Followers
10 March 2011
DIARI ISSABELLA - BAB 1
Posted by DALIA NA ZAISSABELLA duduk di para pangkin sambil menulis sesuatu di dalam diari Chenta kesayangan miliknya. Sebaris senyuman terlukir di bibir Issabella yang telah mencuit hati kecilnya. Zakiah yang semenjak tadi mengait buah rambutan telah menyebabkan lehernya menjadi lenguh. Di ambil sebiji rambutan yang merah meranum kemudian bekas kulitnya di baling ke arah Issabella. Terkejut dengan tindakan Zakiah, Issabella bingkas bangun dan berlari mendapatkan Zakiah yang sudah terlebih dahulu mengangkat kaki. Mereka tertawa memecahkan sunyi kebun milik arwah datuk Issabella. Pondok kecil yang telah diubahsuai oleh arwah datuknya menjadikan ia tempat permainan Issabella dari kecil sehingga dewasa. Issabella merupakan satu-satunya cucu perempuan di dalam sejarah keluarga.
Oleh kerana Issabella satu-satunya cucu perempuan dalam keluarga, maka dengan rasmi dia menjadi cucu kesayangan arwah datuknya. Apa sahaja rengekan dan aduan daripada Issabella, cepat-cepat arwah datuknya memberi perhatian yang penuh. Sehinggalah arwah datuknya sakit tenat kerana penyakit lelah, Issabella yang paling bersedih hati. Semasa hayat yang masih ada, Issabella yang membantu memberi makan, minum dan menjadi teman membaca suratkhabar untuk datuk kesayangannya. Tiba di hari kematian, Issabella langsung tidak mengalirkan airmata cuma semenjak daripada itu dia menjadi pendiam. Apabila terkenangkan arwah datuknya, cepat-cepat Issabella melangkah menuju ke pondok kecil untuk menghilangkan rasa rindu. Zakiah lah yang selalu menemani Issabella apabila berkeadaan sebegitu.
Pondok kecil itu Issabella hiaskan dengan rapi. Gambar-gambar bersama arwah datuknya digantung dengan teliti. Entah mengapa hari ini Issabella seperti tercarik-carik hatinya untuk menjengah kebun arwah datuknya. Mungkin kerana musim buah telah tiba. Zakiah yang melompat kegembiraan kerana dapat menikmati bermacam-macam buah-buahan. Rambutan, manggis, mangga, durian, langsat, kedondong dan pulasan telah mewarnai keluasan tanah kebun milik arwah datuk Issabella. Seketika mereka terhenti akibat kepenatan berlari keliling kebun. Keakraban antara Zakiah dan Issabella selalu menyenangkan kedua orang tua mereka. Sakit Issabella sakitlah Zakiah dan sihatnya Zakiah maka sihatlah juga Issabella. Ibarat kembar yang mempunyai pertalian darah yang kuat.
"Aduh! Letih aku!" Zakiah termengah-mengah.
"Hah! Balinglah lagi kulit rambutan. Nasib tiada kulit durian yang berdekatan, kalau tidak aku balas dengan itu..." Issabella bergurau dan membuatkan Zakiah terbuntang mata.
"Woi! Aku baling kulit kecik dan lembut. Sampai hati kau hendak guna kulit durian balas dekat aku! Ini kulit bukan besi tau..." Tutur Zakiah seakan merajuk. Issabella ketawa kecil.
"Sebab hati aku tidak sampai, jadi tak adalah kulit durian hinggap dekat kulit kau nun..ceh!" Issabella sambung ketawa. Zakiah menyengih.
Issabella dan Zakiah menyambung kembali mengait buah rambutan yang masih ada. Usai beberapa ikat telah disiapkan, mereka menjalankan misi mencari buah durian yang telah gugup menyembab bumi. Issabella teringat kenangan itu ketika bersama arwah datuknya. Tiba-tiba airmata bergenang ditubir dan cepat-cepat dia menyeka. Pesanan akhir arwah datuknya terlayang semula dikotak fikiran Issabella. Mata dipejam rapat dan mengingati semula memori itu.
"Issabella...bila atuk sudah tiada nanti, jangan sedih-sedih ya cu. Atuk tidak mahu melihat mendung di wajah lembut Bella. Jangan menangis..."
"Bella sayang atuk. Biarpun ini satu ketentuan, Bella tetap redha. Maafkan segala silap Bella ya atuk jikalau selama ini mungkin ada sikap Bella yang mengguris perasaan atuk.
"Bella...ingat pesan atuk ya cu. Jaga diri baik-baik. Jadilah anak yang solehah dan yang paling penting jagalah hati kedua orang tua Bella ya. Jangan sesekali guriskan perasaan mereka. Atuk tahu cucu atuk ni anak yang taat dan patuh.."
Issabella sudah mengalirkan airmatanya. Menggeletar tangan Issabella ketika menyuapkan bubur nasi ke mulut arwah datuknya. Hiba sungguh di hati apabila melihat ketidakdayaan datuk kesayangannya. Nenek Issabella selalu memujuknya agar tidak bersedih hati. Umi dan ayah Issabella juga tidak henti-henti memujuk rawan yang bertandang di hati.
Sergahan Zakiah telah mengejutkan Issabella. Zakiah hairan melihat Issabella yang tiba-tiba mendiamkan diri. Ketahuilah dia bahawa Issabella sedang mengingati arwah datuknya. Zakiah memujuk Issabella agar tidak terlalu memikirkan memori pilunya. Issabella memeluk Zakiah dan mereka sama-sama mengalirkan airmata. Zakiah juga telah dianggap seperti cucu datuknya. Sama-sama merasai kasih sayang telah yang diberikan terhadap mereka berdua.
"Kami rindu atuk...."
********
Aku mengambil diari CHENTA kesayangan aku itu yang tersimpan rapi di bawah bantal. Lantas terus jari jemari aku menari-nari.
Aku : Chenta, kau tau tak aku bosan gila-gila harini. Tak tau apa nak buat. Si Zek ni tak sampai-sampai lagi. Naik kematu punggung aku tunggu dia ni. Weih! Aku nak bagitau ada sorang mamat ni poyo gila. Zek kata dia pelakon popular tanah air! Chett...pigidah...bukan aku hairan sangat pun. Apalah yang best sangat jadi artis popular ni ntah. Si Zek tu bukan main lagi dia.
Aku : Chenta kau nak tau lagi, mamat poyo tu ingat muka dia hensem sangat ke? Ceh..macam cekodok basi aje aku tengok kalau dia buat muka time datang berlagak dia. Aku rasa macam nak giling-giling dengan bekas lepas giling cili kat muka dia tu. Eksyen betul dengan aku. Ingat aku ni macam terhegeh-hegeh ke kat dia tu Chenta? Baik aku layan kau lagi bagus kan Chenta...hahahahaha...
Aku : Chenta, sejak akhir-akhir ni aku rindu pulak dekat arwah atuk. Time datang musim buah-buahan ni awahlah yang paling rajin datang jaga kebun ni. Kau rindu arwah atuk tak Chenta? mesti kau pun rindukan. Kalau arwah ada, seronok berkelah makan dekat pondok ni. Kau nak tahu lagi tak Chenta, aku tetiap malam melalak kalau teringatkan arwah. Nenek aku cakap tak baik mengenang orang yang terlah pergi beria-ria. Nanti roh tak aman. Tapi nak buat macam mana kan Chenta. hati aku ni memang kalah isi roti. Belum tuang susu, dah cair...huhuhuu..
Aku : Hah! Chenta ada lagu satu cerita aku nak kepoh sekejap, si minah tepung gelomak tu asyik berperang dengan si Zek. Aku kadang-kadang tengok pun penat. Diaorang ni tak penat-penat ke bertekak? Aku rasa macam nak tiup wisel dekat diorang ni. Takpun suruh diaorang bergusti terus. Cakap banyak pun buat buih mulut aje. Masing-masing nak menang. Hairan sungguh aku. Lagi yang aku tak paham tu kan Chenta, asal nampak aku dengan Zek dia nak jeling-jeling. Aku korek pakai garpu nanti. Hehehehe... Oklah Chenta, aku jumpa kau lagi eh. Nak pergi gegar si Zek ni kejap. Cuti-cuti macam ni mesti dia bantai tidur gamaknya. Kalau aku tak ajak pergi mana-mana memang membukang ajelah keje dia. Nasib baik comel lagi. Bye-bye Chenta. Sayang kau banyak-banyak dan peluk mahal-mahal. Hiks....
Issabella menutup diari kesayangannya dan terus diletakkan di bawah bantal. Dikemas elok-elok katilnya yang sudah sedikit berselerak. Tidak sah kalau menulis kalau tidak berselerak katil dikerjakannya. Kalau bersih rapi ketika dia sedang menulis, alamat boleh jatuh bumbung rumah!
Issabella menuju ke dapur tercari-cari kelibat neneknya. Tidak berjumpa. Issabella menuju ke ruang tamu dan melihat neneknya sedang leka menonton televisyen. Issabella mendekati sambil menggeleng. Nenek dengan cerita Hindustan memang tidak boleh dipisahkan. Lagi-lagi kalau pelakon kegemarannya ke udara. Siapa lagi kalau bukan Shah Rukh Khan! Aku tengok takdelah hensem mana pun Shah Rukh Khan tu! Biasa sahaja. Hensem lagi pelakon Dhillip Kumar! Hahahaha...Nostalgia you..
"Nek....Bella nak pergi rumah Zakiah kejap. Minah tu kalau hari cuti tidur memang tidak sedarkan diri. Bella pergi kejap aje..."
Diam. Sunyi. Sepi tiada jawapan. Aku pelik.
"Nek..oooo nek...."
Diam jugak.
"Nek! Bella panggil ni..."
Nenek diam rupanya tengah asyik masyuk melayan Shah Rukh Khan menyanyi lagu Pardesi bersamaan dengan Mahima Chaudry. Nenek kalau bab-bab melayan lagu memang tak layan siapa-siapa dah. Terus aku duduk mencangkung depan nenek, apalagi terperanjat orang tua tu. Hehehe...Habis panggil tak dengar, terpaksalah buat aksi entah apa-apa.
"Bella! Kamu ni..."
"Itulah tadi Bella panggil nenek tak sahut. Nak tak nak terpaksalah Bella buat aksi katak macam ni. Hehehe..."
" Kacau nenek nak tengok Shah Rukh Khan..."
"Amboi nek...bukan main lagi. Ni Bella nak pergi rumah Zakiah sekejap tau. Sekejap aje, lepas tu Bella terus balik."
"Yelah...yelah..pergilah."
Aik! Lampu hijau menyala terang benderang nampak nenek aku ni. Kalau selalu mesti membebel dekat aku sebab suka sangat mengganggu waktu santai Zakiah. Ini tak lain tak bukan pasal Shah Rukh Khan lah ni. Terima kasih SRK.
'Jasamu dikenang BRO!'
********
Labels: DI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 kata-kata pujaan:
Post a Comment