Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

27 January 2012

IDEA HENDAK MENGOLAH CERPEN GENRE ISLAMIK PULA

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Apa khabar semua? Sihat? Semoga sihatlah ye.

Saya? Agak sibuk menguruskan perihal kerja tetap.

Harini agak mengantuk, barangkali mata letih mengadap screen lappy. Hu hu hu.

Kita teringin nak buat cerpen genre Islamik pulak. Siapa suka kita ucap terima kasih dan alhamdullillah. Siapa yang kurang tu saya minta maaflah ye.

"Antara hukum dunia dan hukum allah saya lebih takut hukum allah! Bagaikan kini terasa terketar-ketar sendi sampai ke belulang hitam!" Farhana bersuara tanpa rasa ragu-ragu.


"Kamu tidak takut kami ambil tindakan displin dengan menggantung awak dari bertugas selama sebulan! Gaji pun akan ditahan!"

"Encik boleh lakukan apa sahaja. Saya berserah pada Allah kerana saya redha apa yang Encik hendak lakukan terhadap status pekerjaan saya sekarang. Saya tidak mahu bersekongkol untuk mengikut telunjuk encik. Kalau Encik Raihan hendak masuk ke kelab ekslusif itu, sila bawa orang lain. Saya tidak mahu ikut serta. Saya telah melakukan apa yang terbaik cuma mungkin dimata encik masih belum mencapai tahap kepuasan hati Encik. Saya mohon maaf."

"Farhana! Awak jangan melawan kata-kata saya. Saya majikan awak!"

"Saya faham Encik Raihan adalah majikan saya. Andainya perkhidmatan saya tidak lagi diperlukan saya terima dengan hati yang terbuka. Kerja keras yang saya lakukan dahulu, saya ikhlas sedekahkan kepada syarikat Encik."

Terkedu Raihan mendengarkan kata-kata terakhir dari Farhana. Niatnya hanya sekadar menggugut tetapi sekarang dia pula yang diugut. Dia mengetahui tahap kebolehan Farhana dalam bidang kerja memang mencapai prestasi yang bleh dianggap membanggakan.

Dia geram apabila Farhana tidak mahu mengikut telunjuknya supaya mengikuti appointment berlibur sambil berurusan dengan pihak pelanggannya yang berstatus besar.

Plot cerita dan dialog diatas yang sedang bermain-main diminda saya.

Cerpen Islamik dalam pembikinan (dah lama tak buat), sekali aje olah  yang terdahulu "Akukah Yang Terpilih?"....
 
Oh ye, kita belum dapat cover yang sesuai. Nanti dah ada...macam biasa kita buat sedikit priviewnya dalam masa terdekat. Esok cuti saya nak bedal cerpen-cerpen yang masih belum siap diproses.
 
Tak tahu kenapa saya addicted untuk buat cerpen. He he he
 
Jom solat ^_~

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*