Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

03 January 2012

KU TUNGGU CINTAMU!



Pernah tak korang sakitkan hati orang yang korang minat dalam hati sebenarnya lepas tu buat-buat lebam macam takde apa-apa berlaku? Ha...inilah kisah yang terjadi tidak pasal-pasal.

DANIA memang bengkak hati habis dengan Haris yang tidak sudah-sudah menyakitkan hati. Kalau hendak tahu kaki buli nombor satu yang pernah dia alami, Harislah hantunya. Tidak pernah satu hari pun Haris membiarkan hidup Dania aman damai. Ada sahaja yang ingin dia lakukan untuk menyakiti hati Dania yang kononnya kental itu. Haris merasa seronok dengan menjadikan Dania patung permainan. Manakan tidak, Dania berani melawan kata-katanya sewaktu dia tidak sengaja menjatuhkan kerusi Dania ketika diperpustakaan. Apalagi, Haris tidak lepaskan peluang untuk mengenakan Dania setiap hari.

Haris kalau bangun sahaja pagi dia sudah membuat jadual untuk mengenakan Dania sepuas hatinya. Hidupnya dahulu bosan kerana ramai yang mendiamkan diri kalau dia membuli mangsanya. Tidak ada yang melawan membuatkan dia mencari mangsa baharu setiap hari. Dia beruntung akibat kemalangan tertarik kerusi seorang budak perempuan membuatkan dia bersemangat untuk mengenakan perempuan bernama Dania Shazzerina setiap hari! Haris Ezzarie merupakan anak seorang Tan Sri memang tidak pernah gentar dengan siapa-siapa sehinggalah kemunculan Dania menyerikan kehidupannya.

***********************************

           "APA NI?! Sukahati tarik-tarik kerusi orang dan tu bukan nak mintak maaf sampai buat orang jatuh gedebuk!" Dania sudah panas hati apabila melihat lelaki yang berada dihadapannya buat muka selamba untuk beredar. Pantang betul kalau orang sudah buat salah kepadanya lepas itu tidak mintak maaf.

"Ada aku kisah?" Laju sahaja jawapan daripada Haris membuatkan Dania semakin bengkak hati. Mahu sahaja dia tunjal-tunjal dahi milik lelaki itu sepuas hati.

"Kau kisah ke tak itu kau punya pasal. Lain kali kalau dah buat orang, tolong mintak maaf. Buat susah pun. Bukan kena bayar duit pun. Bukan membazir air liur pun!" Dania sudah mencerlung tajam ke mata milik Haris. Namun Haris seperti biasa dingin membeku dan buat-buat tidak tahu.

"Air liur aku bukan percuma...so?" Haris menyindir dan benar-benar membuatkan Dania ingin menghempuk lelaki itu dengan kerusi perpustakaan. Baharu tahu langit itu sama ada tinggi ataupun rendah.

"Bercakap dengan kau macam bercakap dengan kerusi ni. Hati kayu betul! Huh!" Dania membentak lantas kaki Haris dipijak sekuat hati.

"Aduh! Gila ke apa kau ni! Kau ingat kaki ini bapak kau punya ke? Hah!" Haris memegang kakinya menahan kesakitan akibat dipijak kuat oleh Dania. Haris ingin sahaja menumbuk muka perempuan yang berada dihadapannya. Namun ditahankan sahaja supaya tidak ada yang menuduh dia cuba mengasari kaum yang lemah.

Dania tersenyum sinis dan sempat lagi menghadiahkan kata-kata yang menyakitkan telinga Haris. Sikap Dania Shazzerina membuatkan Haris Azzerie benar-benar geram. Dia tidak menyangka perempuan itu seberani itu mengasari dirinya.

"Itu hadiah pertama dan ini yang kedua. Bapak aku takde kena mengena dalam ini kes tahu! Kau fikir kau anak orang kaya ikut sesuka hati kau nak naik tocang? Ingat sikit, ilmu tidak pernah membezakan taraf. Miskin atau kaya itu semua bukan ukuran untuk mendapatkan ilmu. Harta berkoyan-koyan pun bukan boleh angkut masuk dalam liang lahad. Allah tak pandang semua itu. Lainlah kalau kau ni jahil tentang agama!" Dania melepaskan amarahnya kemudian terus berlalu pergi.

Haris terkebil-kebil apabila Dania menghadiahkan kata-kata umpama paku yang tepat mengenai hatinya. Haris mengetap bibirnya menahan marah. Perempuan itu benar-benar mencabar egonya sebagai seorang lelaki. Ayat terakhir benar-benar membuatkan hatinya terbakar. Sesuka hati mengatakan dirinya jahil, padahal dia sudah berulang kali khatam al-quran. Malahan setiap hujung minggu akan diperuntukkan masa untuk mengikuti kelas agama bersama-sama dengan ayahnya. Bukan dia tidak tahu, Tan Sri Aminuddin seorang yang amat tegas dalam soal agama. Sebab itu dia berhati-hati membuli mangsanya di sekolah agar tidak sampai ke pengetahuan pengetua.

"Boleh tahan jugak minah ni punya mulut. Suka-suka dia cakap aku jahil! Hish! Ini tak boleh jadi, perempuan ini mesti aku balas perbuatan dia. Apa nak jadi...jadilah. Aku tak kira." Haris mengomel sendirian.

"Haris...kau tak apa-apa ke? Pergh...dahsyat jugak minah itu eh. Kerek dia lain macam betul aku tengok tapi cun jugak muka dia." Zuhairie berseloroh dan membuatkan Haris mencerlungkan matanya. Zuhairie tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Betullah Hairie kau cakap, budak perempuan tu cun. Kalau aku nak tackle jadi awek aku yang ke dua puluh. Manalah tahu rezeki aku kan tahun ni." Sampuk Izmair secara tiba-tiba. Haris semakin cemburut.

"Langkah kaki aku dulu kalau kau nak tackle dia. Ini dia abang Iskandar yang akan cantas dulu. Kau apa tahu bab-bab ayat bunga-bunga dengan perempuan. Balik-balik suruh aku yang tulis surat untuk mengorat kan...kan...kan." Izwan juga tidak mahu lepaskan peluang yang sedia ada. Haris semakin rasa terbakar.
"Kalau korang anggap aku ini kawan korang, jangan cuba-cuba nak dekati minah tu. Dia patung permainan aku jadi korang tak berhak nak menyibuk tahu!" Haris melepaskan amarahnya.

"Rilekslah Haris, ok...ok...mangsa kau ni kitaorang tak kacau. Dah jom kita pergi minum lepas tu boleh balik rumah." Izmair cepat-cepat menyejukkan hati Haris yang sudah bengkak kerana dikenakan sebegitu rupa oleh Dania.

"Apa kecoh-kecoh ni? Dari tadi cikgu dengar bunyi bising. Haa kamu Haris, apalagi masalah kamu kali ini?" Datang Cikgu Suffian yang merangkap guru yang bertugas menjaga perpustakaan pada waktu petang setelah shiftnya waktu pagi berakhir pukul satu tengahari.

"Takde apa-apa cikgu, saya terjatuh dari kerusi sebab tersalah duduk." Haris mencari alasan supaya kes 'berperang' tadi tidak sampai ke pengetahuan guru yang bertugas itu.

"Macam-macamlah kamu semua ini. Peperiksaan besar dah nak dekat, rajin-rajinlah mentelaah. Nanti diri kamu sendiri yang rugi kalau bermain-main sahaja. Faham?" Ujar Cikgu Suffian memberikan nasihat percuma kepada mereka berempat.

"Baik Cikgu Suffian, kami pulang dahulu cikgu. Terima kasih cikgu." Zuhairie bersuara dan Haris hanya mendiamkan diri. Malas hendak ambil pusing dengan syarahan pendek itu. Sudahlah kakinya sakit, sekarang hatinya pula bengkak dengan sikap Dania yang berkurang ajar dengannya.

"Siap kau!" Gerutu Haris sendirian sambil kakinya terhincut-hincut menahan kesakitan. Izmair dan Zuhairie memapahnya untuk menuruni tangga. Izwan menolong membawa beg sekolahnya. Mereka berempat merupakan kawan baik sejak daripada kecil kerana keluarga masing-masing berkawan rapat. Jadi turun ke generasi kedua dalam keempat-empat keluarga itu.

*************************************

          "PANTANG betul aku kalau perempuan cakap kasar-kasar. Konon kaum yang lemah lah? Perangai tak serupa perempuan dah aku tengok. Keje asyik nak pijak kaki orang. Takde modal lain ke selain itu?" Harris sengaja membakar api kemarahan Dania yang sudah meluap-luap. Kalau ikutkan hati ingin sahaja dia debik-debik muka Haris ini bertubi-tubi. Sudahlah kejadian diperpustakaan tempohari benar-benar buatkan dia malu. Jatuh macam nangka busuk! Lepas itu buat-buat lebam macam takde apa-apa yang berlaku.

Kalau korang pun hangin kan?

Ada ke buku latihan aku dia boleh lukis gambar kartun mengejek-ngejek aku? Itu buku latihan Sejarah tau, kalau cikgu Rahman nampak buku aku berconteng-conteng begitu memang sah aku kena katuk kepala! Cikgu Rahman tu memang kepantangan dia kalau ada pelajar-pelajar tidak serius didalam kelasnya. Pernah sekali aku terkena hanya kerana meminta liquid dengan rakan sebelah aku, terus dipanggil ke depan dan disuruh tatang buku teks sejarah atas kepala! Malu beb! Nak-nak lagi aku terpandang si musuh aku buat tanda padan muka sambil tersengih meleret-leret bibir seperti mahu sampai ke belakang telinga!

Apalagi, selepas itu aku menjadi bahan ejekan dia dan rakan-rakannya yang poyo itu. Kali ini buku aku kena conteng pulak. Habislah! Sudahlah kena hantar buku latihan itu pada harini pulak. Nak koyak muka surat yang berconteng itu, nanti bahagian muka surat depan pula akan terkeluar sebab sudah bercerai dibahagian belakang. Arghhhh! Terbakar betul harini.

"Kau ni mental ke apa? Apahal buku aku kau conteng suka-suka hati kau aje?! Ingat buku aku ni papan drawing ke?! Kalau nak menconteng pun pakailah buku latihan sendiri! benci betul tengok ada orang mental depan mata ni lah!" Dania menghamburkan amarahnya. Hilang sudah keceriaanya sebentar tadi apabila terbelalak matanya melihat buku latihan yang hendak dihantar kepada Cikgu Rahman. Nak padam pun tak boleh pasal dilakar menggunakan marker! Bukan pen! Bukan pensil! Habis beberapa muka surat sudah meresap dakwat marker itu!

"Lantak aku nak mental ke tak. Janji hati aku puas untuk kes kau pijak kaki aku tempohari. jadi sekarang markah kita seri." Haris dengan selamba menjawab tanpa ada rasa bersalah. Dia melihat Dania seperti mahu makan dirinya hidup-hidup!

"Lantak? Kau fikir buku latihan ini pakai air liur?" Dania sudah mahu menapak untuk menumbuk perut Haris tetapi dihalang oleh rakan-rakannya. Mentang-mentang Cikgu Rahman belum masuk, semua naik tocang buat itu dan itu bila waktu terluang.

"Habis kau pakai air liur ke?"

"Kau ni takde otak ke? Mana ada orang beli buku pakai air liur. Otak kau letak kat mana?"

"Dah tahu kenapa cakap macam itu? Sekarang ni siapa takde otak?"

Dania tercungap-cungap menahan rasa sakit dihati. Entah apalah malang pagi-pagi buta sudah menghadap mamat lapan suku ini dalam hidupnya. Kan bagus kalau mamat ini takde depan mata! Ada selalu menyusahkan orang sahaja! Nak debik dah tak guna, buku aku sudah jadi belacan dikerjakan. Apa aku nak jawab kalau Cikgu Rahman tanya ni?

Huwaaaaaaa.... Haris Ezzarie! Kau memang bongok laaaa!

*************************************

          "PADAN dengan muka kau minah samseng! Sekarang baru aku tau langit itu tinggi ke rendah. Puas hati aku sekarang! Esok masih ada lagi rancangan aku khas untuk kau. Kau ingat kau siapa suka-suka hati nak cari gaduh dengan aku!" Haris tersenyum-senyum ketika sedang terbaring sambil memetik gitar kesayangannya. Sempat lagi mengilham lagu mengejek-ngejek musuh baharunya itu. Dia sangat bosan malam itu hanya bertemankan Mak Limah sahaja dirumah. Papa dan mamanya asyik sibuk dengan perjumpaan bersama rakan-akan bisnes. Bila dia sudah terlena baharulah mereka pulang. Sunyi betul jadi anak tunggal ni. Kalau ada adik boleh jugak dibuat teman untuk membuli ke menyakat ke. Ini tidak kering kontang duduk sorang-sorang!

Haris bingkas bangun dan menulis sesuatu dikalendar untuk rancangan seterusnya. Kali ini, beg musuhnya itu akan menjadi mangsa. Haris tersengih-sengih.

"Mangkuk tingkat punya budak bongok ni! Dia punya pasal aku kena denda salin balik satu buku ni! Argghhh! Boleh pitam hari-hari macam ini!" Dania sudah mengamuk-ngamuk didalam bilik yang dikongsi bersama adik bongsunya. Terkebil-kebil Dania Shazreen melihat perilaku kakaknya bagaikan disampuk dengan hantu! Seram sahaja tengok bila nampak rambut serabut yang panjang mengerbang sampai ke punggung. Disuruh potong tak mahu kerana mengikut amanat arwah ayah katanya suka melihat dia berambut panjang.

"Kak Rina ni kenapa? Macam tersampuk hantu aje Reen tengok!" Dania Shazreen mendekatinya.

"Ada mamat lapan suku cari pasal la dengan Kak Rina. Tengok ni! Habis buku latihan sejarah Kak Rina budak ni conteng dengan marker! Dia punya pasal Kak Rina kena denda salin balik dalam buku latihan baru! Geramlah!"

Dania Shazreen menjenguk buku latihan milik kakak kembarnya. Dia yang tidak mahu bersekolah yang sama seperti kakak kembarnya itu, rela mahu menduduki asrama untuk berdikari. Cuma yang membezakan mereka adalah, Dania Shazzerina memiliki rambut panjang manakala Dania Shazreen lebih senang berambut pendek. Tidak sukar ibunya mengetahui mana satu adik mana satu kakak. Kerana muka mereka berdua memang kembar seiras saling tak tumpah! Dirumah panggilan kedua-dua mereka memang berbeza sewaktu disekolah masing-masing.

"Ha ha ha ha....kelakarnya kartun ni! Muka macam Kak Rina aje. Kartun tengah marah jadi Incredible Hulk! Ha ha ha..." Dania Shazreen tiba-tiba tergelak besar dan Dania Shazzerina menjengilkan matanya.

"Aduh! Reen pun dah tersampuk jugak ke? Haih! Bukan nak baikkan hati kakak kembar dia ni. Bantai gelak lagi ada! Ceh!" Rina membebel.

"Ala Kak Rina, buat ajelah buku ni jadi kenang-kenangan. Mahu tahu besok terjatuh hati pulak ke. Kalau rindu-rinduan boleh jugak tatap buku ini sebagai penawar. Jangan benci-benci sangat Kak Rina, nanti jatuh cinta!" Dania Hazreen menyakat dan itu membuatkan kepanasan hati Dania Shazzerina bertambah-tambah menyala.

"Reen pergi tidur sanalah! Jangan kacau Kak Rina lagi. Huh!"

"Hati bila suka jangan dibiarkan sahaja, kelak diri sendiri akan merana, cinta bukan boleh dipaksa-paksa, kasih dan sayang mengundang bahagia....oooo...oooo..." Dania Shazzreen sengaja mengubah lagu mengikut liriknya sendiri.

Dania Shazzerina bangun dan terus berperang bantal bersama kembarnya itu.

****************************************

          DALAM diam-diam, Haris sudah meletakkan 'hadiah' berharga ke dalam beg sekolah Dania Shazzerina dengan jayanya tanpa pengetahuan gadis itu. Dia merasa puas kerana rancangan keduanya berjanlan lancar seperti yang dia inginkan. Dia pasti musuhnya itu akan terkejut besar dengan hadiah pemberiannya itu. Haris tertawa besar bersama-sama rakan sekomplotnya itu.

Dania Shazzerina yang baharu pulang dari menukar baju selepas kelas pendidikan jasmani sebentar tadi. Dia tiba-tiba merasa pelik kerana pagi ini tiada agenda sakit hati berlaku. Dia bernafas lega mungkin Haris Ezzarie sudah tidak mahu mencari perbalahan dengannya lagi. Dania tersenyum puas.

"Dania, apsal kau ni menyengih daripada tadi?" Sapa Humaira yang kehairanan.

"Kau ni, aku suruh panggil Rina tak nak. Sibuk Dania...Dania...karang orang ingat aku berangan nak jadi macam watak Dania dalam cerita pramugari Awan Dania tu. Aku rasa gembira sebab hidup aku sudah merdeka daripada mamat lapan suku tu. Aman sikit dunia aku harini, kalau tidak memang sakit hati dari pagi sampai ke malam. Kembar aku tu pulak boleh dia gelakkan aku malam tadi. Mentang-mentang balik bercuti minggu ni. Pulun sakat aku habis." Dania Shazzerina menghelakan nafas lega.

"Eh sedap apa panggil Dania. Tak naklah guna Rina, macam tak kena dengan wajah kau yang cun macam Elfira Loy tu. Ada sikit-sikit  rupa Datin Paduka Umie Aida jugak kalau dua-tiga kali imbas. Awan Dania tu yang tiru nama kau tau. Adik kembar kau bali bercuti ni takde kelas ke dia? Aku pelik jugak kenapa kau tak masuk asrama sekali?"

"Pagi-pagi selepas subuh tadi dia dah balik dengan ibu aku. Ibu aku tu rindu sangat dengan si Reen yang dah lama tak balik rumah. Itu yang pagi-pagi tadi sanggup hantar balik ke asrama dia. Suruh bersekolah sini dengan aku tak nak. Hendak berdikari katanya. Aku ni mana boleh tinggalkan ibu aku sorang-sorang. Sakit pening siapa nak tengokkan. Jadi aku beralah tak masuk asrama sama-sama dengan dia." Panjang lebar Dania Shazzerina memberi penerangan dan Humaira hanya mengangguk-angguk tanda faham.

"Eh jomlah balik kelas, datang Cikgu Maimunah karang tak cukup cuping telinga menadah syarahan percuma dari kita kalau lembab salin pakaian." Dania menyarungkan tudungnya ikut belasah sahaja.

Dalam perjalanan pulang entah kenapa hatinya tiba-tiba rasa tidak sedap. Macam ada sesuatu perkara yang akan berlaku. Namun dia buat tidak endah sahaja dan biarkan berlalu. Semakin tidak mahu rasa tidak sedap hati itu bertandang, semakin kuat getarannya. Dania Shazzerina mengetapkan bibir menahan rasa gusar.

"Apa yang tidak kena hati aku ni?" Dania membebel seorang diri.

Hampir sahaja dia memasuki kelas, tiba-tiba dia merasa pelik melihat Haris dan rakan-rakannya buat-buat sibuk membaca buku. Semakinlah hatinya merasa berdebar-debar kuat. Dia menjeling ke wajah Haris, lelaki itu seperti tidak mengendahkan dia. Dania bernafas lega, perang teluk antara dia dan Haris sudah berakhir.

Barangkali?

Semua pelajar menumpukan perhatian terhadap sesi pengajaran yang sedang berjalan. Cikgu Maimunah dengan lantangnya meninggatkan peperiksaan besar SPM akan bermula tidak lama lagi. Dia menasihati supaya anak-anak muridnya tidak terkandas diseparuh jalan. Aku yang mendengar sebelah masuk telinga kanan tapi keluar ditelinga kiri. Hati tidak tenang, jadi apa yang orang tengah bercakap semua tak masuk dalam minda. Dok fikir apa pasal hati ni rasa berdebar sangat-sangat. Nasib baiklah Cikgu Maimunah tidak perasan dia tengah mengelamun panjang.

Kringggggg!

Terkejut beruk Dania terdengar bunyi loceng tamat sesi pelajaran terakhir untuk hari ini. Peperiksaan SPM akan menjelang lagi dua minggu. Dania mengemas-ngemaskan bukunya yang tersimpan rapi di dalam laci meja untuk dimasukkan ke dalam beg. Tiba-tiba....

ARGHHHHHHHHHHH!

Dania Shazzerina menjerit ketakutan apabila tangannya meraba sesuatu yang menggelikan dan menarik keluar seekor ular getah berwarna hitam! Hampir pengsan dia melihat ular getah permainan itu. Menggigil tangannya memegang ular getah itu kemudian dilemparkan ke dinding. Kemudian Dania menjerit-jerit sambil berlinangan airmatanya. Haris yang pada mulanya tersenyum lebar tiba-tiba mati mendengar setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Dania Shazzerina. Dia rasa bersalah!

"Sebab benda ini bapak aku mati! Kerana kenakalan aku bapak aku mati! Aku benci ular ni! Kalau aku tak bergurau kerana ular getah bapak aku masih ada harini! Aku benci ular getah! Aku benci!" Dania memijak-mijak ular getah itu sehingga lunyai. Kemudian dia ditenangkan oleh Cikgu Maimunah yang kebetulan masih berada berdekatan dengan kelas. Humaira menangis melihat keadaan Dania Shazzerina yang begitu sayu.

Selepas dua minggu itu Dania Shazzerina hilang dari pandangan Haris Ezzarie.

**************************************

HARIS EZZARIE tidak senang duduk semenjak daripada kejadian itu. Dia selalu menjeling tempat duduk Dania Shazzerina yang kosong itu. Dengar khabar berita gadis itu dimasukkan hospital akbiat kemurungan melanda. Haris memanggung kepalanya dengan rasa berat hati. Kalaulah dia tahu, dia pasti tidak akan melampaui batas seperti itu. Entah kenapa tiba-tiba dia menjadi rindu ingin melihat wajah musuhnya itu. Hatinya tak keruan setiap kali mengingati gadis malang itu. Haris mengeluh.

Bak kata Humaira, Dania Shazzerina tidak ingin sesiapa melawatnya dihospital. Kerana dia merasa dirinya teruk sangat. Haris dihimpit rasa bersalah dan tidak mahu bagaimana mahu memulakan kata-kata memohon maaf. Hatinya dipagut rasa simpati apa yang pernah berlaku di dalam kehidupan Dania Shazzerina.

Maafkan aku Dania! Aku tak tahu! Aku tak tahu kau menyimpan rasa hati sebegitu. Maafkan aku!

Sepanjang dua minggu itu kelas terasa sunyi. Dia lagi usikkan, tiada lagi pakatan. Tiada lagi perang dingin yang berlaku seperti sebelum ini. Haris lebih banyak mendiamkan diri, pulang awal dan tidak lagi melepak seperti biasa dengan rakan-rakannya. Haris setiap hari berhenti dihadapan rumah keluarga milik Dania Shazzerina. Dia ingin memohon maaf namun dia takut Dania Shazzerina tidak dapat memaafkan dirinya.

Tiba-tiba matanya terpaku melihat kelibat Dania yang lengkap berbaju kurung seperti tergesa-gesa membuka kunci pagar. Sudah lebih setengah jam Haris duduk didalam kereta bersama pemandu milik keluarganya baharulah dia perasan rumah Dania kosong tidak berpenghuni rupanya. Haris keluar daripada peut kereta tapi ada rasa bersalah lagi. Dia nekad ingin berdepan dengan Dania Shazzerina ingin memohon maaf diatas perlakuannya yang sudah melampaui batas.

"Assalamualaikum...Dania..." Haris menyapa sewaktu dia melihat gadis itu terkial-kial membuka kunci pagar. Gadis itu berpaling memandang ke arahnya dengan muka marah.

"Waalaikumsalam...hah! Kau nak apa lagi datang dekat rumah pulak? Tak cukup-cukup masa dekat sekolah tempohari? Nak tambahkan lagi masalah ke?" Dia menepelak menghamburkan rasa amarahnya.

"Maafkan aku...aku...aku...tak sengaja..."

"Tak sengaja kau kata? Itu bukan tak sengaja tapi memang mencari maut namanya! Ada otak letak kat kepala lutut agaknya. Perangai mengalahkan budak-budak tadika. Tidak ambil tahu hal-hal sensitiviti orang langsung! Baik jangan jadi lelaki la!"

"Habis saya nak jadi apa kalau bukan lelaki?"

Dia mencerlungkan wajahnya yang sudah kelihatan bengis itu. Orang tengah marah boleh pulak dia hendak melawak!

"Pergi jadi batu lagi bagus! Boleh disepak-sepak takpun campak terus dalam laut!"

"Saya tak sengaja masa itu Dania! Betul! Sumpah! Lagi satu saya tak tahu! Maafkan saya ya. Saya betul-betul nak minta maaf dengan awak." Haris sudah mencampakkan keegoaan lelakinya yang dipertahankan selama ini.

Apabila Dania hilang dia rasa sunyi. Rasa tidak bersemangat. Rasa hidupnya tidak indah tanpa Dania Shazzerina.

"Kau pergi balik! Jangan tunjuk muka lagi dekat sini faham!" Gadis itu menjerit dan menarik kasar lengan Haris supaya beredar daripada situ.

Haris berlalu pergi dengan wajah yang sayu. Hatinya pula tidak tenang selagi Dania Shazzerina tidak memaafkan dirinya. Dia masuk semula ke dalam perut kereta dan mengarahkan pemandu terus sahaja pulang ke rumah. Mood Haris seperti mati dan tidak seperti selalu. Mulutnya benar-benar terkunci.

Sampai sahaja diruang legar tetamu dirumah, papa dan mamanya tidak ditegur. Mereka saling berpandangan melihat anak teruna mereka diam membisu. Hafiz buat tidak endah dengan kebisuaannya itu. Terus sahaja berlalu menuju ke bilik bujangnya. Dia menghempaskan diri diatas katil.

Haris melelapkan mata dan tanpa sedar airmatanya berlinang. Haris memejamkan matanya dengan kuat sambil gitar dipetik. Dia memainkan lagu Maafkan Aku ciptaannya sendiri.

Kau hadir tanpaku duga siapakah dirimu sebenarnya
Hari-hariku yang sunyi tanpa kamu disisi
Kini kau menghilang tanpa mempedulikan aku lagi
Jauhkan rasa benci itu, kerana kini aku mula menyayangi dirimu

Matamu yang bersinar mengundang rasa gelisah dihati ini
Senyuman bibirmu membuatkan aku resah senantiasa
Suaramu menjadi pengubat rinduku dimalam hari
Apakah ini dinamakan rindu oh sayangku

Maafkan aku kerana melukaimu oh sayang
Itu bukanlah niatku yang sebenar oh kasih
Cuma aku ingin lebih mendekatimu mengenali dirimu
Kerna ku tahu kau berbeza daripada mereka

Maafkan aku duhai kasih melukai perasaanmu
Membuatkanmu bersedih terimalah kemaafanku setulus hati ini

Maafkan aku kerna melukai perasaanmu itu
Percayalah bahawa aku mula mencintai dirimu
Oohhh...Ohhhh....Laaa....Laaa...Laaa

**********************************

           SELEPAS daripada pemeriksaan SPM sepuluh tahun yang lalu dia tidak lagi mendengar khabar berita tentang Dania Shazzerina. Haris benar-benar rasa terpukul dengan perbuatannya sendiri. Puas dia merisik khabar daripada Humaira, namun rakan baik Dania tetap mengunci mulut. Asal bertanya, haris pasti diherdik. Namun yang peliknya, tidak ada rasa marah langsung. Malah pasrah sahaja kata-kata yang menyakitkan dihamburkan kepadanya.

Dia memejam mata teringat kata-kata Humaira kepadanya.

"Kau punya pasal, Dania tak nak datang sekolah. Terpaksa menjawab peperiksaan diatas katil hospital! Pernah tak dalam kepala otak kau tu biarkan Dania tu datang sekolah aman damai? Pernah tak kau fikir perasaan orang lain bila kau sakitkan hati orang? Kau memang sengaja kan! Kau memang sengaja sakitkan hati Dania! Kerana kau dia teringat kembali sejarah silam yang telah bertahun-tahun dia cuba lupakan atas kenakalannya dahulu! Sekarang kau terimalah balik lepas apa yang kau dah buat pada Dania tahu!"

Itulah kata-kata terakhir daripada Humaira sepuluh tahun dahulu. Sehingga kini pun Humaira masih memarahinya kalau bertanyakan tentang Dania Shazzerina.

Kini dia seperti sudah berputus asa mencari dimanakah Dania Shazzerina berada. Dia terpaksa akur bahawa cinta yang ditunggu untuk diluahkan pada Dania Shazzerina terkubur begitu sahaja. Sehingga kini hatinya belum terusik dengan mana-mana wanita lain. Beruluh-puluh dia dikenalkan oleh mamanya namun satu pun tak melekat dihati seperti Dania Shazzerina.

Tahukah bahawa usikkan itu semua hanyalah agendanya untuk mendekati Dania semata-mata. Pertama kali dia bertentang mata sewaktu Dania bertukar sekolah disitu, hati lelakinya tiba-tiba seperti mahu gugur. Apatah lagi mendengarkan suara milik Dania Shazzerina. Bukan niatnya untuk melukai perasaan Dania Shazzerina. Cuma kenakalannya itulah mendekatkan dirinya dengan Dania Shazzerina. Bila Dania Shazzerina hilang, dia seperti orang kematian isteri.

Harini dia dimaklumkan bahawa pengurus pemasaran baru telah diisi jawatannya. Haris seperti tidak percaya apa yang dilihat didepan matanya. Dia bagaikan bermimpi apabila bertemu semula dengan gadis yang dirindui lebih dari sepuluh tahun itu. Entah kenapa harini dia beria-ia untuk menemu duga calon itu sendiri sedangkan boleh diserahkan kepada Pegawai Sumber Manusia, Puan Mahani.

Haris hampir jatuh terduduk meliaht wajah gadis itu.

"Aaa...aaa...Assalamualaikum" Haris menyapa.

"Waalaikumsalam Encik Haris Ezzarie. Tak perlu gugup, jalankan prosedur seperti biasa macam orang lain datang temuduga disyarikat milik Encik Haris." Sinis bunyi, masih seperti dahulu. Kali ini hati Haris tidak sakit tetapi membuatkan rindunya terubat! Wajah Dania makin bertambah cantik! Bergetar hati lelakinya.

"Ehem...ehem...maafkan saya. Kita akan jalankan prosedur temuduga sekarang. Saya terima awak berkerja dan boleh mula esok. Sekian terima kasih."

Melopong mulut gadis itu. Failnya tidak diminta. Sesi soal jawab tiada. Tiba-tiba sahaja dia diterima berkerja.

"Saya tahu awak pelik. Anggap sahaja ini rezeki awak. Maafkan saya." Haris berlalu pergi sambil mengesat arimata lelakinya sambil tersenyum.

"Dia ini lelaki pelik!" Dania Shazreen mengomel seorang diri. Namun dia tersenyum kerana senang-senang mendapat jawatan yang diidam-idamkan.

"Allhamdullillah, terima kasih ya Allah!" Haris memanjatkan rasa syukurnya.

Dania Shazzreen pulang ke rumah dengan senyuman yang lebar.

************************************

          KINI Haris ke pejabat dengan semangat yang baharu! Bilik Dania bersebelahan dengan biliknya. Sengaja membuat renovation supaya dinding simen digantikan dengan kaca. Memudahkan dia memerhatikan gadis yang berada disebelah biliknya. Haris mengambil peluang melihat gadis yang berada sebelah biliknya meskipun dilindungi juraian manik halus.

"Dania, masuk ke bilik saya sekejap. Ada benda saya nak bincang."

"Baik Encik Haris, lagi lima minit saya datang." Jawab Dania Shazzreen dan bersemangat waja padahal ini hari pertama dia berkerja.

Tok...tok...tok....

"Silakan duduk Dania." Haris tersenyum. Dania Shazzreen tiba-tiba pelik melihat perubahan ketara yang berlaku pada wajah Haris itu. Dia macam pernah lihat tapi dimana ya?

"Terima kasih Encik Haris."

"Tak perlu berencik-encik dengan saya, panggil aje Haris macam dulu-dulu."

"Macam dulu-dulu? Saya tak fahamlah Encik Haaa...errr...Haris."

"Come on Dania, takkan awak dah lupa saya. Baru aje sepuluh tahun."

"Errr...sekejap, saya memang tak kenal encik. Apa yang sepuluh tahun dahulu?"

"Aik takkan awak tak ingat? Habis waktu kelas Bahasa Melayu? Ular getah? Awak lupa dah ke? Sampainya hati."

Kelas Bahasa Melayu? Ular getah? Gila ke apa boss aku ini? Aku dulu sekolah berasrama perempuan lah! Ini mesti dia dah salah orang. Eh sekejap! Ular getah?!

"Oooo...kaulah mamat tu eh! Kenapalah dekat sini jugak aku jumpa kau!"

Haris meneln air liurnya, tiba-tiba gadis didepan wajahnya itu mengamuk sakan. Menyesal pula dia membuka mulut.

"Errr...sabar...sabar...Dania Shazzerina, saya tahu saya salah tapi itu bukan niat saya. Lagipun itu semua agenda saya hendak mendekati awak. Saya ada agenda sendiri untuk mengenali diri awak. Tapi awak selalu garang sangat sampai susah nak dekat. Jadi dengan jadikan awak musuh, sekurang-kurangnya awak tetap melayan saya walaupun kita tengah berperang. Jadi saya nak mintak maaf apa yang berlaku sepuluh tahun dahulu. Saya dah menyesal."

Terkebil-kebil mata Dania Shazzreen mendengar pengakuan daripada bossnya itu. Sah! Sah! Boss aku salah orang. Dia tak tahu ke aku ni adik kembar kakak aku! Ceh!

"Lama saya tunggu awak Dania...Lama sangat, hati saya ni macam nak pecah bila awak hilang. Lama saya tunggu cinta daripada awak." Haris tanpa segan silu meluahkan rasa hatinya. Dia sudah tidak boleh bertangguh takut Dania Shazzerina akan melarikan diri dan menyepi lagi.

"Errr...Haris salah orang ni..."

"Saya tetap akan tunggu balasan cinta dari awak Dania."

"Saya keluar keluar dulu boss..."

Cepat-cepat Dania Shazzreen melarikan diri. Gila ke apa boss aku ni! Nak luah-luah perasaan cinta ada isteri orang dan ibu seorang kanak-kanak lelaki pulak! Ah! Sudah, ini kena selesaikan cepat ni. Karang ada lembu jantan mengamuk dekat office nanti.

Dania Shazzreen meluahkan apa yang berlaku dipejabat harini bersama suaminya, Ahmad Fikri. Peliknya, suaminya itu tidak cemburu tetapi ketawa terbahak-bahak! Kurang asam betul.

Dania Shazzreen mendapatkan Dania Shazzerina untuk menjernihkan keadaan yang semakin keruh. Kakaknya itu buat tak tahu sahaja. Parah macam ini. Terpaksalah Dania Shazzreen dan suaminya melakukan sesuatu. Kalau berlarutan, silap haribulan rumahtangganya yang akan berantakkan.

"Assalamualaikum! Hello... Encik Haris boleh datang ke rumah? Alamat yang sama sepuluh tahun dahulu. Kami baru aje berpindah semula kemari. Datang ya lepas solat Isya' malam ini."

"Waalaikumsalam Dania. Berpindah semula? Hmm patutlah. Ok saya datang lepas Isya'. Ada kenduri apa ya?"

"Saya nak bertunang." Sengaja Dania Shazzreen mengenakan Haris. Terkedu seketika jawapan yang diterima oleh Harris.

"Bertunang?!" Hampir hendak pitam Haris dibuatnya. Lantas telefon bimbit dimatikan. Dia mengambil kunci kereta dan terus memecut ke rumah gadis pujaannya.

Setiba dirumah dengan keadaan kelam kabut, Haris masuk kedalam rumah dibuat seperti rumahnya sendiri.

"Dania...Dania...jangan buat saya macam ini Dania...saya sayangkan awak. Bertahun-tahun saya setia menuggu cinta awak Dania. Please don't this to me."

Orang ramai yang berada di dalam rumah itu terpinga-pinga. Mereka berbisik sesama sendiri tentang perihal ada seorang lelaki yang tiba-tiba terjah masuk ke dalam rumah!

"Mama....pakcik ni langgar permainan Haidar. Habis rosak semua..." Seorang kanak-kanak berlari dan terus dipeluk oleh seorang wanita.

"Awak...awak...dah...dah...kahwin?" Terketar-ketar Haris bertanya. Wanita itu hanya membisu. Dia memujuk kanak-kanak lelaki itu.

"Itu bukan anak dia boss...tapi anak saya..." Haris berpaling dan dia terkejut.

"Ini suami saya, Ahmad Fikri. Sudah lebih enam tahun saya berkahwin boss." Kata wanita itu lagi.

Haris Ezzarie benar-benar pitam!

****************************************

          "KENAPA awak tak pernah beritahu saya awak ada saudara kembar Dania Shazzreen? Nama lebih kurang sahaja. Patutlah apa saya tanya haritu awak macam blur. " Haris bertanya adik kembar Dania Shazzerina dan Dania Shazzerina hanya diam membisu seperti selalu.

"Apasal tak pernah nak tanya Kak Rina. Ini balik-balik ajak bergaduh. Mana nak tahu! Nasib baik boss tak ajak saya kahwin, kalau tak haru jadinya." Dania Shazzreen yang menjawab.

"Itulah..nasib baik...tapi dah tersalah luah perasaan pulak." Haris menjawab dengan muka merah padam.

"Kalau saya ni kosong boss, boleh jugak saya sahut huluran boss tu. He he he..." Peha Dania Shazzreen dicubit oleh Dania Shazzerina.

"Aduh! Apa Kak Rina ni? Sakitlah, tangan ketam dia ni memang dari dahulu tak pernah berhenti mencubit tau."

"Reen, pi naik atas tidurkan Haidar tu." Arah Dania Shazzerina.

Dania Shazzreen hanya mencebik.

"Yelah mama Haidar! Jom bang kita tinggal pasangan merpati tak sejoli ni." Dania Shazzreen berlalu pergi dan masih sempat menyakat.

"Mama?"

"Sukahati sayalah nak suruh anak buah saya tu panggil saya apa pun..."

"Kalau macam itu ngam sangatlah kalau Haidar panggil saya papa..."

Eh! Mamat lapan suku ini, ikut suka limpa dia pulak. Entah siapa yang bagi kebenaran pun tak tahu. Main petik aje.

"Macam mana adik kembar saya tu boleh berkeje dengan syarikat awak?" Serius sahaja wajah Dania Shazzerina dan membuatkan Haris tergelak. Orang tanya soalan serius dan bukan bahan lawak! Boleh pulak gelak-gelak sakan. Aku debik karang baru tahu.

"Rezeki dan jodoh nak bertemu dengan awaklah tu." Haris berseloroh dan membuatkan Dania Shazzerina seperti hendak termuntah. Perasannya mamat ni!

"Ini hadiah saya untuk awak."

"Apa ni?! Ular getah lagi!"

"Bukan sayang...tapi ipad khas untuk awak. Cuba dengar sekarang."

"Sayang taik kucing la...."

"Jangan degil boleh tak? Dengar apa yang saya khaskan buat awak untuk sepuluh tahun yang lalu."

Terkebil-kebil mata Dania Shazzerina mendengarkan lagu yang bersuara lunak merdu keudara. Sepanjang lagu itu, Dania Shazzerina terkejut melihat gambar-gambar kandidnya sewaktu zaman persekolahan dulu."

"Kalau cinta kenapa suka sakitkan hati saya?"

"Itu bukan sakitkan hati tapi kasihkan awak." Haris menjawab. Dania Shazzerina semakin rasa nak muntah.

"Kalau rindu kenapa asyik nak berperang?" Sania Shazzerina bertanya lagi.

"Itu bukan berperang tapi sengaja nak mesra alam." Haris menjawab dengan berseloroh.

"Kalau macam itu tunggulah sepuluh tahun lagi demi cinta berbalas dari saya." Dania Shazzerina menggugut.

"Alamak! Tua kerepot dah nanti. Takde siapa yang sudi..." Haris buat-buat muka sayu.

"Saya sudi!" Dania Shazzerina menjawab dengan selamba.

Akhirnya cinta Haris Ezzarie terbalas dengan penerimaan Dania Shazzerina yang telah menunggu sepuluh tahun lamanya. Cinta takkan kemana selagi ikatan jodoh sudah ditentukan Allah Taala. Takdir siapa boleh melawan kan?

**************************************

TAMAT

Fuh! Gila panjang cerpen ini.

Selamat membaca dan tinggalkan komen ya. Ok saya baru nak masuk tidur. Yeay cuti sampai Rabu, boleh menulis banyak-banyak...hew hew hew..

peace yo Malaysia!

4 kata-kata pujaan:

ihaaz said...

best!!

Anonymous said...

best sgt2...... :)

Anor said...

best kalau ada nak lagi.

DALIA NA ZA said...

ihaaz : thanks :)

anonymous : thanks too :)

anor : thanks ya...tengok kalau ada kelapangan. hi hi hi

thanks for comments :)

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*