Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

11 February 2012

CERITERA BULAN MADU - BAB 36




HAFIZ HADI sudah tidak dapat duduk diam tentang perihal sakatannya kepada Intan Maisarah sebentar tadi. Berulang kali dia cuba menelefon isterinya namun hampa kerana talian telefon bimbit telah dimatikan terus. Hafiz mundar mandir bagaimana mahu memujuk perasaan Intan.

Sekejap-sekejap Hafiz duduk, sekejap-sekejap Hafiz memandang keluar beranda dan akhirnya dia terbaring diatas sofa. Dia tahu dia pasti tidak akan berjumpa dengan Intan kerana dia bukan fasih benar jalan-jalan dibandar Jakarta. Akhirnya Hafiz mendial nombor telefon Nadia kerana sudah tiada pilihan.

Tuttt....tuttt....tuttt...

Deringan kali ketiga baharulah panggilannya disahut oleh Nadia. Hafiz bernafas lega kerana dapat menghubungi Nadia untuk mengetahui keadaan isterinya. Dia berharap Intan tidak tersalah anggap dengan usikkannya sebentar tadi. Hafiz terasa menyesal kerana mengusik Intan yang tidak kena pada tempat dan masanya.

Dia tahu walaupun Intan itu nampak sahaja pemalu, ganas diluar dan kononnya kental didalam. Padahal hati Intan itu mudah sahaja terusik dan senang mengalirkan airmata. Cuma Intan sahaja yang cuba berlagak tenang dan menguatkan perasaannya yang rapuh itu.

Hello...Nadia...”

Hello...you, I think is not right time you called me... Something happen just a moment ago.” Nadia separuh berbisik tidak mahu Intan terdengar panggilan daripada suaminya itu.

Nope, I wanna just check either Intan with you right now or not? She’s ok? Tadi I sengaja sakat dia dan tak tahu pulak dia begitu sensitif harini. Can you pass your phone to her please?”

What? You nak bercakap dengan dia you call phone dia ok. Not mine!” Nadia geram dan tidak mahu menyerahkan telefon bimbitnya kepada Intan. Dia menyangka Hafiz ingin berbual dengannya secara diam-diam. Tetapi Nadia tersilap dan Hafiz mahu bercakap dengan Intan. Nadia pelik kenapa tidak telefon sahaja Intan dan mengapa perlu dia menjadi orang tengah?

Please Nadia, ini antara hidup dan mati. I perlu bercakap dengan Intan sekarang. Bukan I tak nak hubungi terus telefon bmbit dia tapi taliannya dimatikan. I minta tolong dengan you sangat-sangat Nadia. I harap you faham keadaan I sekarang.”

Why should I? No, pandai-pandai you contact dia. Bukan melalui telefon bimbit I ni. Bye!” Nadia terus mematikan panggilan Hafiz itu. Dia memandang wajah Intan tetapi Intan hanya termenung mengadap keluar tingkap kereta.

Nadia tersenyum puas kerana dia mengetahui hubungan Intan dan Hafiz sedang bergoyah sedikit. Ini peluangnya untuk menghasut pemikiran Intan dan merancang untuk mendekati Hafiz.

“Intan...jom kita pergi shopping sekejap nak? I takde baju yang sesuailah nak berjalan-jalan petang ni. Please temankan I?” Nadia sengaja memujuk Intan supaya tidak terus balik ke hotel. Dia seakan tahu Hafiz sedang menunggu Intan untuk memujuknya.

Sorry Nadia...saya takde mood nak shopping. Kepala saya sakit sangat, saya nak balik hotel rehatkan minda yang tengah serabut. Next time ye.” Intan memicit-micit kepalanya sedang sakit. Fikirannya tengah serabut dan ini bukan masa yang sesuai untuk pergi membeli belah.

Apalah minah ini ajak aku keluar waktu mood tengah kacau bilau! Malas hendak melayan. Hafiz pun satu, entah kenapa tiba-tiba berubah kemaruk dengan perempuan lain. Mentang-mentang aku sudah serahkan jiwa dan raga ini, sampai hati pula dia berubah dalam sekelip mata.

Intan mengomel sendirian, dan airmatanya sudah bergenang ditubir mata. Bila-bila masa sahaja empangan itu boleh pecah.

“Alaaa...please...” Nadia masih tidak mengalah mahu memujuk.

“Nadia, tolong faham kepala saya sakit sangat. Kalau awak tak boleh tolong hantar ke hotel tidak mengapa awak boleh turunkan saya dimana-mana teksi berdekatan. Saya akan balik sendiri.” Aku menegaskan pendirian dan tidak mahu mengikut telunjuknya. Orang kata nak balik sibuk ajak pi shopping! Karang aku hempuk jugak dengan beg sandang aku ni.

“Ok...ok..I tolong hantar you balik hotel. Nanti diaorang salahkan I pulak sebab tinggalkan you tepi jalan dan balik sendiri. Yang paling penting I tak nak Hafiz marah...” Nadia mengetap bibirnya menahan marah. Dia harus bersabar supaya rancangannya nanti tidak akan gagal. Kedua-dua pihak Nadia perlu mainkan peranan supaya apa yang dia hajati tidak terbungkus separuh jalan. Tanpa persetujuan Intan, tidak mungkin rancangannya akan berjaya.

“Sorry dan terima kasih kerana memahami.”

“Takpe...you dan Hafiz kawan I kan...”

Kawan? Kalau tidak kerana rancangan aku itu tidak hingin aku berkawan dengan kau perempuan bodoh! Aku perlukan kau untuk lunaskan impian aku, tanpa persetujuan kau macam mana Hafiz hendak menjadi milik aku!

Nadia berkata-kata sendirian didalam hatinya. Lantas dia memecut kereta sewanya menuju pulang ke hotel. Dia perlu mengikut rentak Intan supaya rancangan untuk berlibur petang ini tidak akan terbatal. Dia peduli apa kalau Intan tidak mahu ikut serta. Lagi bagus untuk memberikan dia ruang untuk mendekati Hafiz. Bodohnya kau Intan jadi mangsa keadaan dan aku suka!

Masing-masing mendiamkan diri dan Nadia memasang lagu dari cakera padat yang sedia ada didalam kereata sewa itu menambahkan lagi kebingitan yang semakin bersarang dikepalanya. Kalau ikutkan hati hendak sahaja dia pecahkan pemain cakera itu.Tetapi dia perlu menyabarkan hatinya yang sedang panas. Dia tidak sepatutnya mengheret Nadia dalam permasalahannya. Hafiz yang bersalah kerana mengundang kemarahannya.

Entah kenapa hatinya mudah tercalar sedangkan dia tahu bahawa Hafiz gemar menyakatnya. Mungkin itu hanya gurauan untuk memeriahkan suasana. Barangkali Hafiz bosan menunggu dibilik selepas habis bermesyuarat tadi. Sengaja mahu mengusik untuk melepaskan rindu agaknya. Intan mengigit bibirnya dan mula terasa bersalah.

Intan sudah mula menggelabah memikirkan ketidakrasionalan dirinya. Dia seperti hendak terbang pantas ke hotel untuk menemui Hafiz. Ah! Talian telefon bimbitnya yang dimatikan sebentar tadi terus dihidupkan semula. Dia mendail nombor telefon milik suaminya. Malangnya panggilan itu tidak berjawab.

Marahkah Hafiz? Merajukkah Hafiz kepada dirinya? Intan mengeluh kecil kerana menyedari sikapnya yang tidak tentu hala mudah melenting.

“Abang...maafkan Intan...Intan tak sengaja...” Lirih Intan sendirian dan Nadia yang berada sebelahnya mengerut cuba memahami apa yang diperkatakan oleh Intan sebentar tadi.

“Apa dia?” Nadia bertanya.

“Err...takde apa-apa...”

“Ok...petang ni kita keluar sama ya. You rest dulu, mana tahu pening you tu akan hilang. Please...ini hari terakhir kita berada disini. Esok dah nak balik Malaysia. Rugilah tak dapat keluar berjalan-jalan. Lagipun Intan baru pertama kali datang sini kan. Sayanglah kalau duduk terperap sahaja dalam bilik.” Sengaja Nadia memancing untuk memastikan Intan meneruskan niatnya duduk sahaja dalam bilik.

“Ok...Intan akan ajak Hafiz kita pergi berjalan sama-sama. Rasanya lepas dah tidur dan makan ubat legalah pening kepala ni. Apa-apa nanti kitaorang call. Pukul berapa hendak bergerak?” Intan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Giliran dia memujuk Hafiz kerana tersalah faham akan panggilan telefon suaminya sebentar tadi.

Nadia melopong dan sangkanya Intan tidak akan ikut serta akan memujuk Hafiz menyertai mereka sahaja. Dalam hati Nadia mula sudah berapi-rapi cemburunya. Lain yang dia harap lain pula yang dia dapat. Untuk mengelakkan daripada apa yang dia rancangkan sebentar terpaksalah dia mengalah terlebih dahulu.

“Oh! Ok....kita dah sampai ni. You naik dulu, mana tahu Hafiz risau kita berdua tak balik-balik lagi. Kita jumpa dilobi pukul empat petang ya.” Nadia berbasa basi berlakon mengambil berat kononya.

“Terima kasih Nadia. Jumpa petang ni.” Intan berlalu pergi tanpa menunggu balasan daripada Nadia.

“Sama-sama...hishh...perempuan ni ingat aku supir dia ke? Blah macam itu sahaja! Huh!” Nadia membebel setelah melihat Intan sudah berlari menuju ke lobi hotel.

“Balik-balik aku yang tension! Kenapa Hafiz kahwin dengan perempuan ini? Bukannya aku! Geram betullah!” Nadia menekan pedal minyak dan menuju ke kawasan meletakkan kereta. Sesudah itu dia menghempas pintu kereta menunjukkan protes. Tidak lama kemudian dia menendang tayar kereta melepaskan amarahnya yang sudah tidak tertanggung.

“Aduh! Sakit kaki aku. Bodoh punya tayar kereta!” Nadia mengerang kesakitan selepas menendang tayar kereta itu. Kesilapan sendiri sudah tahu akan menyakitkan kakinya namun ego menyalahkan tayar kereta itu pula.

Terhincut-hincut Nadia berjalan menuju ke hotel semula. Dia merengus kasar menahan kesakitan. Malang betul nasibnya harini, sudahlah pada permulaan rambut yang dia ingin tidak menjadi. Kemudian pula disusuli dengan perwarnaan rambut yang salah juga.

Kemudian, mendapat panggilan telefon lelaki yang dicintainya hanya semata-mata ingin bercakap dengan Nadia. Sesudah itu Intan pula seperti sudah baik moodnya untuk ikut serta melancong petang ini. Akhir sekali kakinya menjadi mangsa akibat sepakan untuk melepaskan rasa hati.

“Hidup ini tidak adil! Arghh...” Nadia melepaskan amarahnya sekali lagi dan membuatkan orang yang berada dilobi memandangnya pelik. Nadia menjeling dengan tajam dan melangkah terus menuju ke lif. Tidak semena-mena dahinya terhantuk di pintu lif.

“Arghhh! Benci betullah, apahal harini? Semuanya malang menimpa aku!” Nadia menjerit kasar sambil menggosok-gosk dahinya itu. Dia menekan-nekan butang lif untuk menutup pintu dengan geram meskipun ada orang ingin menaiki lif yang sama. Nadia buat-buat tidak nampak.

Setiba dibiliknya, Nadia menghempaskan diri diatas katil. Dia memarahi diri sendiri kerana rancangannya masih tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan. Barangkali dia perlu mengubah strategi impiannya sebaik balik ke Malaysia nanti.

Dia harus bijak menangani emosinya disini. Setakat ini hanya Kamal sahaja yang tahu apa yang bermain dimindanya. Dia juga percaya bahawa Kamal pasti tidak akan membiarkan rancangannya begitu sahaja.
 
Bagaimana hendak dia menutupkan mulut Kamal supaya rahsianya tidak akan terbongkar? Perlukah dia menamatkan sahaja nyawa Kamal? Ataupun mengupah orang supaya menghilangkan ingatan Kamal?
 
Ah! Dua-dua itu akan memerangkap dirinya semula nanti. Tidak pasal-pasal merengkok ke dalam penjara. Hafiz tidak berjaya dimiliki dirinya pula nanti akan terseksa seorang diri. Sudahnya terpaksalah dia berbaik-baik dengan Kamal dan perlu terus berlakon meraih simpati Kamal agar mengerti hasrat murninya itu.
 
Hasrat murni? Murni apa kalau sudah berniat hendak mengganggu gugat rumahtangga orang lain?
 
Akhirnya Nadia terlena dalam fikirannya yang menerawang jauh. Nadia membayangkan andainya ketika ini dia bermadu asmara dengan Hafiz. Nadia terlena sambil senyum dalam lena dunianya sendiri. Panggilan telefon daripada Kamal dia biarkan sahaja berdering. Buat masa ini dia tidak mahu Kamal menganggu fikirannya yang sedang berkhayal mimpikan Hafiz Hadi.

9 kata-kata pujaan:

blinkalltheday said...

teruk tul la si nadia ni

DALIA NA ZA said...

blink: huhuhu..orang kalau dah pentingkan diri sendiri tak fikir mana baik dan buruk...uhuk uhuk uhuk

MaY_LiN said...

alaaaaaaaaa
part intan n hafiz xde ke...
menci la..
hikhikhik

syaz_daus said...

bila ya novel nie akan di jual?
tak sabar nak beli

DALIA NA ZA said...

may lin : hehehehe...bab seterusnya ada...hehehe...

syaz : masih dalam pembikinan membuat manuskrip...insya'allah tahun ini barangkali

^_~

Anonymous said...

Intan marah tu ntah2 dah berisi kot, maklum je lah angin org mgandung ni lain macam siki

syaz_daus said...

oooo...nante dah ada kt pasaran bagi tahu saya ya...x sabar nk beli

wanie rahman said...

salam..kak,dimana sy boleh baca smbungan novel nie?bila novel nie akan berada dipasaran...sudah lama sy mennte

su_az93 said...

Sambungan please...:-) :-) :-) :-)

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*