Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

30 October 2011

CERITERA BULAN MADU - BAB 27



CELIK biji mata aku lihat Hafiz tiada disisi. Kemana pula dia pergi? Selalu kalau celik biji mata mesti wajah Hafiz tersembul depan muka aku. Aku bangkit perlahan-lahan mencari di dalam bilik air. Tiada. Mencari pula di ruang balkoni, tiada juga. Kemana pula dia pergi pagi-pagi ni?

Aikk...selalu aku bangun pagi ok sahaja. Sekarang tak nampak wajah Hafiz aku dah mula naik sasau. Ah! Tahu Hafiz ni mesti berbakul-bakul dia sakat aku gamaknya.

Setelah pasti melihat kelibat Hafiz tiada, Intan melangkah lemah masuk ke dalam bilik air. Tak nam[ak muka Hafiz membuatkan semangat keceriaanya sedikit terganggu. Kalah cinta Hafiz pada aku macam ini! Haih!

Ambil berus gigi nak letak ubat gigi aku terambil shampoo pi letak kat berus. Haih! Nak ambil sabun yang jenis krim aku pi ambil ubat gigi pi lumur kat lengan. Haih! Apa sudah jadi ini? Intan Maisarah! Wake up babe! Are you insane right now?

Ya...I'm insane right now. Missed Hafiz like crazy woman. He he he.

Aku membasuh muka beberapa kali untuk menyedarkan diri yang sudah mula jadi perempuan mereng. Apa sudah jadi sekarang? Mengapa terlalu rindu bagai nak rak terhadap Hafiz? Oh tidak! Ini tidak boleh jadi.

Sedang aku bercakap-cakap sendirian aku terdengar suara Hafiz memanggil. Terus aku tersenyum lebar.

"Sayang ada dalam bilik air ni. Mandi sekejap. Abang tunggu tau. Jangan pergi mana-mana dulu ye."

"Amboi...rindu sakan nampak..."

Aku tersengih depan cermin. Mahu tak rindu? Separuh nyawa rasa macam menghilang sekejap.

Dengan tuala yang masih membungkus rambut, cepat-cepat aku mendapatkan Hafiz. bertanya soalan itu ini sampai dapat ubat lagi. Tak mengapa, ubat ini memang mujarab untuk aku. He he he.

"Abang pergi mana? Intan celik mata tengok abang tak ada. Kenapa abang keluar tak cakap? Ingatkan abang nak tinggalkan Intan sorang-sorang dan abang terus pergi Jakarta." Aku mula merajuk.

Errr...Sejak bila pandai kuat merajuk?

"Abang tak pergi mana-mana sayang. Turun bawah sekejap pasal nak uruskan bil penginapan kat sini. Lagi satu abang call Kamal tanya mereka dah sampai ke belum. Rupanya malam tadi diaorang dah tiba di Jakarta. Abang kena bebel dengan Kamal dan Nadia pasal apa matikan telefon. Abang cakap malam tadi ada agenda istimewa.Wah! Sayang rindu abang ya? Banyak mana rindu tu?" Tersenyum-senyum Hafiz sambil mengenyitkan matanya.

"Adalah rindu sikit tapi tak adalah banyak."

"Ye ke? Betul ni?"

"Betullah...kenapa? tak percaya ke?"

"Bukan abang tak percaya tapi macam kurang yakin sikit..."

"Kenapa pula?"

"Selalunya orang kalau rindu mesti dia ada buat sesuatu benda tak betul. Contoh macam sayang sekarang..."

"Benda tak betul? Contoh macam sayang?"

"Haih...tengok..dia pulang soalan pada kita balik. Sayang kalau rindu banyak-banyak dekat abang terus terang aje. Abang lagi suka. Tapi rindu abang memang lagi banyaklah dari sayang."

"Ok..sekarang ni apa yang sayang buat salah eh?"

"Sayang tu..cuba tengok...pakai baju terbalik...seluar pun terbalik...itu bukannya nama rindu banyak-banyak?"

Erkkk....

Cepat-cepat aku berlari masuk dalam bilik air. Cis! Terkantoi sudah! Kenapalah boleh tak perasan pakai pakaian semua terbalik? Kantoi depan-depan suami sendiri pula itu. Hampeh betul!

"Ha ha ha ha...sayang...sayang...you make my day like a sunshine!" Hafiz berteriak. Aku mencebik.

Aku keluar terus mencubit lengan Hafiz. Tidak lama kemudian aku juga tertawa.

"Sayang...I Love You...Do you love me as much I'm?" Amboi romantika berbahasa Inggeris. Bahasa Melayu tak boleh ke? Takpe...takpe aku jawab bahasa ibunda.

"Sayang...Saya memang sudah mula mencintai awak. Tidak tergambar bagaimana rasa hati ini kerana perasaan itu memang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata. Demi Allah, Tuhan semesta alam saya menyintai awak seluruh ruang genap hati saya."

Hafiz terdiam sambil mengucup dahi aku. Dipeluknya aku lama. Aku mengalirkan airmata lagi. Memang airmata dengan perempuan tidak dapat dipisahkan! Hafiz memeluk aku lagi bertambah erat. Aku mencium bidang dada Hafiz yang menjadi medan keselesaan aku.

"Terima kasih kerana menerima cinta abang...sayang kita sama-sama janji akan membahagiakan diri masing-masing. Biar apa pun terjadi kita tetap akan bersama. Hanya ajal yang memisahkan kita dan jadikan itu sebagai ketentuan takdir agar kita tergolong dalam orang-orang yang beriman."

"Abang cintakan sayang..."

"Sayang pun cintakan abang..."

"Mai sini cium sikit..."

"Ah! Mengada!"

"Sayang menangis tadikan?"

"Alamak......"

*******

SESI luahan perasaan tidak berakhir disitu. Bibit-bibit kemesraan berterusan sampai ke meja makan. Kalau sebelum ini aku malu-malu kena suap sampai bagi alasan yang tidak ada kena mengena pun. Segan bagan punya pasal, rugi diri sendiri. Padan muka aku! Walaupun macam mana pun aksi makan malam tempohari dirumah sampai tergigit jari aku memang lucu.

Hafiz memang seorang yang romantik. Kali ini berbulan madu, dia yang rajin menyuap aku. Kalau pakai tangan sudah lama aku gigit pula jari dia. Nasib baik pakai sudu. Tak mengapa, tiba dirumah aku akan buat macam itu pula. Barulah kena kasih dan sayang bukan? He he he

Aku yang mengenakan blouse lengan panjang berwarna biru terang disulami bunga berwarna peach dan dikenakan tudung berwarna peach serta seluar jean berwarna biru gelap. Sepadan dengan Hafiz. Barulah ini dinamakan serasi bersama. Kalau sebelum ini. Hafiz pakai putih, aku pakai warna kelabu. Hafiz pakai warna merah, aku pakai warna kuning. Sudah macam bendera negeri Selangor pula!

Semua barang sudah dimasukkan belang MPV. Perjalanan harini agak jauh sedikit. Bak kata Pak Dzulkifli, memakan masa selama 8 jam. Hafiz sengaja tidak mahu naik kapal terbang, katanya mahu cabaran dan menikmati percutian bulan madu sepuas-puasnya. Aku sahajalah yang akan mabuk nanti. Maklumlah dalam kapal terbang pun sudah mabuk-mabuk, apatah lagi dalam kenderaan darat. Sabar sahajalah.

Nasib baik minyak angin cap kapak ini ada sebagai persediaan. Lagipun Hafiz kan ada! Boleh juga bermanja-manja minta urut macam dalam kapal terbang tempohari. Bahagia datang lagi! Hafiz memang seorang yang prihatin. Wah! Banyak juga perilaku yang baik-baik tentang Hafiz. Namun satu sahaja, kalau amarah dia datang memang aku sendiri pun seram.

Tapi sejak akhir-akhir ini aku tak pernah nampak Hafiz naik angin. Kecut juga perut walaupun degil masih hendak melawan. Harap-harap Hafiz dah tinggalkan sifat amarah dia yang satu itu. Amin!. Doa seorang isteri.

Bergerak sahaja MPV aku sudah mula bersiap sedia dengan minyak angin cap kapak. Minyak wangi yang aku pakai tadi gerenti akan bertukar harumannya. Hafiz sudah tersenyum-senyum. Masuk-masuk dalam MPV terus pegang tangan aku tak nak lepas-lepas. Berpeluh jugalah tapak tangan aku. Tapi tetap tidak mengapa sebab aku rasa bahagia! Ini kalau Nadia nampak agak-agak berbulu tak mata dia? Lantak pi lah, janji jangan kacau rumah dan tangga antara aku dan Hafiz cukup. Kalau kacau awas! Amaran dari si budak kecik Intan Maisarah. Ho ho ho...

"Abang..nak muntah lah...."

"Hah!..Kejap..kejap abang ambil plastik." Cepat-cepat Hafiz selongkar beg galas yang berada dihadapannya. Aku sudah terasa macam isi dalam perut hendak terkeluar. Pantas aku buka penutup minyak angin cap kapak dan terus hidu untuk halang dari termuntah secara mendadak.

"Mari sini abang urut tengkuk sayang..kalau abang tahu jadi macam ini, kita naik flight aje. Sorry ya sayang...susahkan sayang..."

"Takde apalah abang...memang sayang jenis macam ini. Mabuk. Tapi mabuk ni lain macam pulak."

"Eh...takkan cepat betul? Aktif sungguh!"

"Apa yang cepat? Apa yang betul tu?" Aku macam biasalah kan. Suka tanya soalan. Tapi kali ini selamat sebab ada Pak Dzulkifli dan pembantunya. Jadi Hafiz tak boleh bagi ubat. He he he...

"Eh tak ada apa-apa...abang saje mengarut...he he he..sayang ok tak ni?"

"Hmm...oklah sikit...terima kasih abang sebab tolong urut tengkuk ni. Kuranglah sikit peningnya. Tapi soalan abang tu macam pelik sikit pulak Intan dengar tadi."

"Ok..lega abang...kalau pening-pening lagi bagitau abang cepat-cepat. Kalau tak pun sayang tidur aje kat bahu abang ni. Abaikan aje soalan abang yang mengarut tu. Tapi kalau cepat dan aktif alhamdullillah."

"Malulah...eh sekejap kenapa alhamdulllillah? Ada berita gembira ke? Abang tak nak kongsi dengan sayang ke?" Aku buat muka pelik. Hafiz ketawa.

"Tak payah malu-malu. Adat orang dah berkahwin. Mari sini lentok kepala kat bahu abang. nanti aklau dah pasti sayang yang kena kongsi dengan abang tau. Bukan abang yang kongsi dengan sayang. Alhamdullillah sebab dapat bini cun melecun macam sayang ni."

"Ada-ada saje abang ni...buat Intan termalu-malu pula..."

"Meh duduk rapat-rapat dengan abang. Abang tak bleh sayang duduk jauh-jauh. Ada depan mata pun abang masih rindu setengah mati! Hafiz menarik tangan aku.

Macam orang kena pukau, aku pun mengikut sahaja. Kata sayang! Perintah suami kena taat nanti kena laknat! Hu hu hu...

7 kata-kata pujaan:

Anonymous said...

like it!!! hrmmm.... bestlah honeymoon kat jakarta.. nanti bila dah kawen nak pergilah....

DALIA NA ZA said...

anony : diaorang pi honeymoon kat Bandung tu..then baru pi trip Jakarta tu..huhuhu

MaY_LiN said...

waaa..romantika de amour

sue said...

ini baru nama nya bulan madu kan...
terbaik lah...

zayani said...

lama dah tggu ni huhuhu..tq akak dalia akernya update jugak

DALIA NA ZA said...

may lin : hehehe..

sue : hohohoho...

zayani : sorry tau..kita agak bz lately..itu yang hatrick semalam..ekekeke

blinkalltheday said...

hafiz soo romantic!!sama padan dgn intan..

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*