Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

02 January 2012

CERPEN KETIGA BAKAL MENYUSUL

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hai kawan-kawan, maaf kita tak sempat nak siapkan cerpen ku tunggu cintamu. Malam nanti kita update cerpen penuh tu ye. Kita ingat setiap tarikh kita nak buat 1 cerpen la. Takdelah boring kan kalau tengok blog saya takde update apa-apa langsung. He he he. Sorry kita sangat-sangat bz sampai blog jadi bersawang. Hew hew hew...

Haa..cerpen baharu ini saya upload 3hb ye. Seperti biasa, waktu malam juga. Siang kita bz dengan kerja la. Sekarang kita dah peruntukkan waktu setiap pukul 9.00 malam sambil-sambil mata jeling ke tv, kita buat cerpen. Novel terbaharu kita kena tinggalkan dulu sebab nak bagi laluan pada CBM...(nak habiskan ke titisan terakhir! Wah giteww semangatnya..hew hew...)

Cerpen ini belum habis ideanya berkumpul. So saya letak sikit-sikit dulu eh kisah cerita ini. Selamat membaca nanti ye kawan-kawan. Terima kasih sudi singgah. Lawa tak templates baru neh? Ahaks...

Malaysia...peace yoo!



Orang selalu berpesan supaya kita jangan terlalu memilih dan jual mahal sangat. Bila yang ada didepan mata itu tiba-tiba hilang baharu 'mengagau' rindulah, sunyilah dan paling sadis sepilah kononnya.

Qarl Zulkarnein memang berbulu melihat kelibat Zayana Melissa asyik-asyik lalu lalang depan matanya. Tidak boleh luaskan pemandangan langsung apabila perempuan ini kerap kali muncul dihadapannya. Kadang-kadang dia kasihan melihat perempuan yang perasan cantik ini. Kenapalah dia perlu duduk dikawasan perumahan yang berjiran dengan sebelah rumah milik keluarganya? Bukan apa dia takut lama-lama nanti dia akan jatuh cinta! Paling memalukan kepalanya dijadikan tadahan terkena hempuk dengan topi keledar separa daripada minah sebelah rumah ini.

Zayana Melissa amat berbulu melihat jiran sebelah rumahnya yang perasan kacak 'dok' tayang-tayang diri setiap kali dia keluar untuk bersantai. Paling menyakitkan hati, mata itu hendak sahaja dia korek-korek pakai cangkul supaya jangan suka-suka hendak menjeling tajam. Bukan dia sengaja pun terketuk kepala mamat ini sewaktu dia cuba membuka pagar rumahnya akibat tertinggal kunci ditempat kerjanya. Dengan keadaan gelap tiba-tiba ada orang datang dari arah belakang. Dia terkejut besar ingatkan penyangak mana hendak menceroboh kawasan rumah dia. Apalagi free sahajalah kena pelangkung!

"Menyampah aku tengok! Jeling-jeling macam apalah sangat! Ikutkan hati aku tambah banyak kali pun takpe pelangkung kepala mamat ini dengan helmet kesayangan aku tu!" Zayana Melissa membebel seorang diri sewaktu menyiram pokok bunga.

"Dia fikir dia seorang aje menyampah? Sudahlah main pelangkung aje kepala aku yang berharga ini. Lepas tu suka-suka hati nak pelangkung lagi kepala aku. Ingat kepala ni jesi besi ke boleh tahan hentakkan? Mintak maaf pun takde! Nasib baik perempuan, kalau lelaki sudah lama aku sumbat masuk dalam guni campak dalam sungai gombak sana tu." Membebel Qarl Zulkarnien sewaktu mencuci kereta Toyota Wish berwarna putih miliknya.

******************************************

Itulah dia, pantang berjumpa mesti hendak bertekak. Seorang lelaki seorang perempuan. Asal bertemu seorang mengata seorang dan seorang lagi mengutuk seorang. Perbalahan berlaku pun secara tidak sengaja. Mahu meletus perang dunia kalau berterusan begini.

Bersambung cerpen penuh nanti ya.

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*