Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

04 January 2012

KITA SAYANG AWAK...



Orang selalu berpesan supaya kita jangan terlalu memilih dan jual mahal sangat. Bila yang ada didepan mata itu tiba-tiba hilang baharu 'mengagau' rindulah, sunyilah dan paling sadis sepilah kononnya.


Qarl Zulkarnein memang berbulu melihat kelibat Zayana Melissa asyik-asyik lalu lalang depan matanya. Tidak boleh luaskan pemandangan langsung apabila perempuan ini kerap kali muncul dihadapannya. Kadang-kadang dia kasihan melihat perempuan yang perasan cantik ini. Kenapalah dia perlu duduk dikawasan perumahan yang berjiran dengan sebelah rumah sewanya? Bukan apa dia takut lama-lama nanti dia akan jatuh cinta! Paling memalukan kepalanya dijadikan tadahan terkena hempuk dengan topi keledar separa daripada minah sebelah rumah ini.

Zayana Melissa amat berbulu melihat jiran sebelah rumahnya yang perasan kacak 'dok' tayang-tayang diri setiap kali dia keluar untuk bersantai. Paling menyakitkan hati, mata itu hendak sahaja dia korek-korek pakai cangkul supaya jangan suka-suka hendak menjeling tajam. Bukan dia sengaja pun terketuk kepala mamat ini sewaktu dia cuba membuka pagar rumahnya akibat tertinggal kunci ditempat kerjanya. Dengan keadaan gelap tiba-tiba ada orang datang dari arah belakang. Dia terkejut besar ingatkan penyangak mana hendak menceroboh kawasan rumah dia. Apalagi free sahajalah kena pelangkung!

"Menyampah aku tengok! Jeling-jeling macam apalah sangat! Ikutkan hati aku tambah banyak kali pun takpe pelangkung kepala mamat ini dengan helmet kesayangan aku tu!" Zayana Melissa membebel seorang diri sewaktu menyiram pokok bunga.

"Dia fikir dia seorang aje menyampah? Sudahlah main pelangkung aje kepala aku yang berharga ini. Lepas tu suka-suka hati nak pelangkung lagi kepala aku. Ingat kepala ni jesi besi ke boleh tahan hentakkan? Mintak maaf pun takde! Nasib baik perempuan, kalau lelaki sudah lama aku sumbat masuk dalam guni campak dalam sungai gombak sana tu." Membebel Qarl Zulkarnien sewaktu mencuci kereta Toyota Wish berwarna putih miliknya.

******************************************

PIN...PIN...PIN..

"Aduh! Sape pulak yang memekak pagi Ahad ni? Orang nak buat taik mata oun tak senanglah!" Zayana membebel apabila tidur lenanya diganggu. Sudahlah dia penat seharian mengecat rumah semalam dari pukul sembilan pagi membawa... ke sepuluh malam. Harini baharu hendak merasa bangun lewat terpaksa celik mata awal kerana bunyi bising. Setahunya rumah sebelah ini kosong, siapa pula yang berlumba dihadapan rumahnya.

"Yana...bangunlah, matahari dah meninggi. Apa fesyen anak dara bangun lambat ni? Tahu dek ayah kamu karang, tak cukup tanah kamu nak berpijak. Bangun! Bukak pintu ni, mak nak amik pakaian kotor nak basuh."Ah! Sudah mak pulak ketuk pintu bilik aku macam nak roboh.

"Yelah..yelah...Yana dah bangun dah ni." Aku bangkit sambil menggeliat malas. Perghhh! Sedap tulang belulang bila menggeliat macam ini. Aku terjenguk-jenguk ditingkat, malaun mana yang memekak tadi macam dia seorang ada kereta.

Aku ternampak Toyota Wish berwarna putih.

"Ceh! Toyota Wish aje pun! Memekak macam pakai kete Lamborghini gayanya."

"Yana! Apalagi tu? Terhegeh-hegeh bukak pintu ni kenapa?" Alamak! Suara mak bergegar lagi. Aku pun satu dok menggeliat sampai terlupa nak buka pintu.

"Maaf mak, kejap...kejap..." Menggelupur aku berlari untuk membuka pintu sekali...

Berdebuk! Jatuh macam nangka busuk tersemban dilantai bilik sendiri.

Sakitnya tersembam muka ke lantai hanya Tuhan sahaja yang tahu. Agak-agak mesti hidung yang tirus dan mancung ini sudah merah macam badut! Aduhai, baharu nak keluar berdating dengan ehem-ehem. Cis!

"Bunyi apa tu Yana? Almari jatuh ke?" Mak sudah menjerit dari luar apabila terdengar sesuatu yang jatuh begitu kuat bunyinya.

"Takde apa mak, buku terjatuh (padahal badak sumbu yang dah tergolek dok). Kejap Yana bukakkan pintu" Aku terpaksa coverline supaya tidak terdengar bom atom meletup dicuping telinga.

"Nak bukak pintu...nak bukak pintu...tapi tak bukak-bukak pun. Sampai naik lenguh kaki ni menunggu. Entah apa sahajalah yang Yana buat dekat dalam bilik ni?" Habis, mak dah mulakan marathon dia. Baik cepat-cepat amik tuala buat-buat nak pergi mandi bilik air tingkat bawah. Hew hew hew...

"Ala mak ni, pagi-pagi dah buat siaran HOT FM. Oklah Yana nak mandi, meh sini mak sayang sikit." Aku buat-buat hendak memeluk.

"Bau air liur basi nak peluk-peluk mak pulak. Sudah pergi mandi, karang berebut pulak bilik air dengan abang Zafran kamu.

'Mak ni, nak manja-manja hujung minggu pun kedekut dengan Yana tau. Abang Zalik tu apa yang dia tak rebutkan dari Yana? Semuanya mak oii..."

"Dah...dah...jangan nak mengada-ngada sangat Yana oii. Umur tu dah meningkat dua puluh lima tahun tau. Bukan umur lima tahun. Macam mana nak berlaki esok? Takkan dah kahwin masih nak duduk bawah ketiak mak lagi? Tu bantal busul yang dah kepam baunya bila kamu nak buang?"

Itu dia syarahan daripada mak, memang terbaik wa cakap sama lu.

"Errr...Yana pi mandi dulu..."

"Yana...yana...mak belum habis cakap lagi ni..."

"Mak..sambung esok...he he he...I Love You mak!"

Aku terus angkat kaki langkah sejuta, kalau seribu masih terkial-kial tak cukup tanah nak lari. Asal mak buka mulut aku mesti melarikan diri sebab mak memang macam itu. Kalau abang Zafran, sikit sahaja syarahannya. Nasib baik anak mak!

******************************************

ZAYANA MELISSA tercari-cari kelibat orang yang terlalu teruja sangat hendak berjumpa dengan dia. Maklumlah, selalunya berbual di talian Facebook yang menjadi pusat sosial paling popular abad ini. Setelah hampir tiga bulan mereka berhubung baharulah kini sepakat untuk berjumpa bertemua empat mata.

Dub dab dub dab...

Jantung Zayana Melissa berdegup laju dan mengepam darah sepantas mungkin apabila melihat wajah itu! Entah kenapa secara tiba-tiba dia menjadi patung disaat mereka bertentang mata. Dalam banyak-banyak lelaki kenapa jiran sebelah rumahnya itu dipertemukan tatkala ini. Hendak lari, kakinya seolah-olah sudah melekat dengan lantai marmar dipusat membeli belah Mid Valley.

"Kau!" Jerit Zayana Melissa tanpa menghiraukan keadaan sekeliling setelah hampir sepuluh minit matanya terkebil-kebil menatap wajah itu.

"Kau!" Giliran Qarl Zulkarnien pula menjerit dengan suara garaunya itu.

"Tak muka lain ke? Pergi sana muka kau. Pergi sini muka kau jugak. Sampai dalam Facebook pun bertemu dengan kau! Apalah malang nasib aku eh!" Zayana menyindir sinis sambil bercekak pinggang.

"Mulut kau ni macam bau longkang tau tak... Kau ingat aku suka sangat kalau tahu perempuan yang dok bersembang dengan aku itu kau! Hidup aku lagi malang berjumpa dengan kau sejak berpindah ke sini tahu!" Qarl Zulkarnien menempelak.

Kembang kuncup hidung mancung Zayana Melissa menahan marah. Tanpa membalas sepatah dua kata, dia terus berpusing sembilan puluh darjah keluar dari pusat membeli-belah yang popular itu. Helmet dipegang kemas supaya tidak terbaling ke arah Qarl Zulkarnien. Sambil menghentak-hentakkan kakinya, Zayana Melissa menggepal penumbuk dengan muka yang sangat bengis.

Orang lain yang melihat mukanya pun terus memandang ke arah lain. Takut ribut taufan aura kemarahannya dihambur pula kepada mereka.

"Menyesalnya datang sini. Kalaulah aku dapat detect mamat poyo perasan bagus ni dari awal kan bagus. Kalaulah Allah beri anugerah kuasa luar biasa kan bagus! Boleh dapat tahu siapa empunya diri nickname "Buloh Kasap" dekat chatting Facebook. Sudahlah tiada gambar profil sebenar, boleh letak gambar pokok buloh! Itu satu-satunya gambar yang mamat ini letak! Argh! Menyesal pulak pi approved Facebook dia."
Zayana Melissa sudah membebel-bebel sepanjang perjalanannya ke tempat letak motor.

"Apasal lah aku boleh pi gatal friend request Facebook dengan minah kungfu panda ni? Dalam banyak-banyak kawan Facebook perempuan macam mana boleh terselit minah ni? Aduh...serabut otak aku!" Qarl Zulkarnien mendengus kasar sepanjang langkahnya menuju ke tempat letak kereta.

Zayana Melissa memulas pedal minyak motor scooter dengan perasan amarah yang meluap-luap. Dengan warna helmet berwarna merah jambu itu senada dengan scooter miliknya.

Qarl Zulkarnien menekan pedal minyak keretanya dengan kuat. Menderum-derum kawasan letak kereta itu dengan bunyi nyaring dari enjin kerete Toyota Wish putih miliknya. Orang ramai yang berada disektiar tempat letak kereta memandang sinis ke arahnya. Qarl Zulkarnien hanya buat tak endah dengan pandangan mata mereka.

Keretanya bergerak dan meluncur laju keluar dari tempat letak kereta. Sampai satu simpang berdekatan dengan lampu trafik ayng sudah berwarna merah, dia terlihat kelibat Zayana Melissa dengan scooter merah jambu. Qarl Zulkarnien sengaja menghimpit scooter milik Zayana Melissa dan membuatkan motornya hampir-hampir  terjatuh.

Zayana Melissa geram dengan sikap pemandu yang seolah-olah sengaja menghimpit motor scooter kesayangan miliknya. Zayana Melissa mengetuk-ngetuk cermin pintu kereta yang berwarna gelap itu. Ini menyukarkan mata Zayana Melissa untuk melihat siapa empunya diri yang bangang sangat hendak menghimpit dia yang kemungkinan menyebabkan lapan puluh peratus dia boleh jatuh tergolek!

Setelah puas dia mengetuk cermin tingkap kereta yang berwarna gelap itu akhirnya dia sekadar memaki didalam hati. Lampu trafik sudah berwarna jatuh membuatkan kenderaan lain sudah bergerak. Bergerak sahaja kereta Toyota Wish berwarna putih itu, cermin tingkap diturunkan dan Qarl Zulkarnien menunjukkan padan muka kepada Zayana Melissa!

Terbuntang Zayana Melissa melihat pemnadu itu!

Arghhhh! Buloh Kasap!

*********************************

"MEL! Mel...woii Mel! Orang panggil tak dengar pulak dia. Pekak ke apa?" Rose menjerit ditelinga Zayana Melissa yang mengelamun sambil mulut terkumat-kamit membebel seorang diri.

"Woii Kak Rose apa jerit-jerit dekat telinga Mel ni. Cair tahi telinga Mel tau. Akak panggil Mel manja-manja tak boleh ke?" Zayana Melissa sengaja mengusik.

"Akak panggil kau sampai nak kering air liur. Kau daripada tadi membebel apasal? Semalam tak cukup rehat ke? Lagi satu siapa mamat buloh kasap kau asyik membebel daripada tadi? Tu report ada lagi ke nak akak tolong jawabkan?" Rose sudah menggantikan bebelan daripada mak dirumah. Complete! Mak siaran Hot FM dirumah, Kak Rose siaran Hits FM ditempat kerja. Ah! Pitam ini macam selalu dengar siaran radio bergerak.

Rusmawati merupakan rakan sekerja Zayana Melissa yang terkenal dengan sikap gila-gilanya. Gelaran daripada Rus bertukar menjadi Rose, wah! glamor sangat. Sesuailah mereka berdua berada dalam kumpulan unit berkerja yang sama. Dua-dua kuat membebel! He he he

"Mana satu Mel kena jawab dulu ni Kak Rose? Main tala aje tanya soalan dekat Mel. Macam bertih jatuh ajelah mulut Kak Rose ni. He he he..."

"Semua soalan akak tu kau kena jawab."

"Baiklah Kak Rose, pertama perihal temujanji semalam merupakan perkara malang dalam hidup saya kak. Kedua memang tak cukup rehat sebab jiran sebelah menganggu ketenteraman saya sejak beberapa bulan ni, huh!. Tidur terganggu dengan jiran sebelah memekak hon kereta. Rupanya ada jiran baru berpindah masuk. Sebelum ni nampak keluarga dia sahaja. Ketiga mamat buloh kasap yang selalu saya cerita dengan kak rose rakan chatting saya tu rupanya mamat jiran sebelah rumah saya aje, keciknya dunia! Report semua dah siap terima kasih Kak Rose sebab tolong settle kan... He he he...Cukup?" Itu dia panjang lebar aku bercakap macam tengah speed 100 meter!

" Handsome tak? Akak pantang kalau yang handsome ni. Mahu cair iman kalau berdepan."

"Amboi Kak Rose, tak ingat Izzat si kecik yang tembam-tembam tu dekat rumah nenek dia tu? Tengku Din tu nak letak mana tu Kak Rose?" Aku menjengilkan mata. Memang tau Kak Rose ni, pantang dengar kalau lelaki itu handsome dan ada kaitan dengan aku. Dia selalu bersyarah, bila nak kahwin...bila nak kahwin... Aduhai, sabar sahajalah.

"He he he...mana boleh tak ingat cinta hati berdua tu. Cakaplah Mel, handsome tak?"

"Hmmm...bolehlah..tapi sangat menjengkelkanlah kak."

"Jengkel tak jengkel, kau tu janganlah jual mahal sangat. Memilih betul! Kau ada pakej yang agak menarik apa. Kalau orang dah suka tu balun aje." Kak Rose dah mulakan siaran radio bergeraknya.

"Ah! Tak naklah kalau bagi free pun. Nampak muka bertekak. Nampak saya mulut dia takkan berhenti diam tau. Sakit betul hati ni."

"Tak nak konon, esok kalau dah takde depan mata bumbung rumah pun jadi kau nak lepaskan rindu. Cubalah berbaik-baik dengan dia. Tak salah pun, untung sabut timbul untung batu rugi tenggelam dalam dasar laut."

"Tak kuasalah Mel. Dah kak jom balik, jam dah 5.30 petang ini. Masa untuk balik sudah sampai. Jumpa esok. Bye...Assalamualaikum."

"Macam-macamlah kau ni Mel. Ok, jumpa esok jugak. Kau turun dululah, akak balik kejap lagi."

"Ok...daaaaa...."

Aku menekan pintu lif yang hanya ada dua sahaja dalam bangunan ini. Kadang-kadang penuh dua-dua lift, terpaksalah menunggu giliran yang kedua ataupun ketiga. Tak sangka ramai juga pekerja datang lambat tapi pulangnya awal. He he he...

Hmm...berbaik dengan mamat buloh kasap tu? Jangan mimpilah!

**********************************

HARI INI Zayana Melissa terpaksa pulang lewat kerana tuntutan kerja yang sarat dan perlu dihabiskan dalam minggu ini juga. Hendak atau tidak terpaksalah dia korban masanya untuk melangsaikan segala tugasan yang berlambak-lambak dan tidak pernah habis. Kak Rose pula tidak dapat ikut serta kerana anaknya demam panas. Kasihan Izzat.

Tepat pukul lapan malam baharulah Zayana Melissa merenggangkan urat saraf dan tulang belulangnya setelah dua jam fokuskan kerja untuk disiapkan. Tetapi masih lagi berbakul tugasannya yang perlu dilangsaikan. Sarat kepala otaknya dan membuatkan tubuh badannya benar-benar keletihan.

"Esok sahajalah siapkan, kalau terlalu fokus mahu lama-lama aku tertidur dipejabat pula. Mata pun dah mengantuk, badan pun letih. Otak nak kena guna lagi untuk settle kan statement bank yang berlambak-lambak ni."

Setelah komputer ditutup, Zayana Melissa melangkah keluar dari pejabat tingkat tujuh menuju ke ruang basement parking motor scooter nya. Selesai mengetatkn helmetnya, Zayana Melissa meluncur laju pulang ke rumah. Oleh kerana badannya sudah terlalu letih, matanya tidak dapat tumpukan perhatian sepenuhnya.

Sampai disatu simpang berdekatan rumahnya, entah apa silapnya Zayana Melissa tidak dapat mengimbangi motornya setelah melanggar lubang diatas jalan. Jatuh tersasar ke tepi motor scooter miliknya, Nasib baik tunggangannya tidak berapa laju. Zayan Melissa jatuh ketepi dan terus pandangannya gelap.

Hampir sebuah kereta datang menyelamatkan dirinya yang sudah jatuh pengsan!

"Ya Allah...minah kungfu panda! Macam mana bawak motor ni? Weih...weih...kau dengar tak aku panggil ni? Nasib baik kau jatuh ke tepi, kalau tengah jalan tadi confirm ke lenyek dengan aku. Bangun weih! Bangun!" Teriak Qarl Zulkarnien.

Entah kenapa malam ini dia tidak jadi hendak melepak diwarung Pak Osman yang tidak jauh dari kawasan perumahannya. Dia bertukar ke sini kerana ada beberapa urusan perlu dilakukan di cawangan Sungai Buloh. Itupun arahan daripada ketua syarikatnya yang berpusat di Johor Bahru.

Baharu sahaja berpindah, berperang pula dengan gadis yang merupakan jiran sebelah rumah sewanya. Lebih tidak dia sangka, boleh ber'dating' dengan minah kungfu panda ini seminggu yang lepas. Kali ini, gadis dihadapan matanya pula kemalangan kecil. Dia juga yang menjadi penyelamatnya. Naik saham lagi!

Qarl mencampung tubuh Zayana Melissa masuk ke dalam keretanya. Motor scooter diletakkan ketepi dan dikunci dengan rapi. Cepat-cepat Qarl Zulkarnien masuk ke dalam perut keretanya untuk membawa Zayana Melissa ke klinik berhampiran. Setelah memastikan tiada kecederaan teruk sampai berdarah-darah berlaku, Qarl Zulkarnien membuat keputusan tidak perlu membawa ke hospital.

"Boleh tahan jugak berat minah kungfu panda ni. Tapi nasib baik comel. Kalau kau tak garang-garang dengan aku kan bagus. Boleh jugak aku tatap muka comel kau lama-lama macam ini." Qarl Zulkarnien memerhati lama wajah milik Zayana Melissa.

Tiba-tiba matanya terbelalak apabila melihat wajah Qarl Zulkarnien begitu hampir dengan mukanya. Qarl Zulkarnien tersentak dengan kejadian itu terus meloncat ke belakang. Tidak semena-mena dia terjatuh daripada katil pesakit sementara diklinik itu. Doktor yang sedang menulis sesuatu dibuku pesakit Zayana Melissa terkejut dengan adegan yang berlaku dengan pantas.

***********************************

ZAYANA MELISSA tetap berkeras tidak mahu berjumpa dengan mamat buloh kasap sebelah rumahnya. Bukannya apa, dia rasa tebal muka sangat sebab sebelum ini macam-macam yang dia kata. Malu sangat-sangat bila musuh sebelah rumahnya itu yang sudi menolong dia malam tadi akibat kemalangan kecil yang berlaku tanpa disangka. Emak beria-ria menyuruh pergi ke rumah sebelah berikan semangkuk gulai ketam nanas masak cili padi. Kata emak kalau ajak datang ke rumah makan bersama pun elok juga.

"Mak ni mengada-ngada betullah. Bagi ajelah semangkuk gulai tu cukuplah. Tak payahlah sampai nak ajak datang ke rumah. Lagipun kaki Yana ni sakitlah mak, mintak abang Zafranlah yang hantarkan. Bolehlah mak..." Aku merayu supaya tidak bertentang mata dengan mamat buloh kasap itu buat sementara waktu. Bukan apa, malulah beb!

"Kamu tu yang mengada-ngada Yana. Sudah, tak payah berlaku lagi dengan mak. Kaki kamu tu bukan sampai tak boleh berjalan. Calar dekat tangan aje pun, pengsan mengalahkan orang cedera teruk. Nasib baik budak sebelah ni tolong kamu. Kalau tidak, entah apa yang terjadi pun tak tahulah. Dah banyak kali mak pesan, tukar naik kereta tak mahu. Sibuk dengan scooter macam budak-budak. Sekarang apa sudah jadi? Balik lewat-lewat sampai penat badan tu lepas tu boleh jatuh motor pulak. Kalau kamu ni lelaki tak apa Yana, kamu tu perempuan. Risau mak. Kamu dan abang Zafran sahaja permata hati dalam keluarga ni. Kamu tak sayang mak ke Yana?" Daripada siaran radio bergerak Hot FM, mak terus melangkau ke ala-ala filem Ombak Rindu. Aisehman ini yang aku lemah kalau mak sensivitinya sudah sampai.

"Yelah...yelah...Yana pergi rumah jiran sebelah sekarang jugak. Janganlah nangis pulak mak ni. Pilu hati Yana tau. Kereta tu nanti Yana fikirkan semula."

Mangkuk kuah gulai itu aku ambil perlahan. Terhincut-hincut jugaklah kaki hendak berjalan. Nasib baik, kalau patah tak ke haru aku nanti.

"Tak payah fikir-fikir lagi. Kalau susah sangat, bawak aje kereta ayah kamu tu. Ha...jangan lupa ajak budak sebelah tu makan malam dengan kita. Mak terhutang budi pula dengan budak sebelah tu. Apa ke namanya tu? Qarl..Mal.."

"Buloh Kasap...."

Erkkk...lain aku nak cakap terkeluar lain pula. Adeh!

"Buloh Kasap? Apa ke betul namanya tu? Kamu jangan macam-macam Yana." Mak terkejut, aku tersengih.

"Errr....Mana Yana tahu. Yana kenal nama itu aje."

"Peliklah kamu ni Yana. Sudah, pergi hantar tu." Mak menggeleng dan terus berlalu pergi untuk memanggil ayah dan abang Zafran makan tengahari.

Hmm...Nak tak nak terpaksa jugaklah kaki yang sakit ini melangkah menuju ke rumah jiran sebelah. Setelah memberi salam, mamat buloh kasap ini menghampiriku yang terpisah dengan pagar separa bahu. Tersengih-sengih macam kerang busuk aku tengok.

"Ni mak saya bagi..."

"Ni aje...lagi?"

"Mak saya bagi gulai kuah ini aje. Nak lagi masak sendiri. Mengada-ngada pulak buloh kasap ni." Aku mengomel sendirian dan perkataan yang berbaur separuh berbisik dapat ditangkap oleh gegendang telinga Qarl Zulkarnien.

"Memanglah lauk lain dengan nasi saya boleh masak sendiri. Soalan saya tu ke arah lain." Qarl Zulkarnien menjawab sinis.

"Awak nak apa pulak lagi ni? Orang dah bagi lauk tu bukan nak cakap terima kasih." Aku tiba-tiba sakit hati.

"Orang dah tolong dia daripada accident, campung masuk dalam kereta, campung lagi masuk dalam klinik, hantar balik rumah dan terakhir siap tolong hantar motor cabuk scooter dia lagi tu. Ucap terima kasih pun takde, nasib baik tak simpan dalam hati. Kalau simpan dalam hati, mesti susah nak jatuh hati! Mentang-mentanglah muka dia comel.Huh!" Qarl Zulkarnien membalas dengan panjang lebar.

Merah padam muka aku terdengarkan perkataan-perkataan itu daripada mulut mamat buloh kasap ini. Itu pasal aku tak nak berjumpa dengan mamat ini lagi. Tengok apa sudah jadi? Mulut memang takde insurans langsung!

"Errr....err...terima kasih. Saya balik dulu!" Aku berlalu pergi dan terpaksa berpusing balik untuk menyampaikan amanat emak. Kalau tidak telinga ini akan jadi satelite tidak berbayar untuk terima siaran daripada emak.

"Mak jemput makan malam dekat rumah lepas Isya'." Habis bercakap selama 3 saat, aku terus berpusing balik untuk balik ke rumah. Oleh kerana jalan terhincut-hincut, terpaksalah berjalan perlahan-lahan.

"Sama-sama kasih minah kungfu panda! Jumpa malam ni." Qarl Zulkarnien menjawab sambil tersenyum lebar. Bau harum dari gulai ketam nanas masak cili api itu benar-benar buatkan perutnya kelaparan.

Zayana Melissa yang terdengar kata-kata Qarl Zulkarnien buatkan hatinya semakin rasa sebal.

Tak guna punya Buloh Kasap, suka-suka hati panggil aku kungfu panda! Eh bukan dalam Facebook aku pakai nickname 'Kungfu Panda Comel' ke? Hew hew hew...

*************************************

MAKAN MALAM ini buat aku betul-betul terbakar. Abang Zafran bukan main lagi mulut dia bercakap meluncur laju sahaja. Mamat buloh kasap ini pulak buat rumah ini macam rumah dia sendiri! Aku pula yang sudah macam orang asing dalam rumah sendiri. Mak dengan ayah, amboi bukan main mesra lagi melayan mamat sebelah rumah ini.

Korang bayangkan, macam mana aku tak terbakar? Abang Zafran suka-suka suruh si mamat buloh kasap ini meminang aku cepat-cepat sebab perangai aku masih macam budak-budak. Mak dengan ayah pula setuju bulat-bulat. Mamat buloh kasap ini pun bukan main sedap mulut dia akan baik kampung minggu depan sebab tugasannya disini sudah berakhir. Dia akan usulkan kepada kedua orang tuanya. Aku ini mereka tak tanya pun setuju ke tak.

Jawapan aku confirm tidak! Sebelah rumah pun sudah bertekak, apatah lagi satu bilik esok! Mahu seorang tercampak ke dinding, seorang tercampak ke lantai. Gaduh mulut punya pasal.

"Ikat aje si Yana ni cepat-cepat Zul. Aku bukan apa, tak larat bergaduh dengan dia dalam rumah ini. Bilik air pun berebut dengan aku dekat tingkat bawah ini. Sedangkan bilik air atas tu kosong. Entah apa yang dia suka sangat dengan bilik air bawah ni pun aku tak tahu lah." Abang Zafran bercerita panjang lebar dan membuatkan siku aku automatik menyiku lengannya. Qarl Zulkarnien menyengih memandang aku.

"Apa Abang Zafran ni. Takde cerita benda lain ke nak cakap? Apsal nama Yana pulak kena petik. Abang Zafran lagi teruk tahu, setakat sapu halaman rumah sedap-sedap cakap tak larat sebab tulang lembut! Mak! Tengoklah abang Zafran ni." Aku mengadu domba. Mak menggeleng, ayah tersenyum.

"Betullah abang cakap, Yana tu apa saja mesti ajak abang bergaduh. Mulut Yana tu macam bertih jagung tahu. Betullah tulang abang lembut sebab itu semua keje orang perempuan. Yana tu lagi malas, asyik suruh mak aje masak. Yana balik keje membungkang dalam bilik entah apa yang dibuat pun tak tahu la..."

Wah! Abang Zafran ini sudah lebih tau bang. Kang Yana debik abang ala-ala kungfu panda kang.

"Mak! Tengoklah anak manja mak ni."

"Yana, jangan nak mengada-ngada sangat." Mak menangkan abang Zafran. Huwaaa!

"Tak mengapalah makcik, pakcik dan abang Zafran, walau macam mana pun perangai Yana tapi saya suka." Qarl Zulkarnien bersuara.

Terkejut beruk aku dengar kata-kata lelaki dihadapan aku ini.

"Bertuah badan kau Yana, tengok siap pakej tak reti masak, tak reti buat keje rumah, takde sopan santun, tak reti itu dan ini ada juga orang sayang. Perangai asyik nak berkungfu panda pun masih ada yang suka. Seronoklah tu." Abang Zafran masih tak habis-habis mengusik aku.

"Bang! Kang Yana debik abang kang. Ini sudah lebih ni." Aku sudah membengis tanpa sempadan.

"Yana, tak baik depan rezeki kita bergaduh. Duduk elok-elok. Yana anak ayah kan..."

Aku yang tadi macam singa lapar terus jadi anak kucing. Dengan ayah memang aku tak boleh ganas-ganas sebab ayah akan bercakap dengan aku memang lembut tetapi menusuk kalbu. That's why I love my dad. Hu hu hu.

"Kamu pun Zafran, sama aje macam adik kamu tu jugak. Bila nak membesar jadi abang ni? Maaflah Zul, rumah ini memang gamat dengan budak berdua ni. Kalau takde  pakcik sunyi, kalau ada bercakaran tak kira tempat dengan tetamu yang ada pun diaorang belasah bertekak." Itu dia sekali ayah buka mulut, aku dengan abang Zafran pasti akan menunduk sambil menguis-nguis nasi.

"Biasalah pakcik, dirumah dekat Johor Bharu pun saya berkeadaan begini dengan Kak Long saya. Bezanya saya anak bongsu dan berdua sahaja dengan kakak. Takde adik beradik lain. Terima kasihlah jemput saya makan malam dekat sini. Perihal gurauan pakcik, makcik dan abang Zafran saya akan usulkan kepada orang tua saya." Qarl Zulkarnien berkata lemah-lembut dan membuatkan aku terpanar. Yang lebih membuatkan aku kehilangan kata-kata dia ambil serius dengan usikkan abang Zafran tentang melamar aku! Aku cubit peha abang Zafran, dia menjerit.

Betul! Ini bukan mimpi rupanya.

************************************

MINGGU ini merupakan minggu terakhir mamat buloh kasap itu berada disini. Aku tidak ambil pusing dengan usikkannya dan senantiasa menjeling tajam. Peliknya dia tidak seperti selalu, asyik tersenyum dua puluh empat kalau bertemu mata. Tak penat ke?

Lega rasanya kalau mamat ini sudah hilang dari pandangan. Entah apa mimpi mamat buloh kasap ini pun aku tak tahulah. Tetiap pagi dan petang tecongok depan rumah tunggu sampai aku balik. Oleh kerana arahan mak telah berkuatkuasa, aku tidak lagi pulang lewat malam untuk sementara waktu. Aduh, mak memang tidak faham bagaimana keadaan kerja aku dipejabat. Hmm, tak nak menderhaka aku turutkan sahajalah. Mungkin ada rahmatnya barangkali. Doa ibu senantiasa mujarab.

Pagi ini aku kelam kabut hendak pergi kerja kerana terbangun lewat. Punyalah nak cepat aku tidak sarapan pagi bersama-sama mereka. Berlari anak sampai tersadung ibu jari kaki. Punyalah sakit, Tuhan sahaja yang tahu. Sampai di tempat letak motor, aku bole terlupa kunci motor! Berpatah semula, tersadung lagi kaki.

Apasal harini?!

Terjenguk-jenguk melihat mamat buloh kasap itu ada lagi ke tidak. Intai punya intai, memang sah takde! Yahooooo! Luas sikit jalan nak pergi kerja. Oh Yeahh! Dengan senang hati aku memulas pedal minyak motor dengan senyuman lebar yang bergaris dibibir.

Setelah berhempas pulas, tepat jam enam petang aku balik ke rumah. Di tempat kerja, Kak Rose tak henti-henti bagi syarahan tentang kemalangan kecil aku tempohari. Kalah siaran mak aku dekat rumah! Aku tahu Kak Rose sebenarnya sayangkan aku, he he he...

Sampai sahaja berdekatan dengan jiran sebelah ini, aku terjenguk lagi. Takde! Yeah! Senang hati dan kali ini senyuman makin lebar. Aku bernyanyi-nyanyi kecil sambil menopang scooter kesayangan aku ni. Mak melihat aku dengan hairan. Selalu dia akan tengok aku balik dengan keadaan marah-marah kalau bertembung dengan mamat sebelah rumah.

"Hai Yana...gembira bukan main lagi kamu ni?"

"Gembiralah mak, sempadan makin luas. He he he. Yana naik dulu, melekit badan harini, mandi dululah. Harini Yana takkan berebut bilik air dengan abang Zafran." Aku tersengih.

"Hmm...yelah...eh lupa mak bagitahu, Qarl Zulkarnien dah balik petang tadi. Dia kata rugi tak sempat nak jumpa kamu, sebab kamu lewat sedikit. Lagi satu, dia ada bagi barang pada kamu. Mak dah letak dalam bilik." Kata mak dan aku kehairanan. Hadiah apa pulak mamat ni?

Aku berlari-lari menuju ke bilik. Tersembul biji mata aku melihat satu kotak besar macam orang nak pindah rumah sahaja! Biar betul mamat ni bagi hadiah besar-besar macam ini. Kejap mak kata mak letak dalam bilik tapi siapa ambilkan kotak? Takkan ayah? Ayah mana ada, aku dah baik pun belum nampak kelibat ayah. Abang Zafran selagi belum tiba waktu makan malam, memang tak nampak batang hidung dia.

Apakah?!

"Mak, siapa letak kotak besar gedebak dalam bilik Yana tadi? Mak larat ke nak angkat kotak tu?" Soal aku tiba-tiba.

"Zul yang tolong mak letak dalam bilik kamu. Bilik abang Zafran kamu harini tiba-tiba berkunci pula. Hah! Kamu ni macam kucing nak beranak kenapa?"

"Ma....ma...mak bagi mamat buloh kasap masuk bilik Yana?"

"Yelah...katanya ada hadiah dalam kotak besar tu untuk kamu. Mak pun suruhlah letak kotak besar tu dalam bilik kamu. Kenapa?"

"Huwaaaa...mak, kenapa bagi mamat tu masuk bilik Yana. Mak ni kan...huwaaaa..."

"Eh! Tak lama lagi dia akan jadi suami kamu. Lagipun bukan kamu ada dalam bilik berdua-duaan dengan dia. Pelik mak tengok kamu ni lah Yana. Sudah, pergi naik atas. Tadi kata nak mandi." Mak buat tak endah dengan kebuntangan mata aku.

Mak.....

Aku naik ke bilik dengan kaki yang lemah. Orang lelaki pertama masuk bilik peribadi aku mamat buloh kasap. Arghhh! Tak boleh diterima dek akal langsung!

Aku merenung kotak besar itu. Malas hendak layankan dulu, aku masuk ke bilik air. Usai sahaja mandi terus menuju ke sejadah untuk menunaikan kewajipan kepada Illahi. Aku bermunajat kepada Allah untuk memberikan ketengan hati. Selesai bersolat aku turun ke bawah untuk makan malam. Tapi selera aku harini padam tiba-tiba, padahal sebelum balik tadi perutnya sudah berkeroncong minta diisi. Hanya setengah senduk nasi dituang ke dalam pinggan.

"Aik! Kungfu Panda makan sikit aje malam ni. Takde selera rindukan seseorang ke?" Abang Zafran mengusik dan buatkan hati aku betul-betul terbakar kali ini.

"Abang! Karang tak pasal-pasal abang mandi kuah kari daging empuk masakan emak malam ini! Huh..."

"Itu dia...kungfu panda mengamuk sakan." Abang Zafran masih lagi mengusik. Aku malas nak layan, terus basuh tangan dan naik ke bilik. Ayah dan mak malas mahu melayan.

Gedegang! Pintu bilik aku tutup kasar. Ini pertama kali aku mengamuk sedemikian rupa.

***********************************

ORANG dahulu kalau berpujangga mengatakan kalau sekadar tengok bumbung rumah pun jadilah untuk lepaskan rindu. Aku tengok mangga pagar pun jadilah. Automatik segala usikkannya, kata-katanya dan perang mulut bersamanya akan datang terjah di dalam minda aku. Entah kenapa semenjak dia takde dalam tempoh seminggu dua ini aku tiba-tiba jadi seorang perindu. Rindu untuk melihat wajahnya yang polos itu. Ah! Sudah gila bayang aku jadinya. Inilah bahana jikalau terlalu membenci. Perasaan ini tiba-tiba hadir selepas aku membaca sepucuk surat yang diutuskan kepada aku yang berada didalam kotak besar itu.

Berkali-kali surat itu aku baca sampai hendak naik lunyai jugaklah. Tidak percaya dengan apa yang ditatap dengan amta kepala sendiri.

Assalamualaikum wbt kungfu panda kesayangan saya!

Hah! Mesti awak terkejut kenapa kotak besar saya hadiahkan pada awak kan. Maaflah masuk bilik awak tanpa kebenaran dan pengetahuan awak. Nasib baik makcik bagi lesen, jadi saya pun ambil peluang menerjah bilik awak. He he he. Jangan marah! Kalau awak marah buat saya semakin rindu.

Pasrah juga menjadi seorang perindu rupanya. Awak tahu saya sudah mula jadi perindu selepas kemalangan kecil tu. Saya dapat peluang menatap wajah awak dekat-dekat masa diklinik tempohari. Betul! Awak sangat comel.

Oh ya, baju-baju saya tu awak tolong simpankan ye. Manalah tahu esok-esok kalau awak rindukan saya awak ambillah mana-mana satu baju saya untuk dipeluk setiap malam. Ha..jangan marah..jangan marah...nanti rindu saya semakin berat pada awak.

Saya dah balik terus ke Johor Bharu, kalau ada tugasan lagi disini saya tuntut balik barang-barang saya ya. Jangan marah...jangan marah, kalau awak marah buat saya tidur malam tidak lena sebab asyik termimpikan awak.

Entah bila perasaan ini sampai Zayana Melissa, tapi apa yang saya tahu awak sudah mula mendapat tempat dihati saya. Saya buat itu saya teringatkan awak. Saya buat ini saya teringatkan wajah awak jugak. Apa yang saya nak katakan pada awak, saya muloa jatuh cinta pada awak. Sumpah! Saya tak main-main, kita sayangkan awak Zayana Melissa.

Saya akan datang dengan rombongan untuk meminang awak dalam tempoh terdekat ini kalau memang sudah jodoh kita. Awak tunggu saya ya.

Bertemu lagi

Qarl Zulkarnien

Aku menutup rapat mataku selesai sahaja surat itu aku baca buat kali yang ke tiga puluh lima! Benarkah apa yang dikata? Pastikah apa yang aku rasakan didalam sanubariku tatkala ini. Kalau benar aku membohongi perasaan aku kenapa tiba-tiba hati jadi rindu?

Aku buat ini aku resah, aku buat itu juga aku rasa gelisah. Apabila membaca surat itu tiba-tiba aku rasa satu kekuatan. ya! Kekuatan untuk menyelami rasa rindu ini. Apakah aku sudah dilamun cinta? Hati ini benarkah untuk dia?

Selama tempoh tiga bulan ini aku tercari-cari dimanakah dia? Benarkah apa yang tertulis dalam surat yang aku baca saban malam? Jika benar kenapa sehingga kini dia tidak muncul kembali. Aku tertunggu-tunggu kelibatnya muncul tetapi dengan senyap sunyi aku tertanya-tanya sendiri Apakah benar bagai dikata? Namun mengapa hati yang telah rindu separuh mati ini buat aku jadi sedih?

Kemana dia menghilang? Kata kasihkan aku konon. Rindukan aku setiap malam konon. Cintakan diri aku konon. Tetapi aku lihat macam omongan kosong. Ah! Betapa bodohnya aku percayakan dia! Aku bingkas bangu dan menatap bumbung rumah sewanya untuk lepaskan rindu.

Aku mabil sepasang baju polo berwarna biru dan putih sewaktu keluar bertemu janji yang tidak menjadi itu. Baju itu aku dakap sepenuh hati. Aku tidak tahu apa yang telah melanda perasaan aku kini. Gundah gulana dibuatnya.

Dahulu benci ya amat! Sekarang padan muka aku bila mula rindu setengah mati!

************************************

PEJAM celik pejam celik sudah setahun masa berlalu. Aku? Masih sama seperti dahulu. Sibuk dengan urusan kerja. Scooter aku sudah menjadi tukun dirumah. Mak sudah keluar perintah aku kena naik kereta pergi berkeja. Seawal 6.30 pagi sudah memandu. Kalau dahulu, pukul lapan baharu keluar daripada rumah. Untuk mengelak jammed punya pasal.

Asal keluar dari rumah aku pasti akan kerlingkan jiran sebelah ini. Sekarang rumah ini bukan lagi disewa oleh mamat buloh kasap itu lagi. Tiba-tiba hati aku jadi sedih bila teringat isi kandungan surat itu. Entah bagaimana airmata jadi gugur.

Sampai sahaja di tempat letak kereta aku mengelap airmataku yang tertumpah sebentar tadi. Aku tak mahu emak melihat aku berkeadaan begini. Aku tak nak emak susah hati melihat kesedihan aku. Tentang Qarl Zulkarnien tiada sesiapa yang membuka mulut bertanya apa-apa kepada aku. Aku hanya tersenyum kelat.

"Baru balik Yana?" Tegur makcik jiran sebelah yang baru berpindah beberapa bulan dahulu. Peliknya makcik dan pakcik yang sudah berumur ini tidak kelihatan anak mereka. Mungkin tiada rezeki mereka barangkali? Kasihankan.

"Saya makcik." Aku menjawab sambil tersenyum.

"Senang-senang nanti datanglah rumah makan malam rumah makcik. Boleh kita berkenalan lebih rapat lagi. Tak lama lagi kita nak berkeluarga." Ramah makcik sebelah rumah ini menegur. Tetapi aku tersedak bila mendengarkan ayatnya yang terakhir itu. Biar betul!

"Err...insya'allah makcik." Itu sahaja yang terkeluar daripada mulut aku.

Aku senyum dan terus masuk ke dalam rumah. Mak pelik melihat keadaan aku ayng masih terkejut.

"Kenapa dengan kamu ni Yana? macam kena kejar anjing aje mak tengok."

"Takde apa-apalah mak."

"Hmm...takde apa-apa konon...Tak nak cakap apa-apa dengan mak ke Yana? Sejak dua menjak ini mak tengok kamu dah tak macam dulu. Balik keje terperap dalam bilik aje. Kamu ada masalah ke?"

"Ish mak ni, ke situ pulak. Takde apa-apa, Yana penat kejelah mak. Sekarang ni melambak-lambak keje dekat pejabat. Tak menang tangan nak urus." Terpaksalah aku bohong sunat. Sebelum ini kerja banyak jugak tapi aku tetap sama seperti dahulu. Tapi kini tidak lagi semenjak sidia hilang daripada pandangan mata.

"Kalau macam itu takdelah mak risau tengok kamu."

"Kenapa dengan Yana mak? Apa yang mak nampak? Hmmm..."

"Gaya macam orang putus cinta lagaknya. Kalau betul apa yang mak tekalah."

"Err...mak Yana  naik dulu, makcik sebelah ajak makan makan dekat harini. Kita pergi sama-sama ya."

"Makcik Leha dah bagitahu mak siang-siang tadi."

Aku hanya mengangguk dan terus naik ke bilik seperti setahun yang berlalu ini. Aku hanya memandang sepi baju milik mamat buloh kasap itu. Aku hanya tersenyum kelat. Sepatutnya aku tidak berikan hati ini sekiranya rasa itu belum pasti. Manusia bila-bila masa sahaja boleh berubah sekelip mata.

Aku melangkah masuk ke dalam bilik air dengan penuh rasa malas. Merenung lama di cermin melihat wajahku yang sudah hilang seri keceriaan. Kenapa aku tiba-tiba jadi sebegini. Qarl Zulkarnien, kau memang penipu besar! Geramnya aku.

Setelah bersiap-siap, aku mengenakan baju kurung kosong berwarna putih dan dilengkapi dengan tudung bercorak warna senada. Mak melihat aku lama. Ayah sudah awal-awal tersenyum. Ayah memang seorang yang kurang bercakap, sekali bersuara memang tertusuk ke dalam hati terus.

"Perghhh...macam orang nak pergi menikah!" Abang Zafran ini memang pantang kalau nampak apa-apa sahaja perbezaan dengan diri aku. Ada sahaja yang dia hendak menyakat. Ah! Tiba-tiba minda aku teringat pada sidia.

"Abang Zafran, kejap lagi tayar kereta abang Yana pancitkan nanti."

"Sudah-sudahlah tu Zafran Meqael, Zayana Melissa bertekak duaorang. Kita ni nak pergi rumah orang, jadi jaga sikit tatatertib. Ingat pesan ayah ni." Sekali ayah bersuara, kami ebrdua menjadi seperti orang bisu. Hu hu hu.

*********************************

KAMI beramah mesra dengan jiran sebelah rumah, tak sangka aku makcik ini memang terbaik! He he he. Aku dan abang Zafran menjaga tatatertib seperti yang telah dipesan oleh ayah. Kalau melanggar perintah, memang lutut akan terketar-ketar jika ayah bertanya. Tidaklah meninggi suara tapi entahlah dengan lemah lembut ayah bertanya kami sudah kecut perut.

Sedang leka bergelak ketawa, pintu rumah diketuk orang. Aku hairan juga, ramai ke makcik Leha jemput orang datang makan malam ni? Ada kenduri ke? Tapi kenapa lauk pauknya macam untuk dua buah keluarga sahaja? Aku biarkan soalan itu berlalu.

Suka hati Makcik Leha lah nak jemput siapa pun, yang aku hendak menyibuk kenapa?

Aku meminta diri menuju ke bilik air, tiba-tiba terasa hendak buang air kecil pula. Cis! Bikin malu betul.

Keluar daripada bilik air aku terdengar gelak tawa seseorang. Ya! Suara itu amat aku kenali. Namun paling aku rindui, cepat-cepat aku melangkahkan kaki untuk menatap wajah yang selalu aku tunggu untuk muncul kembali. Senyuman terlakar dibibirku. Hati yang marah sebelum ini tiba-tiba hilang terbang begitu sahaja.
Aku tidak sabar untuk memandang wajah itu.

Tiba-tiba senyuman aku mati apabila melihat yang terpampang didepan mata. Lain yang aku harap lain pula yang aku terima. Hancur dan luluhnya perasaan aku tatkala ini. Semakin pedih hati aku mlihat tangan mereka berdua berpegangan tangan sambil tangan yang satu lagi melingkar dipinggang milik Qarl Zulkarnien. Perempuan itu isteri Qarl Zulkarnien kah? Patutlah menghilang dalam tempoh setahun ini!

Aku benci kau Qarl Zulkarnien! Penipu!

Airmata sudah mengalir, aku mengesat dan terus meminta diri untuk pulang kerumah. Semua mata yang memandang terpinga-pinga melihat aku melangkah laju. Qarl Zulkarnien pantas mendapatkan aku yang sudah mula berlari balik ke rumah.

Lantas lengan aku ditarik dan membuatkan aku terhenti seketika. Aku menyorokkan wajah yang sudah dibanjiri dengan airmata. Sampai hati mamat buloh kasap buat aku sakit hati macam ini! Qarl Zulkarnien meraih wajahku untuk menatap matanya. Aku memejamkan mata. Tak nak tengok orang yang buat aku sakit hati sangat-sangat. Orang yang buat aku rindu separuh mati!

"Kadang-kadang, bila awak marah saya rasa macam nak peluk awak kuat-kuat supaya rasa marah awak akan reda. Tapi itu tidak mungkin akan terjadi kerana kita belum diijabkabulkan." Qarl Zulkarnien meluahkan rasa hatinya.

Aku terdiam.

"Kadang-kadang, bila awak bergaduh dengan saya buatkan saya rasa macam hendak menyatakan rasa cinta ini. Tapi itu mungkin tidak akan terjadi kerana kita belum ada chemistry." Qarl Zulkarnien meluahkan lagi rasa hatinya ditemani bunyi cengkerik.

Aku terkaku

"Kadang-kadang, bila awak merajuk buatkan saya mahu meraih jari jemari awak untuk buangkan rasa rajuk itu. Tapi itu mungkin tidak akan terjadi kerana keadaan kita masih belum pasti."

Aku tegak berdiri sambil merenung ke dalam anak matanya.

"Kadang-kadang, bila awak ketawa buatkan saya rasa lapang didada hilang segala kekusutan dan membuatkan hati saya menanggung rindu yang banyak ini."

Aku mendapat kekuatan untuk bersuara semula.

"Sudahlah Qarl Zulkarnien, baliklah kepada isteri awak dirumah Makcik Leha. Kalau dia nampak kita berkadaan begini apa pula katanya. Tentu dia sakit dihati. Cukuplah awak sakitkan hati saya. Awak tak perlu risau, saya ok. Baliklah..." Mendatar suara aku apabila berkata-kata.

"Bila masa saya kahwin?" Tanya Qarl Zulkarnien dan membuatkan aku pelik. Lelaki memang tak cukup satu lah! Geram aku.

"Tak payahlah tanya soalan bodoh dengan saya. Pergilah balik, isteri awak tengah tunggu tu. Awak kan tetamu istimewa Mak Leha dengan Pakcik Sidik." Aku menolak tangannya dengan lembut.

"Ha ha ha haaaaa..."

Aik! Dia bantai gelak pulak!

"Zayana Melissa...dengar sini ok. Perempuan yang awak kata isteri saya tu sebenarnya Kak Long saya yang bernama Qurneya Zulfa, Makcik Leha tu mak saya dan Pakcik Sidik itu bapa saya. Saya belum berkahwin. Bujang trang tang tang dan tengah usha line nak meminang gadis depan mata saya ini. Sebelum itu saya nak minta maaf kerana menghilang dalam tempoh setahun ini. Oleh itu saya beli rumah sewa sebelah ini dan hantar mak bapa saya datang kesini dulu tengok-tengokkan bakal menantu dia. Mak dan ayah awak awal-awal kuncikan mulut. Terima kasih pada Abang Zafran jugak kerana salurkan maklumat tentang awak pada saya. So sekarang puas hati?"

Terbelalak mata aku mendengarkan penjelasan daripada mamat buloh kasap ini. Cis! Ada kumpulan komplot rupanya! Huwaaaa...sampainya hati! Patutlah ayah siap bagi pesanan jaga tatatertib. Alamak! Malunya muka dan tebal sungguh rasanya.

"Errr....errrr...saya...saya....errrmm...saya....saya..."

"Berat sangat ke mulut tu nak mintak maaf? Haih masih sama macam dululah." Qarl Zulkarnien memerliku.

"Awaklah yang kena mintak maaf dulu dengan saya. Awak yang tinggalkan saya ok." Aku sudah mula merajuk. Qarl Zulkarnien tersengih.

"Saya minta maaf sebab saya saya sibuk uruskan penukaran cawangan berkerja disini supaya dekat dengan awak. Susah jugak nak cari pengganti dan yakinkan boss besar syarikat saya di Johor Bahru. Saya rindukan awak Zayana Melissa. Nasib baik abang Zafran curi satu gambar awak dan terus hantar mms pada saya dihari keberangkatan saya tempohari. Penat saya tunggu sawak balik petang tu. Maafkan saya?"

"Hmmm...ok...saya maafkan. Tapi janji jangan buat lagi. Saya pun minta maaf sebab anggap yang bukan-bukan. Kejap lagi saya nak luku kepala lutut abang Zafran sebab hantar gambar kurang menarik pada awak. Saya pun minta maaf ya." Kataku semula.

"Macam nilah bakal isteri saya. Awak sayang saya tak?"

"Kita sayang awak!" Kataku pantas dan tidak sanggup kehilangan dirinya lagi.

"Jom kahwin!"

"Amboi! Mintak izin dengan ayah saya kalau nak ajak kahwin tahu!" Aku berseloroh dan Qarl Zulkarnien tertawa.

Qarl Zulkarnien beriringan dengan aku untuk kembali semula ke rumah itu untuk menerangkan segala yang berlaku dihadapan semua orang. Aku tersengih melihat ayah menggeleng kepala dengan perangai anak daranya yang seorang ini. He he he....

Cinta sukar dimengertikan, ianya datang tanpa sedar. Kalau hati sudah suka jangan tunggu lama-lama takut nanti dikebas orang.

*******************************************

TAMAT

Fuh! Satu hari buat cerpen ini. Mata dan minda saya terganggu dengan dua buah cerita hindustan harini!

Dil To Pagal Hai!

Dhadkan!

Hew...hew...hew....

Selamat membaca dan sila tinggalkan komen ya.

Malaysia! Peace yo!

5 kata-kata pujaan:

MaY_LiN said...

kite pun sayang awak jugak!!!!
xdpt tgk orgnye..tgk pagar umah pun jadila...

DALIA NA ZA said...

may lin : hik hik hik...awak memang selalu jadi pembaca dan pengomen setia kitew ler...kita rasa macam nak bagi awak hadiah...

nanti pm kitew kat facebook alamat awak eh..peace yo!

mekaseh berlemon-lemon tau..

ladybird said...

lemah aku baca citer ni..nak2 aku jd watak utama..best :)

Anonymous said...

kak rose suka bebel yekk..
mmg suka bebel sbb ana ni popet popet>> best bangat

halimaayob said...

Suka x3. Benarkan biasa kalau kita asyik bergaduh dengan seseorang tu akhirnya itu yang jadi jodoh kita. hehehe

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*