Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

28 September 2010

IRISH 5!



SINOPSIS :

IRISH 5 merupakan sebuah kumpulan remaja yang popular dan digilai ramai peminat perempuan. Semua lagu-lagu dan gerak tari mereka amat menarik perhatian ramai. Wajah polos dan macho telah membuatkan mereka menjadi artis pujaan yang paling glamor! Mereka di anggotai seramai lima orang muda remaja yang bermula dari kanan.

Ashi merupakan jejaka yang ceria dan memiliki nada suara tinggi yang amat mengkagumkan. Siapa yang mendengar dia menyanyi pasti akan terpukau! Dia meminati seorang gadis yang bersama Suri tetapi sayang Suri meminati rakan baiknya Ian. Apakah dia merelakan gadis idamannya mencari kebahagian bersama teman sejatinya itu?

Damian merupakan seorang jejaka ceria dan gemar berlawak. Ada saja ideanya untuk mengenakan rakan-rakan seperjuangan. Dalam dia dia diminati gadis bernama Akira. Namun Damian hanya menganggap Akira sebagai rakan baik dan membuatkan Akira menjeruk hati.

Zarth seorang jejaka yang pendiam dan memiliki raut wajah yang tampan. Sinar matanya yang mampu memukau ramai gadis. Dia merupakan jejaka yang paling diminati. Hatinya bersikap dingin dan beku terhadap cinta! Mungkinkah suatu hari nanti dia akan berubah? Menerima kehadiran cinta.

Ian seorang jejaka yang sempoi dan bersahaja. Mempunyai senyuman yang manis dan gemar berserabai! Dia tak peduli apa yang orang kata tentang stail rambutnya! Dia gemar mengusik Suri yang merupakan pelajar paling pendiam di dalam kelas.

Aerof seorang jejaka yang pandai mendominasi gerak tarian. Semua kereografer yang dipertontonkan segar dan kreatif. Dia seorang yang agresif dan rajin berlatih mencari gerak tari baru yang tidak pernah membosankan! Dia menyukai Shasha dan Shasha juga menyukai dirinya tetapi mereka berhubungan secara diam. Aerof tidak mahu hubungan cinta mereka terbongkar kerana bimbang akan menjatuhkan reputasinya. Dapatkah Shasha menahan rasa hati dan terluka di dalam diam?

Ikuti kisah lima anak muda remaja yang penuh dengan bunga-bunga kehidupan.

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*