Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

01 January 2012

CERPEN UNTUK TAHUN 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Saya baru selesaikan bab 36 Novel Ceritera Bulan Madu setelah berhempas terpulas mengeluarkan idea meskipun tengah migraine (susah jugak ye perah idea time kepala sakit ya amat).

Oh ye. Sempena tahun baharu ni kan, kita tiba-tiba rajin nak buat cover untuk cerpen. Baharu perasan sudah lama tak buat cerpen. Hew hew hew. Patutlah idea tak laju mencurah-curah untuk CBM, rupanya idea banyak imtbul untuk kisah dua cerpen ini.

Haaa...sesambil itu layan filem Ombak Rindu...wah gitewww... Ini adalah cerpen bagi permulaan tahun baharu 2012. Kisah penuh akan tersiar pada esok malam (wah semangat gitew). Ok ini preview sikit untuk cerpen saya ye.

Selamat tahun baharu 2012 dan selamat membaca semua ^_~



Pernah tak korang sakitkan hati orang yang korang minat dalam hati sebenarnya lepas tu buat-buat lebam macam takde apa-apa berlaku? Ha...inilah kisah yang terjadi tidak pasal-pasal.

     Dania memang bengkak hati habis dengan Haris yang tidak sudah-sudah menyakitkan hati. Kalau hendak tahu kaki buli nombor satu yang pernah dia alami, Harislah hantunya. Tidak pernah satu hari pun Haris membiarkan hidup Dania aman damai. Ada sahaja yang ingin dia lakukan untuk menyakiti hati Dania yang kononnya kental itu. Haris merasa seronok dengan menjadikan Dania patung permainan. Manakan tidak, Dania berani melawan kata-katanya sewaktu dia tidak sengaja menjatuhkan kerusi Dania ketika diperpustakaan. Apalagi, Haris tidak lepaskan peluang untuk mengenakan Dania setiap hari.

     Haris kalau bangun sahaja pagi dia sudah membuat jadual untuk mengenakan Dania sepuas hatinya. Hidupnya dahulu bosan kerana ramai yang mendiamkan diri kalau dia membuli mangsanya. Tidak ada yang melawan membuatkan dia mencari mangsa baharu setiap hari. Dia beruntung akibat kemalangan tertarik kerusi seorang budak perempuan membuatkan dia bersemangat untuk mengenakan perempuan bernama Dania Shazzerina setiap hari! Haris Azzerie merupakan anak seorang Tan Sri memang tidak pernah gentar dengan siapa-siapa sehinggalah kemunculan Dania menyerikan kehidupannya.

"Apa ni? Sukahati tarik-tarik kerusi orang dan tu bukan nak mintak maaf sampai buat orang jatuh gedebuk!" Dania sudah panas hati apabila melihat lelaki yang berada dihadapannya buat muka selamba untuk beredar. Pantang betul kalau orang sudah buat salah kepadanya lepas itu tidak mintak maaf.

"Ada aku kisah?" Laju sahaja jawapan daripada Haris membuatkan Dania semakin bengkak hati. Mahu sahaja dia tunjal-tunjal dahi milik lelaki itu sepuas hati.

"Kau kisah ke tak itu kau punya pasal. Lain kali kalau dah buat orang, tolong mintak maaf. Buat susah pun. Bukan kena bayar duit pun. Bukan membazir air liur pun!" Dania sudah mencerlung tajam ke mata milik Haris. Namun Haris seperti biasa dingin membeku dan buat-buat tidak tahu.

"Air liur aku bukan percuma...so?" Haris menyindir dan benar-benar membuatkan Dania ingin menghempuk lelaki itu dengan kerusi perpustakaan. Baharu tahu langit itu sama ada tinggi ataupun rendah.

"Bercakap dengan kau macam bercakap dengan kerusi ni. Hati kayu betul! Huh!" Dania membentak lantas kaki Haris dipijak sekuat hati.

"Aduh! Gila ke apa kau ni! Kau ingat kaki ini bapak kau punya ke? Hah!" Haris memegang kakinya menahan kesakitan akibat dipijak kuat oleh Dania. Haris ingin sahaja menumbuk muka perempuan yang berada dihadapannya. Namun ditahankan sahaja supaya tidak ada yang menuduh dia cuba mengasari kaum yang lemah.

     Dania tersenyum sinis dan sempat lagi menghadiahkan kata-kata yang menyakitkan telinga Haris. Sikap Dania Shazzerina membuatkan Haris Azzerie benar-benar geram. Dia tidak menyangka perempuan itu seberani itu mengasari dirinya.

"Itu hadiah pertama dan ini yang kedua. Bapak aku takde kena mengena dalam ini kes tahu! Kau fikir kau anak orang kaya ikut sesuka hati kau nak naik tocang? Ingat sikit, ilmu tidak pernah membezakan taraf. Miskin atau kaya itu semua bukan ukuran untuk mendapatkan ilmu. Harta berkoyan-koyan pun bukan boleh angkut masuk dalam liang lahad. Allah tak pandang semua itu. Lainlah kalau kau ni jahil tentang agama!" Dania melepaskan amarahnya kemudian terus berlalu pergi.

Haris terkebil-kebil apabila Dania menghadiahkan kata-kata umpama paku yang tepat mengenai hatinya. Haris mengetap bibirnya menahan marah. Perempuan itu benar-benar mencabar egonya sebagai seorang lelaki. Ayat terakhir benar-benar membuatkan hatinya terbakar. Sesuka hati mengatakan dirinya jahil, padahal dia sudah berulang kali khatam al-quran. Malahan setiap hujung minggu akan diperuntukkan masa untuk mengikuti kelas agama bersama-sama dengan ayahnya. Bukan dia tidak tahu, Tan Sri Aminuddin seorang yang amat tegas dalam soal agama. Sebab itu dia berhati-hati membuli mangsanya di sekolah agar tidak sampai ke pengetahuan pengetua.

"Boleh tahan jugak minah ni punya mulut. Suka-suka dia cakap aku jahil! Hish! Ini tak boleh jadi, perempuan ini mesti aku balas perbuatan dia. Apa nak jadi...jadilah. Aku tak kira." Haris mengomel sendirian.

"Haris...kau tak apa-apa ke? Pergh...dahsyat jugak minah itu eh. Kerek dia lain macam betul aku tengok tapi cun jugak muka dia." Zuhairie berseloroh dan membuatkan Haris mencerlungkan matanya. Zuhairie tersengih sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Betullah Hairie kau cakap, budak perempuan tu cun. Kalau aku nak tackle jadi awek aku yang ke dua puluh. Manalah tahu rezeki aku kan tahun ni." Sampuk Izmair secara tiba-tiba. Haris semakin cemburut.

"Langkah kaki aku dulu kalau kau nak tackle dia. Ini dia abang Iskandar yang akan cantas dulu. Kau apa tahu bab-bab ayat bunga-bunga dengan perempuan. Balik-balik suruh aku yang tulis surat untuk mengorat kan...kan...kan." Izwan juga tidak mahu lepaskan peluang yang sedia ada. Haris semakin rasa terbakar.

"Kalau korang anggap aku ini kawan korang, jangan cuba-cuba nak dekati minah tu. Dia patung permainan aku jadi korang tak berhak nak menyibuk tahu!" Haris melepaskan amarahnya.

"Rilekslah Haris, ok...ok...mangsa kau ni kitaorang tak kacau. Dah jom kita pergi minum lepas tu boleh balik rumah." Izmair cepat-cepat menyejukkan hati Haris yang sudah bengkak kerana dikenakan sebegitu rupa oleh Dania.

"Apa kecoh-kecoh ni? Dari tadi cikgu dengar bunyi bising. Haa kamu Haris, apalagi masalah kamu kali ini?" Datang Cikgu Suffian yang merangkap guru yang bertugas menjaga perpustakaan pada waktu petang setelah shiftnya waktu pagi berakhir pukul satu tengahari.

"Takde apa-apa cikgu, saya terjatuh dari kerusi sebab tersalah duduk." Haris mencari alasan supaya kes 'berperang' tadi tidak sampai ke pengetahuan guru yang bertugas itu.

"Macam-macamlah kamu semua ini. Peperiksaan besar dah nak dekat, rajin-rajinlah mentelaah. Nanti diri kamu sendiri yang rugi kalau bermain-main sahaja. Faham?" Ujar Cikgu Suffian memberikan nasihat percuma kepada mereka berempat.

"Baik Cikgu Suffian, kami pulang dahulu cikgu. Terima kasih cikgu." Zuhairie bersuara dan Haris hanya mendiamkan diri. Malas hendak ambil pusing dengan syarahan pendek itu. Sudahlah kakinya sakit, sekarang hatinya pula bengkak dengan sikap Dania yang berkurang ajar dengannya.

"Siap kau!" Gerutu Haris sendirian sambil kakinya terhincut-hincut menahan kesakitan. Izmair dan Zuhairie memapahnya untuk menuruni tangga. Izwan menolong membawa beg sekolahnya. Mereka berempat merupakan kawan baik sejak daripada kecil kerana keluarga masing-masing berkawan rapat. Jadi turun ke generasi kedua dalam keempat-empat keluarga itu.

*******************************************************************************************


Agak-agak Dania dan Haris boleh berdamai tak? Siapa yang menang dalam pertandingan tidak berdaftar itu dan hati siapa yang paling terbakar? Dania Shazzerina ke Haris Azzerie?

Tunggu sambungannya....

2 kata-kata pujaan:

zetty said...

best tapi tergantung....nak kena tunngu le plak.....

DALIA NA ZA said...

zetty : memang saje gantung..malam ni full story kita upload ye... ^_~
thanks for reading...

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*