Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

09 February 2012

KISAH HATI KITA (BAB SATU)



"HEI! Jangan sesukahati dah langgar orang buat bodoh pulak. Tak reti-reti nak minta maaf ke? Dah lah tersiku kepala orang boleh buat menonong aje macam takde apa berlaku. Pantang tok nenek aku orang kalau dah terlanggar kepala yang dibayar zakat ini orang buat bangang je!"

Terus aku memaki hamun walaupun itu sekadar sindir. Memang aku cukup pantang tau kalau kena macam ini. Macam dibuat bola sepak pulak. Ingat kepala ni bulat sangat ka? Lonjong tau dak! Geram tak habih lagu ni.

Mamat itu aku tengok buat derk sahaja. Aik! Pekak tuli ke apa? Macam orang takde perasaan pula. Makan nasi tak pandang kiri kanan, muka saja ada pakej tapi perangai menyakitkan hati orang betul la. Elok-elok aku lapar nasi nanti tak pasal-pasal aku lapar nak telan orang hidup-hidup! Macam ular sawa tu!

Eiiii...geli dengan binatang reptilia tu sebenarnya tapi ada hati nak sebut-sebut. Mencari penyakit la tu kan!

"Ala...sikit aje tu Yaya. Kau buat tak reti ajelah. Anggap aje kepala kau ditolak dengan angin. Kau marah-marah macam ini bukan bagus pun. Dah makan, kita ada masa setengah jam lagi sebelum masuk kuliah." Rosie memujuk aku.

Cakap senang aje kawan aku ini pasal bukan kepala dia yang kena tapi kepala aku tau. Siku mamat tu bukan tumpul tapi tajam macam pengumpil tu. Sakit!

"Pernah tak rasa maggie siku hinggap kat kepala?" Soal aku tiba-tiba dengan lawak yang bunyi dia bukan lawak sebenarnya itu. Tetapi ke arah resepi masakan yang berbaur sindiran!

"Eh! Perisa baru keluaran maggie ke?" Rosie kalau bab makan memang dia nombor satu. Tapi untung pasal badan dia takkan jagi gemuk tau. Lainlah aku, selalu nampak penimbang berat tu mulalah aku jadi fobia tiba-tiba. He he he....

"Kau ni kan Rosie memanglah. Makanan aje dalam kepala otak kau kan? Aku sindir pun kau tak faham-faham."

"Kau macam tak kenal aku. He he he...lain kali cakap yang torang jangan bolit sano sini. Manolah se nak faham apo cito eh..." Hambik! Sekali keluar bahasa negeri yang terkenal adat pepatihnya.

"Kau rasa-rasa sakit dak kalau aku tomoi kepala hang ngan siku aku yang tajam ni? Agak-agak hang sakit ka...sedap ka..?"

Bertemu nogori melawan utara. Campur aduk. Lantaklah janji faham.

"Apo lak sodap, sakitlah..." Rosie sambil nasi penuh dalam mulut masih rajin hendak bercakap.

"Tau takpa. Itu yang aku dok rasa berdenyut dari tadi."

"Ooooo...he he he..."

Oleh kerana Rosie yang sedikit sebanyak telah memujuk hati aku, bahang yang menguasai amarah terus jadi lentur sedikit. Aku pun mula membaca bismillah dan menyuap nasi ke dalam mulut. Nasib baik lauk hari ini sedap!

Tiba-tiba.

"Lain kali makan beradab sikit. Saya tahu saya salah tapi tak salah kalau saya minta maaf selepas makan kan. Itu lebih beretika. Awak ni muka sahaja cun tapi mulut macam murai tercabut ekor. Ok saya minta maaf sebab tak sengaja tersiku kepala awak yang tersangat mahal tu. Puas hati?"

Lepas itu mamat ini terus blah tanpa aku dapat menyerang balas balik pasal lidah aku terkelu dan hampir-hampir buat aku tersedak! Berair biji mata aku bukan pasal menangis terasa hati dengan kata-kata dia tapi tercekik nasi yang sedang elok aku kunyah dengan hati yang kembali hangat.

Sekali mamat ini bantai aku macam bom mortar buatkan aku rasa macam betul-betul nak telan dia hidup-hidup! Sesedap aje mengata aku murai tercabut ekor. Hampeh punya budak. Takpa...takpa...ada ubi ada batas ada lain hari aku balas kat hang balik. Bukan satu siku aku bagi, hadiah double trouble lagi! Langsung nasi yang masih berbaki buat selera aku yang kebulur tadi mati terus!

Cina Ah Beng betul mamat poyo ni!

**********

BALIK sahaja daripada makan tengahari, bukan main kecoh lagi dewan kuliah. Semuanya tiba-tiba macam dirasuk satu semangat gembira yang tak pasal-pasal. Pelajar perempuan pulak ada yang siap berbedak compact bagai. Macam ada pertandingan mencari ratu cantik ke?

Aku dan Rosie hampir hendak meletus tertawa melihat Zahira berbedak sakan dengan bertepek sana sini make-up nya. Serupa pungguk badut dah aku tengok. Ini kalau sindir karang ni mahu gamat dewan kuliah dengar mulut Zahira yang becok kalah Rosnah Mat Aris dalam drama-drama melayu kita.

Jangan marah ye Kak Rosnah, lakonan awak kita suka juga tengok. Nak-nak lagi yang genre komedi. He he he.

Lantas aku malas hendak menyibuk bertanya itu ini sedangkan tidak tahu apa yang berlaku terus sahaja mencari tempat duduk aku seperti biasa. Dengan bertopi didalam kelas buat selamba aku sahaja. Abah selalu membebel bilalah anak dara sunti dia ini hendak beralih ke arah feminin sedikit. Ini tidak dengan beg galas, kasut snikers dan bertopi. Serupa macam anak lelaki dia yang lagi dua orang itu.

Aku anak yang nombor dua lebih rapat dengan abah daripada mak sebab mak sayang betui dengan anak lelaki dia. Adillah kan? Anak perempuan dengan bapak, anak lelaki dengan mak. Nasib baik abang dan adik aku tidak auw...auw gitu...kalau tidak memang nahas aku kerjakan. He he he.

Abah yang merupakan pesara tentera telah mendidik aku dan yang lain-lain ala tentera jugak. Itu pasal aku ni memang ganas sedikit daripada perempuan lain. Pigidah! Ramai lagi yang ganas dari aku. Contoh watak Azyan dalam novel Ilya Abdullah tu. Tapi memang lawak novel itu aku baca sampai senak perut. Bila cerita kat abah, misai tebal abah aje bergerak. Itupun sedikit. Tegas betul abah ni, nasib baik nampak macho lagi.

Kalau bercerita dengan mak? Hmmm memang tak dilayannya. Alih-alih telinga aku yang sakit dengar bebelan maut dari mak. Suka sediakan baju kurung untuk aku padahal aku ke kuliah naik scooter bukan kereta. Tumpang abang? Manjang alasan akan terlewat pergi pejabat. Kedekut taik hidung masin betul!

Err...taik hidung masin eh? Confirm? Tak pernah rasa!

Choiiii memang huduh betul anak dara Kapten Kamal Affendi ini!

Ok berbalik pasal baju kurung tadi, bukan aku sengaja tak nak pakai cuma kurang sesuai untuk ke kuliah. Motor scooter pemberian abah itu sebenarnya susah juga nak dapat. Tetapi setelah berhempas terpulas aku menjaga reputasi tiada saman, tiada keluar lewat malam dan tiada kemalangan berat yang berlaku. Setakat kemalangan kecil itu adalah tapi pandai makan pandailah simpan nooo.

See... pakai seluar senang aku nak melangkah besar-besar ataupun berlari-lari kalau terlewat ke kuliah. Sungguhpun begitu untuk rekod bersih aku belum pernah ponteng atau tidak menghadiri mana-mana kelas. Sampai dapat title pelajar contoh untuk rekod kedatangan yang bersih. Abah dengan mak yang didik aku supaya kaki ini jangan malas-malas untuk pergi menuntut ilmu.

Dikolej, Rosie yang boleh bertahan dengan sikap ganaih aku. Sayang kau Rosie, sahabat dunia sampai akhirat kelak. Amin! Yang lain semua takut hendak berkawan dengan aku, risau dipanggil lesbian. Orang yang menuduh begitu memang tak sayang mulut. Silap haribulan memang makan penumbuk sulung daripada aku!

"Apsal semua orang macam menggelabah ni? Ada Perdana Menteri Dato' Seri Najib nak datang bagi syarahan ke? Tapi apsal takde notis dekat buletin board tu?" Lagi hendak tanya Rosie padahal sama-sama pergi mencekik. Rosie angkat bahu dan terus sahaja dia melayan novel yang baharu dia beli dua hari lepas. Aku nak pinjam kedekut tak nak bagi pasal dia belum khatam lagi. He he he.

"Aku akan pastikan budak baru tu nanti akan jatuh cinta dengan aku." Zahira berbual-bual dengan rakan-rakan sejatinya. Aku mencebik sambil ketawa berdekah-dekah dalam hati.

Setakat make-up tebal 10 inci, macam mana orang nak terpikat. Kalau tidak bermake-up tu mahu orang lari lintang pukang. Bukan tak pernah nampak Zahira tanpa make-up. Aku sendiri pun terkejut beruk. Siap boleh nafikan lagi tu kata bukan diri dia. Habis takkan kembar dia pulak kan? Dalam rumah besar itu dia seorang sahaja anak tunggal. Lagi nak sorok-sorok!

"A'aaa aku rasa budak baru tu nanti mesti jadikan kau orang yang special. Kalau tak caya kau tunggulah nanti" Sahut pula Murni yang juga bercalit sana sini wajahnya dengan make-up. Tak rimas ke? Satu sahaja soalan aku. Diaorang ni solat ke tak?

Ish..ish...mulut jangan berprasangka buruk. Abah hang tak ajaq anak-anak dia buat lagu tu.

"Korang tengok ajelah nanti. Kalau betul akulah perempuan yang paling bahagia dalam dunia ini." Zahira sudah tergedik-gedik. Padahal belum tentu budak baharu itu akan terpikat dengan dia. Apsal aku nak marah pula! Syoh...syoh...syoh...

Tiba-tiba aku macam hendak jatuh terlentang bila nampak mamat yang tersiku kepala aku tadi masuk dalam dewan kuliah. Semua orang pakat diam bila pensyarah tiba dengan mamat bongok tu! Bala datang ni! Aku menundukkan sedikit wajah dibawah topi yang aku tengah pakai.

Tup...tup pensyarah sebut nama aku. Menyesal tak tanggal topi tadi! Kepantangan pensyarah Puan Azerawati adalah anak-anak buahnya memakai topi didalam kelasnya. Katanya tidak hormat dengan keadaan sekeliling. Alahai topi aje pun, bukan aku pakai helmet fullface tu!

"Darlina Suraya Binti Kamal Affendi! Berapa kali saya cakap dalam kelas saya jangan pakai topi? Bukak sekarang kalau tidak lunyai topi awak tu saya kerjakan. Awak tahukan kepantangan saya?"

Cis! Siap sebut nama abah aku sekali tu! Nasib baiklah guru yang memberikan ilmu kalau tidak sudah lama aku wachaaaa...(konon sahaja dalam hati padahal tak sampai hati pun). Hew hew hew.

Angin orang yang sedang berbadan dua jangan dibuat main. Puan Azerawati bukan boleh dibuat lawak, silap haribulan memang kena halau keluar daripada dewan.

"Maafkan saya Puan, terlupa nak simpan lepas makan tadi." Cepat-cepat aku tanggalkan topi. Rambut yang aku simpul sorok dalam topi terlepas begitu sahaja. Macam mana boleh terlupa bawak penyepit rambut ni! Kelam kabut punya pasallah pagi tadi. Tak pasal-pasal rambut aku yang ikal mayang melepasi aras pinggang kelihatan. Hitam berkilat lagi takde nak warna-warna pun. Haram abah kata warna-warna rambut. Oleh kerana anak abah, aku patuh pada arahannya.

Baik tak aku? Ceh! Macam anak manja adalah!

Mamat yang tersengih tadi terus memandang aku tanpa berkelip.

Apa tengok-tengok? Debik jugak karang!

Aku menjenggilkan biji mata yang sudah tersedia bulat macam mata artis kita, Heliza Helmi tu. Auw!

Puan Azerawati memperkenalkan pelajar baharu yang telah ditukarkan dari Kuala Lumpur ke Penang. Hendak atau tidak, suka atau benci mamat ini duduk sebelah aku sebab itu sahaja yang ada kekosongan. Lagilah aku rimas bila ada sepasang mata yang memandang aku macam nampak naga! Berapi-rapi kononnya cemburulah tu! Podahhhh. Kalau kau nak tukar tempat duduk pun aku tak kisahlah.

Biar jauh-jauh dari mamat yang asyik tersengih daripada tadi. Aku lepuk dengan buku rujukan nanti!

Tapi itu mungkin tidak akan terjadi sebab siapa hendak duduk dekat dengan bakul sampah dan yang paling hujung tingkat atas? Aku dan Rosie serta beberapa orang pelajar lelaki sahaja yang sanggup. Ala...mana ada bau sampah pun.

Kalau setakat sampah kertas yang korang kata ada bau jugak aku tak tahu hidung korang jenis apa. He he he...

**********

ADUHAI! Macam mana boleh terbabas tidur ni? Itulah gara-gara sambung tidur selepas solat Subuh inilah jadinya. Aku sudah macam lipas kudung bersiap sana sini. Mandi pun ala kadar untuk hilangkan bau busuk. Tapi mak kata anak dara dia bangun tidur pun masih wangi.

Mak ni saja nak ambil cheq nooo! Sayang mak!

Jam sudah menunjukkan pukul 7.45 pagi dan kuliah bermula pukul 8.00 pagi. Mulalah aku berangan bawak motor berkuasa tinggi jenis Aprilla padahal scooter comel sahaja pun. Abah nak bagi aku motor berkuasa tinggi? Jangan nak dok berharap sangat la Darlina Suraya!

Aku hanya sempat sarapan pagi dengan minum air seteguk. Jadilah buat alas mulut, bukan perut. Kantinkan ada, Rosie tu pantang kalau diajak melantak. Setuju sahaja tidak pernah kata tidak pada aku. Alahai kawan baik aku seorang ini.

"Mak... Yaya pi dulu naa...lambat dah. Tak dan nak heavy breakfast. I Love You mak. Muah..muah..." Itulah kebiasaan aku setiap pagi kalau pergi ke kuliah. Perkataan keramat itu setakat ini hanya mak dan abah yang dengar. Abang dengan adik lelaki aku tidak masuk dalam list pasai apa tau pasai asal bertemu ada saja ajak bertekak. Rumah kalau tak hinqaq memang tak sah! Abahlah selalu jadi hakim bagi hukuman pada kami tiga beradik. Walaupun abah sayang aku lebih tetapi bab jatuh hukuman tiada unsur-unsur kompromi. Terbaik!

"Awat la hang Yaya. Kabut tak pepasai ni.... Itulah pi dengkuq balik lepaih solat pasai apa? Mak kejut sampai tak dan nak kejut kamu dah Yaya oii..."

"Syaitan yang salah mak... Yaya tak salah. He he he...pi dulu naa... Harini lewat sikit balik, pasai ada group study la. Habaq mai kat abah naaa...nanti tak pasai abah risau kat Yaya.." Aku cium pipi mak dan tangan sebelum melangkah pergi.

"Ada saja kamu ni Yaya. Bawak motor tu leklok, toksah dok bawak macam pelesit." Mak dah sedikit sebanyak mengeluarkan syarahan tidak berbayar. Aku hanya tabik mendengar arahan. Mak sudah menggeleng. Aku tersengih. He he he.

Alamak! Ada lagi 10 minit!

Pantas aku memulas pedal scooter dan meluncur laju. Nasib baik kawasan rumah dan kolej tidak berapa jauh. Hanya dalam masa 8 minit. Maka baki aku ada 2 minit untuk berlari pantas.

Go Darlina Suraya go!

Sampai sahaja aku terus mengunci apa yang patut. Beg yang sememangnya sudah tergalas dibahu, berdesup aku berlari menuju ke dewan kuliah. Ada lagi 3 minit untuk sampai sebelum pensyarah Puan Azerawati sampai. Dia memang punctual. Lewat seminit pun dia sudah membebel. Dia tidak suka pelajarnya masuk lewat selepas dia tiba. Memang diktator!

Masuk-masuk dalam bilik kuliah semua orang ketawakan aku! Apa kes? Lanyak karang baharu tahu. Tapi yang paling sadis, Rosie pun terbahak ketawakan aku. Ini yang rasa hendak berapi tahap kuasa sepuluh. Aku sudah mula menunjukkan muka tidak puas hati.

"Assalamualaikum! Selamat Pagi. Takdak angin takdak ribut pasai apa hang gelak sakan dekat aku sampai terkeluar semua gigi?" Itu dia pantun belasah dari aku.

"Den nak kobar an raso bersalah lak. Tapi kalau den tak kobar an ekau lak kesian kang." Rosie memegang perut apabila tawanya tidak boleh berhenti.

"Awatnya? Ada benda tak kena ka?"

"Ado la bondo yang kono itu yang buek den nak togolak ni haa..." Rosie masih ketawan. Aku sudah menarik muka masam. Apasal kepala aku terasa berat ni? Topi ketat sangat kot.

"Hang nak ceghita ka dak? Sat lagi aku tabuq bersepai gigi hang nanti Rosie. Habaq mai la!" Aku sudah mahu mengamuk. Rakan sekelas yang lain semua bantai gelakkan aku lagi.

Tiba-tiba mamat siku ini datang dekat pada aku. Apa kes nak dekat-dekat dengan aku ni?

Terus aku terkedu apabila dia membukakan tali helmet aku berwarna pink ini. Diambil helmet itu kemudian diserahkan pada aku dan dia menunjukkan jarinya kearah aku. Aku pun pandanglah diri aku sendiri kan. Aku terasa hendak pitam sudah!

Pasai apa aku pakai baju kurung tapi berseluar sukan! Huwaaaaa! Hendak balik tak dan dah sebab Puan Azerawati sudah sampai. Bukan nak kata apa, Puan Azerawati pun nampak aku depan-depan dia menahan hendak ketawa!

Aku rasa dunia semakin kecil! Aku sudah macam budak sekolah tadika yang terlupa bawa baju sukan dan berpakaian seperti hendak mengikuti sesi latihan jasmani! Mak! Awatlah tak tegur Yaya salah pakai baju! Siap pakai selipar sahaja pun.

Macam hendak cari kertas beg yang ala-ala mat salih beli barang dapur tu nak buat tutup muka. Malu punya pasal! Tapi satu sahaja, mamat siku itu tidak gelakkan aku cuma dia tersenyum padaku. Lagi satu apahal helmet kekura pun aku tak sempat nak buka!

Riuh satu dewan kuliah ketawakan aku. Hai nasiblah kau Darlina Suraya Kamal Affendi.

Damm!

**********

SEMENJAK insiden itu berlaku aku cukup berhati-hati menyarungkan pakaian dan helmet dipastikan telah disimpan didalam boot scooter. Kalau berulang sekalilagi aku sendiri tak tahu nak kata apa. Bila bercerita dengan mak dan abah, satu rumah riuh rendah. Hampeh betul!

Pertama kali aku tengok abah ketawa kuat-kuat, selalu misai dia sahaja yang bergerak. Macho rupanya abah aku kalau ketawa nampak gigi. Patutlah mak terpikat dengan abah, sudahlah macho gagah pula. Kalau aku sendiri pun boleh terpikat ini macam. Hu hu hu...

Haa...nak habaq mai pasai mamat siku tu kan, entah apa kenapa dia selalu dok mai sampai aja sengih-sengih. Sebelum ni bukan main lagi mulut dia tu dok perli aku dok sindir aku semasa kepala aku disiku dulu. Berulang kali memohon maaf dan aku sendiri pun dah tak dan nak dengar perkataan maaf itu. Aku pun satu entah sawan mai apa dok nak hingaq tak tentu pasai.

Ok aku dah cakap aku dah maafkan tapi ini tidak tetiap hari asal nampak aku maaf, asal bertembung dengan aku maaf asal itu maaf asal ini maaf. Hai sudah terkenan penyakit maaf ke? Sayangnya muka adalah dalam list orang-orang handsome tapi tak berapa nak betul nampaknya.

Rosie kata tanda-tanda orang hendak cucuk jarum mendekati akulah tu. Aku dengan gagahnya bersuara mengatakan jangan nak menggatal buat rekaan dalam bercerita. Belajar tak habis dah mengenyam nak bercintalah apa semua. Aku bukan macam Zahira itu pantang nampak dahi licin mulalah nak tayang body. Err..maksud aku pakaian semua ada class.

Pasal mamat tu jugak aku berperang mulut dengan si Zahira. Lantaklah kalau korang berdua bercinta sekalipun, aku tidak pernah kisah. Seganas-ganas aku ini ada ke rupa perampas? Jauh ayam panggang dari grill tau.

Ok sukahati aku pulak nak buat peribahasa sendiri.

"Baik hang jauhkan diri daripada laki aku tu!" Zahira mencekak pinggang. Tu dia lipstik merah menyala!

"Bila masa hang menikah? Takdak kenduri kendara pun. Sampai hati hang nooo tak jemput kami semua." Aku yang lurus bendul terus cakap macam itu. Kadang-kadang lurus bendul itu datang time aku mengantuk sahajalah. Dalam ini kes, memang aku mengantuk pasal semalaman main game di Facebook.

"Toksah dok buat lawak ngan aku la. Aku tak mau hang dekat-dekat dengan dia!" Terjerit-jerit si Zahira ini, karang aku tangankan jugaklah!

"Awat cheq? Sapa dia laki hang? Aku takdak masa la nak buat keje bangang macam ni. Dari dok buang masa berangan benda yang belum pasti baik aku baca buku." Hambik kau. Itu baru mukadimah.

"Irfan Mikail tu laki aku tau! Bakal laki aku! Hang toksah lah dok mengenyih." Jerkah Zahira dan secara automatiknya suhu kepanasan hati aku telah meningkat naik. Dia tak faham bahasa Penang ke?

"Peduli apa aku dengan dia? Ingat aku heran ka? Pirah mabuk! Takat muka macam tingkap terpecah tak hingin hai. Hang ni dok hingaq tak tentu pasai buat malu saja la. Baik pi dok diam-diam sana tunggu laki hang tu sampai. Lagi satu aku nak nasihat kat hang lah. Toksah dok buat lagu muka tembok, dia pun takdak kenai hang pun. Dia pun baru pindah sini macam mana dia boleh jadi bakal laki hang? Pi buang jauh-jauh buah berangan hang tu. Abah aku kata kalau pompuan mengenyih macam ini toksah dilayan pasai apa tau, pasai nanti kita pun jadi pompuan lagu tu gak." Terus aku duduk semula ke tempat duduk aku.

"Bila masa kau ni sign kontrak bakal jadi bini aku? Kalau hati aku sudah berkenan dengan Darlina Suraya apa hak kau nak marah-marah dia? Hei perempuan! Cermin dulu muka kau sebelum bercakap benda yang tak betul. Kau ingat kau anak orang kaya aku hairan? Setakat harta mak bapak kau yang punya tak payah nak takbur, sombong dan bongkak. Lagi sekali aku nampak kau tengking-tengking bakal bini aku ini siap kau Zahira!"

Ok ini yang buatkan mulut aku ternganga luas macam boleh sumbat bola sepak! Mereng apa yang yang merasuk si mamat siku ini? Sesukahati kata aku bakal bini dia apahal! Siapa yang hendakkan dia tu, perasan betul!

"Wait....wait...apa cerita tetiba masuk menyampuk?" Aku sudah mula rasa tidak enak didalam hati. Entah kenapa jiwa bergetar saat terpandang mata mamat siku ini. Aduh senyuman dia macam boleh buat hati aku cair ni!

Darlina Suraya sedarkan diri anda! Ingat dan bayangkan misai abah macam mana kalau sudah mula naik darah! Kena ingat janji kau habis belajar baru mengenyam hendak bercinta. Make sure dah ada pekerjaaan yang stabil dahulu. Sedar sebelum terlambat Darlina Suraya!

"Suka atau tidak, lagi lima tahun awak akan jadi bakal isteri saya. Muktamad!" Terus mamat siku ini menonong duduk ditempatnya yang bersebelah dengan aku. Rasa hendak lumatkan mulut dia dengan cili padi!

"Irfan Mikail! You tahukan I sayangkan you. Cintakan you! Kenapa you buat I macam ni?" Zahira sudah merengek. Menyampah betul aku kalau perempuan menangis pasal lelaki! Lagi satu hilang terus loghat Penang dia, dan..dan jadi orang Keay EL (Kuala Lumpur).

"Bila masa pula aku sambut cinta kau Zahira? Suka atau tidak keputusan aku muktamad. Jangan cari pasal dengan Darlina Suraya lagi. Kalau tidak nahas kau!" Tegang semacam tengok muka mamat siku ini. Bukan main lagi marah dia hendak pertahankan aku.

"Korang berdua bertekak pasal aku nak buat apa? Hello! Belajar dulu la toksah nak dok berangan sangat. Dah jangan bising pekak telinga aku. Hendak bercinta sila keluar aku nak study."

"I'll be waiting for you Darlina Suraya. That I promised you!"

Pigidah! Cakap omputih konon. Macamlah aku teruja sangat!

**********

BERSAMBUNG

2 kata-kata pujaan:

ihaaz said...

kelakar part terlewat tu.. hehe
apepon, intro yg menarik..
x sabar nak baca yg setrusnya...
tehee

MaY_LiN said...

iush..
kemain depa ni..

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*