaan buat hari bersama pelanggan berkenaan sistem online yang akan digunapakai tidak mahu datang. Selalu alasan yang diberi, tak cukup masa, sibuk, tiada orang boleh uruskan syarikat. Alasan yang kadang-kadang tidak masuk akal.

"Hello! Abang Johan, kat mana tu? Lambat lagi ke? Mira dah macam tiang letrik tunggu abang daripada tadi. Kata sampai pukul sembilan, sekarang dah nak masuk pukul sepuluh tayar kereta papa pun tak muncul-muncul lagi apa kes? Abang pergi dating dulu ke?"

"Kau ni cakap tak payah jerit-jerit boleh? Sakitlah telinga abang ni. Kejap lagi sampailah ni, lagi sepuluh minit. Karang dalam kereta abang terangkan kenapa lambat. Kau pun satu mengada-ngada nak suruh abang ambil dekat jalan yang penuh sesak selalu apahal?Haih..." Johan Ashaari sedikit memberontak. Geram dengan sikap mengada-ngada dan tidak sabar oleh adiknya yang seorang ini.

"Kalau lambat bagitahulah Mira, takdelah Mira tegak berdiri dekat sini. Minum kopi dulu dekat dalam Pavillion pun takpe. Abang ni memang suka mungkir janjilah." Amira makin hilang sabar.

"Hish budak ni! Hah, mana kau? Abang dah sampai ni."

"Mana? Mira tak nampak kereta papa pun?"

"Kau jalan depan sikit, abang betul-betul depan bangunan Pavillion ni la."

"Mana? Mira tak nampak pun."

"Mira dekat mana pulak?"

"Depan Pavillion."

"Memanglah. Sebelah kiri ke kanan?"

"Sebelah kiri."

"Patutlah tak berkat."

"Eh! Apa kena mengena pulak abang ni?"

"Kalau nak buat apa-apa mulakan sebelah kanan! Abang sebelah kanan, dah pusing cepat."

"Haih! Apa kena mengena tunggu sebelah kiri dengan kata-kata abang tadi? Leceh betullah orang tua ni."

"Orang tua...orang tua...karang abang tingalkan Mira baru padan muka."

Johan Ashaari mematikan talian dan menunggu bayangan Amira muncul. Johanna Amira sudah menarik muka masam dengan abangnya itu. Oleh sebab Pak Hamid tidak dapat ambil dirinya kerana menemani papa ke Bukit Jelutong menghadiri perjumpaan bersama rakan kongsinya bersama mama. Kalau Pak Hamid ada tentu Amira tidak menunggu lama sebegini dan bertekak dengan abangnya, Johan Ashaari.

Tiba-tiba dia teringat Kak Beaboo yang cun tetapi kelihatan sangat cool. Dia tidak pernah tahu nama penuh Kak Beaboo sebab abangnya ini memang agak perahsia. Selepas Abang Johan mengambil keputusan melanjutkan pelajaran ke luar negara, seolah-olah nama Kak Beaboo terkubur begitu sahaja.

Mana Kak Beaboo sekarang? Dahulu dapat berbual sekejap sahaja selepas Abang Johan merampas telefon bimbitnya. Salah nya juga sebab curi-curi ambil telefon bimbit dan mencari siapa perempuan yang mendapat tempat dihati abangnya yang terkenal dengan sikap dingin ini. Mana tidaknya, asyik tersengih seorang diri kalau mengadap telefon bimbit dia.

Kata gila nanti mengamuk sakan pulak!

*********

Please leave your comment for improvement. Thanks for reading peeps ^_~

Peace Yo!

3 kata-kata pujaan:

lieyna said...

wahhh..suke suke...
tapi tamat macm 2 j ke..
hmmmmmm..

DALIA NA ZA said...

lieyna : ini cerpen bersiri..hehehe...tq baca ^_~

sweety said...

nice story..suke cite berunsur komedi romantik ni

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*