GHAZ?
"Ha ha ha...macam bunyi tong gas sahaja. Weih pilihlah nama samaran yang sedap sikit bunyinya."
Zara mengejek setelah ternampak pesanan ringkas yang ditaip. Ghaz Sulaiman nama penuh dia, tapi aku lagi suka panggil dia Man. Bila dia guna nama samaran baharu Ghaz, ok sedap jugaklah tapi aku sengaja mengusik. Ghaz Sulaiman memang seorang yang baik hati sangat-sangat. Sebab itu dia memang sesuai jadi partner aku buat audit disalah sebuah syarikat yang dilantik.
"GHAZ! Bukan Gas! Kau ni apahal mengacau hidup aku? Nama sahaja perempuan tapi perangai tak serupa perempuan. Baik kau jadi lelaki teruslah!" Ghaz Sulaiman mengherdik Izara Aishah.
"Eleh, dah basi herdikkan kau tu la tong gas!"
"Bercakap dengan kau macam bercakap dengan kasut."
Perang mulut seorang lelaki lembut tetapi bukan ke arah perempuan dan seorang lagi perempuan kasar tetapi bukan ke arah lelaki. Mereka merupakan teman rapat ditempat sekerja malah satu unit lagi.
"Tu dokumen tu belum settle lagi. Kau kerja lebih masa harini kan? Kau siapkanlah. Esok turn aku pulak."
"Weih Man janganlah macam tu. Kesianlah dekat aku. Banyak tu dokumen nak kena settle, kau apahal balik awal pulak ni?"
"Aku ada hal."
"Hal apa pulak? Dah dekat
dateline hantar audit ni weih."
"Mak aku nak jumpa calon menantu dialah!" Ghaz Sulaiman sudah tersenyum-senyum itik!
"Hah!" Aku terkejut dengan kenyataan yang keluar daripada mulut Ghaz Sulaiman. Bila masa dia keluar dating? Kenapa tak pernah nak cerita dengan aku pun. Sampai hati kau, Ghaz Sulaman. Kecik tahu hati aku sekarang!
"Esok aku tolong kau.
Bye Zara."
Ghaz Sulaiman berlalu pergi dan tinggallah aku seorang diri hadap dokumen yang perlu disiapkan hujung bulan ini. Gilalah, lagi dua minggu sahaja tau! Memang mata aku akan jadi lebam macam burung hantu gamaknya.
"Tong gas punya GHAZ!"
**********
AKU tengok muka Ghaz muram semacam. Semalam bukan main lagi ceria bersukaria bagai, apsal harini monyok? Gaduh dengan awek la tu. Takde orang lain yang boleh pujuk dia melainkan aku.
"Ghaz, weih apsal monyok macam cekodok basi ni? Semalam bukan main lagi ceria kau. Tak nak
story mory dengan aku ke?"
"Aku takde
mood."
"Dah kenapa pulak?"
"Takde
mood Zara."
"Aku tahulah kau takde
mood, tapi pasal apa? Takkan tiba-tiba baru masuk keje tak
mood? Takkan boss marah kau kot?"
Aku ni pulak bangsa jenis banyak tanya. Tak main soal satu-satu. Lambat.
"Nantilah aku cerita."
"Ok. Tapi jangan pendam sorang-sorang. Apa guna kawankan? Kalau tang gosip-gosip aku takmau dengarlah."
"Takde kena mengena dengan gosip pun.
Thanks to be my good listener. Jom minum, aku belanja."
"Langkah kanan aku nampaknya besarlah eh. He he he. Jom, lapar."
"Zara...Zara...ada kau hidup aku ceria balik, bila takda sunyi sepi."
"Itulah namanya sahabat sejati. Kadang-kadang aku rasa berkawan dengan lelaki lebih sempoi daripada berkawan dengan perempuan. Mana tidaknya berkawan dengan perempuan nak kena jaga hati lebih. Kalau berkawan dengan lelaki payah nak bermasam muka bagai."
"Lelaki
best."
"Eleh. Poyo!"
"Poyo..poyo pun
best. Orang perempuan emosinya lebih boleh bikin orang lelaki pening kepala."
"Halo..halo..cakap lapik sikit ha. Karang ada yang buat audit sorang-sorang."
Ghaz Sulaiman ketawa. Kan aku dah cakap, aku yang boleh pujuk mamat ni kalau dia
bad mood.
*********
Bersambung
Peace Yo!
0 kata-kata pujaan:
Post a Comment