Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

22 December 2011

BERBICARA DENGAN BULAN ~ PROLOG





AMIR termanggu sendirian, wajahnya kusut masai dengan berjambang serta rambutnya semakin panjang. Semua perkerjaannya terbengkalai lansung tidak diendahkan. Hatinya dipagut pilu dan benar-benar terasa akan kehilangan permata hati kesayangan. Hendak menyesal, nasi sudah menjadi bubur dan tidak mungkin akan dapat berpatah semula. Benar kata pepatah, hargai semasa ada dan tidak guna menyesal pabila sudah hilang dari pandangan.

Semakin dia cuba melupakan permatan hatinya semakin kuat ingatan akan kisah silam yang bahagia hanya seketika antara mereka berdua. Amir benar-benar tidak menyangka bahawa Aria akan pergi meninggalkan dirinya untuk selama-lamanya. Amir tidak dapat menerima kenyataan pemergian Aria kerana sangkanya perhubungan mereka akan berkekalan setelah penat lelah mengharungi dugaan. Namun semenjak pemergian Aria, Amir jadi keruan. Kalaulah dia dapat bersabar sedikit lagi, pasti kini mereka sudah berbahagia dialam berumahtangga.

Amir mengeluh berat apabila terkenang Aria. Apa sahaja yang dia buat semua tidak kena dan tidak menjadi. Setiap kali dia cuba membuang jauh perasaan rindu itu semakin dekat bayangan Aria menerjah didalam pemikirannya. Amir menghempaskan tubuhnya diatas sofa yang berbentuk L didalam bilik utama rumah banglo yang tersergam indah itu. Amir meraup wajahnya dan airmatanya mengalir menahan pedih dihati.

"Sayang, kenapa tinggalkan abang seorang diri? Abang rindu pada Aria. Kembalilah dalam hidup abang. Maafkan abang sayang. Bukan itu maksud abang. Sumpah abang memang tidak sengaja Aria. Percayalah bahawa hati abang memang milik Aria seorang. Kembalilah semula ke pangkuan abang. Abang berjanji abang tidak akan memperlakukan Aria sedemikian lagi. Abang akan benar-benar kotakan janji abang."

Amir mengomel sendirian sambil memanggung kepalanya yang semakin lama semakin berat. Amir bingkas bangun dan terus mengmbil ubat penenang yang tersimpan kemas didalam laci yang terletak bersebelahan dengan katilnya. Pada ubat itulah dia bergantung sekarang. Perasaanya benar-benar terganggu, mujur papanya memberikan cuti bergaji untuk dia merehatkan mindanya yang sedikit terganggu.

Amir termenung lagi sambil memandang ke bulan.

*********************************************************************************************

ARIA termenung sendirian, hatinya pedih dan terluka selepas kejadian yang menimpa dirinya. Dia tidak menyangka Amir akan memperlakukan dirinya sedemikian rupa. Hilang segala kepercayaan yang diberikan kepada Amir. Dalam sekelip mata kebahagian yang dikecapi seketika itu hancur berkecai. Kerana sikap Amir itu Aria lari meninggalkan dirinya membawa diri bersama kandungan yang berusia 3 minggu itu tanpa pengetahuan Amir. Kerna terlalu sakit hati dan kecewa, Aria menghilangkan diri jauh dari pandangan Amir.

Aria mengusap-ngusap perutnya yang sedikit membuncit. Airmata diseka dan mula berbicara lembut dengan kandungannya. Aria meluahkan segala rasa hatinya yang sakit dan terluka itu. Aria bangkit dari pembaringannya dan menuju ke jendela. Sambil menghirup bayu lembut yang menerpa wajahnya, Aria berbicara kembali dengan zuriat yang sedang membesar didalam rahimnya.

"Anak mama...nanti bila anak mama sudah dewasa nanti jadilah anak yang baik ya. Mama sayang sangat pada kamu. Meski papa tiada disisi, mama janji mama akan pastikan kasih sayang itu tidak akan berkurangan. Kamu permata hati mama sekarang. Biarlah kita hidup berdua ya sayang. Jadi anak yang taat ya. Jangan nakal-nakal ya."

Aria berbicara lembut dan terukir sedikit senyuman pada garis bibirnya. Meskipun hatinya sakit namun dia telan segala-galanya. Dia pasrah dan redha jika ini kehendak takdir yang berlaku. Walaupun hatinya sakit namun cinta dan kasih sayang terhadap suaminya itu tetap kukuh. Cuma dia perlu jauhkan diri untuk meredakan kesakitan hatinya. Bila sudah semakin pulih baru akan kembali. Kembali untuk berdepan dengan suaminya buat kesekian kali.

Aria bersandar dan merenung jauh sambil memandang bulan.

2 kata-kata pujaan:

blinkalltheday said...

nice intro...diorg dah kawen ke?knp tbe2 aria lari dan amir x taw yg aria tengah mengandung??

DALIA NA ZA said...

blink : tunggu sambungan dia ye...hehehe...

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*