Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

26 June 2011

KASIHNYA IRDINA SAFIYAH - PROLOG (CERPEN)

           IRDINA SAFIYAH, merupakan gadis desa yang telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejarkan cita-citanya merubah nasib keluarga. Dia bertemu dengan Khairil Irfan dan mereka mendirikan rumahtangga tanpa restu ibu bapanya. Akhirnya ikatan itu tersungkur di tengah jalan. Irdina Safiyah membawa diri dan sudah 3 tahun tidak pulang ke kampung di atas kegagalan rumahtangganya. Dia malu dan teramat berdosa kerana tidak mendapat kerestuan daripada orang tuanya.


Nazrin Affendi, gemar memancing ikan seorang diri. Nazrin mengisi masa lapangnya dengan memancing untuk membuang rasa sedih di atas kegagalan rumahtangganya bersama Sofiya Humaira. Kegagalan itu terjadi kerana Nazrin dipengaruhi ibunya, bahawa Sofiya cuba meracunnya. Nazrin berang lantas mengugurkan talak 3 terhadap Sofiya Humaira. Secara kebetulan, Nazrin Affendi dan Irdina Safiyah bertemu di kolam memancing. Bibit pertemuan dimulai dengan kenalan biasa, bertukar menjadi sahabat dan akhirnya mengikat tali perkasihan. Kelembutan Irdina Safiyah menambat hati Nazrin Affendi. Mereka bersepakat untuk mendirikan rumahtangga kerana masing-masin telah terpikat antara satu sama. Ini membuatkan ibu Nazrin Affendi tidak menyenangi impian mereka berdua. Ibu Nazrin telah membuat suatu rancangan yang memang tidak terjangka oleh Irdina Safiya.

Ibu dan ayah Irdina, Puan Rosmiah dan En Adnan teramat risau sekiranya perkahwinan ini membuatkan sejarah lama berulang kembali. Irdina bersungguh-sungguh untuk memujuk kedua orang tuanya. Akhirnya, ayah Irdina Safiya bersetuju juga untuk merestui perkahwinan keduanya. Irdina Safiya dan Nazrin Affendi terasa lega dengan kerestuan antara kedua keluarga mereka.

Namun panas tidak sampai ke petang, hujan pula di tengahari apabila Irdina Safiya berperang dengan perasaannya apabila secara perlahan-lahan di dera oleh ibu mentuanya sendiri. Oleh kerana sayang dan hormat, Irdina Safiya tetap menjalankan tugasnya sebagai anak menantu biarpun berkali-kali perasaannya terluka.

Dapatkah perkahwinan kedua antara Irdina Safiyah dan Nazrin Affendi bertahan?
Cerpen terbaharu dan tidak jadi hendak buat novel..idea datang selepas tengok cerekerama TV3 TAKDIR AFINA....tapi saya ubah tajuknya dan tambah sedikit jalan ceritanye...hehehe...^_~)

2 kata-kata pujaan:

Seorg wanita... said...

Patutlah bila baca prolog ni macam dalam cerekarama TV3...

Hopefully kalau nak dijadikan cerpen, dapat larikan jalan cerita dan watak2 agar tak sama dgn cerekarama tu takut nanti ada isu ciplak idea ke.. Akak tak reti komen sebab tak pasti, cuma takut nanti jadi isulah, Dalia...

DALIA NA ZA said...

baik akak, saya gantikan emak si nazrin tu dari syco kepada busuk hati sampai sihir2...ekekeke...buat citer ala2 bomoh sikit...heheehe...thanks akak for support ye...aada buah tangan ahad ni...next entry untuk CBM...jeng..jeng....sorry ye tak dapat nak post lagi sebab masih belum edit untuk lebih dramatik...wah gitu...kui kui kui ^_~

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*