Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

04 June 2011

PENGUMUMAN dari Cik Daliana (Warung Tutup Sementara Waktu)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca BELOG saya yang tak seberapa mantap ini....theeetheetheeheee (.^_~)

Ok2...kembali menjadi normal untuk seketika, saya ingin mengumumkan bahawa entry baru akan terhenti buat sementara waktu oleh kerana jadual harian saya semakin sibuk dan keadaan kesihatan diri yang tidak berapa mengizinkan. Nanti BELOG saya akan bersawang untuk seketika, kalaulah ada robot boleh bersihkan sawang2 ini kan best...theetheeetheee....(mengarut lagi...ok ini diri saya yang sebenar, kalau bab kerja saya akan sedikit serius (sikit aje, gelaknya lebih ekekekeke) tapi bab santai saya paling kuat merapu...(be own myself katanya...bluekkkkk)

Kepada pembaca2 diluar sana yang mengikuti BELOG saya yang tidak semantap mana, saya ucapkan beribu riban jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Ilham tercetus datangnya daripada izin Allah dan yang kurang elok itu datangnya daripada diri saya sendiri. Komen-komen yang diberikan akan saya sematkan untuk memperbaiki kelemahan diri. Baik buruk saya tetap terima dengan seikhlas hati. Sahabat baik saya pernah berkata "Bukan mudah untuk kita puaskan hati semua pihak termasuklah hati kita sendiri..".

Tapikan sebenarnya saya nak bagitahu saya akan sibuk untuk minggu2 yang akan datang. Kerja, pindah rumah baru, kemas rumah, beli itu, beli ini, buat itu buat ini...macam2 lagilah (Hah! kan senang direct to the point....theeetheee....aduh rasa macam nak tikam2 jari ni kerana selalu sangat merapu...keh keh keh)

Oh ye, bak kata Nabil....Nabil yang berkata ye bukan saya...."pokok kek den lah apo bondo pun eden nak buek...". Jujur saya cakap terkadang-kadang nak guna perkataan itu tapi hanya mampu tersenyum aje. Maklum sahajalah tak nak 'pakukan hati orang lain'. Jadi hanya simbol senyum sahaja saya mampu buat. Apabila terbaca email dari orang Human Resources dari tempat saya mencari rezeki saya ingin menjadi orang yang sabar dan menerima kritikkan dengan hati yang terbuka...lebih kurang begini jalan cerita email yang disampaikan :

Majid, bukan nama sebenar merupakan seorang yang panas baran dan mudah melenting. Siapa sahaja yang berdekatan dengannya, apabila mood tidak berapa baik memang malanglah orang yang cuba-cuba untuk berlawak yang tidak kena dengan masanya. Pasti akan menjadi mangsa kata-kata kasarnya. Pada suatu hari dia pulang ke rumah dengan keadaan yang sangat marah. Habis anak-anaknya menjadi mangsa amukkan dirumah. Bapanya memberikan beberapa buah paku bersama dengan pengetuk dan berkata kepadanya.

Wahai Majid anakku, apabila engkau berada di dalam keadaan marah pergilah ke tembok hadapan rumah sana, engkau pakulah tembok itu untuk melepaskan amarah dan baranmu. Jangan pada anak-anak, kelak ianya akan menakuti mereka.

Majid mengambil paku-paku itu dan diketukkan pada dinding tembok untuk melepaskan segala amarahnya. Setiap hari apabila hatinya sakit, temboklah menjadi mangsa. Namun bapanya tidak berputus asa untuk menasihatinya agar dapat mengawal emosi diri. Lama kelamaan Majid semakin dapat mengawal kemarahannya. Paku-paku ditembok semakin mula berkurangan. Bapanya menyuruh Majid menanggalkan paku itu setiap satu hari satu sekiranya dia berjaya mengawal kemarahannya. Selang beberapa minggu, akhirnya kesemua paku-paku itu sudah ditanggalkan dan kini Majid telah berjaya menjadi orang yang mampu mengawal segala emosinya yang terdahulu. Majid mendapatkan bapanya.

Anakku, engkau telah berjaya mengawal kesemua emosi amarahmu namun cubalah engkau perhatikan apa yang terjadi pada tembok itu? Berlubang ayahku. Bapanya berkata lagi, berlubang itu meninggalkan kesan bukan? Majid mengangguk. Bapanya tersenyum dan terus berbicara lembut terhadap anak lelaki sulungnya itu. Majid tersentak apabila berakhirnya kata-kata yang terluah dari bapanya. Dia menangis.

Kata-kata bapanya itu  benar-benar menusuk perasaannya.

Ingatlah anakku, samalah seperti kamu memarahi orang-orang yang tidak sengaja menyakiti perasaanmu apabila kamu tidak mampu mengawal emosimu. Terlontar kata-kata yang tajam itu ibarat paku yang diketuk ke dalam hati mereka. Memang mudah untuk kita meminta maaf sepertimana kita mencabut paku-paku itu, tetapi kesan lubang-lubang itu tetap ada. Engkau ibaratkanlah kesan lubang itu seperti hati mereka yang telah berparut akibat dilukai kata-katamu yang tajam menusuk kalbu. Ingatlah juga anakku, biar apapun yang mengguriskan perasaanmu, sabar dan senyuman itu membantu mengawal emosimu. Isthigfar anakku. Janganlah kamu membalas kata-kata yang sama sepertimana orang-orang sekeliling telah mengguris perasaanmu.

Cerita di atas benar-benar membuatkan saya terfikir kembali. Maafkan saya sekiranya ada coretan dan kata-kata mahupun komen saya di sini meninggalkan kesan parut yang tidak enak di dalam hati kalian. Saya hanya manusia biasa dan manusia itu memang selalu membuat kesilapan. Dengan rasa tulus seikhlas hati, saya memohon maaf di atas sikap saya.

Selamat berjumpa lagi ya. Insya'allah akan bertemu lagi.

Wassalam,

Aku Hanya Manusia Biasa (pengalaman ESQ merubah persepsi saya) - DALIANA ZAINAL ABIDIN (.^_~)

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*