Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

08 January 2012

KISAH KITA



Dalam diam rupanya aku akan ditunangkan dengan lelaki yang tidak pernah aku kenali. Kata emak, ini adalah permintaan arwah ayah dan kawan baiknya. Kalau aku ini lelaki, tentu tidak akan wujud langsung tentang permintaan ini semua. Bagaimana hendak aku ceritakan kepada Fahrul, lelaki yang telah mendapat tempat di dalam hatiku? Apakah dia akan mendengar dan percaya pada ceritaku? Apakah reaksinya nanti? Bagaimana dia akan menerima tentang berita ini?

Ah! Aku bingung! Kalau tidak diceritakan tentu masalah ini akan terus berlanjutan. Kasihannya Fahrul, susah payah dia cuba mendapatkan hati aku. Kini semuanya hanya sia-sia. Kalaulah aku tahu daripada awal aku tentu tidak akan berikan hati ini kepadanya. Maafkan Fiya!

Hari pertunangan akan menjelang tidak lama lagi. Hanya tinggal lagi tiga minggu sahaja! Berbalik tentang Fahrul, aku benar-benar buntu. Dia juga telah berjanji untuk merisik aku tetapi bila! Sakit dihati memang sukar untuk dimengertikan tika kini. Diluah mati emak, ditelan mati bapak.

********************************

AKU hanya termanggu mengadap air limau ais yang sudah terhidang didepan mata. Kelibat Fahrul masih juga tidak kelihatan. Kini aku sudah mendapat kekuatan untuk memberitahu tentang perihal sebenar. Aku tidak mahu lagi bertangguh kerana ini akan membuatkan pelbagai pihak akan terluka, termasuk hati aku juga!

Tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi nada lagu yang telah aku setkan untuk menerima pesanan ringkas. Aku melihat tanda nama, Fahrul. Aku tersenyum dan membuka pesanan ringkas itu. Lambat katanya, ada benda yang perlu dilakukan sebentar. Mujur tak pesan makanan lagi, kalau tidak tentu sejuk dan tak sedap dimakan. Sejak akhir-akhir ini, sukar untuk bertemu dengan Fahrul. Bila ditanya ada sahaja alasan mengatakan ada kerja yang perlu diberekan secepat mungkin.

Aku sudah mengambil keputusan untuk menyuruh Fahrul masuk merisik aku seawal daripada tarikh pertunangan itu. Aku mahu Fahrul merisik aku pada minggu ini juga, kalau tidak semuanya akan terlambat! Kalau Fahrul tidak bertindak secepat mungkin.

Aku terus menelefon setelah membaca pesanan ringkas itu. Beberapa kali bunyi, baharulah panggilan aku berjawab. Kenapa susah benar hendak menjawab telefon sekarang ya? Sibuk benar ke?

"Assalamualauikum...awak dekat mana? Lama lagi ke saya kena tunggu ni?" Aku mula sudah rasa handak marah. Selalu tidak pernah begini pun.

"Errr....Waalaikumsalam..saya ada dekat tempat keje lagi. Maaflah awak, saya ada banyak keja ni. Ini pun curi-curi jawab telefon, nanti boss saya marah pulak. Dalam sejam lagi siaplah. Kalau awak tak larat nak tunggu awak balik dulu. Petang esok saya ambil awak dekat tempat keje macam biasa. Maaf ye" Kedengaran suara Fahrul seakan berbisik. Kalau dekat tempat kerja, kenapa macam bising sangat dekat belakang dia? Malas hendak fikir bukan-bukan, aku mengalah untuk kesekian kali. Ini sudah masuk kali ke-lima temujanjji aku dan Fahrul terbatal. Macam mana tak marah?

"Hmmm..oklah. Takpe saya tunggu sampai awak datang."

"Kalau macam itu ok. Dah nak sampai saya sms awak amcam biasa." Itu sahaja jawapan yang aku terima. Dan seringkali, aku sahaja yang menelefon dia. Aku? Pesanan ringkas sahajalah yang aku dapat.

Hampir dua jam aku setia menanti, baharulah kelibat Fahrul menjelma. Aku yang sudah berkira-kira hendalk pulang terus duduk kembali apabila menerima pesanan ringkas daripada Fahrul mengatakan dia akan tiba dalam masa lima minit lagi.

Oleh kerana sayang punya pasal, aku turutkan sahaja.

Petang itu perbincangan antara aku dan Fahrul tergantung begitu sahaja. Aku yang bersungguh-sungguh, dia macam tidak ada hati untuk merisik aku dengan segera. Apabila aku bertanya, katanya masih belum bersedia. Ini mengukuhkan kedudukan kariernya yang sedang memuncak naik. Aku kecil hati. Sangat berkecil hati dengan jawapan Fahrul petang ini.

"Kalau saya kena pinang dengan orang lain, jangan awak menyesal sudahlah. Waktu itu sudah terlambat." Aku sedikit mengugut padahal disebaliknya itu adalah hakikat yang benar! Aku sayangkan Fahrul dan tidak mahu percintaan kami terputus sebegitu sahaja.

"Awak kena faham, kerjaya saya baru nak meningkat naik." Itu jawapan Fahrul. Kerjaya! Kerjaya! Kerjaya! Lepas merisik bukan ke dia boleh memburu semula kerjaya yang dia idam-idamkan?

"Lepas merisik kan awak boleh tumpukan kerjaya awak tu."

"Macam inilah Fiya, nanti saya beritahu awak bila hendak datang merisik ok. Saya tak boleh lama ni, ada kerja nak buat. Bye...jumpa esok ok. Sorry." Fahrul meneguk saki baki air limau ais aku. Memang itulah kebiasaan dia. Suka berkongsi minuman dan katanya jimat.

Hmm...aku yang selalu mengalah. Mengiyakan sahaja apa yang dia pinta. Perihal merisik pun serahkan sahaja padanya.

******************************

PERTUNANGAN antara aku dan lelaki itu berlangsung dengan meriah. Emaklah orang yang palin gembira aku tengok. Abang dan Kak Farah pun aku tengok bukan main lagi tersenyum meleret-leret. Aku yang tengah bengkak dihati langsung tidak mahu diambil tahu sama ada aku gembira ke tidak dengan majlis ini. Jawapanya mungkin mereka sudah tahu. Tidak!

Keluarga pihak sebelah sana sudah tiba dengan hantaran yang begitu mahal-mahal aku tengok. Hantaran daripada pihak aku pun mereka yang belikan. Aku? Langsung tidak tahu. Kata emak, aku hanya perlu siapkan diri aku sahaja. Malas hendak berkata apa-apa, aku diamkan sahajalah. Kalau bising-bising pun bendanya tetap akan berjalan jugak!

Berulangkali aku menelefon Fahrul tetapi taliannya tidak aktif. Kemana sahaja dia pergi ini? Takkan hujung minggu pun masih sibuk juga? Musykil betul aku dibuatnya. Kena dia berubah sedrastik ini. Dia tahu ke aku akan bertunang dengan lelaki yang tidak aku kenali? Aku mengetap bibir. Kalau betul, tentu Fahrul sedih. Mungkinkah sebab itu dia kerapkali melarikan diri daripada aku? Kasihannya Fahrul!

Tiba masanya aku diminta untuk keluar daripada bilik. Kaki memang terasa berat untuk melangkah namun terpaksa juga aku turutkan. Airmata macam hendak mengalir pun ada. Hati semakin kuat teringatkan diri Fahrul. Aku semakin rasa bersalah. Semenjak daripada pertemuan lewat petang itu, Fahrul seringkali sibuk menjawab panggilan telefon. Entah daripada siapa, aku pun tidak tahu. Katanya rakan sekerja.

Turun sahaja diruang tamu, aku hanya menundukkan wajah. Langsung tidak mahu memandang sesiapa. Abang Farid dan Kak Farah tidak habis-habis mengusik aku. Hati tengah panas lagi hendak buat lawak yang langsung tidak menggeletek hati aku tatkala ini.

Setelah perbincangan tamat, pertunangan kami hanya diikat dalam tempoh sebulan sahaja. Terkejut beruk aku mendengar perkhabaran ini. Gila cepat! Lelaki itu kemaruk sangat hendak berkhawin ke? Tak sabar-sabar langusng. Buatlah perjumpaan untuk suai kenal ke? Ini tidak tup...tup terus ajak berkahwin terus! Hendak sahaja aku melompat dan mengatakan tidak bersetuju. Namun siapalah aku disitu ketika itu.

Aku menghulurkan jari manisku untuk disarungkan cincin berbentuk sebutir permata ditengah-tengahnya. Kalau orang lain tengok mesti kata cantik. Aku sahaja kata tidak! Maklumlah orang yang dipaksa memang akan kata begitu. Tipikal sangat-sangat.

Usai cincin disarungkan, aku menatap bakal ibu mentuaku. Bertudung penuh dan manis aku lihat. Masih muda dan aku lihat wajahnya putih bersih. Hati yang sugul tiba-tiba mendapat kedamaian. Tidak lama kemudian, tunangan aku mula menampakkan diri. Punyalah aku terkejut siempunya diri yang muncul tertegak didepan mata.

Berkali-kali aku menggosokkan mata untuk memastikan apa yang aku lihat itu bukannya mimpi! Aku cubit lengan sendiri, memang terasa sakit. Aku melangkahkan kaki untuk terus berdepan dengan pemuda itu. Aku menatap wajahnya bulat-bulat.

Lelaki ini tersenyum memandang aku dan membuatkan aku terpanar seketika. Betulkah semua ini? Habis kenapa perangainya sejak kebelakangan ini memang nampak lain macam sangat-sangat? Sebelum ini tidak pernah bertegur sapa dengan aku. Hanya tersenyum apabila terserempak dimana-mana. Memang sangat pelik!

"Assalamualaikum Safiya Zulfa..." Tegur lelaki itu membuka bicara kata. Aku terkedu apabila dia mengetahui nama penuh aku. Ini sudah semakin pelik.

"Errr...Waalaikumsalam...errr...macam mana tahu nama penuh saya? Siapa awak sebenarnya? Kenapa awak hendak sangat berkahwin dengan saya? Kenapa cepat sangat tarikh pernikahan kita?" Bertalu-talu soalan yang aku lontarkan sambil bercekak pinggang. Lupa dengan keadaan sekeliling.

"Soalan awak semua akan terjawab selepas tarikh pernikahan kita. Sekarang saya nak makan. Laparlah, boleh temankan saya makan?" Lelaki ini macam batu lah!

"Nak makan, awak makan seorang diri. Saya tak lapar. Saya penat. Saya nak masuk bilik." Aku memberontak dan kaki ingin cepat-cepat melangkah terus lengan aku ditarik dengna pantas. Aku terpusing sembilan puluh darjah. Perghh! Boleh terputus tangan aku macam ini.

"Temankan saya." Keras sedikit perkataan lelaki ini.

"Huh! Orang tak nak dipaksa-paksa. Larikan diri nanti baru tau!"

"Jangan! Ok saya tak paksa. Kalau awak penat naiklah bilik rehat ok. Saya tak nak lihat tunang saya sakit-sakit. Insya'allah saya pasti awak akan terima saya setelah awak kenali siapa diri saya sebenarnya."

Aku terus terkedu. Langkah yang ingin melarikan diri terus mengikutinya pergi makan.

*************************************

HARI pernikahan aku dan dia sudah semakin hampir. Aku yang pada mulanya gugup, kini dengan perlahan-lahan sudah tinggalkan perasaan kasihan kepada Fahrul. Siapa sangka siapa menduga, selepas mengikat tali pertunangan baharulah aku mengetahui bahawa Fahrul sudah pun bernikah dan mempunyai seorang anak! Lebih menyedihkan, isterinya sedang sarat mengandung! Kalau tidak aku akan menjadi wanita perampas! Meskipun hakikatnya aku tidak mengetahui status sebenar Fahrul. Butanya mata dan hati aku!

Aku mengelamun seketika dan tidak menumpukan perhatian kepada tunanganku yang berada didepan mata. Apa dia cakap aku masuk dalam telinga sebelah kanan dan akan terus keluar sebelah kiri. Perihal Fahrul benar-benar buat hati aku terluka. Kenapa mesti perlu berbohong? Patutlah dia beria-ia hendak berkawan dan berkasih dengan aku. Syukur alhamdullillah aku dan Fahrul tidak pernah terlanjur laku. Kalau tidak, aku sendiri yang akan merana sepanjang hidup. Lebih mengaibkan lagi, airmuka orang tuaku serta satu keluarga.

Namun aku pelik dengan tunangan aku ini. Dia seperti sudah lama mengenali aku. Tetapi aku tidak pernah mengetahui latar belakang dia siapa sebenarnya?

"Fiya..."

"Hmm..." Aku menjawab acuh tak acuh sahaja. Keluar ini pun terpaksa juga aku ikutkan bila emak sudah mula membuat muka sayu.

"Kenapa macam takde mood aje saya tengok? Awak sakit ke? Penat ke berjalan dengan saya? Nak saya dukung tak?"

Aku tersedak. Apahal pulak manja dia ini semacam sahaja aku tengok?

"Err..saya ok. Makanlah..."

"Awak tak happy ke dengan saya?"

"Entah..." Jawabku malas.

"Lagi seminggu sahaja kita nak diijabkabul menjadi suami isteri. Saya tak naklah bakal isteri saya ini rasa tak selesa dengan saya... Saya minta maaf sebab buat cara mengejut macam ini. Meskipun ini permintaan kedua orang tua kita. Tapi saya rasa saya akan bahagia dengan awak. Cuma saya sahaja tak tahu sama ada awak akan bahagia dengan saya ke tak. Saya kalau boleh nak buat awak sentiasa bahagia, gembira dan paling penting kita menerima seadanya antara satu sama lain." Panjang lebar dia meluahkan perasaannya.

Kata-kata lelaki ini benar-benar buat aku terkelu untuk bersuara. Bersungguh benar perkataan itu dilontarkan. Tegarkah aku untuk menidakkan orang yang benar-benar ikhlas untuk memperisterikan wanita keras kepala gedegang macam aku ini?

"Errr...saya...saya..." Semenjak bertunang ini, aku sudah pandai menjadi wanita gagap.

"Tak perlu kata apa-apa sekarang, yang penting saya nak awak bersedia menerima saya seadanya seperti mana saya menerima diri awak seadanya. Sudah, jom makan." Lelaki ini tetap tersenyum. Walau macam mana keadaan sekalipun, wajah itu tetap nampak tenang dan menyejukkan mata yang memandang. Namun mengapa sukar sangat untuk aku menerima kehadiran dia?

*****************************

AKU menggigil seluruh badan sewaktu hendak diijabkabulkan. Aku merenung wajah sendiri dihadapan cermin. Peluh dingin mula mengerumuni ubun-ubun aku.  Tidak lama kemudian, Kak Farah datang menyampaikan bahawa sebentar sahaja lagi aku dipanggil untuk dinikahkan. Lemah segala kepala lutut aku dan seolah-olah tidak berpijak dibumi yang nyata ini. Aku membaca surah Al-Fatihah dan doa ketenangan hati. Tidak henti-henti mulutku beristiqfhar berulang kali. Kak Farah memimpin tanganku, tapi aku masih celik. Cuma aku yang menggelabah tak tentu pasal ini macam orang buta!

Aku duduk bersimpuh di atas bantal yang telah disediakan. Penuh ruang tamu yang dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak, saudara mara, sahabat handai serta jiran yang berdekatan. Aku terpanar memandang wajah lelaki itu. ya ALLAH bersihnya wajah itu. Tiba-tiba hati yang gugup sebentar tadi terus menjadi tenang. Sampai satu ketika mataku tidak mengerdip memandang wajahnya.

"Aku nikah akan dikau Safiya Zulfa Binti Zulkafli berwalikan abangnya dengan mas kahwin sebanyak lapan puluh lapan ringgit tunai." Tok Imam memulakan ijabnya.

"Aku terima nikah Safiya Zulfa Binti Zulkafli dengan mas kahwinnya sebanyak lapan puluh lapan ringgit tunai." Lembut dan sangat tenang ayat itu keluar daripada mulutnya.

"Sah?"

Ketiga-tiga saksi itu dengan rela hati memberikan kata putus sah untuk aku dan lelaki itu diijabkabulkan. Doa dipanjangkan untuk kesejahteraan kami. Paling buat aku terharu, disaat pembatalan air sembahyang lelaki ini meluahkan rasa cintanya. Aku terpikat secara tiba-tiba!

Usai upacara pernikahan, aku dan dia duduk bersamding diatas pelamin berwarna dwi campuran serba ungu dan hijau itu. Sidia memuji wajahku yang telah dioleskan dengan make-up seri pengantin. Aku terus termalu-malu. Senyuman tidak lekang daripada bibir. Apabila bergambar untuk beraksi, aku segan silu. Sidia memberikan aku sedikit kekuatan.

Hati aku makin jatuh cinta. Memang kali ini aku tertewas dengan perasaan sendiri. Siapakah sebenarnya suamiku ini? Begitu berkarisma.

"Dah habis tenung muka saya?" Katanya itu membuatkan aku terkejut dan kembali ke alam realiti. Entah sejak bila aku merenung wajahnya pun aku tidak ingat.

"Errr...errr..." Gugup seketika.

"Sejak bila isteri saya yang cantik ini jadi ratu gagap?" Soalan kedua yang aku dengar.

"Errr...saya...saya..." Punyalah payah untuk aku bersuara.

"Awak tenung-tenung saya ni awak rindu dekat saya ke? Maaf tadi saya pergi bertungkus lumus basuh segala periuk kuali sebesar gedebak sorang-sorang dekat belakang rumah tadi." Lelaki itu sudah duduk memandang tepat dimataku. Jantung aku berdegup sekencang-kencangnya.

"Mana ada!" Terus aku meloncat untuk menghilangkan rasa gugup.

Lelaki itu hanya ketawa dan menjungkitkan bahu.

"Takpe...tak nak mengaku ye. Takpe..abang tak kisah..."

Aku terus menguncikan mulut. Kalau menjawab pasti ada sahaja benda akan dijadikan bahan untuk mengusik.

*********************************

GENAP tiga bulan bernikah, aku dan suami kini sudah semakin rapat. Aku yang konon-kononnya dahulu tidak suka terus jatuh cinta disaat kami diijabkabulkan. Cuma aku yang suka srok-sorok dan mengelak sehinggalah suatu hari terkantoi sendiri.

"Saya suka awak...saya suka awak...sebenarnya saya memang suka awak..."

Suamiku hanya tersenyum sambil merenung wajahku.

"Betul...saya tak tipu. Saya tak tahu kenapa saya tiba-tiba suka awak...awak suka saya tak?"

Suamiku mengangguk laju.

"Saya suka awak. Saya suka awak...sayaa...saaa..."Aku terus terdiam.

Suamiku menggeleng sambil mengucup dahiku. Aku yang masih terlena terus dibuai mimpi yang panjang.

Selang dua tiga hari suamiku pula yang bermimpi yang bukan-bukan buatkan aku terlopong sewaktu mendengarkan kata-kata itu.

"Abang tahu sayang suka abang. Cuma sayang itu suka sangat sorok perasaan sendiri...Abang pun sayang sangat dengan Fiya. Abang sayang Safiya Zulfa. Abang sayang Fiya...abang sayang...abang...aaaa..." Terus Zahiril Adam menguncikan mulutnya.

Aku terkebil-kebil sambil terngiang-ngiang dengar suamiku itu menggigau.

"Betul ke apa yang aku dengar tadi?" Aku mengomel sendirian. Entah kenapa malam ini aku sukar untuk melelapkan mata.

"Betul ke dia sayangkan aku meskipun selama selepas bernikah tempohari aku asyik larikan diri sahaja. Kenapa dengan diri aku sekarang? Kenapa susah sangat nak terima suami aku ini sendiri. Berdosa tak kalau tak tunaikan tanggungjawab?" Panjang lebar aku terbaring sambil mulut tidak henti-henti bercakap sendirian.

"Berdosakah aku? Apa aku nak buat sekarang? Kalau satu hari dia tinggalkan aku, macam mana nasib aku nanti? Betul ke aku akan bahagia sepertimana yang dia janjikan?" Aku resah dan gelisah dengan soalan sendiri.

"Safiya Zulfa..." Aku berpaling dan terkejut melihat mata suamiku telah bertentangan memandang aku.

"Err...bukan tadi awak tidur ke?"

"Abang tak tidur pun. Dari tadi dengar isteri abang ni membebel sorang-sorang. Kalau Fiya benar-benar sukakan abang kenapa tak nak cakap terus-terang? Kenapa sembunyi-sembunyikan perasaan Fiya pada abang? Abang tak layak untuk Fiya ke? Ke Fiya memang tak suka abang langsung walaupun sedetik?" Perlahan suaranya namun memang menangkap kalbu.

"Err...bukan macam tu...Fiya...Fiya..." Aku terus gugup lagi. Kali ini tangan suamiku tiba-tiba menggenggam jari jemariku.

"Boleh tak Fiya jangan sorokkan perasaan sebenar Fiya pada abang?"

"Fiya...Fiya..."

"Cuba pejam mata Fiya, kemudian tarik nafas dalam-dalam..." Aku terus mengikut apa yang diakta oleh suamiku ini. Peliknya! Macam orang kena pukau sahaja.

Lama aku berteleku sambil mata ditutup rapat. Perlahan-lahan rasa segenap itu memenuhi isi hatiku tika kini.

"Fiya tak tahu kenapa Fiya boleh jatuh cinta dengan abang. Bila Fiya dapat tahu Fiya kena bertunang dengan abang Fiya sakit hati sangat-sangat. Bila Fiya tahu Fiya kena berkahwin dengan abang selepas sebulan kita bertunang, hati Fiya semakin sakit sangat-sangat. Tetapi bila dengar lafaz nikah daripada abang, hati Fiya terus rasa lain. Fiya ingat Fiya takkan bahagia bila berkahwin dengan lelaki bukan pilihan Fiya. Fiya tak tahu siapa abang. Fiya tak pernah kenali siapa diri abang. Fiya...Fiya jatuh cinta dengan ketenangan abang. Fiya jatuh cinta dengan kelembutan abang."

Lama keadaan sunyi itu memenuhi ruangan yang terdiam itu.

"Terima kasih untuk pengakuan ini sayang."

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Wajah suamiku semakin mendekat. Jemarinya mengusap lembut pipiku. Aku terkaku sambil mata terkelip-kelip memandangnya.

******************************

SETELAH hampir dua tahun menikmati rumahtangga bersama suamiku, benar bagaikan yang dijanjikan aku kini bahagia. Lebih bahagia aku kini sudah berbadan dua untuk kelahiran yang kedua. Suamiku tampak lagi bahagia daripada aku kerana perkongsian hidup yang penuh pelbagai rasa itu kami telah dikurniakan seorang puteri yang comel.

Kata suamiku, rupa comel puteri sulung kami lebih mirip dengan wajahku. Suamiku berharap kelahiran kedua akan dikurniakan bayi lelaki. Aku hanya tersenyum sambil mengusap perut yang sedang semakin membesar.

Terima kasih ayah dan bapa mentuaku sebab jodohkan lelaki sempurna untuk Fiya. Meskipun ayah dan abah sudah abadi dialam sana. Doa Fiya serta anak-anak agar ayah dan abah mendapat tempat dikalangan orang-orang yang beriman.

Terima kasih Fahrul sebab kau melengah-lengahkan waktu dan aku tidak menjadi mangsa tipumu yang sudah beristeri.

Terima kasih emak sebab selalu mendoakan kebahagian Fiya. Terima kasih ibu mentuaku kerana menerima menantumu ini yang keras kepala suatu masa dahulu. Terima kasih Kak Farah dan Abang Farid kerana selalu melayan keletah adik bongsumu dahulu.

Terima kasih Abang sebab selalu membahagiakan diri Fiya. Kisah kita akan terphat dalam ingatan didalam ingatan.

Paling penting, terima kasih ALLAH kerana mendatangkan aku jodoh yang baik.

Terima kasih semua

***********************************

TAMAT

1 kata-kata pujaan:

MaY_LiN said...

jodoh..memang ditetapkan..

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*