Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

29 September 2010

IRISH 5!

PROLOG :

MEREKA tetap menjadi kegilaan ramai! Biarpun mereka pernah berpecah namun selepas mencapai kata sepakat mereka bergandingan kembali. Memantapkan empayar mereka! IRISH 5! tidak akan pernah hilang dan tidak akan pernah terpadam. Meskipun ada antara mereka pernah rasa terluka, bahagia, gembira dan pahit.

Ashi, Damian, Zarth, Ian dan Aerof nama jejaka yang tidak pernah sunyi setiap bibir gadis yang meminati mereka. Kemana sahaja mereka pergi dan di mana sahaja mereka berada di situlah akan menjadi tempat tumpuan ramai. Lagu-lagu mereka tidak pernah terkeluar dari carta hits yang merundumkan bakat-bakat lain. Betapa gah dan besarnya impak yang mewarnai pesona seni tanah air.

"Ashi.. Damian...Ian dan Aerof... kita harus bersama! Kerana kita adalah IRISH 5! yang tidak pernah putus asa! Meskipun ada di antara kita pernah bertegang leher dan bertikam lidah sebelum ini. Namun kita adalah sahabat sejati. Cinta boleh datang dan pergi tetapi nilai persahabatan sukar untuk dicari sebagai galang ganti." Zarth meluahkan rasa hati. Mereka kembali bersama.

Cintalah yang membuatkan dia kembali menjadi dingin dan beku . Dipadamkan segala perasaan yang pernah hadir dalam sanubarinya. Zarth kini bukan lagi Zarth yang dulu. Cinta yang tidak berpenghujung antara dia dan Zarith membuatkan hatinya begitu terluka.Tertumpah airmata lelaki Zarth apabila kehilangan Zarith untuk selama-lamanya. Zarith yang membuka hatinya untuk menerima nikmat CINTA!

"Zarith, semoga rohmu akan tenang dialam sana. Rasa cintaku padamu tidak akan pernah layu dan mati. Meskipun antara kau dan aku terpisah untuk selamanya. Sayang... Aku amat merindui segala-galanya tentang kamu. Kuabadikan lagu ini untukmu Zarith Antaza." Zarth menuturkan kata sayu. IRISH 5! menyanyikan lagu yang diilhamkan oleh Zarth untuk kali pertama dan kali yang terakhir.

IRISH UNTUK ZARITH

Di ketika ini keadaan tiada mengizinkan
Untukku lafazkan kata-kata meluahkan perasaan
Tapi ku menyakini yang kan terjadi tetap akan terjadi
Meskipun ini bukan yang ku pinta akhirnya

Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi

Sebaknya dadaku sesaknya nafasku tidak tertahan lagi
Sebaknya di dada ku kerana merindu
Rindu kepada dirimu aku tak dapat melupakan
kenangan bersamamu

Sayang ianya berakhir dengan titisan airmata
Walaupun bahangnya masih terasa
Betapa sakitnya hatiku ini ketika dirimu pergi
Tinggallah daku sendiri bersama kenagan cinta kita

 Apabila lagu itu habis dinyanyikan, ramai yang mengalirkan airmata dan memberikan tepukan gemuruh kepada mereka. Sesekali Zarth terasa bahawa Zarith ada disisinya. Zarth mengengggam tangan Zarith biarpun itu hanya sebuah khayalan. Baginya Zarith tetap hidup di mata hatinya.

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*