Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

24 September 2010

BILA CINTA

BILA cinta datang ianya lahir dari satu perasaan yang rela. Suatu rasa yang sukar untuk dimengertikan dengan sebaris bahasa. Bibir bisa mengukir senyuman bahagia. Hati berkembang mekar seluasnya. Langkah seperti terawang-awangan di kaki langit. Seperti tidak menjejaki di bumi yang nyata.

Sungguh hati ini tidak berdusta mencintai kamu. Jujur pengakuan ini bahawa separuh hidupku telah diisi dengan kehadiranmu. Mencintaimu bukanlah sekadar kata-kata. Ianya lahiriah yang hadir umpama puitis indah. Gurindam berirama sentiasa menemani bual bicara aku tentang kamu.
Jiwang gila siot! Hahaha…

**********

MARISSA sedang leka menyusun buku-buku di rak yang telah disediakan. Tanpa disedari tindak tanduknya diperhatikan oleh sepasang mata yang bundar. Terlirik senyuman melihat Marissa membebel seorang diri. Ingin ditegur tapi hati bimbang akan dimarahi. Namun dia membiarkan dahulu rancangannya. Mungkin di satu masa nanti. Macam pengintip tegar pulak orang ni! Heh!

“Adoi... Bebudak ni kan, aku rasa macam nak gigit-gigit je. Kot ye pun tak nak beli buku itu ini letaklah kat tempat dia balik. Nasib baik keje part time aje. Kalau full time jenuh aku.” Marissa mengomel sendirian sambil tangannya ligat menyusun semula buku-buku yang telah berselerak. Kalau ikutkan hati mahu di kerat-kerat tangan bebudak nakal ni! Eh! Kalau kerat kena tangkap polis tak? Huhuhu…

Marissa bekerja part time bagi mencari duit sampingan untuk menampung kos pembelajarannya ketika ini. Dia bukanlah dari keluarga yang berada. Masih dalam golongan yang bersederhana. Namun dia tidak mahu menyusahkan kedua orang tuanya. Dia lebih rela mengerah tenaga sendiri demi meringankan bebanan keluarga. Untunglah siapa dapat bini macam Marissa ni kan! Hehehe!

“Tengok tu. Cerita kanak-kanak pun boleh melayang dekat genre politik. Tak ke pelik tu? Haih... Macam-macam.” Marissa tersenyum sendirian sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Rissa! Oh Rissa!” Namanya di sahut dari jauh. Marissa berpaling. Nasib baik tak terkehel leher jinjangnya.

“Ye saya. Sekejap. Nanti saya datang. 5 minit!” Terkocoh-kocoh Marissa mengambil semua buku kanak-kanak yang sudah jauh tersesat. Kemudian dia bergegas menuju ke kaunter pembayaran. Ada sedikit gegaran tetapi Marissa peduli apa!

“Ada apa Kak Murni? Maaf Rissa kat belakang sana tu ambil buku cerita kanak-kanak yang dah tersesat dekat bahagian politik.” Marissa tersenyum. Senyum ada makna tu.

“Amboi. Jauh betul buku-buku ni berjalan. Ni akak nak mintak tolong sikit. Rissa jagakan kaunter sekejap boleh? Akak nak pergi ke tandas. Tiba-tiba sakit perut pulak. Tolong ye?” Ujar Murni memohon pertolongan. Nasib baik Murni tak terkentut. Kalau tak mahu pengsan si Marissa ni agaknya.

“Orait. No problemo sis...” Marissa mengenyitkan matanya yang galak. Murni tergelak kecil. Menggeleng dan menarik hidung mancung Marissa. Dia mengaduh. Tolonglah Kak Murni hidung Rissa ni untuk cari makan. Hehehe!

Kedai buku Murni Enterprise agak lenggang. Hanya ada beberapa pelanggan yang masih mencari bahan rujukan masing-masing. Marissa masih sempat membuat kerja-kerja tugasannya di kolej.

Ada waktu terluang dia lebih gemar menyiapkan tugasannya selain dari membaca novel-novel terbaru. Sekali lagi gerak gerinya di perhatikan biarpun jarak yang tidak jauh tetapi sedikit tersorok. Senyuman terukir melihat Marissa yang kadang-kala menyisipkan pen di tepi telinganya.

Eh! Macam penyanyi Heliza tu yang suka sangat sisip pen dan pensel di telinga.

“Hmm...Comel.” Ujar lembut di bibirnya. Dia mengorak langkah memulakan perkenalan. Lelaki selalu macam ni kan? Jangan marah nanti bomba siram air. Hahaha!

***********

FARIZAL sudah berdiri tegak di depannya. Marissa masih setia menatap tugasannya. Hallo! Cuba tengok abang handsome yang dah terpacak kat depan ni Cik Marissa oi! Cium karang baru tau!

“Maaf saudari. Saya nak bayar untuk dua buah buku ni.” Farizal menyapa lembut. Marissa mendongak wajahnya. Dia tersenyum ikhlas. Kalau senyum tak ikhlas nampak macam muka jahat pula. Tak ke naya tu?

“Dua sahaja? Buku-buku lain ada juga. Itupun kalau saudara berminat nak tambah. “ Marissa sekadar berbasa basi mempertontonkan keramahan yang asli. Bukan di buat-buat untuk memancing pelanggan semata-mata. Tapi apa pasal taya dua saja? Bukan soalan memancing ke tu? Eh! Sambung balik cerita.

“Saya beli dua harini. Esok ataupun lusa saya tambah lagi. Ok?” Farizal membalas sapaan itu. Ceh! Tunjuk lawa! Alasan nak datang kedai intip Marissa kan! Tau dah. Kejap-kejap, yang aku menyibuk dalam ini drama apa pasal? Huh! Nak ada watak jugaklah tu. Sila ketepi ya wahai penulis tegar. Lama-lama jadi cerita kau pula. Hehehe!

“Terima kasih sebab sudi menjengah dan membeli bahan-bahan ilmiah di sini. Kedatangan saudara di alu-alukan. Sekiranya ada mana-mana kekurangan, pihak kami mohon maaf dan akan cuba perbaiki sebaik mungkin.” Marissa mempamerkan tanda terima kasih. Kenapa aku berbahasa baku bukan main baik lagi? Time jawab SPM tergaru-garu macam mana nak buat ayat!

“Oh ya. Kedai kami ada menyediakan kad keahlian untuk pembeli setia di sini. Setahun berharga RM 12.00 je. Kalau saudara berminat bolehlah isikan borang pendaftaran. Saudara boleh hantar bila-bila masa jika ada kelapangan.” Marissa sempat mempromosikan sebahagian strategi pemasaran. Farizal tersenyum. Nak umpan akulah tu! Nasib kau yang offer kalau akak aku memang aku tak layan. Hehehe! Aduh gedebak-gebebuk jantung aku dengar suara kau ni Cik Marissa oii. I Love You ok!

“Boleh. Kirakan sekali dengan harga buku-buku ni sementara saya isi borang pendaftaran. “ Kalau isi borang nikah kan best. Agak-agak Cik Marissa ni available ke? Macam cerah peluang aku ni. Baik aku try, manalah tau dapat. Err, macam mana nak mengayat eh? Belum khatam lagi ni.

“Sebentar saya kirakan jumlahnya.” Ewah bukan main lembut suara kau Marissa! Kalau depan Hanim macam singa lapar! Eh ye ke? Ayat provoke je tu. Hehehe…

Farizal masih tersenyum dan dia berasa lega kerana langkah permulaan sudah pun tertunai. Perlu ada langkah kedua, ketiga dan seterusnya. Dia mencari ruang untuk mengenali gadis genit ini. Amboi-amboi penulis cerita ni. Buat ayat bikin orang boleh jadi bosan tau tak!

Hallo… Hallo sukahati wa lah. Ini cerita wa.

Pssttt…apsal tetiba ada babak gaduh-gaduh? Bolayan! Sambung cerita ni balik.

“Semua sekali RM 45. 70 termasuk dengan yuran pendaftran kad keahlian.” Marissa menekan punat-punat kaunter tunai di depannya. Takkan nak tekan punat telefon bimbit pula kan kan kan. Hehehe! (Ada saja selingan)

Farizal mengeluarkan sekeping not lima puluh ringgit. Marissa menyambut dengan sopan. Baki dipulangkan dan buku-buku sudah tersedia di dalam beg kertas. Menyambut baik kempen “ Pembungkusan Tanpa Palstik” seruan kerajaan. Sesudah itu Farizal mengorak langkah dan Marissa menyambung kembali tugasannya. Tiba-tiba Farizal berpatah semula. Macam sengaja budak Farizal ni nak tengok wajah cun melecun Marissa. Alah, biasa sangat cara-cara lelaki nak mengorat. Opsss! Terlebih sudah!. Jangan marah eh kaum Adam. Gurau di bulan Syawal. Hohoho!

Tidak semena-mena dia berdiri semula di depan Marissa dan membuatkan Marissa terpinga-pinga macam orang nampak kura-kura menyanyi! Ini sudah lebih penulis ni mengarut! Back to normal lah!
Yelah! Yelah! Nak sambung serius lah ni. Debik kang! Last! Last! Nak mengarut boleh kan?

“Ada apa-apa yang boleh saya bantu saudara?” Ujar Marissa berbudi bahasa.

Ayat kempen, berbudi bahasa budaya kita. Budi bahasa budaya kita. Budi bahasa, budaya kita (ikut cara Siti Nurhaliza nyanyi dekat tv) Hehehe. Korang semua jangan marah tau.

Ok kembali menyambung cerita ini secara serius. Satu! Dua! Tiga! Go!

“Tak ada apa-apa. Cuma terlupa nak pulangkan pen ni balik. Maaf terambil sekali tadi.”
“Oh...terima kasih saudara.”

“Panggil saja saya Fariz. Saudari?” Sengaja Farizal buat-buat tidak mengenali namanya. Itulah strategi biasa bagi kaum lelaki.

“Rissa.”

Farizal mengangguk tanda mengerti dan terus berlalu sambil menghadiahkan sebuah senyuman. Marissa tersenggih dan menggeleng.

“Aku rasa Kak Murni kena besarkan lagi name tag ni. Agak-agak pakai card board okey kot. Hehehe...” Marissa tergelak kecil dan Murni terkekek.

“Boleh. Esok akak beli card board yang paling besar. Bubuh nama CIK MARISSA. Hahaha...” Tiba-tiba Murni menyergah dan Marissa kaget.

“Kusss semangat. Nasib baik jantung tak tergolek. Hehehe. Kak saya main-main aje. Jangan ambil pusing cakap saya yang entah apa-apa tadi tu.” Marissa mengenyitkan mata.

“Tahu sangat kamu tu Rissa oii... Sudah kamu pergilah berehat sekejap. Makan. Lagipun pelanggan tak ramai harini. Petang ni ada kelas kan? Kamu balik awal sedikit. Tak adalah kelam kabut nanti.” Murni memberi pelepasan. Marissa bernafas lega. Kak Murni ni baik hati kan?

“Terima kasih Kak Murni. Ini yang sayang akak lebih ni. Dapat gaji saya belanja akak air suam!” Marissa mengekek.

“Ceh! Ingatkan nak belanja di hotel tadi. Hahaha...” Murni berseloroh.

“Akak kenalah naikkan gaji saya kalau macam tu. Hahaha...” Mariss pula yang mengusik. Mereka tertawa. Keramahan di antara Murni dan Marissa membuatkan mereka tiada jurang antara satu sama lain. Sudah hampir setahun Marissa bekerja dengannya.

Tempoh pembelajaran Marissa masih terikat dua bulan lagi, Murni bimbang jikalau Marissa tidak mahu bekerja dengannya. Pasti dia akan merasa sunyi. Diam tak diam Marissa merupakan pekerja sambilannya yang paling lama bertahan. Pekerja lamanya hanya bertahan tiga bulan sahaja selepas itu memohon notis meletakkan jawatan 24 jam! Murni mula terasa sugul di hati.

Psssttt… Untung dah sekarang kalau keje sambilan ada kebajikan di jaga. Cepat siapa nak kerja sambilan? Angkat keyboard! Eh! Eh! Mengarut lagi si penulis ni. Korang sila abaikan penulis yang tengah di landa kemerengan.

“Marissa...akak harap Rissa akan terus bekerja di sini. Akak sanggup naikkan gaji kamu.” Lirih Murni perlahan. Marissa hairan melihat wajah majikannya tiba-tiba berubah sekelip mata. Tiada lagi senyuman dan usikkan. Marissa kehairanan.

“Aku ada salah cakap ke tadi?” Marissa menggumam sendirian.

*********

"ALAMAK! Dah lambat. Matilah aku.” Marissa terjerit kecil dan kelam kabut mencapai tuala meluru masuk ke bilik air. Dia sudah terlewat untuk mengikuti kuliah pagi ini. Marissa sekadar mandi kambing kerana waktu tidak mengizinkannya mandi seperti puteri raja. Sungguhpun dia sendiri tidak merasa selesa tetapi terpaksa mandi ala kadar!

Usai mandi dia mengeringkan rambutnya yang panjang mengurai dengan laju. Akibat daripada itu rambutnya menjadi kusut masai. Apabila disikat kerapkali tersangkut. Marissa menyeringa menahan kesakitan.

“Adoiii... Dah lah lambat. Rambut ni pulak buat hal.” Gumam Marissa sendirian.

Terkocoh-kocoh Marissa mencapai baju kurung polos berwarna unggu terang dan menyusup masuk ke tubuh badannya yang langsing. Kemudian di capainya tudung sarung berwarna unggu sedikit gelap.
Wah! Dah macam Lisa Surihani dalam cerita TUDUNG EKSPRESS! Siapa layan cerita ni? Angkat kening. Hehehe!

Setelah cincai bersiap, dia mencapai pantas beg sandangnya dan terus keluar mengunci pintu. Rakan sebiliknya sudah lama beredar. Naik lenguh mulut dan tangannya memangil Rissa.
Marissa mempercepatkan langkahnya sehingga menyinsing sedikit kain untuk bergerak lebih bebas supaya tidak tersekat. Marissa mengerling jam tangannya dan dia sudah terlewat sepuluh minit. Dia mengambil langkah seribu untuk berlari ke dewan kuliah.

“Lantaklah kalau orang nampak aku macam kena kejar hantu. Kalau dah lambat beginilah jadinya. Harap-harap Professor Ismadi belum sampai lagi. Please!” Pinta Marissa dengan penuh mengharap.
Setibanya dia di depan pintu melihat keliling dan dia bernafas lega bahawa Professor Ismadi masih belum kelihatan. Termengah-mengah dia mencari tempat duduk. Terlambai-lambai tangan Hanim ke arahnya. Marissa tersenyum jahat!

“Phewww! Nasib baik sempat. Kalau tak mati aku kena jengil dengan Prof Ismadi. Selamat...” Marissa menghamburkan lelahnya. Hanim tergelak kecil melihat keadaan rakan baiknya itu.

“Apa kau buat sampai boleh terlewat harini? Aku ingat kau tak datang. Lama tau aku tunggu dekat kafe. Ingat nak minum sesama. Tadi dalam mamai kemain lagi berjanjin sakan dengan aku kan!” Giliran Hanim menghamburkan marahnya. Macam Miss Universe dia terpacak di Kafe Buluh Perindu menunggu Marissa.

“Maaflah Nim... Aku terlewat bangun pagi tadi. Aku pun tak tau pasal apa boleh tidur ‘mayat’ malam tadi sampai pagi ni. Nasib baik tersedar. Kalau tak terlepas kuliah pagi ni. Tengahari ni aku belanja makan ok. Dah-dah jangan muncung. Nampak makin seksi. Cemburu nanti Angelina Jolie tengok. Hehehe...” Marissa cuba memujuk rakannya daripada rajuk. Kenal benar dia dengan perangai Hanim. Mudah sejuk apabila dipujuk. Hanim tersenyum dan membulatkan matanya yang memang dah besar. Seram je bunyi dia kan!

“Betul ke? Wah rezeki datang bergolek harini. Kita nak makan dekat mana? Kafe Buluh Perindu? Kafe Masakan Kampung? Ataupun Kafe Seri Maju? Tak sabarnya nak makan. Lapar...” Hanim menyoal bertubi-tubi dan mengadu seperti anak kecil. Marissa tertawa.

“Amboi! Kalau pasal makan terus hilang rajuk eh. Tengok badan tu. Comel betul. Geram tau aku.” Marissa mengusik sambil ketawa galak. Cik Mariss oi! Cover sikit! Awak tu kan perempuan ayu, masuk langau kang padan muka. Hahaha!

“Takpe. Janji kau belanja. Hehehehe.” Marissa dan Hanim tertawa. Akhirnya kelas bersurai kerana Professor Ismadi tidak dapat hadir akibat sakit perut. Ramai pelajar yang tersenyum dan terlompat sakan kerana hilang penyeksaan mereka menghadiri kuliah pagi itu.

**********

HANIM dan Marissa telah sepakat untuk menikmati makan tengahari di Kafe Masakan Kampung setelah usai mentelaah di perpustakaan. Oleh kerana pembatalan kuliah pagi itu, mereka terus bergerak menuju ke Perpustakaan Mawar.

“Harini dapatlah aku pergi kedai Kak Murni awal sikit. Rasa macam nak terus pergi lepas makan. Tapi pakai buju kurung ni leceh sikit nak bergerak sana sini.” Marissa memulakan perbicaraan. Hanim menoleh. Bagus apa pakai baju kurung. Banyak sungguh alasan si Marissa ni. Sekeh jugalah nanti. Hish!

“Aik! Pakai buju kurung sopan apa. Ayu ape kau kalau berbaju kurung. Suka aje aku tengok.” Hanim memuji. Marissa menyengih gelihati. Puji ada makna tu!

“Ayu tu kena tolak tepi geng. Masalahnya aku ni keje kedai buku. Nak kena panjat sana sini. Lari sana sini. Bukan macam keje dekat opis boleh duduk aje. Ini bukan alasan tau. Hehehe. Faham-faham ajelah sahabatmu ini cerdas bergerak.” Marissa menerangkan keadaanya.

“Yelah. Macam cacing kepanasan. Hehehe. Eh! Petang ni takde kuliah so bolehlah aku datang kedai jugak kan? Apa cerita best sekarang?” Hanim menyoal.

“Cacing pun tak panas macam aku. Hahaha... Banyak novel baru keluar sekarang. Contoh macam Coke dan Sundae ilham Ilya Abdullah. Cermin pulak kisah seram thriller ilham dari Hasrudi Jawawi. Banyak lagilah. Kau nak datang ok jugak. Boleh tolong aku kan. Please....” Marissa merayu kesudian Hanim. Hanim mencebik. Sengaja nak mengusiklah tu!

“Wah...wah...Gaji aku siapa nak bayar?” Hanim menyoal serius. Dalam hati terkekek-kekek tahan ketawa.
“Ok aku bayar gaji kau. Sehari RM 20.00. Amacam?” Giliran Marissa pulak mengusik. Macam majikan pulak kau ye Marissa.

“Lepas tu kalau nak buat beli makan tengahari untuk dua hari. Hahaha.” Hanim berseloroh. Makanan memang tak boleh dipisahkan dalam hidup Hanim. Hai bertambah montel lah si Hanim ni ye.

“Itulah kejenya. Makan...Makan...Makan. Aku rasa hadiah harijadi kau aku nak beli mesin penimbanglah. Bagi kau motivasi berdiet. Hehehe.” Marissa semakin galak mengusik. Hanim menjengil. Marissa tergelak besar.

“Adoi! Pantang sebut pasal makan. Mesti aku kena bahan. Yelah...yelah aku datang. Percuma! Tak payah bayar pun. Aku memain aje tadi. Kesian kau penat lelah keje bagi aku duit pulak. Duit aku ada lagi ni. Baru semalam papa aku bank in.” Wow! Poket Hanim kembung ini bulan. Hehehe…

“Alamak! Merajuk ke? Kau ni kan kalau merajuk aku tengok comel aje.”

“Tahu takpe. Hahaha.”

“Dah...dah...jom cari tempat. Nanti nasi dah sejuk tak sedap pulak.” Marissa mengajak dan Hanim membuntuti belakangnya.

“Eh! Air tak beli lagi. Kau duduk dulu. Nak pesan air apa?”
“Air basuh tangan! Hahaha.”

“Orait.” Marissa terus bergerak untuk mengacah Hanim. Hanim kaget. Tau kecut! Main-main lagi. Marissa ni pantang ke sakat ok. Kalau dia balas memang jadi double.

“Oit...oit...aku main-main ajelah. Sirap laici dan ais kurang satu. Air suam satu.” Hanim menjerit separuh kecil. Marissa ketawa besar kerana berjaya mengusik.

“Hahaha. Itulah main-main lagi kan dah kena sakat. Ok! Siap! Lagi 5 minit. Kau nak makan dulu makanlah. Aku ambil pesanan sekejap.”

“Allah! Aku tunggu kau lah. Mana aci macam tu kan.”

“Aci kat Batu Caves. Hahaha.” Marissa masih terus mengusik. Hanim juga tertawa sambil menghentak-hentakkan kakinya.

***********

ENTAH mengapa dia asyik terfikirkan gadis itu. Apabila pulang dari pejabat dia pasti akan singgah di kedai buku milik Murni Enterprise. Farizal tertarik kepadanya yang senantiasa mencuit hati. Seringkali dia mencuri pandang untuk seketika sebelum mengambil beberapa bahan bacaan untuk dibeli sebagai alasan. Namun bila pulang ke rumah buku itu hanya disusun rapi di dalam rak khasnya. Belum terusik pembalut yang membaluti bahan bacaan tersebut.

Dia jadikan simbolik untuk pertemuannya bersama sidia. Farizal tersenyum sendirian. Kadang kala dia merasa sayang untuk merosakan balutan dari tangan gadis yang menjadi pujaan hatinya.
Konon-konon sentimental value lah tu? Ah! Mengada pula Farizal ni!

Gambar Marissa ditampal ke dinding biliknya samaada dalam keadaan tersenyum, serius dan bergelak ketawa. Album Marissa yang bertajuk “TENTANG KAMU” dijaga rapi. Album itu sebagai pendua selain dari dinding biliknya.

Dah macam peminat fanatik artislah kau ni Farizal Hakimi!

“Kamu cantik Marissa. Mata kamu membuatkan aku sukar melelapkan mata. Setiap hari aku melihat kamu sebagai peneman tidur lenaku. Apakah hati ini memang milikmu?” Farizal bermonolog sendirian. Dah mengenyam dah!

“Hakim...Oh Hakim. Marilah makan. Asyik terperuk dalam bilik tu buat apa? Akak dah masak ni.” Macam suara Jaclyn Victor bila Murni terpekik dalam rumah tingkat ni. Kalau calon semua dengar ni mau dia sumbat lubang telinga dengan gumpalan tisu! Silap-silap mahu terlekat tahi telinga! Yerk!

“Sekejap Kak Long. Nanti Hakim turun. Nak mandi dulu. Badan melekit lagi ni” Farizal menyahut. Padahal tengah gugup takut terbocor rahsia hati. Eleh Farizal, gedik!

“Cepat sikit. Kalau lauk dah sejuk tak sedap pulak. Lagi satu baju kotor kamu mana? Mari sini Kak Long ambil.” Amboi baik betul Kak Long Farizal ni. Mari tolong cucikan baju kotor saya sekali. Hehehe!
“Err...err...tak mengapalah Kak Long. Nanti Hakim letak dekat belakang. Sekejap lagi Hakim turun.” Farizal kaget apabila Kak Longnya mahu masuk ke bilik. Cepat-cepat dia menguncikan pintu perlahan-lahan. Bimbang rahsianya akan terbongkar.

“Ada-ada saja budak ni. Entah apalah yang berahsia sangat sejak dua tiga bulan ni.” Kak Longnya mengomel sendirian. Farizal tergaru kepalanya yang tidak gatal lantas dicapai tuala yang tersangkut dan terus meluru ke bilik air.

Usai mandi Farizal menatap sekali lagi gambar milik Marissa yang di ambil secara diam-diam. Farizal tersenyum kembali. Terus dia tergeleng memikirkan dirinya kini sedang diulit angau.

Konon-konon mandi tak basah (Padahal basah aje rambut tu! Tipu ni!), tidur tak lena (Tipu lagi! Sampai terkeluar air basi tak lena apanya!) dan makan tak kenyang (Membunting perut kata tak kenyang! Huh!)

“Maaf Kak Long sebab turun lambat. Baju kotor Hakim dah letak dekata belakang.” Farizal duduk sambil mengambil lauk dan meletakkan di dalam pinggan yang sudah tersedia bersama nasi. Tinggal nak gadak dalam mulut aje. Kalau main suap-suap dengan Marissa mesti bahagia hidup aku! Yahooo!

Kuat berangan betul si Farizal Hakimi ni. Eh! Penulis jangan main-main boleh? Geram dah semua pembaca tau tak? Termasuk diri aku sendiri. Hehehe…

“Kamu ni lain macam akak tengok sejak dua tiga bulan ni. Apsal asyik terperuk aje dalam bilik? Macam ada sesuatu yang kamu sorok dari akak.” Kak Longnya terus menyoal. Farizal tersengih. Jawabnya tidak, asyik menyengih macam kerang busuk! Nasib baik macho!

“Tak ada apa-apa Kak Long. Saje berehat dekat dalam bilik.” Farizal berdalih. Tidak mahu rahsia peribadinya terbongkar. Hah! Kecut perut!

“Encik Mohd Farizal Hakimi... Kamu tu bukan akak tak kenal. Selalu tak begini pun. Sekarang bukan main lagi akak tengok. Tak keluar malam lagi. Tak melepak dengan kawan-kawan lagi. Lepas tu pintu bilik asyik terkunci. Kamu tukar kunci baru ke? Akak bukak tak boleh pun. Ni mesti ada apa-apa yang kamu rahsiakan.” Beria-ria Kak Longnya menerangkan keadaan. Farizal tercekik. Cepat-cepat Kak Longnya menyuakan air putih. Kalau aku tepuk-tepuk sampai berdarah. Hehehe! Gurau aje.

“Amboi Kak Long sejak bila jadi pegawai penyiasat Hakim ni?” Farizal berdalih.

“Jangan nak tukar topik. Sudahlah. Makan dulu tapi jangan sampai tercekik lagi. Kalau tak kemana-mana petang ni tolong Kak Long.” Arah macam ketua pengawal pulak Kak Long aku ni. Cisss!

“Yes mem! No problem mem!” Farizal tersengih kembali. Kak Longnya menggeleng. Pening melihat perubahan drastik adik kesayangannya. Entah angin apa yang melanda adiknya pun dia tidak tahu. Barangkali angin gatal miang kot?

“Kussss semangat. Nasib baik tak pecah tembelang. Kalau tidak mati aku nak terangkan. Kak Long aku ni dah macam pegawai penyiasatan pulak. Dia memerhatikan aku ke? Tak boleh jadi ni. Kena jadi macam biasa balik. Kantoi nanti tak pasal-pasal pulak. Farizal bermolong di dalam hatinya. Sesekali mata itu mengerling ke arah kakaknya. Nasib baik tak jadi juling.

Mereka tinggal berdua setelah kematian ayah dan ibu. Kak Longnya telah banyak berkorban semata-mata mahu melihat dia berjaya. Perit jerih Kak Longya, dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti.
Dengan keputusan yang cemerlang dia berjaya menghabiskan pelajarannya. Kini dia sedang berkhidmat sebagai Arkitek di salah satu firma perunding yang agak mahsyur. Usahanya untuk menjadi arkitek berjaya sudah tercapai. Kak Longnya tidak putus-putus menyokong dari belakang. Farizal bersyukur.

Kak Long baik, sopan santun, manis, cun, lawa… Errr… pinjam seratus? Nak buat bayar duit minyak kereta. (Patutlah puji melambung! Ada benda nak rupa-rupanya. Malu tau aku Farizal. Kata si penulis yang tengah menaip waktu kerja ni. Hehehe!)

**********

DIA mengamati keadaan sekeliling agar kehadirannya tidak disedari. Bimbang jikalau rahsianya terbongkar. Di satu sudut dia memerhatikan Marissa tanpa lepas. Bibirnya mengulum senyuman. Setia benar terhadap gadis pujaannya di dalam diam.

“Kak Murni...Rissa dah lama nak tanya akak tapi segan pulak.” Marissa memulakan perbicaraan. Dah pandai segan-segan pula. Hati macam ada bunga tengah berkembang aje.

“Aik! Sejak bila pulak pandai bersegan-segan dengan akak ni? Demam ke apa ni?” Usik Murni. Memang nak menyakat pun!

“Hehehe. Pandai akak buat lawak. Takde. Saya tertanya-tanya siapa yang akak upah buat ubah suai kedai ni? Menarik dan unik. Saya suka!” Marissa memuji. Farizal rasa bangga di dalam hati. Sukalah tu Marissa tu dok puji-puji?

Suka! Eleh, jelus pula si Penulis berkaca mata ni!

“Ubah suai kedai ni?Oh adik akak. Dia arkitek. Jadi akak mintak tolong dia buatkan.” Ujar Murni sambil tersenyum bangga. Kalau kerana tak marah dia belajar betul-betul tentu tak jadi macam ni. Diktator perlu ada dalam rumah bertingkat itu. Siapa lagi kalau bukan aku! Murni Nur Hidayati!

“Wah! Arkitek!” Marissa teruja.

“Nak kenal ke dengan adik akak? Solo lagi tu.” Murni mengusik. Marissa! Kau sukalah tu kan! Kembang kuncup hidung mancung kau tu Marissa.

“Hish! Apalah akak ni. Bertambah segan saya. Saya puji dengan bakat adik akak sebab mengolah kedai ni cantik dan sedap mata memandang. Pilihan warna pulak memang serata.” Marissa termalu-malu. Gedik kau ni Marissa. Dalam hati, jantung laju darah kau mengepamkan! Jangan tipu. Awas! Hehehe.
“Eleh segan konon. Nampak macam suka aje akak tengok.” Murni semakin galak mengusik. Merah padam muka Marissa.

“Eh mana ada kak! Dah...dah...saya pergi belakang dulu.” Marissa memboloskan diri daripada Murni. Tidak tahan disakat. Murni tergelak melihat kekalutan Marissa.

Mengantoikanlah gelabah kau ni Marissa! Baru nak eksyenkan kau ni sebenarnya seorang yang tenang di luar, tapi bergelodak hebat di dalam hati. Jeng! Jeng! Jeng!

“Alahai Rissa...Rissa. Pemalu rupanye. Ni kalau kenalkan dengan Hakim bagus ni.” Murni mula mengatur rancangan. Kalau dah jadi adik ipar sesuai jadi bahan usikkan ni! Padan muka kau Marissa! Nazaklah hidup kau kena bahan dengan Murni nanti.

Farizal keluar dari tempat persembunyiannya apabila mendapati Marissa sudah tiada. Dia mahu mengejutkan Kak Longnya. Apa barang main sorokk-sorok? Kata lelaki macho lagi hebat bergaya. Ewah! Puji lebih nampak.

“Cik...Buku ni kenapa mahal sangat? Dapat free tak boleh ke?” Farizal sengaja mengusik.Tak pepasal kena baling dengan kasut tumit tinggi Kak Long nanti. Haru!

“Mahal? Sebentar ye encik saya lihat harrrr...Hish! Hakim! Sengaja betullah budak ni. Apa mimpi datang kedai akak ni? Tak keje ke? Dah lama ke sampai? Kenapa tak nampak kamu pun tadi?” Bertubi-tubi soalannya dan Farizal tergaru mencari idea. Hah! Gelabah! Samalah perangai dengan si Marissa tu.

“Oh kakakku! Banyak betul soalan. Mana satu nak jawab ni?” Farizal tersengih. Cuba nak lari dari topik! Silap orang kalau nak lari topik dari Murni Nur Hidayati okeh! Hahaha

“Budak bertuah! Jawab semua!” Sengaja nak buat-buat garang. Pandai juga kau berlakon ye Murni!
“Saya tak mimpi tapi saja gatal. Keje tapi dah balik awal. Lama tak lama. Baru tak baru. Macam mana nak nampak kalau asyik membebel dekat pekerja. Adik tersayang datang pun tak perasan.” Farizal berseloroh.

Hambik kau kak aku pusing balik!

“Amboi budak bertuah ni. Bukan main lagi kamu ye. Ni nak balik pukul berapa ni? Akak balik kejap lagi kot. Eh mana pulak budak Rissa ni.” Alamak! Jangalah panggil dia. Kantoilah semuanya nanti. Penat plan tau.

“Nak balik dah. Kak... Tak payah masak banyak-banyak. Hakim nak keluar makan dengan kawan-kawan malam ni. Err... Siapa Rissa?” Farizal buat-buat tanya. Murni hairan. Ni mesti ada sesuatu ni kalau tak takkan buat-buat tanya kan?

“Makan luar? Kalau macam tu akak ajak si Rissa makan luar jugaklah. Rissa tu staff separuh masa dekat sini. Kenapa? Nak berkenalan ke dengan dia?” Murni sengaja mengumpan. Siap kau dik!
“Eh! Eh! Kesitu pulak akak ni. Okeylah Hakim gerak dulu. Tata... Waalaikumsalam.” Farizal cuba melarikan diri. Penakut! Kalau tidak beriya-iya cakap kat dalam bilik. Ceh!

“Waalaikumsalam. Yelah, tapi jangan balik lambat sangat.” Pesan Murni. Farizal mengenyitkan matanya yang bundar.

“Kak... barang saya dah siap. Saya balik dululah ye. Tadi akak bercakap dengan siapa?” Tiba-tiba Marissa muncul. Mestilah dengan orang Marissa oii. Takkan dengan meja pulak.

“Kamu keluar makan dengan akak boleh? Oh! Tadi tu adik akak. Rugi kamu takde. Kalau tidak boleh berkenalan.”

“Rugi? Takde maknanya rugi kak oii. Keluar makan? Eh! Seganlah saya kak pergi makan dengan boss sendiri.” Marissa cuba mengelak. Dalam hati tertanya-tanya. Siapa mamat tu eh?

“Takde nak segan-segan. Jom. Kamu tutup kaunter. Pelanggan semua dah balik. Harini kita tutup awal sikit. Maklumlah jalan dekat Kuala Lumpur ni kalau dah petang-petang memanjang sesaknya. Kita makan area Setiawangsa lagipun dah tak berapa jauh dari hostel kamu kan.” Marissa menganguk sambil tersengih.

“Segan saya kak sampai boss sendiri nak tolong hantar balik rumah. Bawak pergi makan lagi. Takpelah kak saya balik naik teksi aje. Menyusahkan akak pulak.” Merah padam muka Marissa menahan malunya. Agak kekok apabila majikan sendiri hendak menghantarnya pulak ke hostel.”Marissa memohon perngertian.

“Eh! Apa pulak susahnya. Dah...dah jangan nak fikir bebukan. Jom!” Murni mengorak langkah. Marissa membuntuti tanpa sebarang bantahan. Usai kedai di kunci mereka bergerak menuju ke parkir kereta yang tidak berjauhan dari tempat kerja.

*******

(Tiba-tiba jadi mood serius bahagian ini!)

HAMPIR setiap hari Farizal akan datang mengunjungi kedai milik kakaknya. Hanya semata-mata memerhatikan gadis pujaannya. Setiap hari Farizal tidak akan lupa mengambil gambar Marissa secara curi-curi. Itu pun tanpa pengetahuan Marissa.

Marissa yang tekun menyusun bahan bacaan yang baru tiba di bahagian rak yang telah disediakan. Banyak novel keluaran terbaru memenuhi ruangan.

Setelah selesai menyusun buku-buku di raknya. Marissa kembali menyambung tugasannya membaluti buku-buku baru yang masih tinggal berbaki. Farizal sengaja mengambil dua buah buku lagi. Kesemuanya novel keluaran terbaru tetapi tidak pernah di baca. Farizal menghampiri Marissa.

“Cik Marissa...saya nak bayar harga buku ni. Kalau ahli ada potongan ke?”

“Saya Encik...Kalau ahli memang ada potongan. Boleh saya dapatkan kad keahlian?”

Farizal menghulurkan kad keahlinya sambil tersenyum lirih. Marissa terpesona tetapi cepat-cepat dia padamkan perasaan itu. Entah mengapa dia berperasan sebegitu. Pelik!

“Oh Encik Farizal. Baru mendaftarkan tempohari. Kemari bukunya saya nak balut dengan kertas. Maaf sebab pihak kami tidak menyediakan plastik untuk membungkus.” Marissa berbasa basi. Giliran dia pulak tersenyum manis. Hati Farizal tersentak bagaikan di panah asmara. Ingin sahaja dia mengambil kamera di dalam begnya dan terus memetik picu mengambil gambar Marissa.

“Err...takpe...takpe... Saya ada bawa beg galas. Boleh masukkan ke dalam beg terus.” Farizal tergagap dan Marissa tersenyum lagi. Hati lelakinya semakin cair.

“Aduh! Comelnya senyuman dia.” Farizal berbisik sendirian dan Marissa mendongak.

“Apa dia Encik Farizal?”

“Errr...bukan...takde apa-apa... Saya kata minggu depan saya datang lagi. Saya tengok banyak keluaran novel baru ye.” Farizal kelam kabut membetulkan keadaan. Tidak mahu terkantoi.

“Oh! A’aaa bulan ni banyak pulak buku-buku baru. Agaknya permintaan ramai. Maklumlah pasaran bahan bacaan semakin meluaskan. Lagipun dapatlah membantu anak-anak muda kita mencari duit sampingan.”
“Betul tu...” Farizal mengangguk tanda setuju.

“Semua sekali RM 28.90 setelah bagi harga potongan keahlian.”

Farizal mengeluarkan sebanyak tiga keping not sepuluh ringgit. Tiba-tiba hatinya berani bertindak.

“Cik Marissa kalau tak keberatan boleh tak saya ambil gambar Cik Marissa?”
Marissa terkedu.

“Saya nak ambil sebab untuk projek tahunan saya. Itupun kalau Cik Marissa tidak keberatan. Kalau tak boleh saya faham.” Entah bagaimana luncur sahaja mulutnya memberi jawapan setelah melihat Marissa sedikit kekagetan.

“Err... Nak ambil sekarang ke?” Giliran Marissa menyoal.

“Bukan sekarang. Tapi nanti saya tetapkan satu tarikh. Kita ambil gambar dekat pemandangan luar. Tapi bila Cik Marissa cuti?”

“Hmm... Nanti saya tengok jadual saya sekejap. Eh! Lupa pulak nak pulangkan baki. Ini dia RM1.10.” Marissa hampir terlupa.

“By the way... panggil sahaja saya Fariz sahaja boleh? Haritu kan dah beritahu.”

“Oh... Okey... Panggil saya Rissa sahaja boleh? Kan haritu dah bagitau jugak.”
Farizal tergelak kecil dan Marissa juga tertawa.

“Jangan lupa ya. Temujanji kita...” Farizal sekadar mengingatkan. Marissa kehairanan.

“Oh! Okey... terlupa pula saya. Ermm... Hari rabu depan saya cuti. Boleh ke?”

“Boleh... Ini nombor telefon saya. Kalau tak jadi bagitau saya.” Farizal menulis sesuatu di atas resit pembeliannya. Marissa mengangguk tanda mengerti. Farizal memohon mengundurkan diri. Marissa menghulurkan novel yang di beli oleh Farizal.

Marissa menatap kembali resit tadi. Dia terfikir-fikir sendirian bagaimana dia boleh bersetuju membenarkan Farizal mengambil gambarnya. Rambutnya yang ikal di lepaskan semula bagi membetulkan ikatan yang semakin longgar. Hanya di kolej dia mengenakan tudung itupun kerana arahan yang di keluarkan.
Marissa menyambung kembali tugasan sambil bibirnya meniti nama lelaki itu.

FARIZAL – 012 3235546
Lantas di simpan terus dalam kocek bajunya. Kebetulan harini dia harus menjaga kaunter. Murni sudah keluar untuk menguruskan soal pembayaran gaji di bank terdekat. Marissa sudah berjanji untuk mengajak Hanim keluar keesokkan hari untuk membeli beberapa bahan bacaan di kedai majikannya.

**********

KAU kata nak datang tolong aku? Takde pun...” Marissa buat-buat merajuk.

“Sorry...sorry... Papa aku datang ajak keluar pergi temankan mama aku pergi beli barang.” Hanim menerangkan keadaan.

“Kot ye pun call ler aku. Kesian tau aku tunggu. Aku call kau pun tak dapat-dapat. Message aku pun kau tak jawab. Aku ingat kenapalah.”

“Hehehe...Handphone tertinggal dekat bilik sebab dah kelam kabut sangat sampai terlupa. Jangan merajuk eh. Nanti dah tak cun.” Hanim menyengih. Marissa mencebik.

“Haih... nasib baiklah kau kawan aku. Kalau adik aku dah lama aku ajak bergusti tau.”

“Amboi-amboi boleh ke bergusti dengan aku ni? Nanti patah riuk pulak pinggang kau yang ramping ni.”

“Aku surrender kalau ajak bergusti dengan kau. Mau aku koma nanti. Hehehe...”

“Hah! Pandai pun. Rissa macam mana aku nak kuruskan badan macam kau ye. Kau makan boleh tahan jugak tapi tak gemuk-gemuk pun. Jelus aku ni.”

“Macam mana mau kurus? Entah. Aku ni tibai aje apa ada depan mata. Aku pun pelik apsal aku tak gemuk-gemuk. Mungkin sebab aku bekerja sambilan kot. Tu yang lemak tak sempat nak bertamu.” Marissa mengenyitkan mata.

“Aku ingat aku nak makan pil pelangsing. Mana tau aku boleh kurus.” Hanim menyatakan hasratnya tapi di tegah oleh Marissa.

“Kau jangan nak mengada-ngada makan pil-pil semua. Aku tak benarkan. Kita bukan tahu kandungan dalam pil tu sesuai ke tidak dengan tubuh badan. Nanti tak pasal-pasal jadi benda lain. Kau pun mana ada gemuk sangat aku tengok. Sedang-sedang elok apa. Montok aje. Kejelusan aku tengok tau.” Marissa cuba memujuk. Hanim tertawa.

“Ok...ok aku tak makan. Wah! Macam ini kau kata ok? Kau tengok lemak aku ni macam orang tersenyum garisan dia tau tak. Aku lagi nak ramping macam kau.”

“Jangan mengada-ngada aku cakap! Biar tubuh badan berisi asalkan sihat. Esok diet-diet sakit pulak yang datang.” Marissa memberi amaran dan suaranya agak keras bunyinya. Hanim hanya tersengih.

“Eh! Rabu ni aku off tau. Kau follow aku. Ada sorang mamat ni mintak tolong aku jadi model photoshoot untuk projek tahunan dia. Seganlah pulak aku nak pergi sorang-sorang. Kalau kau ada selamat sikit. Hehehe...”

“Amboi...amboi sejak bila kau ada projek dekat luar ni?”

“Mamat ni selalu datang kedai beli buku. Oleh kerana dia rajin beli buku kat kedai dia mintak tolong aku semalam.”

“Habis tu kau tolonglah? Amboi cepat betul kau setuju Rissa?” Hanim seakan kurang senang tindakan rakan baiknya itu. Takut jadi apa-apa. Maklumlah zaman sekarang macam-macam kes berlaku.

“Sayang...sebab itu aku ajak kau temankan aku. Adoi...lembablah kau ni Nim!”

“Errr...hehehe. Boleh! Tapi ada satu syarat.”
“Tak payah cakap. Aku tau dah. Yelah aku belanja kau makan KFC. Orait?”

“Ni sayang kau bebanyak ni. Tahu jerk makan kegemaran aku.”

“Macam maan tak tau. Kau dengan ayam kan kembar. Hehehe.”

Tawa mereka meletus. Lantas Marissa mengambil resit pembayaran Farizal tempohari. Di ambil telefon bimbitnya dan menghantar pesanan ringkas.

*******

PANTAS sahaja dia mengambil telefon bimbit yang berada di atas meja sebelah katilnya. Dia melihat tertera nombor yang tidak dikenali. Bibirnya mengukir senyuman apabila melihat pesanan ringkas yang di terima. Langkahnya yang pertama berjalan dengan lancar.

Farizal bangun dan terus berdiri di hadapan dinding berdepan dengan katilnya. Di tatap lama gambar yang terpampar gambir milik gadis pujaannya. Semakin melebar senyuman Farizal.

Tidak menyangka pada hari dia menghantar kakak sulungnya merupakan hari paling bertuah. Secara kebetulan dia terlihat seorang gadis genit yang berjalan sebelah kenderaannya. Rambut mayang mengurai dengan wajah yang sungguh mulus. Comel!

Matanya tidak melepas pandang wajah milik gadis itu. Di tatap lama sambil mengusap pipi gadis itu di dalam gambarnya.

“Saya jatuh cinta pandang pertama pada awak Marissa. Sudikah sekiranya awak menjadi teman hidup saya? Entah mengapa saya selalu terbayangkan wajah awak dalam lena saya. Tidak pernah saya rasa sebegini...”. Hoi! Farizal pergi luah dekat depan Marissa boleh? Ada ke depan kamera!

Farizal berbicara sendiri. Melayani perasaannya tentang rasa hati. Dia kembali ke tempat pembaringannya. Hoi! Farizal pergi luah dekat depan Marissa boleh? Ada ke depan laptop! Tak macho langsung!

Temujanji bersama Marissa adalah hari penentu segalanya. Dia akan meluahkan perasaan jujurnya kepada Marissa. Farizal cuba melelapkan matanya yang tidak kantuk.

Akhirnya Farizal terlena sendiri. Mengulit mimpi yang mungkin akan melayari tidurnya.

********

SEPERTI yang dijanjikan, Marissa dan Hanim menunggu kedatangan Farizal yang beria hendak menjemput. Selama setengah jam menunggu akhirnya bayang Farizal muncul.

“Assalamualaikum! Maaf terlewat sikit. Jammed.” Alasan paling kukuh!

“Waalaikumsalam” Marissa dan Hanim membalas serentak. Farizal agak tersentak kerana melihat Marissa membawa seorang teman. Rancangannya mungkin sedikit tergugat. Namun di buangkan perasaan cepat mengalah itu jauh-jauh.

“Boleh Fariz tahu siapa teman Rissa ni?” Alamak! Kacau daun pulak minah ni. Aku dah plan baik punya.
“Oh maaf. Ini teman baik Rissa, Hanim.” Nasib baik angkut kau sekali beb!

“Terlebih dahulu saya nak mintak maaf sebab bawa Hanim ni temankan saya. Saya rasa kurang selesa kalau kita pergi berdua.” Marissa memberi penerangan.

“Eh! Tak mengapa. Saya tak kisah pun. Lagi bagus kalau pergi berteman. Mari...”
Marissa dan Hanim membuntuti langkah Farizal menuju ke perkir kereta.

Pada mulanya Marissa agak segan duduk di hadapan sebelah pemandu. Oleh kerana tidak mahu menjadikan Farizal nampak sebagai pemandu mereka, Marissa beralah.

“Banyak lagi ke projek nak kena buat?” Marissa memulakan perbicaraan. Hanim masih membatukan diri di tempat duduk belakang.

“Tak banyak dah. Cuma tinggal nak ambil gambar model untuk projek saya ni aje. Nasib baik Rissa sudi nak tolong. Kalau tidak susah jugak.”

“Tapi kenapa saya?”

“Sebab saya tengok wajah Rissa ni ada keunikkan sendiri. Jadi saya pun nak buat portfolio saya ni lain dari yang lain.” Farizal ligat mencari idea bagi menutupi lubang rahsia.

“Oh macam tu. Saya tengok muka saya ni takdelah unik mana pun tapi alhamdullilah sebab sempurna ciptaan Illahi.”

“Rissa aje yang tak perasan tapi saya perasan memang unik dan menarik!”

Marissa tersenyum. Hanim hanya melihat dan mendengar perbualan mereka. Terdetik satu perasaan apabila melihat cara renungan Farizal terhadap temannya itu. Dia akan menyiasat!

“Kemana kita nak pergi ye?”

“Kita pergi Cameron Highlands dan petang ni jugak kita balik semula ke Kuala Lumpur.”

“Oh...” Marissa mengangguk tanda faham dan sesekali menoleh kebelakangan melihat keadaan temannya. Hanim hanya memandang sepi ke luar tingkap.

“Makcik! Kemana menghilang tu?” Cuit Marissa dan membuatkan Hanim tersentak.

“Astaqfirullahalazhim! Rissa! Terperanjat Hanim tau! Cuba jangan nakal. Hanim lesing nanti. Opsss... err...maaf sebab terlepas cakap.” Hanim baru tersedar bahawa bukan mereka berdua sahaja wujud. Farizal terkekek keriangan.

“Itulah berangan tak tentu pasal lagi. Kantoi tak pasal-pasal. Kau bosan ke? Jomlah kita borak sama-sama.” Marissa memohon pemahaman Hanim. Tahu sangat dia bahawa Marissa kehilangan idea untuk meneruskan perbicaraan. Hanim menjelir dan menunjukkan tanda padan muka. Marissa menyeringa.
Mereka meneruskan perjalanan dengan perbualan kosong. Farizal menyenangi keramahan Marissa dan Hanim. Mereka seolah-olah telah lama berkenalan. Inilah peluangnya untuk mendekati dan mengenali siapa Marissa.

Rancangannya untuk meluahkan isi hati dibatalkan terlebih dahulu. Mencari peluang yang lain untuk menyatakan perasaannya terhadap Marissa.Kacau daun pula si Hanim ni. Cis!
Ligat otak Farizal mencari waktu yang sesuai untuk mengajak Marissa keluar bersamanya sekali lagi. Dia tidak boleh menggunakan alasan yang sama lagi. Nanti tak pasal-pasal terbongkar pulak identitinya.

“Rissa... Aku tengok si Farizal tu kan pandang kau lain macam aje. Macam nak telan kau pun ada. Peliklah.” Hanim memecahkan hening malam.

“Kau ni pandai-pandai aje. Memanglah dia kena tengok aku sebab dia nak tangkap gambar aku. Takkan dia nak tengok pokok pulak.” Marissa mengenakan Hanim.

“Memanglah dia tengok kau pasal nak ambil gambar. Tap i mata dia tu pandang kau semacam tau.Aku taulah sebab aku dok mengintai dia.”

“Oit! Tak baik mengintai oranglah. Ketumbit mata tu baru tau. Hehehe...”

“Hehehe...” Hanim tersengih. Marissa tergelak kecil. Farizal kehairanan.

*******

SELEPAS penggambaran yang di buat dua minggu lalu. Perhubungan Farizal dan Marissa semakin erat. Setiap hari Farizal akan menghubungi Marissa. Mereka berkongsi pendapat tentang gambar yang di ambil. Marissa tergelakkecil melihat gambar kandidnya bersama Hanim. Farizal merasa bahagia!

“Ok tak gambar tu?”

“Entahlah saya tak pandai nilai gambar sendiri. Orang yang tengoklah kena tentukan. Tak pun kena tanya professor Farizlah.

“Ewah, merendah diri pulak Cik Rissa kita ni.”

“Eh! Betullah. Takkan saya nak angkat bakul sendirikan. Puji gambar sendiri cun melecun.”
“Cantik... Saya jatuh suka.”

“Apa yang jatuh suka tu? Lain macam je dengar.”

“Eh! Maksud Fariz, jatuh sukalah kalau tengok gambar Rissa. Lembut aje. Mau professor saya jatuh hati tengok gambar Rissa ni.”

“Ah... Ada-ada je Fariz ni.Oklah Rissa nak masuk tidur dah. Esok pagai ada kuliah. Lepas tu petang kena keje. Nanti-nanti kita borak lagi ye.”

“Ok. Macam biasa Fariz akan call Rissa. Boleh kan?”

“Kalau kata tak boleh pun Fariz call jugak. Kirim salam pada prof Fariz ye.”

“Yelah. Waalaikumsalam.”

“Ha?”

“Maksud Fariz tolong jawabkanlah tu. Rissa ni saje nak sakat Farizlah tu.”

“Hehehe. Yelah..yelah. Selamat malam Fariz.”

“Selamat malam Rissa. Tidur mimpikan Fariz ye.”

“Mimpi Fariz? Tak naklah. Rissa nak mimpi wajah Kurosaki Ichigo. Hahaha...”

“Eh! Siapa pulak lelaki tu?”

“Buah hati dan pengarang jantung Rissa. Daaaa. Assalamualaikum.”

Talian dimatikan. Farizal mengetap bibir. Nasib baik tak berdarah bibir ni!

“Waalaikumsalam. Siapa pulak mamat tu? Nama Jepun pulak tu. Tapi kenapa aku tak pernah nampak mamat tu jumpa Rissa dekat kedai? Jelous dah ni.” Farizal mengepal tumbukkannya. Hatinya tiba-tiba merasa sakit. Hilang seketika kebahagiannya.

Farizal berbaring dan mengerut dagunya yang di tumbuhi janggut yang nipis. Dia tidak dapat melelapkan mata.

“Buah hati dan pengarang jantung Rissa...”

Terngiang-ngiang di telinganya. Dirinya mula rasa tak keruan. Panahan asmara tidak sehebat ini. Farizal mula tak sedap hati.

“Aku dah terlewat ke nak tawan hati dia?” Farizal mengomel sendirian. Cuba melelapkan mata namun tidak berjaya. Lantas Farizal bangun dari pembaringannya. Dia mengadap laptop Apple yang berwarna hijau.
Pantas jarinya menekan fail yang bertajuk “ TENTANG KAMU”. Matanya setia menatap wajah mulus milik Marissa. Farizal tersenyum sendirian.

“Buah hati dan pengarang jantung Rissa...”

Kata-kata itu kembali menerjah pemikirannya. Farizal mendengus kasar.
“Kenapa ayat tu jugak yang aku nak ingat? Damn it!”

Farizal bangun dan menuju ke bilik air. Menepuk-nepuk air yang berada di dalam kolah seperti sedang memfire raksasa! Alah yang macam ultraman buat tu…

*******

HANIM dan Marissa tekun mentelaah untuk mengulangkaji pelajaran. Peperiksaan akhir tahun perlu bersedia dengan rapi. Ini adalah peperiksaan akhir untuk menentukan samaada mereka tamat pelajaran mengikut jadual ataupun tidak.

Sesekali Hanim tergelak melihat diri Marissa yang menyangkut pensel dan pen di kedua2 belah telinganya. Rambut di ikat dua seperti kanak-kanak tadika. Dengan muka yang di tepek bedak sejuk. Untuk kecantikkan kulit katanya.

“Kau gelak-gelak ni mesti wayar kau dah shot kan. Hahaha...” Marissa mengusik.
“A’aaa tapi tak seteruk shot kau Rissa... Hahaha”

“Well... Aku kalau datang periksa memang beginilah. Mau ada yang pengsan tengok muka aku kalau keluar macam ni. Hehehe...”

“Nasib aku dah biasa sebilik dengan kau. Kalau tak mau kena penyakit jantung.”

“Hehehe... Aku nak buat air kopi ni. Kau nak tak? Aku buat satu jug. Boleh kongsi sambil makan biskut meri. Kejap aku ambil air kat watercooler di bawah. Jom temankan aku.”

“Jap-jap aku nak ambil sweater. Kat luar tu sejuk.” Hanim mencapai baju panasnya yang tersangkut di kerusi. Marissa sudah menanti di depan pintu bilik.

Mereka turun ke bawah. Tiba-tiba, lampu tangga terpadam. Marissa dan Hanim berpandangan.

“Alamak. Macam mana boleh lampu tangga takde pulak. Kejaplah, aku pergi ambil lampu suluh. Kau tunggu sini.” Arah Hanim.

Marissa menanti sambil melepaskan ikatan tocang duanya. Terasa sakit kepala.
Entah bagaimana, mukanya di suluh dengan lampu. Terjerit besar Faridah apabila tersuluh muka yang putih dan rambut bergerbangan!

“Mak! Hantu! Tolong! Tolong! Ada hantu tangga! Huwarghhhhh!” Nyaring pekikkan Faridah.

Marissa kaget dan Hanim yang terdengar jeritan itu terus berlari mendapatkan Marissa.

“Hei! Faridah! Ini akulah Rissa! Mana ada hantu! Ko ni tengok bebetul dulu.”

“Apahal ni? Apa kena kau ni Faridah?”

“Huarghhhh! Aku ingatkan hantu tadi. Kau pun satu yang tercegat berdiri kat tangga ni kenapa? Terkejut beruk aku tau.” Faridah menangis kerana terkejut. Ke takut? Hehehe!

Ramai pelajar yang terdengar jeritan tadi berpusu-pusu menuju ke tangga. Tak pepasal semua dah sibuk nak tahu apa yang terjadi.

“Dah...dah. Semua boleh masuk bilik. Takde ape. Si Faridah ni tersalah tengok. Sorry semua.” Marissa tersengih. Hanim mencubit lengan Marissa. Faridah menghentak kaki menuju ke biliknya.

Tergelak besar Hanim mendengar penjelasan Marissa. Tak semena-mena dia di panggil Hantu Tangga! Hahaha. Rambut Marissa yang mengerbang tadi diikat semula dengan rapi. Bedak di muka masih tebal. Mereka terus mengekek tanpa henti.

Usai mengambil air panas, mereka menuju semula ke bilik. Menyambung untuk mengulangkaji pelajaran. Siap kopi O pekat satu jug.

“Hantu Tangga! Hahaha...” Hanim mengejek. Marissa ketawa besar.

“Aku nak tampal kat depan pintu bilik ni... AWAS BILIK HANTU TANGGA! Hahaha...”

“Kau jangan macam-macam Rissa. Kang pengsan pulak budak Faridah tu. Selalu angkuh sangat dia tak takutkan apa-apa. Sekarang melalak terus nampak muka kau yang bergelomak ni. Hehehe.”

“Itulah, Allah marah tau orang suka cakap takbur. Gelihati aku tak hilang-hilang ni. Hahaha...”

Sedang mereka rancak berbual. Telefon bimbit Marissa berbunyi. Lantas Marissa menuju ke katilnya. Hanim mengejek. Marissa menjelir!

“Assalamualaikum Fariz. Ye ada apa? Rajin betul Fariz call Rissa ye.” Marissa mengusik.

“Waalaikumsalam. Menganggu ke? Rissa tak suka ke Fariz call? Kalau tak suka tak mengapalah. Sorry.” Farizal seakan merajuk. Marissa tergelak kecil.

“Allah! Merajuk pulak Encik Farizal kita ni. Rissa tengah rehat kejap. Tadi tengah ulangkaji dengan Hanim. Kalau nak berbual sekejap tu bolehlah.”

“Oh ye ke? Rissa ada exam ke esok pagi? Sorry menganggu Rissa pulak malam-malam ni.”

“Ok je nak berborak sekejap. No hal.”

“Rissa... Kalau Fariz tanya soalan ni Rissa jangan marah pulak. Saja nak tanya.”

“Soalan apa tu? Menyeramkan aje. Hehehe... Boleh. Nak tanya apa tu?”

“Siapa Kurosaki Ichigo tu ye? Nama dia macam pelik. Boyfriend Rissa tu orang Jepun ke?” Soal Farizl. Marissa menahan perut hendak ketawa.

“Siapa Kurosaki Ichigo? Rissa dah bagitau dia buah hati dan pengarang jantung Rissa. Fariz lupa eh?” Sengaja Marissa mahu mengusik dan berteka teki. Rissa juga tertanya. Fariz ni tak baca komik ke? Pelik? Selalu lelaki suka baca komik bersiri BLEACH.

“Oh! Memang betullah boyfriend Rissa. Maaflah Fariz tak tahulah pulak. Err...err...oklah Rissa. Fariz ada keje sikit nak buat. Lagipun Rissa nak ulangkaji kan. Pergilah sambung. Nanti-nanti kita berbual lagi.” Farizal terasa sakit di hati. Kecewa mula bertandang. Sah! Farizal salah faham tentang lelaki misteri Kurosaki Ichigo dalam hidup Marissa!

“Hehehe. Ok. Terima kasih kerana call. Nite. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Marissa tergelak besar. Hanim kehairanan. Marissa menahan perutnya dan mengesat airmata yang mula terbit di tubir mata.

“Kau ni apa kena? Tetiba gelak macam orang gila. Siapa call tu? Fariz tu eh?” Hanim tidak berpuas hati melihat gelak ketawa Marissa. Dia pun nak tau cerita jugak. Apa yang melucukan sangat tu!

“Kalau aku cerita ni mesti kau pun tergelak sama! Hahaha!”

“Dah tu ceritalah cepat! Aku nak tau gak berita sensasi tu!”

“Fariz tu. Buat lawak betul. Dia ingat Kurosaki Ichigao tu boyfriend aku! Hahaha!”

“Eh! Siapa mamat tu?” Hanim bertanya. Marissa berhenti ketawa dan merenung mata Hanim dengan kening terangkat sebelah!

“Poster yang bertampal tepi dinding kat katil aku apa nama dia?” Marissa memuncungkan bibir mugilnya.

“Poster tu?”

“A’aaaa. Apa nama mamat kat poster kartun tu? Yang rambut dia color oren tu dengan pedang hebat dia tu dan pakai baju SHINIGAMI tu?” Marissa buat-buat tanya.

“KUROSAKI ICHIGO. BLEACH! GETSUGA TENSHO!” Laju sahaja jawapan Hanim.

“Fariz ingat watak komik ni boyfriend aku!”

“Hahaha!” Hanim pulak yang ketawa besar. Marissa tersengih. Mereka tertawa bersama. Kesian Farizal kan!

*******

HATINYA sakit. Jiwanya panas. Fikirannya kusut. Semua kerja yang dia buat tidak menjadi. Harith, teman sepejabatnya merasa hairan dengan perubahan Farizal Hakimi.

“Arghhh! Damn it! Apa kena dengan aku ni?” Farizal Hakimi membentak. Harith mendekatinya.

“Kau ni apa kenanya Hakim? Ribut takde hujan takde tetiba macam orang sawan. Apa kes?”

“Aku dah terlewat! Harith! Aku dah terlewat nak memiliki cinta dia. Rupanya dia dah berpunya.” Farizal Hakimi mengeluh.

“Apa yang terlewatnya? Tak faham akulah. Cuba kau explain bebetul. Bagi aku faham keadaan kau ni.”

“Gadis kat kedai kakak aku tu dah berpunya Harith! Orang Jepun pulak tu!”

“Awek mana pulak ni?”

“Ni...ni awek dalam screen laptop aku ni. Marissa Ariayani. Awek yang aku cerita kat kau yang dia keje dengan akak aku.”

“Oh awek cun melecun tu! Apa! Dia dah ada boyfriend? Orang Jepun? Wah dahsyat awek ni dapat orang Jepun. Mana kau tahu?” Banyak soalan pulak si Harith ni. Kena lesing dengan Farizal Hakimi baru tau!

“Dia sendiri cakap kat aku!”

“Kau pasti? Pernah nampak boyfriend dia?” Soalan lagi yang Harith tanya. Mau kena baling dengan pen kejap lagi ni!

“Tak. Tapi siap cakap kat aku buah hati dan pengarang jantung dia kalau tidur malam-malam. Siap mimpi-mimpi lagi!”

“Kau siasatlah betul-betul bro! Apa nama mamat Jepun tu?” Tanya lagi. Farizal Hakim merenyuk kertas di hadapannya dan membaling ke arah Harith. Tersengih Harith.

“Asaki Ago ke apa ntah nama mamat tu! Pelik semacam nama dia.”

“Hahaha! Memang pelik nama mamat tu. Hahaha!”

“Hoi! Kau ni gelakkan aku pulak. Lesing kang!”

“Aku bukan gelakkan kau. Aku gelakkan nama mamat tu. Nampak sangat bukan nama sebenar. Macam nilah. Baik kau tanya si Rissa tu bebetul. Sebelum kau betul-betul terlewat. Nanti melepas! Kau jugak gigit jari...”

“Nantilah aku tanya. Dia tengah nak exam. Dah habis exam nanti aku nak mintak tolong kakak aku tanykan kat dia. Kalau aku yang tanya terus dia tak nak kawan dengan aku pulak.”

“Ikut sukahati kau bro. Ingat! Jangan tunggu lama-lama...nanti lama-lama dia di kebas orang!” Macam pernah dengar ayat tu kan!

“Harith!” Farizal Hakimi terjerit kecil. Harith memboloskan diri.

Farizal Hakimi memerlukan pertolongan kakaknya. Ego sudah di tolak ketepi. Dia perlu betindak cepat! Chaiyok! Chaiyok ! Farizal Hakimi!

*******

SETELAH tamat menjwab peperiksaan bagi kertas terakhir. Marissa menarik nafas lega. Dia yakin dengan dirinya sendiri. Semoga doa kedua orang tuanya tercapai. Marissa tersenyum puas.

Marissa mengemas peralatan menulisnya dan menunjukkan tanda isyarat kepada Hanim yang dia menunggu di luar dewan peperiksaaan. Hanim hanya mengangguk. Marissa mengenyitkan mata.

“Fuhh! Lega otak dah tak serabut lagi. Bolehlah aku sambung keje dekat kedai Kak Murni dengan senang lenang. Tapi macam mana nak bagitau Kak Murni ye aku nak berhenti akhir minggu ni? Mesti Kak Murni sedih, tapi aku kena balik kampung.” Marissa mengomel sendirian. Dia tercari-cari ayat untuk di susun dan di sampaikan kepada majikannya.

“Alamak serba salahlah pulak. Tapi orang tua aku dah pesan. Habis aje exam balik kampung. Adoi! Pening ni.”

“Huarghhh! Makan budak!” Segah Hanim.

“Whoaaahh!” Marissa terkejut.

“Hahaha...”

“Hanim!”

“Apa yang kau merepek sorang-sorang tadi tu?” Soal Hanim. Dia punya suka sangat tanya soalan. Sesuaikan dengan Harith Ismadi!

“Takde, aku tengah fikir macam mana nak cakap dekat Kak Murni yang aku nak berhenti keje. Aku nak balik kampung.” Marissa mula bimbang jikalau Kak Murni kecewa.

“Apsal pulak kau tak boleh nak berhenti? Kak Murni tak boleh cari pekeje baru ke? Yang kau nak fikir susah-susah buat apa? Mak ayah kau suruh balik kampung kan?” Hanim memang cari penyakit! Tanya lagi soalan!

Marissa yang tengah kusut menjadi semakin kusut. Tak pepasal karang dia jadi Kenpachi (watak dalam cerita Bleach juga) belasah si Hanim ni nanti. Marissa menjengilkan matanya kepada Hanim. Tersengih sajalah kerja si Hanim ni.

“Memanglah boleh tapi itulah aku tengok haritu Kak Murni macam susah nak lepaskan aku. Kesian pulak aku tengok kalau dia nak cari pekeje baru. Bukan ramai pekeje sambilan nak bertahan lama. Paling lama pun sebulan! Lepas tu berhenti mendadak. Aku tak nak dia sedih.”

“Kau slow talk dengan dia elok-elok. Tentu Kak Murni faham. Aku percaya kau boleh lakukan.” Hanim menepuk bahu Marissa lembut.

Marissa hanya mengeluh kecil. Otaknya ligat mencari kata-kata yang sesuai. Kalau tersilap kata tentu Kak Murni akan bersedih. Marissa mula menyusun baris-baris kata.

Kau boleh buat Rissa! Gambate! Gambate! Gambate!

“Rissa! Hallo! Dah hilang kemana tu?” Hanim melambai-lambaikan tangannya. Dia terkejut melihat reaksi Marissa yang tiba-tiba mengangkat tangan. Sambil mengenggam penumbuk. Tampak bersemangat tak semena-mena!

“Eh! Hehehe... Termamai pulak!”

“Kau ni kan memang selalu macam ni. Itulah terikut-ikutkan sangat BLEACH! kau tu. Gara-gara Ichigo lah tu! Hey! Pelik aku dengan hobi kau ni. Selalu orang lelaki layan cerita lawan-lawan tu.”

“Hallo! Ada lelaki yang tak tau pasal KUROSAKI ICHIGO aku yang tersayang tu tau.” Hanim mengerut dahinya yang agak luas.

"Siapa?” Marissa sudah mengangkat beg galasnya. Hanim tersengih kembali.

“Oh! Farizal! Hahaha... memang pelik mamat tu tak tau siapa KUROSAKI ICHIGO!”

“Tahu takpe. Eh! Bercakap pasal dia. Dah tiga hari dia tak call aku. Pelik pulak?” Hanim tersenyum makisn lebar. Eleh! Dalam hati ada tamanlah tu! Lagi tak nak mengaku!

“Hah! Rindu kat mamat tu ke? Jeng...jeng!”

“Rindu jugaklah!. Rindu nak sakat dia lagi pasal Hero kesayangan aku tu!” Gatal merenyam jugak kau ni Marissa ye!

“Jom pergi makan! Aku laparlah...”

“Itulah keje kau kan? Bila nak diet ni?” Marissa mengangkat keningnya. Hanim tersengih lagi. Marissa menggeleng-geleng.

*******

(Wah makin serius Nampak si Penulis kita ni!)

TAK senang duduk dibuatnya. Serba serbi yang di buat semua tak kena. Genre buku pun banyak yang dia tersalah letak. Murni perasan perubahan yang berlaku terhadap Marissa.
Marissa masih lagi tercari-cari ayat untuk berbincang dengan majikannya. Marissa semakin pening. Murni mula mendekatinya.

“Rissa? Kamu ada masalah ke? Nak berkongsi dengan akak?”

“Err...err... takde kak. Cuma saya...saya... Hish! Macam mana nak cakap ye?”

“Ada apa ni Rissa? Lain macam akak tengok kamu ni?”

“Macam ni Kak Murni. Allah saya nak terangkan pun rasa serba salah ni.”

“Kamu ambil nafas perlahan-lahan. Kalau tak boleh cerita sekarang tak mengapa akak tunggu masa yang sesuai.” Murni cuba menenangkan Marissa yang tengah gundah gelana.

“Dah takde masa lagi kak Murni oii... Tinggal lagi tiga hari saya kena balik kampung. Harini hari penentuan. Mungkin esok saya last bekerja dekat sini. Tapi macam mana saya nak bagitau akak ni.” Marissa mengomel sendirian di dalam hati.

Murni mula mengorak langkah. Marissa berpaling dan memanggil namanya.

“Kak Murni. Saya ada hal nak beritahu akak.” Marissa meluahkan sedikit demi sedikit. Dia mencari kekuatan. Murni berpatah memandangnya.

“Ada apa tu Marissa?” Murni seakan dapat mengagak kegusaran Marissa.

“Macam ni kak. Saya habis exam beberapa hari yang lalu. Mak dan ayah di kampung berpesan tamat exam saya kena balik ke sana. Jadi saya nak beritahu akak yang saya nak berhenti keje. Esok adalah hari terakhir saya di sini. “ Marissa mendapat kekuatan. Murni hanya mendiamkan diri dan tersenyum tawar.

“Mintak maaf Kak Murni. Saya... saya...” Marissa tidak dapat meneruskan kata-katanya. Dia melihat ada kekeruhan di wajah majikannya. Marissa serba salah.

“Tak mengapalah Marissa. Kamu kenalah patuh arahan mak dan ayah kamu. Kalau kamu senang bila-bila masa kedai ini terbuka untuk kamu. Cuma akak kena bekeje keras sedikitlah nak mencari pekeje baru.”

“Tapi kak... Saya rasa bersalah pulak. Dalam masa yang sama saya di lema. Kalaulah badan saya boleh di bahagi dengan dua.” Marissa tersenyum hambar. Murni menepuk-nepuk bahu milik Marissa.

“Akak faham Rissa. Sudah jangan sedih-sedih dan rasa bersalah pada akak. Akak okey.” Murni tersenyum. Marissa pilu.

“Terima kasih kak sebab banyak tolong saya. Terima kasih jugak sebab upah saya jadi pembantu sambilan. Banyak kenangan di sini. Saya doakan kedai akak maju dan berkembang pesat. Terimakasih tak terhingga Kak Murni.”

Marissa memeluk erat tubuh kecil milik Murni. Biarpun umur merekahanya berbeza tiga tahun. Namun rasa hormat tetap ada. Budak-budak sekarang ni saja kalau berchatting tak ada rasa hormat. Main pakai boh saja! Betul tak? Hehehe...

“Akak baru nak kenalkan Rissa dengan adik akak minggu depan. Tapi memang takde rezeki dia nak berkenalan dengan Rissa ni.” Murni tersenyum. Marissa terkedu!

“Ish! Akak ni! Malu tau Rissa. Janganlah kak.

“Memang jangan pun. Esok pun dah hari terakhir kamu. Melepas peluang dia.”

“Alamak! Akak jangan cakap macam tu kak. Saya rasa sedih pulak.” Marissa mengenggam erat tangan Murni.

“Akak gurau ajelah. Tapi memang terlepaslah peluang adik akak nak berkenalan dengan Marissa yang baik hati dan cantik ni. Ingatkan nak jodohkan kamu berdua.” Murni masih mengusik. Merah padam wajah Marissa.

Siapa sebenarnya adik Kak Murni tu ye. Tertanya-tanya juga ni. Manalah tahu ada peluang ke.Hehehe...
Amboi gatal pula kau ni Marissa! Dalam nak tak nak tu ada hati juga nak tahu siapa adik Kak Murni tu kan! Kalau ada jodoh apa salahnya kan? Ada iras-iras KUROSAKI ICHIGO tak? Ish ish nak juga tu!

*******

MEREKA berpelukan sambil di temani airmata yang membasahi pipi. Tubuh Marissa di peluk erat. Tubuh Murni juga di peluk erat. Murni sudah menganggap Marissa seperti adik kandungnya sendiri.
Harini Marissa akan pulang ke kampung. Hanim sudi menghantar Marissa daripada melihat rakan baiknya itu bersusah payah naik bas ekspress.

Hanim juga memeluk tubuh Kak Murni. Pelanggan yang ada di dalam kedai hanya melihat babak drama yang macam dalam tv tu. Marissa mencium tangan Murni dan meminta izin untuk berangakat pulang.
Murni di pagut rasa pilu. Dia akan merindui usikkan Marissa. Kalau pasal sakat menyakat Marissa memang nombor satu! Ada saja peluang Marissa mengenakan dirinya.

“Selamat tinggal Kak Murni. Kalau Kak Murni ada apa-apa masalah hubungi saya ye. Saya akan bantu yang mana patut.”

“Marissa pun sama tau. Kalau nak mintak tolong cepat-cepat hubungi akak tau.”

“Saya nak berangkat dah ni. Jaga diri baik-baik ye kak. Kalau ada orang mengorat akak jangan lupa sampaikan berita gembira pada Rissa ye.” Marissa mengenyitkan mata bundar miliknya. Sempat lagi menyakat!

“Rissa! Aduh rindu kuatlah dekat Rissa nanti.” Murni berseloroh.

Marissa menuju ke perut kereta milik Hanim. Dia melambai-lambai. Hanim mula memandu perlahan dari tempat parkir.

Marissa teringat sesuatu!

“Kak Murni! Jangan lupa bagi diskaun pada pelanggan tetap kita. Dia rajin beli buku kat sini. Nama dia Farizal! Kirim salam pada dia kalau dia datang hari ni.” Marissa menurunkan tingkap kereta dan memesan sesuatu kepada Murni.

Farizal? Macam pernah ku dengar nama itu. Siapa ye?

“Yelah. Kamu tu dah sampai kampung jangan lupa hubungi akak tau. Selamat jalan Rissa. Hanim bawa kereta elok-elok ye.” Murni mengingatkan. Berhati-hati di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang! Ewah sempat lagi berkempen tu! Bagus! Hidup Malaysia!

“Ok kak. Assalamualaikum Kak Murni.”

“Waalaikumsalam Rissa dan Hanim. Kirim salam mak ayah di kampung.” Murni mencium pipi Marissa. Terharu Marissa di buatnya!

Hilang dari pandangan kereta milik Hanim, Murni masuk semula ke kedainya. Dia mencari-cari nama pelanggan yang Marissa sebutkan tadi.

FARIZAL – Nombor ahli 00053
Siapa mamat ni? Macam istimewa pula pada Marissa. Pelajar lagi rupanya. Umur sebaya adik aku ni. Tarikh lahir pun sama!

*******

FARIZAL HAKIMI mengambil beberapa buah buku untuk dijadikan alasan. Dia menuju ke kaunter pembayaran. Sangkanya Marissa yang berada di kaunter tetapi wanita lain.

“Ini saja ke Encik? Ada kad keahlian tak? Boleh dapat harga diskaun.” Ujar pembantu kedai yang baru itu.

ASMIDAR...
Oh nama dia Asmidar. Mesti Kak Murni dah ambil pembantu tambahan. Tapi kenapa aku tak nampak Marissa? Farizal mengumam sendirian.

“Encik... Encik...” Pekerja itu melambai-lambaikan tangannya.

“Maaf. Ini kad saya.”

“Tak mengapa. Sebentar saya kirakan jumlahnya.” Asmidar tersenyum. Handsome juga ye lelaki depan aku ni.

Senyuman kau belum tentu dapat kalahkan senyuman Marissa. Sorry! Hati aku milik Marissa.

Tutt...tutt..

Telefon bimbit berbunyi.

“Maaf Encik Farizal. Saya jawab telefon sekejap. Suami call. Maaf ye.” Asmidar memohon menjawab panggilan suaminya.

Heh! Perasan kau Farizal! Malu tak? Hehehe. Farizal tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

“Maaf Encik Farizal. Jumlah semua sekali selepas harga diskaun sebanyak RM 18.90.” Farizal menghulurkan dua keping not sepuluh ringgit.

“Puan Asmidar. Saya nak tumpang tanya. Mana satu lagi pekeje lama di sini? Dia cuti ke?”

“Pekeje lama?”

“Marissa Ariayani...”

“Oh Marissa tu dah berhenti keje seminggu lepas. Saya ni pun sebagai pengganti dia lah. Kenapa Encik Farizal?” Terang Asmidar.

“Berhenti keje? Seminggu yang lepas?” Farizal bertanya soalan yang sudah pun berjawab awalnya. Tipikal. Selalu macam tulah. Hehehe.

“A’aaa. Katanya balik ke kampung. Mak ayah dia yang minta balik selepas habis periksa. Itupun sebab majikan saya yang bagitau masa saya datang temuduga.”

“Kalau macam tu tak mengapalah. Terima kasih.” Farizal tersenyum tawar. Dia berlalu pergi.
Farizal tidak menyedari dia sudah terlanggar wanita yang berada di depan pintu kedai kakaknya. Barang yang berada di tangan jatuh ke lantai.

“Hey! Watch out your step!” Murni memarahi lelaki yang berada di depannya.

“Sorry.” Dia menunduk dan mengambil barang yang sudah jatuh ke lantai.

“Hmm... Nevermind. Next time be more...” Murni terhenti bicaranya.

“Hakim! Kamu ke? Ingatkan siapalah yang buta langgar akak tadi. Kamu buat apa kat sini?”

“Eh! Kak Long. Takde tadi cari Kak Long tapi Kak Long takde. Ingatkan nak ajak keluar makan malam ni.” Farizal terpaksa guna idea yang terlintas di kepala.

“Buku ni kamu beli kat kedai akak ke? Buat apa nak beli? Kan boleh ambil je stok yang lebih.” Murni kehairanan.

“Err...err...ada orang kirim belikan. Oklah kak Hakim dah lambat ni. Kita jumpa kat rumah petang ni. Hakim bawak akak pergi makan kat luar. Hakim belanja.” Farizal cuba melarikan diri.

“Yelah.” Balasnya ringkas. Hatinya mula rasa ada sesuatu yang tak kena. Farizal Hakimi sudah meninggalkan kakaknya yang masih merenung dari belakang.

Murni masuk ke kedai. Dia berdiri di kaunter dan mencari senarai pembeli yang telah membuat pembayaran.
“As, tadi ada orang beli buku tak? Dia ahli ke?”

“Ada Murni. Dia memang ahli. Pelanggan tu beli dua buah buku. Lepas tu dia ada tanya pasal Marissa tadi. Lelaki yang terlanggar Murni tu yang bayar sebelum keluar. Kenapa?”

“Farizal? Marissa?” Murni mula tersenyum. Dalam diam adiknya selalu hadir ke kedai kerana Marissa. Patutlah pintu bilik bertukar kunci. Ada udang di sebalik bihun goreng!

*******

PULANG ke kampung Marissa menolong kedua orang tuanya bersawah. Rindu dia bermain lumpur! Berkejaran di bendang bersama dengan adik-adik. Udara segar sambil di temani padi yang menguning lebat!
Dia mula teringatkan majikannya yang berada di Bandar Kuala Lumpur. Lantas di ambil telefon bimbit miliknya di dalam kocek seluar track-suit. Dia mendial nombor telefon bimbit bekas majikannya.

“Assalamualaikum. Kak Murni! Apa khabar kak? Lama tak dengar suara manja mantap akak. Hehehe.”

“Waalaikumsalam Rissa! Akak khabar baik. Rissa macam mana? Sihat ke? Ada dekat mana tu?”

“Rissa sihat akak. Rissa ada kata dalam laut! Hehehe.”

“Hah! Dalam laut? Tapi macam mana boleh Ri... Hey! Sakat akak ye?”

“Hehehe. Ada kat pondok depan bendang ni akak Murni. Rindulah dekat akak.”

“Yeah tu rindu. Bila nak datang Kuala Lumpur? Rissa boleh tumpang tidur rumah akak.” Murni mempelawa.

“Ish akak ni. Segan Rissa tau. Kedai macam mana kak? Ada ke pengganti baru saya?” Marissa malu. Segera dia menukar topik.

“Kedai ok. Alhamdullillah akak dapat pengganti. Sebaya akak. Tapi dah kahwin. Baru aje berkahwin. Terlepas nak kenalkan dengan adik akak tu.” Murni pula berseloroh.

“Hahaha... Akak ni tak habis-habis. Kesian kat adik akak tu.”

“Habis nak kenalkan dengan kamu. Kamu tak nak.” Murni sengaja mengumpan.

“Aduh kak. Sudahlah tu. Muka saya dah tersorok dalam tikar mengkuang ni.” Marissa mengekek.

“Akak nak bagitahu kamu ni. Pelanggan tetap kamu si Farizal tu ada datang kedai tiga hari lepas. Dia tanya pasal kamu. Asmidar pekeje baru kata kamu dah berhenti. Dia keluar kedai sampai terlanggar akak yang ada depan mata dia.” Murni cuba mengorek rahsia.

“Farizal? Oh ok...ok. Pelajar tu ye. Masya’allah macam mana boleh terlanggar tu?” Marissa bertanya.
“Tak tahulah macam mana boleh terlanggar. Dia terkejut dengar kamu berhenti agaknya.”

“Hai takkan pasal saya berhenti keje sampai jadi macam tu pulak. Pelik betul.” Marissa ketawa.

“Dia suka dekat kamu agaknya Rissa. Kamu tu je yang tak perasan. Lelaki ni selalu pelik. Bukan kadang-kadang.” Murni sengaja memerangkap. Dia cuba nak satukan Marissa dan adik kesayangannya.

“Suka saya? Hahaha. Mengarut aje akak ni. Oklah kak, mak dah panggil ajak balik makan kat rumah. Ada masa kita berbual lagi. Sayang akak. Assalamualaikum.”

“Larilah tu kalau cerita bab-bab hati ni. Ok. Waalaikumsalam.”

“Kak Murni! Amboi dah pandai menyakat!”

“Belajar dari kamu jugak! Hehehe.”

“Oklah kak. Bye.”

“Bye Rissa.”

Murni sedang mencari jalan untuk menjodohkan mereka berdua. Biarlah langkah bendul sekalipun. Janji dia dapat membahagiakan keluarga kecil miliknya.

“Sekarang giliran aku pulak nak buat siasatan ke atas adik kesayangan aku ni. Hakim! Jaga-jaga!”
Murni perlu berhati-hati agar rancangannya tidak terbongkar. Kalau tersilap langkah alamat tiada kejutanlah jawabnya.

Langkah pertama dia perlu selidik bilik adiknya itu. Mesti rahsia banyak kat dalam tu kan. Langkah kedua dia akan berpakat dengan rakan baik Hanim untuk mengetahui kampung halaman Marissa.
Langkah terakhir? Apalagi kahwinkan diaorang berdua ni!

*******

SELAMA Marissa berada di kampung, Farizal tidak lagi menghubunginya. Marissa agak terasa dengan perubahan yang berlaku kepada Farizal. Dia tidaklah terhegeh-hegeh kepada Fariza. Cuma dia pelik kenapa kawan barunya itu mendiamkan diri.

Dia mengambil telefon bimbit miliknya. Dia mendial nombor Farizal. Lama lagu tema telefon itu berbunyi. Tetapi tidak berjawab. Marissa malas nak meneruskan panggilan itu. Tiba-tiba hatinya berasa sakit.
Tak nak kawan sudah! Huh!

Farizal hanya memandang sepi telefon bimbitnya. Bukan dia tidak mahu menjawab panggilan itu tetapi dia takut dia akan terluka.

Seronoklah tu! Nak bagitau dia dah nak bertunang dengan jejaka Jepun Asaki Ago tu! Nama dah lah pelik! Huh! Huwaaaa Marissa bukan milik aku! Damn it!
Sama-sama sudah tersalah faham. Apalagi seorang fikir lain dan seorang lagi pun dah fikir lain. Jadilah drama! Jeng! Jeng!

Rancangan Murni berjalan lancar setakat ini. Dia berjaya mencuri masuk ke bilik adik kesayangannya. Terkejut dia melihat gambar Marissa penuh di dinding bilik. Buku-buku yang masih berbalut penuh di rak buku. Macam kedai dia jugak! Memang dia tak salah tafsiran tentang hati dan perasaan Mohd Farizal Hakimi!

Kini dia perlu melancarkan rancangan keduanya. Segera dia mendial nombor telefon milik Hanim. Kamu adalah tali sambungan dalam ini rancangan!

“Assalamualaikum. Hanim. Kak Murni ni.”

“Waalaikumsalam. Oh Kak Murni. Apa khabar akak?”

“Khabar baik. Hanim boleh tak kita berjumpa? Ada hal nak bincangkan.”

“Kak Murni punya pasal. Hanim bolehkan aje. Hehehe. Bila kak?”

“Sekarang! Jumpa dekat kedai akak. Sebelah tu ada restoran.”
“Ok set. Macam ada apa-apa je.”

“Bukan macam. Memang ada rancangan besar ni!”

“Roger Kak Murni!”

“Ok. Bye. Assalamualaikum.”

“Waalalikumsalam.”

Murni tersengih sendirian. Farizal memandang kakaknya dengan penuh hairan. Dia mendekati kakaknya.
“Hah! Tersengih apa sorang-sorang ni? Macam ada rancangan jahat aje Kak Long ni? Hahaha...”

“Jahat tak jahat. Ni akak nak bagitau yang Marissa tak lama lagi akan dirisik. Jadi akak sebagai boss dia dulu kena bagi sikit sokongan. Kamu nak join sekali?”

Airmuka Farizal Hakimi berubah terus, Macam ada halilintar menyambar kepalanya. Macam saja. Kalau bebetul hangus dah kepala Mohd Farizal Hakimi ni pula. Tak macho dah! Heh!

“Tak naklah. Saya bukan kenal budak Marissa tu. Tak ada kena mengena dengan saya pun. Membazir masa saya je nanti. Akak pergilah sorang!”

“Eh! Eh! Tak nak pergi sudahlah. Janganlah nak marah macam orang putus cinta pulak. Lalalala.” Murni sengaja menyiram petrol ke dalam hati yang sedang terbakar!

“Mana ada! Malaslah nak cakap dengan akak. Hakim keluar sekejap nak jumpa kawan.”
“Yelah. Akak pun nak keluar sekejap jumpa Hanim.”

Farizal mendengus kasar. Hatinya bertambah bengkak! Padan muka aku sebab lembab sangat bertindak! Huwaaa! Marrissa Ariayani! Sampai hati kau nak kahwin dengan budak Jepun tu!

Murni ketawa di dalam keretaapabila teringat melihat airmuka adiknya. Kelat! Merah padam! Tahan geram! Semua ada! Macam gunung berapi nak meletup.

Murni meluncurkan keretanya ke tempat yang telah di janjikan. Dia perlu melunaskan rancangannya secepat mungkin. Nak tunggu adik dia buka mulut kata sukakan Marissa? Jangan harap! Suka sangat nak nafi-nafi! Sekarang padan muka!

Murni tidak menyangka bahawa niatnya untuk memperkenalkan Marissa Ariayani dan Farizal Hakimi dengan rancangan sebegini. Penuh adventure! Fuhlamak!

*******

KEHADIRAN Murni dan Hanim serta ahli keluarga Hanim memang tidak di sangkanya. Paling memeranjatkan adalah kedatangan itu untuk merisik dirinya. Merisik untuk adik bekas majikannya. Hendak menolak tetapi dia sudah banyak termakan budi dengan bekas majikannya.

Mak dah ayahnya tiada halangan menerima risikan peminangan itu. Marissa mula rasa sesuatu di hatinya. Kenapa tiba-tiba nama Farizal bermain-main di bibir mugilnya.

Murni tersenyum dan terus memeluk Marissa. Mereka memeluk erat untuk melepaskan kerinduan masing-masing. Panggilan telefon yang di terimanya minggu lalu menyangkakan mereka hanya datang melawat dia kampung. Rupanya ada agenda lain!

Marissa akur dan menerima dengan hati yang rela. Dia tidak mahu melukakan perasaan semua insan yang berada di depannya. Dia redha seandainya itu sudah suratan dia berkhawin muda. Hatinya tertanya-tanya kenapa Kak Murni tak bagi gambar bakal tunang untuk perkenalan? Semuanya rahsia! Marissa gelisah!
Kalau tak handsome macam mana? Huwaaaa! Amboi kau ni Marissa, memilih pulak! Gerenti handsome bakal suami kau! Ceh! Aku yang buat cerita ni aku taulah. Hahaha.

Ok back to normal (Nak jugak interfere kat dalam ini drama! Cis!)

Hanim memeluk rakan baiknya itu. Marissa cuba mengorek rahsia tetapi tidak berjaya. Marissa memandang hairan kepada sahabat baiknya itu. Ada yang berlainan tentang Hanim! Apsal badan dia nampak lain?
Oh my God! Hanim dah kurus! Berjaya jugak kawan aku ni berdiet!

“Hanim! Terkejut beruk aku tengok kau berjaya kurus! Patutlah rasa pelik bilapeluk kau! Hahaha!” Marissa mengusik. Rindu nak sakat macam dulu-dulu!

“Well. Ini hasil usaha aku. Aku tak makan pil-pil ok. Aku berpuasa. Aku berjongging dan semua makanan berlemak serta manis aku kurangkan. Amacam? Cun tak?”

“Cun! Melentik! Mantap! Phewwitt!”

“Hahaha. Rindu kau punya sakat menyakat dulu Rissa. Tak lama lagi nak jadi bini orang dah. Mesti laki kau pulak kena sakat dengan kau kan! Kesian Ichigo kau kena tinggal!”

“Aku pun tak pasti dengan keputusan aku ni. Tapi dah orang tua setuju, aku ikutkan ajelah. Segalanya aku berserah pada qada’ dan qadar. Kalau ini jodohku yang terbaik. Alhamdullillah aku ucapkan. Kalau tidak aku redha.”

“Aku pasti kau akan bahagia!”

Marissa hanya tersenyum dan Hanim berbunga riang. Pakatan bersama dengan Kak Murni berjalan lancar setakat ini.

*******

MUNDAR-MANDIR dia berjalan di dalam pejabatnya. Dia tak tahu nak berfikir macam mana. Kalau menolak cadangan kakaknya bermakna dia akan menjadi adik yang tidak mengenang budi. Dia mendial nombor sambungan milik Harith Ismadi.

“What’s up bro?”

“Masuk bilik aku jap. Ada kes kecemasan. Ini antara hidup dan mati!”
Harith terkejut! Takkan nak melompat-lompat pula kan. Harith menuju ke bilik Farizal Hakimi.
“Apahal yang kecemasan sangat tu?”

“Matilah aku! Matilah aku Harith!”

“Kau sakit apa nak mati sangat ni?” Harith ni aku karate juga mulut dia nanti. Dengar dulu boleh tak Farizal nak terangkan? Eh! Emosional pula aku. Sorry... Sorry... Hehehe

“Marissa dah nak jadi tunangan orang Harith! Aku kecewa! Kenapa dia tak tunggu aku?”

“Eloklah dia bertunang. Tunggu kau sampai bulan jatuh ke bumi pun takkan terjadi.”

“Bukan aku tak nak cakap. Tapi itulah dia kata dah ada buah hati dan pengarang jantung.”

“Jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama di kebas orang! Padan muka! Dah kena kebas pun.” Sengaja Harith nak mendidihkan perasaan Farizal. Nak kena luku tau Harith ni!

“Harith!”

“Sorry bro. Apa nak buat kau kenalah terima kenyataan.”

“Hmm... Memang Marissa bukan milik aku. Tapi milik Asaki Ago tu! Damn! Tapi sekarang ada bala besar pulak menimpa! Akak aku!”

“Apsal dengan akak kau?”

“Dia pergi merisik untuk aku! Minggu depan aku dah jadi tunangan orang! Perempuan tu ada kat kampung di Perlis sekarang! Kenapalah jauh benar kakak aku carikan jodoh!”

“Oklah tu. Maybe perempuan tu akan jadi pengubat luka jiwa lara kau. Hehehe. Jangan marah bro. Aku ni kan sentiasa berfikiran positif!”

“Nak tak nak aku kenalah terima dan redha. Macam mana kalau perempuan tu tak cantik?”

“Jangan lihat pada kecantikkan aje. Lihat isi hati dia macam mana. Kalau cantik tapi sakit mata memandang nak buat apa? Time tu nak menyesal pun tak guna dah. Ingat! Kahwin tu bukan untuk suka-suka tapi untuk melahirkan keturunan dan zuriat yang bersih dan suci.”

“Wah! Bab nikah kahwin kemain lagi kau jadi ustaz ye. Aku tahulah! Minggu depan kau kena temankan aku pergi Perlis! Suka atau tidak ini adalah keputusan muktamad!”

Harith mencebik. Farizal mula gusar. Tak tentu arah nak bersemuka bakal tunangnya minggu depan.

*******

KENDURI pertunangan di lakukan dengan serba sederhana. Itupun atas permintaan Marissa. Dia tidak mahu membazir. Buatnya tak jadi dah sia-sia. Hatinya berdebar. Serba tak kena. Peluh sentiasa di dahi. Sekejap-kejap di lap dengan tisu yang ada.

Tak lama lagi bakal tunangnya akan sampai untuk memperkenalkan diri. Seram sejuk dirasakan sampai ke tulang belulang. Dia menjadi panik secara tiba-tiba. Hanim dan Murni sudah terkekek melihat kegusaran Marissa yang tidak duduk diam.

“Akak Murni. Bagitahu nama dia pun dah cukup. Please...”

“Nama aje cukup? Ok.”

“Kenapa akak dengan Hanim berahsia sangat ni dengan Rissa? Mesti ada benda yang Rissa tak tahu.” Memanglah Rissa oii. Kalau dah tahu tak suprise lah. Ngoklah kau ni Marissa.

“Rahsia tu memang ada.”

“Nak tahu tak nama dia?”

Marissa mengangguk. Dia dah letih untuk berfikir teka teki yang di hadapinya.

“Mohd Farizal Hakimi Bin Abdul Shukor.”

“Wah! Nama tak ingat! Takde panjang lebar lagi? Hehehe.” Marissa mengejek.

“Amboi! Sekejap lagi kita tengok orang tu terkejut besar ke tak?” Marissa menjeling tajam. Hanim dan Murni sudah tergelak. Murni minta diri untuk berada di ruang tamu. Tinggallah Hanim menemaninya.
Kereta milik tunangnya sudah berada di halaman rumah. Marissa hanya nampak tubuh belakang bakal tunangnya. Wow! Tegap jugak badan dia! Tapi kenapa macam kenal aje pemilik tubuh ni?

Semua tetamu yang hadir sebelah pihak lelaki telah mencapai kata sepakat bahawa mereka bersetuju mengikat tali pertunangan ini selama satu bulan. Cukup satu bulan Marissa dan bakal tunangnya akan melangsungkan pernikahan. Marissa yang hanya mendengar di dalam bilik hanya mendiamkan diri. Satelite telinga marissa berfungsi hebat apabila mendengar perbincangan yang diaturkan. Hebat kau Marissa!

Murni masuk ke bilik dan menyarungkan cincin tanda ke jari manis milik Marissa. Cincin yang bertakhtakan berlian sebanyak 5 karat. Nak juga spesifikkan bentuk cincin! Hebat tak hebat!

Marissa mencium tangan milik bakal kakak iparnya. Sesudah itu Marissa di minta keluar untuk bertentang mata dengan tunangannya. Marissa akur sambil termalu-malu. Kembang hati Marissa ketika itu.

Marissa menundukkan wajah. Farizal masih tidak dapat mengecam pemilik wajah itu. Dia seakan kenal tubuh milik gadis itu! Marissa yang masih tertunduk malu telah duduk bersimpuh di hadapan Farizal.
Apabila kedua mereka bertentang mata. Mereka tiba-tiba menjadi statik! Tipikal! Drama melayukan macam ni. Sekali lagi! Hahaha. Marissa terkejut dan Farizal pun terkaku. Murni dan Hanim tersenyum-senyum melihat rancangan mereka menjadi.

“FARIZ!”

“RISSA!”

Kedua-dua mereka lama menatap wajah masing-masih. Tiba-tiba terasa macam ada arus elektrik antara mata berdua. (Korang pandai-pandailah imagine ok). Marissa terasa wajahnya membahang. Farizal terasa jantungnya mahu gugur. Farizal bangun dan terus keluar!

Hanim dan Murni berpandangan!

Farizal melompat-lompat keriangan di halaman rumah! Ramai yang terkejut melihat perlakuan Farizal yang tidak semena-mena itu.

“Marissa Ariayani Binti Mansor, saya memang cintakan awak!” Farizal menjerit! Ceh! Macam tengok bola pula gayanya.

Marissa hanya tersenyum. Hanim dan Murni mengurut dada. Harith Ismadi memandang wajah polos milik Hanim. Apabila mereka berdua seling berpandangan. Masing-masing tertunduk malu. Allah! Ada taman juga dekat dalam hati diaorang berdua ni. Lagi sekali tipikal! Hehehehe. Ampun ye.

“Kak Murni kenapa tak cakap si Farizal tu pelanggan kita yang selalu beli buku tu adik akak! Saja je tau nak usik Rissa! Eh! Bukan dia pelajar kolej ke?”

“Itu semua lakonan dia. Akak tak terlibat. Akak tahu dia sukakan kamu pun lepas kamu dah berhenti keje. Penuh kat bilik bujang dia gambar kamu! Buku-buku dia beli tu bukan dia baca pun. Semua elok terbalut lagi. Keje gila betul adik akak sorang ni!”

“Fariz! Awak memang nak kena karate dengan Rissa!”

******

KINI mereka sudah menjadi sepasang suami isteri yang sah. Kalau tak sah taklah jadi sepasang suami isteri kan. Eh! Dah mula nak melalut. Maklumlah drama nak habis.

Marissa bahagia di samping Farizal. Gambar perkahwinan mereka di abadi di dinding kamar beradu milik mereka. Kamar itu menjadi saksi cinta mereka bertaut dan bersemi. Ehem! Ehem!

“Sayang, abang nak tanya boleh?” Farizal membelai rambut ikal milik Marissa.

“Boleh! Tapi kena bayar dua puluh sen dulu!” Marissa mula dah nak menyakat. Tak habis-habis kau ni kan Marissa. Hehehe.

“Hah! Kenapa dua puluh sen?”

“Cukai! Hahaha!” Marissa ketawa. Farizal menarik hidung Marissa.

“Siapa Asaki Ago tu?” Soal Farizal. Ada sedikit cemburu. Hallo! Dah jadi wife kau pun nak cemburu lagi ke? Farizal Hakimi oh Farizal Hakimi.

“Asaki Ago? Siapa tu?” Marissa kehairanan. Baru pertama kali dia mendengar nama itu. {e;ik semacam!
“Alah yang sayang pernah cakap kat abang sayang kata dia buah hati dan pengarang jantung sayang. Tiap-tiap malam sayang nak mimpikan dia.”

“Hahaha. Abang ni buat lawak betul! Pandai-pandai tukar nama kesayangan sayang tu! Nama dia bukan Asaki Ago. Buruk benar dengarnya tau. KUROSAKI ICHIGO!”

Mencerlung mata Farizal. Marissa menekup mulut. Marissa sambung ketawa lagi. Cemburulah tu. Watak komik pun cemburu! Ceh! Suami aku ni.

“Abang dia tu watak komik kesayangan sayanglah. Abang ni tak layan komik Jepun ke? Tajuk komik tu BLEACH!. Kalau abang nak baca sayang ada simpan semua episode dia dalam external hard disk. Kalau abang dah tengok silap-silap abang jatuh cinta jugak dengan ICHIGO tu!”

“Ya Allah! Mati-mati abang ingat dia boyfirend betul-betul sayang!” Farizal menepuk dahinya. Marissa menyambung tawanya.

“Memang boyfriend sayang pun. Bluek!”

“Sayang ni nak kena ikat kat tiang lampu ni.” Farizal mula bangkit mengejar isterinya.
“Jangan main-main. Sayang ada pedang Zangetsu ni! Hahaha!”

“Oh! Melawan ye.” Farizal mengejar dan merangkul pinggang Marissa.

“Itulah abang ni. Lain kali rajin-rajin baca komik.” Marissa menyakat.

Farizal membisikkan kata keramat di telinga Marissa.

“Sayang... sesungguhnya cinta abang memang untuk sayang. Tetapi perpisahan sementara bukan rela buatkan hidup abang tak keruan. Terima kasih sayang kerana hadir dalam hidup abang. Semoga cinta kita kekal selamanya.” Marissa terpanar mendengar ucapan cinta dari suaminya.

“Abang. Sayang cintakan abang dari hari pertunangan kita dan selamanya.” Ucap Marissa tentang pengakuannya.

“Mari kita bersiap. Tak lama lagi Kak Long nak bertunang. Kita temankan dia beli barang. Hanim pun tak lama lagi nak bernikah. Cepat betul jodoh diaorang datangkan. Macam berjanji pulak.” Kata Marissa. Farizal hanya mengangguk tanda setuju.

“Jom mandi sama-sama...”

“Jom! Hahaha...”

Gatal dua-dua watak ni kan. Hehehe...

Bila Cinta hadir ianya tanpa paksa. Perpisahan bukan rela!

~TAMAT~
YUKARI INOMORI : 5.10 AM @ 22/09/2010

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*