Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

07 August 2011

DIARI ISSABELLA : BAB 3



"ASSALAMUALAIKUM!...Zek! Zek! Oooo Zek.."

Aku terjerit kecil sedikit di hadapan rumah Zakiah. Sekali yang keluar emak dia. Tersegan aku sebab bersuara agak kuat tidak seperti selalu. Sebelum ini aku panggil Zakiah penuh dengan kesopanan dan ketatasusilaan. Sejak mamat tu datang, habis hilang semua ayu aku. Protes punya pasal lah katakan. Tapi apsal Zakiah yang kena? Huhuhu...

"Waalaikumsalam Bella. Zek tengah mandi. Mari naik dulu. Ada hal apa semacam Mak Leha tengok. Nenek sakit ke?" Soal Mak Lemah merangkap mak Zakiah, merangkap mem besar dalam rumah ayah Zakiah. He he he. Ini mem besar sangat baik dengan aku. Diri aku sudah dianggap seperti anak sendiri. Maklumlah Zakiah dan abangnya sahaja pengarang jantung hati. Selepas ketumbuhan berlaku pada dinding ovari Makcik Leha, terus tidak boleh mengandung lagi. Zakiah untung lagi sebab ada abang, aku ini sorang-sorang anak tunggal. Tiada adik-beradik diajak bergusti. He he he..

"Errr...takde apa Mak Leha, saje bikin ribut nak gegarkan si Zakiah. Hehehe. Mak Leha sihat?"

"Eh..eh...apa kena dengan kamu ni Bella, baru semalam datang rumah Mak Leha tanya khabar. Harini tanya lagi. Macam sudah setahun tak datang rumah."

"Alaaaa Mak Leha takkan tanya khabar hari-hari sudah rasa pelik. Bagus apa tanya khabar hari-hari..hehehe.." Sebenarnya ayat coverline sahaja itu. Maklum kelam kabut punya pasal terus tanya soalan yang bukan-bukan.

"Kamu dengan si Zakiah memang sepadanlah berdua. Macam-macam kamu berdua ni. Kamu dah minum? Nenek sihat ke?"

"Hehehe..Kembar siang Mak Leha. Dah minum dah. Nenek sihat, dok sibuk layan cerita Hindustan dia. Nenek dengan SRK tu mana boleh berpisah... Tu kalau Bella tukar siaran lain. Mahu Bella kena lipat."

"SRK?"

"Shah Rukh Khan..."

"Ohh...ada-ada saja kamu ni. Kejap Mak Leha panggil Zakiah."

Aku hanya mengangguk sambil tersengih. Sempat lagi hirup air kopi pekat yang dihidang oleh Mak Leha. Zakiah baru mandi? Sah-sah baru bangun tidur. Jam sepuluh baru bangkit maknanya memang sudah kena gegar leteran Mak Leha tu. Tahu sangat kalau anak daranya bangkit lewat memang Zakiah akan terkocoh-kocoh masuk bilik air untuk selamatkan diri. Ha ha ha...

"Hoiii...Kau tunggu jap. Karang ambulan bergerak mai telinga kau pun tak tahan dengar..hehehe..." Zakiah menepuk belakang badan aku. Nasib baik tidak tersedak. Kalau tidak memang comot aku harini. Hampeh punya Zek.

"Hoii...hoii...aku simbah dengan air kopi ni kang baru padan muka. Aku ada nama tau...Komersial lagi ok."

"Ahhh gediklah kau. Tunggu eh, nanti kita lepak tempat biasa kau tu."

"Yelah...kau tu kalau bersiap mengalahkan Mak Enon tahu.."

"Kau tu kalau bercakap kalah Mak Enon tahu..hahahaha.."

"Sama ajelah kamu berdua...kalau tak bertekak tak sah.." Tiba-tiba Mak Leha muncul dan membuatkan kami berdua tersengih macam kerang busuk.

" Alaahh mak ni..Kejap tau Bella. Kau bungkus apa-apa yang patut. Boleh bawak bekal tempat lepak mahligai peribadi kita tu."

"Amboi...dah macam kedai makan pulak kau ni.."

"Karang kau jugak yang mengaku dengan aku lapar."

"Alahai..pondok tu belakang rumah nenek aku ajelah..5 minit dah sampai.."

"Bawak ajelah.."

"Yelah...yelah...Mak Leha kat mana bekas isi makanan? Mari Bella bungkus untuk tuan puteri seorang ni."

"Ada dekat rak pinggan tu Bella. Kalau nak harap tuan puteri kita ni buat...hmm...boleh patahkan jari gamaknya." Mak Leha tersenyum. Begitulah kemesraan antara aku dan keluarga Zakiah. Memang satu kepala. Itu belum campur abahnya Zakiah denan abah aku. Mahu gamat rumah Makcik Leha ini.

*******

IZHAM FAREEQ membaringkan diri. Dia melihat keadaan sekitar pondok kecil milik Issabella. Dalam memerhati, di terpandang gambar-gambar yang digantung di dinding pondok kecil itu. Jangan tak tahu, siap ada langsir lagi dalam pondok ini. Kalau tak bukan kerja si Issabella memang tidak sah.

Dilihat terdapat televisyen kecil siap dengan pemain dvd lagi. Hebat juga pondok kecil ini. Dari luar nampak sederhana sahaja. Namun bila sudah masuk dalam baharu tahu, macam-macam ada.

Berkat duit gaji serta kerja lebih masa, Issabella sedikit demi sedikit membeli kelengkapan pondok kecil ini. Cuma kerusi, katil, meja makan, peti ais dan yang lain sahaja tidak dibelinya sekali. Tidak muat! Hehehe...

Izham mendekati gambar seorang kanak-kanak kecil yang dipeluk mesra seorang lelaki dan perempuan. Dia mengamati gmbar itu dengan senyuman yang tergaris.

"Comel jugak minah kepoh ni..." Desis Izham sendirian.

Gambar-gambar itu diperhatikan penuh minat. Tiba-tiba matanya tertancap satu gambar gadis remaja yang menggetarkan jiwanya. Gambar Issabella mengenakan selendang putih berbaju kurung berwana senada.

"Subhanallah...cantiknya dia..." Izham terpaku.

Perlahan-lahan Izham mneurunkan bingkai gambar yang tergantung itu. Dia menarik gambar milik Issabella. Dia letakkan semula dengan diisi dengan sekeping kertas yang tertera :

Kamu umpama bidadari syurga yang indah
Kamu punya seraut wajah yang sungguh mempesona
Kamu miliki segala kehebatan dan kemuliaan ciptaan Allah
Kamu Issabella...

Izham tersenyum. Dia tidak jadi untuk menghafal skrip di pondok kecil ini. Izham berlalu pergi sambil menepuk-nepuk buku skrip itu. Izham menuju kembali ke rumah untuk menghafal skrip di dalam bilik tetamu khas untuknya sahaja.

Baharu dia perasan, dia tidak nampak kelibat Issabella. Dia ingat Issabella berada di pondok. Terjenguk-jenguklah juga sebelum masuk. Takut-takut bertentang muka pasti perang teluk berlaku.  Entah apa yang Issabella sakit hati padanya pun, Izham tidak tahu.

Apabila pulang ke rumah, dia melihat nenek Issabella masih asyik menonton televisyen. Agaknya sudah berapa kali pusing DVD cerita Hindustan yang dibintangi SRK itu ditonton. Kalau sudah minat apa mahu kata.

Beberapa kali memberi salam, baharulah nenek Issabella menjawab. Izham tersenggih.

"Eh...baru tadi pergi dah balik? Banyak nyamuk ke sana? Maaflah, kawasan kampung memang banyak nyamuk Izham."

"Eh...takpelah nek. Saya yang tiba-tiba malas nak baca skrip dekat sana. Saya baca dalam bilik ajelah. Amboi nek dari tadi melayan SRK tu tak habos-habis. Minat betul nenek ye..."

"Teringat masa muda-muda dulu bersama arwah atuknya Bella tu Izham... Kamu kalau nak makan apa-apa semua ada kat dapur. Tengahari nanti nenek masak gulai ayam cili padi, ikan kembung goreng. Masakan kampung aje Izham. Nenek tak tahu makanan kegemaran kamu apa dekat bandar nun."

"Eh..nenek...saya makan apa sahaja yang sedap nenek. Takde pilih-pilih. Masakan kampung memang sedap apa nek... Kalau ada barang-barang dapur yang tak cukup, nenek bagitahu Izham. Biar Izham belikan. Takkan menumpang percuma sahaja kan."

"Allah...tak perlu nak rasa begitu Izham. Abahnya si Bella tu memang tiap-tiap bulan bagi duit belanja dapur. Kadang-kadang tu si Bella yang belikan. Tak perlulah kamu susah-susah. Kami terima dan menolong tetamu seperti kamu ini pun sudah cukup memadai. Tak perlu bayar apa-apa pun." Panjang lebar nenek bersyarah. Izham tersenyum.

"Menyusahkan sahaja saya ini ya nek."

"Tak perlulah nak rasa begitu Izham oiii....elok juga kamu ada. Selalu nenek tinggal sorang-sorang. Bella tu mana nak lekat dalam rumah. Pondok kecil itulah tempat persinggahan dia dengan si Zakiah tu."

"Oh patutlah. Pondok tu saya tengok dah macam hotel pulak nek. He he he.."

"Kamu jangan sentuh apa-apa barang dalam pondok tu. Alih pun jangan. Naik hantu Bella nanti. Masa Zakiah alihkan barang-barang, Bella bercakap tak henti-henti sampai si Zakiah tu lari balik rumah nenek mengadu."

"Garang juga minah kepoh ni..." Desis Izham perlahan.

"Dia memang garang pun Izham. Tak tahu ikut perangai siapa. Mak abahnya takdelah segarang macam itu."

Izham hanya mengangguk. Lantas dia memohon diri.

Izham menuju ke dapur, masih tidak kelihatan kelibat Issabella.

"Kemana pulak minah kepoh ni pergi?"

Izham menuju ke bilik dan menarik diarinya. Ada suatu catatan istimewa akan terbait di situnya. Catatan itu yang akan menjadi rahsianya. Senyumannya meleret apabila terpandangkan buku skripnya tadi.

"Kalau minah dapat baca apa yang aku tulis dekat sini memang aku kena sangkut dekat pokok gamaknya. Kau duduk diam-diam ye Ray." Izham tersengih.

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*