Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

04 October 2010

MESIN PENIMBANG ZARITH SOFIEYA - SINOPSIS

     ZARITH SOFIEYA merupakan anak bongsu kepada Tuan Zaharul dan Puan Zulaikha. Dia mempunyai seorang abang dan seorang kakak. Mereka tiga beradik yang sangat rapat dan sering bersama jika menghabiskan masa di luar. Hanya Zarith yang memiliki tubuh badan yang luar biasa. Luar biasa apa tu ya? Luar biasa kembang setaman! Naik pening Puan Besar Zulaikha menyuruhnya menguruskan badan. Dan setiap kali itulah Zarith gemar memberi alasan. Alasan yang tak munasabah! Perkataan M.A.L.A.S yang paling sesuai untuk si Zarith Sofieya ini!

Ketika Zarith sudah berjaya melanjutkan pelajaranya ke kolej swasta, dia seringkali di pandang hina. Amy Hanieyza yang bertubuh langsing seringkali memperolokkan saiz badan Zarith. Selalunya Zarith buat tak peduli. Baginya Amy Hanieyza itu mungkin cemburu sebab tak dapat tubuh badan yang comel macam dia! Perasan betul Zarith! Walaupun Zarith kuat makan tetapi dia tidak pernah menyusahkan orang-orang di sekelilingnya. Kecuali ayah dan ibunya. He he he

Dalam diam Zarith Sofieya meminati Zariff Miqael yang merupakan pelajar popular di kolejnya. Dia selalu menjadi iguan lena Zarith. Apa sahaja perkembangan tentang diri Zariff, Zarith pasti akan mencatat di dalam diari kecil miliknya. Zariff yang mengetahui isi hati Zarith menyumpah seranah di depan sahabat baiknya, Ikmal Firdaus. Zariff hanya menganggap perempuan gemuk seperti Zarith tidak layak untuk bergandingan dengannya. Zariff memalukan Zarith di hadapan orang ramai dan membuatkan hatinya terluka. Zarith pergi membawa diri!

Kembalinya Zarith dengan satu kejutan yang besar dan misi yang perlu dilunaskan. Penampilan dirinya benar-benar membuatkan mata Puan Zulaikha terbeliak!

Ikuti kisah Zarith Sofieya dan mesin penimbangnya....

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*