ZARITH SOFIEYA merenung tajam diari kecil berwarna ungu gelap di hadapan matanya. Dia membelek setiap helaian kertas yang mencatitkan segala rasa hatinya. Zarith Sofieya tersenyum sendirian dan hatinya berbunga riang. Dia terimbas kembali saat-saat dia dipertemukan dengan Zariff Miqeal sewaktu mereka mendaftar hari yang sama. Zarith Sofieya yang kelam kabut mendaftar berlari tanpa memandang keadaan sekeliling. Dia terlewat bangun sebab terlalu asyik melayan dunia alam maya. Apa yang tidak Zarith Sofieya layan... Facebook, Myspace, Penulisan2u, Blog... semua Zarith layari tanpa bosan. Kadang-kadang ibunya sendiri pelik. Tak penat ke budak ini mengadap komputer siang dan malam? Zarith... Zarith... Hantu komputer betul!
Zarith Sofieya berlari sekuat hati. Bayangkan saiz badan Zarith yang besar itu berlari sekuat hati, tak bergegar ke dewan? He he he. Tapi Zarith Sofieya peduli apa. Dia tetap meneruskan lariannya yang boleh buat orang lain berpeluk tiang takut tergolek. Sehinggalah dia terlanggar seseorang dan membuatkan orang itu jatuh terduduk ketepi. Zarith Sofieya pula tidak mengalami sebarang impak dan masih teguh berdiri. Bahaya betul kalau Zarith Sofieya main sukan ragbi. Boleh angkat bendera pihak musuh!
"Aduh!" Suara garau itu menjerit dan Zarith Sofieya terkedu. Tertunduk wajah jejaka yang dilanggar sebentar tadi. Zarith Sofieya terasa amat bersalah. Jejaka yang tegap pun boleh kalah berlanggar dengan dia.Wah!
Zarith Sofieya menghulurkan tangan untuk membantu. Jejaka itu memandang ke arahnya. Zarith Sofieya terpana memandangkan wajah yang begitu mencarik nalurinya sebagai seorang wanita. Cair hati Zarith Sofieya dan tersenyum-senyum sendirian. Jejaka di hadapannya memandang pelik. Berangan apa pula minah ni?
"Eh! Maafkan saya sebab tak perasan terlanggar awak sampai jatuh terduduk." Zarith Sofieya menyapa lembut. Suaranya ditahan-tahan hingga kedengaran sungguh merdu. Amboi! Kalau bercakap dengan Abang Zarul dekat rumah macam halilintar yang sabung menyabung! Bukan main lagi kau ya Zarith Sofieya!
"Tak mengapalah. Lagipun saya bersalah jugak sebab berjalan tak pandang kiri kanan. Akhirnya saya sendiri yang jatuh terduduk. Nasib baik tak terpelanting jauh. Kalau tidak naya jugak saya." Zariff membalas sopan walaupun ada berbaur sindiran. Zarith Sofieya tersengih bagaikan kerang busuk. Zariff Miqael menepuk-nepuk punggungnya dari kekotoran. Buku-buku yang berteraburan dikutip sat persatu. Dia menghulurkan beberapa buku milik Zarith Sofieya. Kemudiannya Zariff Miqael berlalu pergi.
"Fuhh! Nasib baik aku pandai berlakon. Kalau aku maki hamun dia tadi mau kena tempeleng berdas-das. Gila besar badan dia! Macam bapak gajah pun ada! Ha ha ha. Kalau Ikmal nampak aku jatuh terduduk tadi mesti kena gelak berdekah-dekah. Selamat aku..." Zariff mengomel sendirian. Apabila sudah selesai mendaftar Zariff berlalu mencari Ikmal Firdaus. Mereka berjanji akan bertemu di Kafe Mentari yang tidak jauh dari dewan pendaftaran.
Zarith Sofieya menjadi sudah tidak keruan setelah terpandangkan anak mata yang menggoda milik Zariff Miqael. Dia berkhayal seketika sehingga terlupa tujuannya pagi itu. Puan Besar Zulaikha dan Tuan Besar Zaharul baru sahaja memasuki dewan pendaftaran itu untuk menemani anak bongsunya. Mereka hairan melihat Zarith Sofieya berdiri di tengah-tengah dewan sambil tersengih seorang diri. Mereka menghampiri Zarith Sofieya.
Puan Besar Zulaikha melambai-lambai tangannya di depan wajah Zarith. Namun Zarith tetap sebegitu sedari tadi. Puan Besar Zulaikha memandang wajah Tuan Besar Zaharul. Mereka sama-sama melambai tangan ke arah wajah Zarith Sofieya. Dia tetap sebegitu. Akhirnya Puan Besar Zulaikha mencubit lengan Zarith Sofieya. Tersentak seketika dan terpinga-pinga dia melihat kedua orang tuanya sudah berada di depan mata. Zarith Sofieya menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Kamu ni Zarith Sofieya, berangan tak habis-habis! Sudah mendaftar ke belum?" Puan Besar Zulaikha sudah mula nak mengamuk. Tolong ibu jangan keluarkan syarahanmu yang bertubi-tubi itu. Pengsan anakmu nanti. Ayah tolong Zarith! Aku memandang wajah ayah dan ayah buat-buat tak tahu. Sampai hati ayah tak nak tolong Zarith!
"Err... Belum lagi ibu. Tadi ramai sangat orang beratur. Itu yang Zarith duduk ketepi dulu." Aku buat alasan yang tidak logik langsung! Mana ramainya? Semua orang sudah mendaftar tinggal aku dan beberapa orang pelajar yang masih tercangak-cangak berlegar di dalam dewan.
"Ramai orang? Duduk ketepi? Jangan nak merepek Zarith! Tinggal beberapa kerat aje orang kat depan meja mendaftar tu! Lagi satu kamu berdiri tengah-tengah dewan, bukan tepi dewan! Tersengih-sengih apa benda lah agaknya tadi tu. Sampai ibu dan ayah berdiri depan mata pun kamu tak nampak! Kamu jangan nak macam-macam Zarith! Sini bukan rumah kamu nak berangan tahu..." Habislah... Habislah ibu dah membebel tahap supernova! Kalau berpanjangan memang tak berhenti sampai malam nanti.
"Oh! Ok...ok Zarith pergi daftar dulu. Sudah-sudahlah tu ibu, suara ibu dah kalahkan penyanyi Jaclyn Victor tau. Boleh terkeluar taik telinga Zarith dengar suara medu ibu tau. Kalau macam ni boleh pengsan Zarith tau. Ayah pun boleh berlari masuk dalam kereta tau." Aku mengusik dan melihat Puan Besar Zulaikha sudah membeliakkan matanya. Aku terus melarikan diri dan ayah sempat menghalang ibu dari menyambar tangan aku. Ayah mengajak ibu menunggu di luar dewan. Ibu menghentakkan kakinya. Aku pun kalau geram jadi macam itu. He he he.
Phew! Selamat!
"Maaf Cik... Saya pelajar baru... Di sini ke tempat mendaftar?" Aku berbasa basi dan melontarkan suara seayu seperti tadi. Aku memberikan senyuman comel kepada wanita yang duduk di hadapan mataku. Mukanya tidak manis. Mulutnya mengetip macam menahan kemarahan. Apa kena pula minah depan aku ini? Muka dah cun tapi manisnya tak ada. Parah betul!
"Memang lah sini tempat mendaftar takkan tempat ambil air minum pulak! Sudah lah lewat lepas tu tanya soalan tak bertempat. Pasal kau, aku kena tunggu sampai habis tahu tak! Belum apa-apa lagi sudah datang lewat. Itulah dia pelajar baru yang takde disipilin langsung! Meluat betul aku tengok muka kau ni! Jangan nak tersengih-sengih macam tu depan mata aku! Menyampah tahu!" Pembantu pendaftaran mahasiswa ini membentak nyaring dan membuatkan beberapa pelajar memandang ke arah kami.
Malu aku! Mangkuk tingkat betul minah seorang ini!
"Maaflah... Saya tak sengaja hadir lewat. Sekarang ni saya nak mendaftar. Bukan nak dengar syarahan percuma dari Cik... err... apa nama Cik tadi...?" Aku berani menjawab dan tiba-tiba muka wanita di depan mataku menjadi merah padam. Macam udang kena bakar pun ada! Cuba-cubalah beramah mesra, ini tidak garang macam singa mengalahkan ibu aku yang masih mengancam itu! Huh!
"Oh...Cik Amy Haneyza... Borang semua saya dah siap isi. Segala surat-menyurat saya dah kepilkan sekali. Sekarang saya nak turun tandatangan di mana ye?" Aku berlagak selamba lagi. Wanita muda di hadapan aku sudah merenung tajam macam nak telan aku hidup-hidup! Peduli apa aku! La la la la la!
"Kurang ajar punya badak sumbu! Jaga kau nanti! Kau belum kenal siapa Amy Haneyza! Aku kerjakan cukup-cukup! Sekarang aku lepaskan kau. Ambil ni! Turun tandatangan di situ dan kutip barang-barang kau sendiri dekat bawah meja ni!" Menjerit kecil Amy Haneyza di depan wajahku yang comel ini. Aku mengutip borang yang sengaja di lemparkan ke lantai. Aku turunkan tandangan yang sengaja di tekan kuat pen berdakwat hitam itu. Aku campak kertas dan pen di hadapannya. Aku berpusing dan mengambil barang-barang yang disuruh.
Aku menolak sedikit tubuh langsingnya dan Amy Haneyza terdorong ketepi. Kalau aku sengaja tolak kuat-kuat tadi mahu tercampak keluar dewan nanti! Nasib baik lampu kesabaran aku masih hijau. Zarith Sofieya! Kau seorang yang kentalkan! Kalau tak sia-sia kau belajar silat untuk menahan rasa marah. Setelah selesai aku terus berjalan meninggalkan minah senget yang macam singa lapar tadi. Tiba-tiba aku berpatah semula. Giliran Amy Haneyza pula terkedu! Takut agaknya kalau aku silambam dia! He he he
"Lain kali nak marah-marah orang jangan sampai terpercik air liur. Oh ye lagi satu, malam tadi makan petai ke? Bukan main kuat lagi bau dia. Rajin-rajinlah guna Listerine ye! Menyahkan bau mulut. Terima kasih daun keladi. Harap kita akan bertemu lagi! Bye!" Aku meluahkan rasa hati. Itu baru sikit! Kalau banyak-banyak aku bagi syarahan tadi mahu pengsan minah cantik ini gamaknya. Harap muka sahaja lawa tetapi perangai hodoh! Nasib baik abang Zarul tak ada. Kalau ada mesti minah depan aku ini akan tergedik-gedik!
"Zarith Sofieya!" Kedengaran suara Amy Haneyza menjerit nyaring. Dan aku? Ketawa berdekah-dekah!
"Hambik kau ubat! Tak sia-sia ibu perturunkan ilmunya pada aku! Ha ha ha!"
Followers
04 October 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 kata-kata pujaan:
Post a Comment