Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

18 April 2011

KERANA ZULIA ZAFIERA - BAB 22

KAMI tersedar hari semakin gelap apabila hari menginjak hampir senja. Masing-masing antara kami senyap sunyi. Pengakuan daripada Kamal benar-benar membuntukan pemikirannya. Seolah-olah sedang bermimpi ngeri yang menakutkan. Kalau orang lain tentu gembira sebab permusuhan akan berakhir tetapi tidak bagi Zulia. Dia memerhati wajah Kamarul dengan penuh tanda tanya. Apabila Kamarul berpaling sambil terangkat-angkat bulu keningnya, Zulia terus menggeleng laju-laju sampaikan sakit leher. Gelabah punya pasal Kamarul tergelak melihat aksi spontan Zulia.

"Kenapa? Pelik? Bersyukurlah aku dah mintak maaf. Kalau dengan orang lain jangan harap ler..." Kamarul menyengih. Zulia mengomel sendirian.

"Riak giler!"

"Apa kau cakap?"

"Takde amendelah. Jomlah balik. Hari dah nak gelap. Dah lah tak bawak lampu suluh. Karang ada yang bengkak dahi terlanggar pokok..."

"Aku dah bawak siap-siap barang-barang keperluan. Takdenye aku nak ikut dengan tangan kosong."

"Habis dah kau tak sabar-sabar suruh aku pergi cari kayu api tadi, manalah sempat aku nak bawak. Apa-apa pun terima kasih."

"Sama-sama kasih..."

"Hah?!"

"Er...er....takde papelah. Jom, jalan sebelah aku...jangan ikut belakang. Dah malam ni kang ada pulak yang terjatuh dalam lubang tak pepasal." Kamarul pula yang mengomel.

"Yelah...yelah..membebel macam mak nenek."

Kamarul dan Zulia sama-sama menjinjing ranting-ranting kayu api yang telah diikat dengan rapi. Senja telah tiba dan keadaan hutan sedikit menggerunkan. Namun yang peliknya kenapa wajah Kamarul nampak macam orang yang gusar? Zulia menjungkit bahu sambil mengurut-ngurut bahunya yang sudah lenguh.

Setelah lama berjalan, Zulia dan Kamarul sudah tergaru-garu sana sini akibat digigit nyamuk. Walaupun sudah mengenakan lengan panjang, namun kedua-duanya tidak terlepas dari kena gigit. Masing-masing macam beruk belacan lagaknya!

*******

ZULIA sudah kepenatan sehinggakan kakinya sudah tidak bermaya untuk melangkah. Zulia terhenti dan membuatkan Kamarul juga berhenti duduk disebelahnya. Segera dikeluarkan botol air yang sempat diisi dengan air masak.

"Nah...kalau haus cakap...jangan senyap aje..."

"Kenapa tak cakap kau ada bawak air....kering tekak aku..."

Zulia merampas botol air dari tangan Kamarul dan tanpa membaca bismillah, dia rakus menelan air dari botol itu laju-laju. Sehingga dia tersedak dan Kamarul bertindak pantas menepuk-nepuk belakang badannya. Zulia terlompat. Dia terkejut dengan aksi spontan Kamarul dan tekaknya perit. Tiba-tiba dia teringat kejadian yang berlaku antara dia dan Amin. Jika bukan kerana Kamarul, mungkin tragedi hitam itu akan menyelubungi seluruh hidupnya.

"Maafkan aku. Aku tak sengaja..."

Zulia mendiamkan diri sambil duduk memeluk lutut sambil terketar-ketar seluruh badannya. Kamarul serba salah dan membuatkan dia menumbuk tanah berkali-kali. Dia melihat Zulia seperti baharu lepas tengok hantu!

"Aku rasa kita ni dah sesat. Dari tadi kita asyik pusing-pusing jalan yang sama..." kamarul berdiri sambil bercekak pinggang. Dia merenggangkan badannya yan g sudah kepenatan. Hari sudah gelap dan berbekal lampu suluh, dia segera merungaikan ikatan ranting kayu api tadi untuk dibuat unggun.

"Sesat...." Sepatah itu sahaja yang keluar daripada mulut Zulia. Dia sudah mula teresak-esak.

"Kenapa pulak kau ni?"

"Aku takut..."

"Takut?"

"Yelah...mestilah aku takut. Kat dalam hutan tebal macam ni ada macam-macam benda tau tak...Ini semua kau punya pasal..."

"Kenapa pulak aku dipersalahkan? Kita sama-sama cuba cari jalan balik..."

"Kenapa kau tak buat jejak tadi?"

"Macam mana nak buat jejak...dah kau jalan menonong aje. Terkejar-kejar aku ikut kau dari belakang tau."

Zulia tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia duduk dekat-dekat dengan Kamarul. Kejadian Kamarul menepuk belakang badannya yang secara tidak sengaja terus lupa secara automatik. Malam-malam begini duduk dalam hutan tebal memang menyeramkan. Kamarul tersengih memandang Zulia yang sudah ketakutan.

*******

MATAHARI sudah terpacak tinggi dan menyilaukan mata Zulia. Dalam tidak sedar dia telah tertidur dibahu Kamarul. Zulia menggosok-gosokkan matanya yang sedikit pedih. Zulia menggeliat tanpa disedari Kamarul sedang memerhatikannya. Punyalah lenguh bahu Kamarul menahan tubuh badan Zulia sehingga dia tidak tidur untuk memerhati keadaan sekeliling. Zulia terdiam sambil menggigit jarinya. Wajahnya sudah merah padam menahan malu.

"Maafkan aku...errrr....tak sengaja..."

"Tahu...sudah siap-siap cepat. Kita cari anak sungai. Bolehl basuh muka dan mandi untuk segarkan badan."

Zulia hanya menggangguk tanpa banyak soal. Kamarul mengurut-ngurut bahunya. Pertama kali Zulia melihat Kamarul tidak mengamuk seperti singa lapar. Dia lebih bersahaja seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Zulia sudah terasa tidak begitu selesa berkenaan insiden dia tertidur di bahu Kamarul.

Mereka meredah kawasan hutan selama dua jam dan akhirnya berjaya juga menemui sebatang anak sungai. Kamarul terus membasuhkan muka dan mandi ke dalam anak sungai yang cetek itu. Zulia hanya memerhati gerak geri Kamarul. Dia hanya membasuh mukanya. Dia tidak sanggup untuk mandi bersama-sama Kamarul. Dia membiarkan sahaja Kamarul mandi seorang diri.

Sudah sehari semalam mereka sesat di dalam hutan. Perut Zulia sudah terasa lapar. Dia berharap agar dalam beg Kamarul ada makanan. Zulia menggosok perutnya yang sedang berbunyi. Usai Kamarul mandi, dia terus duduk di atas sambil meraup wajahnya.

"Kau pergilah mandi. Segarkan badan tu. Nanti letih pulak. Dalam beg takde makanan, kita kena cari buah-buahan yang boleh dimakan."

"Hah! Takde makanan?"

"Ye takde, aku tak sempat nak sambar apa-apa pun sebab stok makanan dijaga oleh ahli jawatankuasa yang lain. Takkan aku nak redah khemah diaorang macam itu aje. Dah..pergilah mandi. Aku jenguk-jenguk kawasan sini, manalah tahu ada pokok buah-buahan ke. Takkan aku nak duduk terpacak tepi sambil skodeng kau tengah mandi..."

"Errr...err...."

"Mandi pakai aje baju kau tu sekali. Biar basah sebab jauh lagi kita nak berjalan."

Zulia hanya mengangguk dan terus melangkah ke dalam anak sungai tersebut. Kamarul menggeleng sambil tersengih lagi. Dia tidak menyangka bahawa Zulia yang banyak melawan kata-katanya sudah boleh berkerjasama dengan baik.

"Tak sangka minah ni penakut jugak rupanya. Melawan aje ganas tapi penakut dalam diam. Aduh letih bahu aku tahan badan budak ni. Berat jugak, tapi comel pulak muka dia tengah tidur...he he he..." Kamarul tersengih sambil meninjau-ninjau keadaan sekeliling. Sesekali dia melihat ke arah Zulia yang sedang berendam di dalam air. Terleka seketika dia melihat keadaan Zulia.

Entah mengapa hatinya berdebar-debar melihat Zulia yang hanya duduk mendiamkan diri di dalam air.

0 kata-kata pujaan:

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*