Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

05 August 2011

DIARI ISSABELLA : BAB 2

  


IZHAM FAREEQ mencari-cari diari miliknya. Puas diselongkar di dalam beg pakaiannya. Setahunya memang dia pasti ada meletakkan sekali bersama dengan timbunan pakaian yang diangkut secara tergopoh gapah. Habis pakaian miliknya berterabur sana sini. Diari itu menjadi penemannya kemana sahaja.

"Adoiii...kemana pulak Ray ni pergi! Aku rasa aku dah letak dalam beg ni. Mana pulak hilangnya?" Izham memunggah semula kain baju yang telah berterabur sana sini. Tiba-tiba Izham menepuk dahinya.

"Ya allah! Letak bawah bantal semalam! Apa nak jadilah dengan aku ni. Ini semua sebab minah tu punya pasal..."

Izham  : Ray! Puas aku cari kau rupa-rupa kau kat bawah bantal! Cis! berpeluh-peluh aku, ingat kau dah hilang. Takde kau Ray sunyi jugak hidup aku.ni. Kaulah tempat aku lepaskan apa yang terbuku di hati. Dekat kuar aku tak boleh sesuka hati nak cakap itu ini. Tutup periuk nasi aku nanti. Tahu-tahu ajelah dunia macam aku ni Ray. Ada kau Ray, aku dapat legakan sikit bebanan aku.

Izham  : Ray, kau tahu aku ada singgah satu kawasan kampung ni. Cantik aku cakap dengan kau! Menarik kampung ni. Orangnya pun ramah tamah. Tak sombong tapi ada satu minah ni entah apa yang dia eksyen sangat pun aku tahulah Ray. Aku tahulah dia tu cantik tapi tak payahlah nak tengok aku macam nak makan pulak kan. Kawan baik dia tu baik aje, dia tu yang emosi lebih. Nasib baik mata dia cantik. Suka pulak aku tengok hehehe...

Izham  : Minah ni nama dia unik Ray, ala-ala watak sequel Twillight tu. Issabella. Panggil pun Bella jugak. Muka dia pun aku tengok unik. Macam pelakon Filipina tu pun ada Ray. Aku tengok mak ayah dia baik aje melayan aku. Dia aje macam sentap semacam. Agak-agak kau kalau aku ajak dia berdating pengsan tak dia? hahahahaha.

Izham  : Tapikan Ray aku rasa aman dan tenang pulak jauh dari hiruk pikuk kota yang penuh glamour ni. Seronok pulak dapat duduk kampung. Kau tahu Ray, Bella ni ada pondok. Aku curi-curi pergi duduk sana nak tengok best ke tak. Best jugak tau Ray sebab dikeliling dengan pokok buah-buahan yang rendang dan lebat. Kalau dekat Kuala Lumpur jangan berharap sangat nak jumpa keadaan macam ini. Paling best aku suka pulak bergaduh dengan minah cantik ni.

Izham  : Oklah Ray nanti-nanti kita berjumpa lagi. Aku lapar pulak. Apa-apa pun aku simpan kau bawah bantal balik. Diam-diam sudah dekat situ ok. Blah dulu. Bye.

Izham menutup diari miliknya. Terus menuju ke ruang dapur dan dia dapati tiada siapa di sana. Izham naik semula ke ruang tamu rumah. Dilihat nenek Issabella duduk berehat sambil menonton televisyen. Dia mencari-cari kelibat Issabella, namun Issabella telahpun keluar pergi ke rumah Zakiah. Izham memanggil nenek Issabea tetapi tiada sahutan. Izham pelik. Rasanya sudah kuat dia mengeluarkan bunyi suara tetapi tiada sambutan.

Izham melihat siaran di televisyen. Patutlah, layan cerita Hindustan rupanya. Izham terus duduk sebelah nenek Issabella dan membuatkan orang tua itu terperanjat. Izham tergelak mendengar latah nenek Issabella.

"Oii kau....ooii....jangan rapat nanti kena lipat...ehh...eh...eh..."

"Maaf nek, tadi saya panggil nenek tapi nenek tak sahut. Amboi galak tengok cerita hindustan. Kisah apa tu?"

"Ohhh..kamu Izham.Tadi Bella kejutkan nenek, sekarang kamu pulak. Ini cerita si SRK..."

"SRK?"

"Shah Rukh Khan..."

"Ohhh...maaflah nek, saya ni cerita-cerita Hindustan kurang gemar sikit..."

"Sama ajelah kamu dengan si Bella tu..."

"Erkk..."

"Kamu dah makan?"

"Belum nek. Takpelah nanti saya buat bekal pergi pondok milik si Bella tu. Nanti nenek tolong sampaikan pada dia ye. Nanti dia mengamuk tak tentu pasal."

"Yelah. Bella tu bukan suka kalau-kalau orang masuk tempat kesukaan dia. Nanti nenek bagitahu."

"Terima kasih nek. Saya nak ambil mood untuk baca skrip je nek. Lepas tu saya balik. Sekejap aje. Pergi dulu ye nek..."

"Yelah Izham, jangan lama-lama sangat kat sana. Banyak nyamuk sana tu. Bawak ubat nyamuk sekali".

"Ohh...baik nek."

Izham berlalu pergi. Dia menuju ke dapur terlebih dahulu untuk menyediakan bekalan sendiri. Diambil tiga keping ubat nyamuk dan disimpan dengan rapi. Setelah semuanya siap, Izham bergerak menuju ke pondok milik Issabella. Harap-harap Issabella tidak ke sana. Kalau tidak perang teluk akan terjadi. Boleh gamat satu kampung!

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*