Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

25 December 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 33



AKU tidak dapat melelapkan mata, terngiang-ngiang teringat semula permintaan mengarut Nadia. Wajah tulus Hafiz lama aku perhatikan. Dengan penuh rasa kasih aku mengusap wajahnya perlahan-lahan. Teganya Nadia cuba merampas kebahagiaan yang sedang aku dan Hafiz kecapi. Mengapa disaat-sat begini ada penyibuk? Aku tahulah Nadia itu hot tapi kenapa suami aku juga yang dia hendak dibuat laki. Sanggup pula bermadu dengan aku. Perkara gila apakah itu? Nadia...Nadia..permata ada depan mata kau tak nak jaga.

Jatuh kasihan pula aku kepada Kamal. Dari riak wajahnya terpancar sinar yang dia begitu mencintai Nadia. Mengapa semua itu Nadia tidak nampak? Mengapa terlalu mementingkan hati kau sendiri Nadia? Kasihan pula aku dengan dirimu kerana menagih kasih pada lelaki yang tidak lagi mencintai dirimu. Malah kau buang rasa hati yang tulus dari Kamal semata-mata kau turut rasa hati yang tidak relevan itu.

Kalau aku belum berkahwin dengan Hafiz tidak mengapa juga aku mengundur diri. Itupun sebab aku masih belum mengenali siapa sebenarnya Hafiz. Aduh kasihan suami aku ini. Mesti pening hendak melayan  kerenah Nadia dan dalam pada masa yang sama cuba untuk menjaga hati aku. Payah juga menjadi orang yang ada rupa dan kedudukkan ini ya.

Aku mengoles perlahan wajah Hafiz. Entah kenapa sejak dua menjak ini rindu ini begitu kuat. Asal dia hilang sebentar pun aku sudah resah gelisah. Penangan cinta apakah ini? Oh wahai hati bawa-bawa bertenang ok. Jangan kantoikan tuan punya badan. Kalau kantoi memang akan menjadi bahan usikkan suamiku ini.

Aku tersenyum dalam kegusaran yang cuba mula bersarang dihati. Aku berlindung dan memohon pada Allah supaya rasa cinta ini tidak mati. Rasa kasih ini tidak hilang. Rasa sayang ini tidak akan pudar.

Tiba-tiba terasa pinggangku dirangkul kejap. Aku tersenyum dan mengusap lembut bidang dada Hafiz yang sasa itu. Akulah wanita yang paling bahagia dan bertuah kerana memiliki dirinya meskipun diawal pernikahan dahulu agak kaku dan dingin.

"Sayang...kenapa tak tidur lagi ni hmmmm?" Hafiz bertanya lembut berbanding di malam pertama pernikahan terdahulu. Macam singa lapar sahaja. Hu hu hu...

"Tak boleh tidur...rindu nak tengok wajah abang..."

"Aik ada depan mata pun masih rindu?"

"Mestilah rindu. Rasa macam nak gigit-gigit pipi abang..."

"Amboii...lain macam nampak. Sejak bila pandai nak main gigit-gigit pipi abang ni?" Hafiz mencuit hidung aku yang tidaklah seberapa mancung tapi boleh dikategorikan yang sedang-sedang sahaja. Ahaks.

"Sejak abang pandai gigit jari Intan masa Intan suap nasi dekat rumah."

"Oh! Nak balaslah ni? Takpe sayang..abang rela..." Hafiz mencium ubun-ubun rambutku. Oh! Indahnya dan membuatkan aku terbuai-buai.

"Mana ada nak balas, Intan saje aje nak lepas geram dekat abang. kadang-kadang Intan rasa macam nak baut abang bantal guni untuk berlatih taekwando." Aku tergelak mengusik Hafiz. Terjegil biji mata Hafiz mendengarkan jawapan aku.

"Wah! Ini sudah lebih kalah Muhammad Ali! Sampai hati sayang ya. Tak sayang abang ke? Tak kasihkan abang ke?" Hafiz bingkas bangun dan berlalu menuju ke jendela.

Aloo..aloo...sejak dua menjak ini sudah pandai merajuk dan sensitif mengalahkan perempuan mengandung pula dia.

"Abang..merajuk ke? Mari sini Intan pujuk abang ye." Aku memanggil dengan nada memujuk.

Hafiz mendiamkan diri dan membelakangkan aku. Habis! Dia sudah buat perangai mengada-ngadanya. Kalau dulu aku yang kuat merajuk. Sekarang sudah terbalik, penyakit itu berjangkit kepada dirinya sekarang. Aku menggaru-garukan kepala yang tidak gatal.

"Abang...."

Hafiz diam tidak bersuara. Masih seperti tadi mengadap luar balkoni.

"Abang...alaaa...merajuk dengan Intan ke? Intan bergurau aje. Takkan gurau dengan bantal guni abang nak muncung dengan Intan. Tak nak kawan dengan Intan lagi ke? Sedihnya..." Aku pula buat trick untuk memancing.

"Huh!" Itu sahaja jawapan yang aku dengar daripada mulut Hafiz. Aku tergelak dan lantas bangun menghampiri dirinya. Hafiz masih mematungkan diri. Oh merajuk ya? Nanti sekejap lagi.

"Sayang...I love you..." Aku meluahkan rasa hati dengan penuh kasih sayang.

"Huh!"

"Itu dia bunyi badak berendam dalam air. Huh..huh...daripada tadi." Aku semakin galak mengusik. Hafiz memusingkan badannya sebanyak 360 darjah dan wajahnya benar-benar dekat tidak seberapa inci dengan wajahku. Jantung aku mengepam darah dengan laju macam marathon sudah rasanya. Mata aku dan Hafiz bertembung lama.

Haa...cuba korang bayangkan mata aku dan Hafiz bertembung ibarat ada renjatan elektrik gitu. Ha ha ha...

"Errr....err...abang jom masuk tidur. Intan mengantuk la..."

Hafiz mengukirkan senyuman dan meraih jari jemariku. Wajahnya semakin dekat aku cuba larikan diri namun sayang tangannya yang satu lagi pantas memeluk pinggang aku. Entah angin apa yang datang membuatkan aku terketar-ketar.

"Ohh...macam-macam sayang cakap ye. Bantal gunilah...badak berendamlah...mari sini abang nak bagi ubat banyak-banyak...jangan nak lari ok." Hafiz cuba meragut bibir aku tetapi sepantas kilat aku menekup dan membuatkan aku tergelak.

"Padan muka abang. Merajuk tipu-tipu ye." Aku masih menahan mulut aku dengan tangan yang satu lagi daripada serangan ubat-ubatan daripada Hafiz.

"Sayang...turun tangan tu. Abang rindu...bagi abang peluang lepaskan rindu abang pada sayang..." Bagaikan terkena pukau aku menurut kehendak Hafiz. Aku terus memejamkan mata dan lantas bibirku dikucup lama. Aku terasa seperti darah meresap segala urat aku tatkala ini. Terbuai-buai perasaan aku dengan kasih sayang Hafiz.

Akhirnya Hafiz mengendong aku menuju ke katil. Dengan perasan berdebar-debar aku merelakan hak Hafiz buat kesekian kalinya. Atas nama cinta aku dan Hafiz melayari bahtera dengan penuh keindahan. Lupa terus aku dengan permintaan yang menggila daripada Nadia. Kalaulah Hafiz tahu bagimana agaknya ya? Silap-silap haribulan mahu Nadia itu dia herdik dan membuatkan tali persahabatan antara dia dan Kamal keruh kembali.

**********************************************************************************************

Kasih sayang malam tadi buatkan aku masih diulit mimpi yang begitu indah. Nasib baik tidak terlajak menunaikan solat Subuh. Sejak akhir-akhir ini Hafiz yang rajin mengejutkan aku. Aku pula entah kenapa senang benar tidur mati. Angkara syaitan barangkali ataupun aku sudah semakin malas? Tidak! Arwah ibu dan abah tidak pernah mengajar aku bermalas-malasan seperti itu.

Dengan penuh kelembutan Hafiz mengejutkan aku daripada tidur. Aku tersenyum dan mengada-ngada minta didukungkan ke bilik air. Hafiz menjengilkan matanya dan membuatkan aku tergelak. Berjaya menyakatnya dipagi buta ini. Apalah Intan Maisarah!

Aku menuju ke bilik air dan membersihkan diri dengan mandi wajib. Faham-faham sahajalah apa yang berlaku tadi bukan? Takkan itupun Intan nak cerita juga. Eeeii...tak malu. Ahaks!

Selesai semuanya aku melihat Hafiz sudah menanti diatas sejadah dan seperti biasa aku mengenakan t-shirt dan seluar tidur. Siap mengenakan telekung aku sudah duduk berada dibelakang Hafiz. Kalimah yang diungkapkan oleh Hafiz benar-benar mengusik sunyi pagi ini. Aku serahkan jiwa dan raga kepada Allah untuk khusyuk menunaikan solat. Tenang hati aku tatkala ini dan terbang semua segala bebanan.

Usai menunaikan solat, seperti biasa Hafiz memohon doa kesejahteraan kami berdua dan untuk keluarga yang terdekat. Entah sebab mengapa aku menitiskan airmata. Mungkin ini hikmahnya mengapa aku dan Hafiz bertemu jodoh selepas pemergian ibu dan abah serta abang sulungku. Hafiz didatangkan untuk melindungi aku, kak long dan Shuhada. Aku amat berterima kasih padanya kerana begitu perihatin.

Aku bersyukur juga kerana ibu dan bapa mentua aku begitu menyayangi aku seperti anak sendiri. Paling sayu aku rasakan adalah Hafiz mencintai dan mengasihi diriku sepenuh hatinya. Semakin lama semakin lebat airmataku bercucuran. Hafiz lantas memelukku untuk memberikan keselesaan dan meredakan kesedihan aku ketika ini.

"Sayang..bukan ke sayang dah berjanji dengan abang sayang takkan menangis lagi? Perit hati abang melihat sayang bercucuran airmata begini. Sudahlah ya...abang kan ada senantiasa disisi sayang. Tidak baik kita menangisi orang telah pergi terlebih dahulu daripada kita. Jangan menangis lagi ya...sayang abang tak?"

Aku tidak mampu untuk berbicara dan hanya menggangguk lemah sambil tangan masih lagi erat memeluk pinggangnya. Terasa keselesaan itu mendamaikan hati aku yang sedang pilu ini. Hafiz menyapu airmataku yang sudah membasahi hujung telekung.

"Abang..."

"Ya sayang..."

"Abang tolong buangkan hingus boleh?" Hafiz memandangku pelik dan membuatkan aku tertawa.

"Baru suruh tolong buangkan hingus dah buat muka pelik. Itu belum kalau Intan termuntah dekat baju abang lagi tu." Aku menyakat dan ketawaku masih bersisa.

"Amboi...lawan tokey sakat nampak... Tak kisahlah sayang nak muntah ke nak tolong buangkan hingus abang sanggup sayang. Belahlah dada dan keluarkan isi hati abang akan nampak keikhlasan ini."

"Perghh...ayat jiwang nampak...tapi tak naklah belah dada abang...nanti Intan kena tinggal dengan abang."

"Tahu takut...he he he...manja betul isteri abang sekarang ye. Kalah manja Hada ini macam." Haifz mencuit hidung aku dan membuatkan aku menyeringa tahan sakit.

"Eh..eh...manja abang tu yang lagi teruk tau. Kalau merajuk bukan main lagi ye. Siap huh...huh..bunyi badak berendam...he he he..."

"Tak kisahlah sayang janji kita bahagia kan... Dah jom bersiap kita turun sarapan, lepas tu abang nak pergi meeting sekejap dengan rakan niaga Jakarta bersama Kamal. Kalau sayang rasa tak selesa keluar dengan Nadia tu sayang cancel aje ye."

"Eh mana boleh tak tunaikan janji. Kalau kita berjanji kenalah laksanakan. Takpe Intan ok aje, abang jangan risau orait." Aku mengenyitkan mata untuk menyedapkan hati Hafiz yang bimbang akan membuatkan aku terluka.

Malam sikit ok aku nak terluka dengan Nadia itu. Ini Intan Maisarah, gagah diluar kental didalam tahu. Setakat Nadia itu tak perlu dilayankan sangat sebab kalau dilayan diri sendiri yang makan hati berulam jantung. Jadi baik mengharmonikan hubungan antara aku dan Hafiz supaya tidak terlerai. Jangan ingat-ingat dia senang hendak menyibuk dalam kehidupan antara aku dan Hafiz.

Nadia, kalau kau punya rancangan jangan lupa aku juga punya rancangan. He he he...

"Apa senyum sorang-sorang ni?" Hafiz menegur dan terus mematikan senyuman aku yang terukir tadi. Potong jalan betul Hafiz Hadi ini tau. Hu hu hu...

"Saja nak hadiahkan senyuman untuk abang. Tak boleh ke? Kalau macam itu sambung menangis baliklah..." Aku menyakat dan sekarang ini aku yang kerap mengusik.

"Eh..eh..menangislah...karang abang kasik ubat lagi lama daripada tadi. Nak?" Aku terus menggeleng laju dan membuatkan Hafiz tertawa. Cis! Kita nak kenakan dia, balik-balik kita juga yang terkena. Aku dan Hafiz akhirnya meletuskan ketawa bersama-sama. Aku bingkas bangun dan menyediakan pakaian formal Hafiz supaya kelihatan kemas. Aku mengambil baju kemeja berwarna biru cair serta seluar slack berwarna putih.

Hafiz menyarungkan kemeja yang telah aku gosokkan tadi. Rambutnya disisirkan kemas dan mempamerkan wajahnya semakin tampan. Minyak wangi baunya yang menjadi kesukaan aku selama ini aku hulurkan dengan manja. Hafiz tersenyum sambil mengucup dahi aku. Tali lehernya aku aturkan dengan kemas, nasib baik masa arwah abang ada aku rajin tolong abang long memakai tali leher. Lagipun aku ini bekaspengawas sekolah, setakat tali leher itu kacang sahaja boleh aku lakukan.

Setelah bersiap-siap aku memerhatikan segenap tubuh badan Hafiz. Hai untungnya orang berbadan cantik ini ya, sarungkan apa jenis material baju pun tetap nampak menarik!

Hmmm...makin macho sayang aku ini. La la la...jangan jealous ya. Peaceee...

5 kata-kata pujaan:

IVORYGINGER said...

yess i like intan so much. mcmni la gurl jgn cepat mngalah n senang-senang bg org lain nk interrupt ur relationship. fight for ur love.

MaY_LiN said...

amboi intan..
tamo kalah juga ye..
da pandai sakat hafiz sekarang ni..

Zizi said...

intan dah maju skg.... Sweet la dorang ni.. Thumb up cik pengarang... dh update lama kita tggu tau..sampai termimpi-mimpi

Anonymous said...

Amboi Intan... gagah diluar kental di dlm...ye ke tu??? Bukan mudah untuk menghadapi orang seperti Nadia tu yg hatinya berpenyakit. Dia boleh buat apa saja sebab hatinya dikuasi syaitan. Apa pun semoga Intan dapat menanganinya dgn bijak untuk kebahagiaan rumahtangganya.

~ kak min ~

DALIA NA ZA said...

ivory : huhuhu...Intan cinta mati dengan Hafiz...mana boleh senang2 dia nak kasik chance dengan Nadia..eekeke...thanks for reading and your support

may lin : hahahaha..Itulah Intan Maisarah si gadis gila-gila macam Hafiz cuma malu-malu kononnya...tahnks for reading ad your support...

zizi : erkkk...sampai mimpi2...huhuhu...sorry ye...kita bz sikit...now ada cuti lama sikit kita updates new entry sampai bab 35 orait...thanks for reading ya... bab 34 akan menyusul...bab 35 malam nanti kita olah..janji...oh ya..thanks for support jugak..

kak min : itulah true colour Intan..hihihi...cuma kalau melibatkan arwah ibu, abah dan abang longnya aje mudah mengalirkan airmata...kira hal2 keluarga...tapi orang macam Nadia dia mahu taichi...huhuhu...thanks for reading and support ya kak min

thanks to silent readers too...happy reading ^_~

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*