Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

19 February 2012

KISAH HATI KITA - BAB 4



BERPELUH-PELUH aku cuba untuk melelapkan mata tetapi tidak boleh. Asyik teringatkan si Irfan sahaja. Rasa bersalah pula bila aku berkata begitu pada dia. Bila tengok airmuka dia macam sedih sangat-sangat. Jelas benar kekeruhan itu dan membuatkan aku rasa tidak senang duduk.

Macam mana nak cakap ya. Sebenarnya aku mengakulah ada juga rasa cair dekat dalam hati ini. Tetapi bila terngiang-ngiang kata-kata abah terus aku 'block' hati ini untuk diserahkan pada si Irfan. Kata orang, orang yang kata tau bukan aku bercinta jarak jauh ni banyak dugaan dan cabarannya. Bukan Irfan satu kolej dengan aku ke?

Alah, esok kalau dah tamat belajar Irfan balik semula di Kuala Lumpur, aku dok tercongok di Penang. Merentas laut rupanya walaupun satu negara. Ewah!

Aku terkebil-kebil memandang syiling yang bercorak-corak. Sengaja aku lekat-lekatkan bintang bulan dan planet-planet lain seolah-olah macam melihat angkasa. Fuyoooh! Macam bilik orang lelaki sahaja bilik tidur aku.

Bilik abang Ari nampak macam bosan dan belum lagi tengok bilik adik lelaki aku yang seorang itu. Lagi bosan sebab beliau jarang balik rumah. Al-maklumlah duduk di asrama penuhlah katakan. Berdikari katanya.

"Aduh! Kenapa payah betul mata aku nak terlelap ni? Si Rosie ni kalau bom nuklear meletup pun belum tentu sedar! Nak kejut kesian pulak sebab tengok macam letih benar. Berjalan-jalan sekitar batu Ferengghi buatkan dia penat agaknya. Padahal yang bawak kereta aku! Dia? Mulut potpet...potpet..rasa macam nak soletep aje bagi diam."

Aku mengomel seorang diri. Siapa sangka siapa menduga, Eh! Macam lagu Liza Hanim pulak.

Macam berjodohan pulak bila tiba-tiba Irfan muncul depan muka aku. Kali ini memang aku terlampau biadab sangat dengan kata-kata aku. Benarlah kata pepatah, terlaju perahu boleh diundur terlajak kata memang padan dengan muka aku!

Hendak minta maaf tetapi ego aku melebihi segala-galanya. Sekarang hambik kau! Macam cacing kena panaskan dalam oven! Yarrkkkk!

Pengotoq aaa hang ni Darlina!

Hendak atau tidak terpaksalah juga aku mengheret si Rosie untuk pergi ke rumah sewa Irfan. Esok kalau jadi apa-apa aku sendiri yang menyesal tak sudah. Orang kata cinta sejati datang hanya sekali. Dalam kes aku ini tidak tahu sama ada cinta sejati ataupun cinta kasihan. Errrkkk..

**********

PAGI ini aku menggunakan alasan kepada mak dan abah hendak pergi berjoging. Tidak pepasal nama si Rosie jadi taruhan untuk alasan ini. Maaf kawan! Yang si Rosie ini pula macam orang bengong bila aku petik nama dia kata sudah gemuk dan mahu turunkan berat badan. Sedangkan aku tengok bentuk badan si Rosie sudah sedap mata memandang. Patutlah Abang Ari bukan main syok lagi bercinta diam-diam diaorang ini berdua.

Korang nak tahu macam mana boleh kantoi? Nanti cerita kemudian, sebab sekarang ini cerita aku dan Irfan. He he he.

Memang pagi ini aku lengkap menggukan pakaian untuk berjoging tapi berjoging atas motor sahaja. Tayar motor scooter aku ini yang berjoging adalah. Aku hendak berjoging? berlari setempat dalam bilik pun malas. Patutlah Abang Ari siap sindir aku. Cis!

Kalau guna nama aku hendak berjoging aku rasa mahu Abang Ari ketawakan aku berguling-guling sampai taman botani kecil milik emak. Tapi kalau si Rosie kembang setaman pulak senyuman dia. Yang paling aku tak boleh tahan, telefon milik si Rosie asyik berdering sahaja.

Tak senang betul nak buat kerja betul la. Cemburu tak bertempat betul Abang Ari ni!

"Hang ni nak tolong aku ka nak jadi operator telefon? Dari tadi hang dok sibuk dengan Abang aku tu. Taulah hangpa berdua tengah menjadi merpati dua tiga joli tapi sekarang hang dengan aku." Tukas aku sebab bingit telinga aku dengar lagu deringan telefon  bimbit milik si Rosie menjerit-jerit minta dijawab.

"Den nak buek camno, abang kau ni haa payah bonar. Tak dicayo dengan den pulak. Takut bonar den ni kono sambar."

"Matikan talian tu. Kita kena cepat, nanti tak dan nak jumpa Irfan."

"Itulah dio, maso kek kolej jual mahal bonar. Sekarang macam orang mati laki. Kejap." Berlari-lari si Rosie menyimpan telefon bimbitnya ke dalam bonet scooter milik aku. Nasib baik mendengar cakap.

Haruslah, hendak menjadi bakal kakak iparlah katakan. Ahaks.

Kemudian aku dan Rosie naik lift dan menuju ke tingkat lima. Baharu aku perasan, mewahnya tempat tinggal Irfan. Anak Dato' dan Datin manalah dia ni kan. Aku menekan butang tingkat lima dan hati aku masih rasa tidak selesa. Macam ada benda yang tidak kena.

Aku kalau bab hati sudah mula rasa tak selesa mulalah macam orang tak betul. Betul cakap Rosie, situasi aku sekarang macam orang mati laki. Bahaya kalau sudah jadi kes macam ini.

Sampai sahaja ditingkat lima, aku terus mencari-cari pintu rumah Irfan. Dengan pertolongan Kak Maria dari bahagian hal ehwal pelajar, dia sudi juga bagi aku alamat penuh rumah sewa Irfan. Kalau ikutkan Kak Maria memang tidak bagi alamat Irfan tetapi bila aku kata soal hidup dan mati terus Kak Maria tulis dekat sehelai kertas.

Kalau hendak tahu Kak Maria itu sepupu aku. Anak mak long aku sebelah mak. Kak Maria ini memang sporting habis. Bila bab-bab kekeluargaan Kak Maria sanggup menolong aku. Terima kasih Kak Maria!

Tokkk...Tokk...

Pintu aku ketuk perlahan pada mulanya tetapi bila tiada jawapan terus aku ketuk macam orang hendak robohkan sahaja. Peliknya masih tidak berjawab. Mana pula si Irfan ini pergi?

Datang seorang jiran sebelah rumah baik punya sound aku. Padan dengan muka aku sekali lagi. Ye lah pepagi buta memekak dikawasan rumah orang. Tahu dek abah memang masak aku diajar. Haritu abah bercakap pun aku sudah meleleh-leleh airmata walaupun masih dalam nada lembut. Huh! Luaran sahaja kasar tapi dalam cair gila!

Mana Irfan ni! Takkan tido mati macam aku jugak!

"Amoi...pasai apa hang dok ketuk-ketuk pintu macam nak roboh? Depa takdak, dah balik Kuala Lumpur malam tadi."

"Hah!"

Aduh memang tak sempat aku hendak berjumpa dengan Irfan. Ya Allah, mohon perjalanan dia selamat dari segala bencana ataupun kecelakaan. Aku mohon padamu Ya Allah.

Aku terus meminta maaf pada jiran sebelah rumah Irfan. Lengan Rosie terus aku sambar dan menuju balik ke rumah. Hendak cari Irfan sekitar bandar memang takde gunanya lagi. Sekarang hati aku makin bertambah tak tenang.

Menderum scooter aku bawa dengan kepala masih ligat teringatkan Irfan Mikail. Aku macam orang sasau yang terkena gula-gula. Aduh macam ini? Hah! Kenalah guna khidmat Kak Maria dapatkan nombor telefon bimbit milik Irfan Mikail.

**********

LEGANYA hati bila dapat berbual dengan Irfan, ini semua jasa Kak Maria yang aku terhutang budi sangat-sangat. Nasib baik Kak Maria ada yang sudi membantu sepupunya yang kalut ini. Secara diam-diam aku menghubungi Irfan untuk mengetahui keadaannya selamat ke tidak.

Si Irfan kalau sudah dapat bercakap baik-baik dengan aku setiap setengah jam telefon. Ini yang aku malas, biasalah si Irfan itu macam Abang Ari jugak. Patutlah si Rosie pun naik rimas. Aku pulak bukan setuju bercinta pun cuma telefon untuk minta maaf diatas ketelanjuran aku menempelak si Irfan tempohari. Sampai aku kata alangkah bagus takkan nampak lagi wajah dia dimana-mana. Kalau aku sendiri kena macam itu mahu berbaldi-baldi aku menangis.

Tengok telefon aku berdering lagi. Aku rasa macam aku tengah kerja Customer Service pula, keje asyik menajwab telefon. Abah sudah mula pandang-pandang, terpaksalah aku menyorok-nyorok lari jauh dari abah. Paling koman aku masuk dalam bilik dan terus kunci pintu. Tahu sahajalah abah macam mana.

"Assalamualaikum Darlina. Awak sihat tak tu?" Kedengaran suara Irfan manis dan lembutnya. Kalau perempuan lain tentu sudah melayang-layang perasaannya.

"Waalaikumsalam Irfan. Awak ni dari pagi tadi tanya saya sihat ke tak. Saya sihat dan ini soalan awak yang ke dua puluh lima tau. Awak ni setiap setengah jam telefon saya tak boring ke? Tak penat ke?"

"Untuk awak setiap minit pun saya sangup Darlina."

"Itu awak, tapi saya ni yang seksa tahu. Nanti saya cakap kasar awak sentap pulak."

"Apa awak cakap saya tak ambil hati. Kenalah tahan dada ni bila peluru keluar daripada mulut awak. Kalau dah sayang apa pun kena tahan."

Inilah dia kalau orang sudah kena serang dengan penyakit angau. Cakaplah apa pun memang tak masuk dalam kepala! Karang maki pun dia tetap macam itu juga. Nasib baiklah ada juga rasa hati aku pada dia. Kira ada sayang jugaklah.

"Awak ni kan sepatah saya cakap, dua puluh patah awak menjawabkan. Sudahlah, saya nak tidur ni. Mengantuk sangat. Esok pagi nak kena pergi pasar bawak mak saya. Kalau saya tak cukup tidur, susah nak bangkit.

"Rajinnya bakal isteri saya ni. Ok, selamat malam sayang. Mimpi saya ok. Ingat, saya cinta dan sayangkan awak sangat-sangat Darlina Suraya."

"Haa..haaa.." Itu sahaja jawapan aku, malas hendak bercakap lebih-lebih sebab dia bukan saman pun!

Lepas talian dimatikan, adalah sebaris senyuman terukir dibibir aku. Entah kenapa hati semakin rasa bahagia. Tahniah Irfan sebab sedikit sebanyak kau sudah berjaya melembutkan hati aku yang keras ini.

Eleh dulu cakap lain sekarang lain pulak jadinya. Kau ni memang betullah Darlina Suraya cakap tak serupa bikin! Dimakan sumpah ke apa?

Abah, Yaya minta maaf sebab hati dan perasaan memang sukar untuk dibendung. Tetapi Yaya berjanji akan belajar betul-betul. Ini janji Yaya.

Irfan Mikail, sekarang hati aku milik engkau. Kalau kau main-mainkan perasaan aku memang kena nanti! Tetapi tidak boleh bagi sepenuhnya supaya esok-esok tak adalah aku frust menonggeng!

Sekali lagi telefon bimbit aku berbunyi, kali ini pesanan ringkas pula. Aku dah agak siapa punya kerja. Irfan Mikail!

'Sayang malam tidur jangan lupa basuh kaki. Jumpa untuk semester baharu bulan depan. Saya rindu awak.'

Seorang romantik dan seorang lagi ganas. Kena dah dua muka!

**********

2 kata-kata pujaan:

MaY_LiN said...

kemain yaya ni kan..
repot kat abah..

DALIA NA ZA said...

may lin : hahahaha...

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*