ISSABELLA merupakan gadis yang mempunyai terlalu banyak rahsia sepanjang dalam kehidupannya. Segala kisah suka duka dikongsikan bersama diari kesayangannya. Jangan tidak tahu ya, diari ini siap ada nama panggilan manja lagi iaitu CHENTA. Issabella hanya mempunyai seorang teman baik, Zakiah. Zakiah senantiasa bersama sisi Issabella baik diwaktu senang mahupun susah. Keakraban mereka mencetuskan pelbagai ragam yang memeningkan kedua orang tua mereka.
ZAKIAH merupakan teman baik Issabella semenjak dari tadika sehinggalah dewasa. Sama-sama bekerja kilang elektronik di kampung untuk membantu pendapatan keluarga. Di tempat kerja Issabella sering dibuli oleh Karmila yang kononnya merupakan gadis paling cun gamaknya. Zakiah selalu berperang mulut dengan Karmila semata-mata mahu membantu Issabella. Akhirnya Karmila dan Zakiah isytihar perang teluk sesama mereka dan Issabella tetap seperti biasa, mendiamkan diri.
IZHAM FAREEQ merupakan pelakon popular tanah air dan sering menjadi kegilaan peminat wanita. Biarpun dia dikelilingi dengan kehidupan yang mewah dan glamor namun hati Izham tetap sunyi. Izham tidak berminat dan percaya tentang cinta sejati. Baginya wanita yang berada dekat dengannya hanya memandang harta, rupa dan juga nama. Izham membawa diri jauh dari dunia glamor dan mencari ketenangan untuk mengisi ruang kesunyian kehidupannya.
Pondok buruk telah menemukan Issabella bersama Izham. Zakiah juga terkejut kerana tidak menyangka akan bertemu pelakon lelaki kacak yang paling popular di tanah air. Issabella tidak menyenangi akan kehadiran Izham dan membuatkan dirinya cba mencari jalan bagaimana untuk menghalau Izham dari kampungnya. Orang tua Issabella tidak segan silu untuk menumpangkan Izham bermalam di rumah mereka membuatkan Issabella semakin tidak selesa umpama cacing kepanasan. Zakiah memarahi Issabella kerana bertindak sombong dengan pelakon pujaannya.
Issabella sering melarikan diri menuju ke pondok buruk untuk menjauhkan diri daripada Izham. Akibat tindakan Issabella, Izham mula rasa tercabar kerana seumur hidupnya belum pernah dia dilayan sebegini rupa. Izham tidak berpuas hati dan ingin bertanya sendiri apa masalah yang membelenggu diri Issabella.
Issabella : "Aku menyampah betul tengok muka mamat poyo ni!"
Izham Fareeq : "Minah ni sawan ke apa? Macamlah tengok aku ni serupa hantu!"
Zakiah : "Bella...kau tahu tak dia tu pelakon popular! Cubalah layan dia elok-elok sikit..."
Akankah Izham dan Issabella boleh berbaik sepertimana kemesraan Zakiah? Ikuti kisah pelakon dan gadis kilang popular ini bersaing dalam dunia masing-masing.
2 kata-kata pujaan:
;]huhu xsbr mau bace
Menarik!
Post a Comment