Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

18 November 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 29



USAI solat Maghrib, aku mempersiapkan diri untuk makan malam bersama Kamal dan Nadia. Nadia? Cis, kenapa perempuan itu ikut jugak? Tapi tak mengapalah, mungkin temankan Kamal agaknya. Namun apa kena mengena dia dengan projek yang sedang diusahasama oleh Hafiz dan Kamal? Pelik....tapi biarkanlah.

Hafiz aku lihat bersiap bukan main lagi, siap berkemeja warna hitam dan dipadankan dengan seluar berwarna hitam juga. Makan malam dekat mana ni? Hotel ke? Ini yang aku lemah sekali, makan dekat hotel nak kena coverline. Kalau aku makan pakai sudu dan garpu, gerenti melintang pukang gamaknya nanti. Aku kalau ikut selamba aku, makan pakai tangan cukup. Lebih afdal apa. Selalu aku dengar makan dekat hotel kena berlagak seperti orang-orang kaya. Kena jaga tata tertib dan adab supaya orang tidak mengata belakang hari.

Haih! Harta semua boleh masuk kubur ke? Baik sedekah amal jariah dekat anak-anak yatim. Pahala itu yang lebih berharga bila sudah berada di alam kubur, di alam kematian. Kalau setakat orang hendak mengata belakang hari, itu tanggungjawab dia dengan Allah kemudian hari. Tiada salahnya menggunakan tangan hendak menjamah makanan. Tapi kalau aku buat perangai selamba aku nanti, malu pulak Hafiz. Adoi, belasah sahajalah. Eh kejap, baju apa hendak disarungkan pada badan aku?

"Sayang....tutup mata dulu..." Tiba-tiba Hafiz sudah berdiri tercegak depan mata aku. Entah bila masa dia muncul pun aku tidak perasan. Barangkali sebab aku mengomel seorang diri tadi agaknya.

"Kenapa nak kena tutup maattttt..."

Hafiz bagi ubat!

"Abang!"

"Nak banyak soal lagi ke?"

"Alamak....ok..ok..sayang tutup mata..." Baharu teringat akan pesanan Hafiz. Cis! Pelupa betullah.

Hafiz mengambil paper bag yang berjalur warna hitam putih. Hafiz sempat lagi mengucup dahi aku dan mengarahkan membuka mata. Perlahan-lahan aku membuka mata dan melihat bungkusan yang diberikannya. Aku mengambil bungkusan kain yang terlipat elok didalamnya. Aku keluarkan dan mata aku terbeliak.

"Cantiknya!"

"Sayang pakai lagi cantik. Cepat tukar sekarang."

"Ok..abang tunggu kejap...Intan tukar kat bilik air."

"Tukar depan-depan abang tak boleh ke? He he he."

"Mengada betul abang ni. Tak malu betullah..."

"Hai...suami isteri pun nak malu-malu? Lainlah kalau kita bukan suami isteri...."

Hafiz tersengih-sengih. Aku menjelirkan lidah, malas hendak layan permintaannya yang bukan-bukan.

"Ok..ok..cepat pergi tukar, abang nak tengok sayang abang pakai gaun hitam ni. Cepat tau. Kamal dengan Nadia pun dah tunggu kita dekat bawah."

"Sabar..." Pendek sahaja jawapan aku sambil tersengih. Hafiz menarik hidung aku yang tidak semancung hidung Cameron Diaz. Cukuplah ala-ala pelakon Korean. Bak kata Hafiz suatu ketika dahulu. Puji ada makna tu. He He He.

*******

AKU menyarungkan gaun malam yang berpotongan muslimah sejati. Fesyen yang begitu selesa. Namun aku terasa seperti sarat benar dengan labuci yang begitu nampak wanita yang mempunyai kedudukan yang mewah. Mahu atau tidak aku harus kena memakai gaun malam yang telah dihadiahkan oleh suami tercinta. Aku mengenakan selendang satin dengan menggayakan fesyen terkini. Lebih sepuluh kali juga melayan youtube Hana Tajima Shaw Tutorial yang begitu popular itu.

Setelah cucuk pin sana, cucuk pin sini akhirnya siap juga pemakaian aku pada malam ini. Candle light dinner sepatutnya berdua bukan? Tapi acara malam ini berlainan sedikit. Acaranya bermajmuk. Pertama kali ini! Aku bersolek sederhana dan tidak terlalu tebal seolah-olah nampak macam tepung gelomak. Dengan secalit lipstik berwarna pink lembut dipadankan warna sepadan mengoles pipi yang selalu menjadi landasan cium dari Hafiz. Malu!

Mengenakan maskara serta pembayang warna mata dengan senada warna lipstik dibibir. Setelah pasti dengan persiapan diri, perlahan-lahan aku melangkah keluar daripada bilik air. Kalau bersolek dihadapan Hafiz memang tak akan siap! Hendak tahu kenapa sebab dia memang gemar mengusik aku. Bila ternampak cara dia merenung aku, memang secara automatik dada aku akan terasa debarannya umpama selesai lari pecut seratus meter! Darah pasti akan gemuruh dan membuatkan wajah aku kemerah-merahan menahan malu.

Ah! Hafiz memang memiliki persona yang begitu mendebarkan dan mengkagumkan. Patulah Nadia tergila-gilakan dia dahulu! Nadia?!

Aku menghampiri Hafiz dan terus mencuit bahunya. Hafiz berpaling memandang aku. Lama dia berdiri tegak merenung wajahku. Terasa panas membahang secar tiba-tiba. Ah! Aku memang lemah dan terpukau dengan sorotan mata yang indah itu. Jangan tidak percaya, lelaki juga memiliki pandangan yang memukau wanita jelita seperti aktress Maya Karin.

Aku menampar perlahan pipi Hafiz untuk menyedarkan dirinya yang merenung seperti tidak pernah berjumpa. Hafiz tersedar dan lantas menarik tangan aku. Dikucup lembut dan hati aku begitu tersentuh. Hafiz memang lelaki romantika! Terasa mahu makan malam berdua sahaja dengan dia. Namun janji telah termaktub, kenalah tunaikan sebgai satu tanggungjawab. Janji mesti dikotakan!

"Sayang....cantiknya. I Love you sayang....Love you so much."

Hafiz menuturkan kata-kata keramat yang begitu indah didengari. Romantisnya apabila meluahkan kata-kata yang bisa mencairkan hati mana-mana wanita. Namun kata-kata romantis ini adakah sama sepertimana dia mengucapkannya kepada Nadia. Tiba-tiba hati diserang rasa cemburu tidak semena-mena. Cepat-cepat aku beristigfhar menghalau syak wasangka. Aku tidak mahu berprasangka buruk dengan suami yang telah aku cintai sepenuh hati.

"Abang...I Love you too tapi kita ni tak lambat ke? Sekarang dah hampir pukul 8.30 malam. Kesian pulak Kamal dan Nadia tertunggu-tunggu kita nanti."

Hafiz menepuk dahinya dan aku ketawa.

"Inilah jadinya kalau sudah kemaruk cinta dengan isteri sendiri."

"Mestilah, takkan dengan isteri orang lain. He he he...jom..." Hafiz melingkari tangannya dipinggang ramping aku. Sambil tangan kirinya mengenggam erat jemariku. Beberapa kali wajahku diusapnya. Aku termalu lagi!

"Kalau isteri orang lain, mesti sayang belasah abang nanti. Sayangkan ratu Taekwando tapi sayang takkan sanggup belasah abang kan?"

"Siapa kata?"

"Erkkk..."

"I'm just kidding sayang. Mana sanggup belasah orang yang begitu Intan cintai dan sayangi. Lagipun Intan mesti kena hormat abang sebab syurga dibawah telapak kaki suami."

"That's why I'm fall in love with you. In fact it's more deeply sayang."

"Boraklah..."

"Tak percaya, ambil pengetip kuku belah dada abang."

"Pengetip kuku? Pertama kali sayang dengar ni. Dengan siapa abang belajar peribahasa sesat ni? Nakal ye."

"Dengan sayanglah..."

"Erkk..."

Hafiz mengucup jemariku buat kesekian lagi. Agak-agak kalau banyak kali kena kucup boleh cair tak jemari? Hu hu hu. Apalah merepek yang bukan-bukan aku ini. Jalan untuk mengawal kegugupan diri. Kami beriringan dengan senyuman yang begitu bermakna. Terkadang aku tersegan silu apabila ada mata-mata yang tidak lepas memandang kami berdua. Macam tengah berjalan di karpet merah pula!

Hampir sahaja diperkarangan lobi, tiba-tiba Hafiz menepuk dahi. Aku memandangnya pelik.

"Maaf sayang, abang tertinggal telefon bimbit dalam bilik. Sayang tunggu sekejap dekat lobi ya. Abang cepat-cepat naik atas, takut bini abang yang cun melecun ini kena ngorat dengan mamat-mamat hensem dekat sini. Sayang jangan layan tau, abang cemburu. He he he"

"Mengadalah. Cepatlah pergi ambil, nanti kita makin lewat sampai. Sayang tunggu abang dekat kerusi rehat depan sana. Cepat tau."

Hafiz mengangguk dan berjalan laju menuju ke lif. Aku tersenyum sambil menggeleng.

Itulah tengok lagi bini sendiri macam hendak terkam!

Aku duduk sambil membelek majalah yang telah tersedia disitu. Ada seorang pemuda yang begitu polos mukanya duduk membaca majalah juga. Aku mencari tempat duduk yang sesuai agar tidak mengganggu pembacaannya. Aku duduk sahaja, terus pemuda itu berpaling memandang aku. Aku? Hanya mampu memberi senyuman sebagai sedekah. Takkan pula aku hendak berlagak sombong di negara orang? Nanti tidak pasal-pasal dituduh PELANCONG SOMBONG! Hu hu hu.

Pemuda itu tidak melepaskan pandangannya. Aku hanya tersenyum dan terus menundukkan wajah. Pemuda itu memandang aku secara berterusan. Sudahnya aku rasa tidak selesa, kenapa masa aku rasakan begitu lama. Padahal tidak sampai lima minit lagi Hafiz berlalu menuju ke bilik. Panas seketika punggung aku bila mamat ini pandang macam ternampak Ratu Dunia sedang berdiri dihadapannya.

Mana Hafiz ni? Lamanya...

8 kata-kata pujaan:

mimi syafiqah said...

best sgt.....

Kisah Ku Dan Ianya Tetap Aku said...

best nyer ,,, nak lagi ,, nak lagi pehlissssss... :)

sue said...

BEST... JANGAN LAMA SANGAT...

DALIA NA ZA said...

mimi syafiqah :huhuhu...thanks...

kisah : huhuhu...ok...will try upload ne3 asap.

sue : huhuhu...insya'allah..

:)

Nurf said...

ok,maybe lebey baek digelar pelancong sombong...hahaha

DALIA NA ZA said...

Nurf :he he he he...ramah karang Hafiz jeles...he he he

MaY_LiN said...

isk..sapa yang pandang tu..

syaz_daus said...

bile n0vel di akan berada di pasaran?

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*