"Terima kasih abang ucapkan pada sayang. Sedikit sebanyak kehadiran sayang dalam hidup abang membuatkan pegangan abang kembali kepada jalan yang sepatutnya. Jasa sayang terhadap abang memang tidak akan terlupakan."
"Kehebatan suami adalah kebanggaan bagi seorang isteri yang sentiasa menyokong dan memahami perasaannya. Sayang juga ingin mengucapkan terima kasih kepada abang kerana sudi memberikan ruang di dalam hati nurani abang yang tulus itu untuk sayang. Semoga bahtera yang kita jalani ini akan kekal untuk selamanya. Meskipun cinta antara kita baru terikat."
"Maafkan abang kerana suatu masa dahulu pernah mengabaikan sayang. Abang lupa pada tanggungjawab dan abang lupa siapa diri abang. Abang lupa pada tuntutan agama dan abang lupa pada yang Maha Esa. Betapa jahilnya hidup yang abang lalui dahulu."
"Allah sentiasa menerima umatNya yang ingin bertaubat dan penuh penyesalan untuk kembali kepadaNya meskipun kita terlalu lama melupakanNya. Allah itu Maha Pengampun abang, lagi Maha Menyayangi. Biar berkelompok dosa yang pernah kita lakukan suatu masa dahulu dan apabila kembali kepadaNya, nescaya penyesalan kita itu akan diampunkan. Allah itu sentiasa mengampunkan umat Nabi Muhammad yang menjadi kesayangan dan kecintaanNya."
"Beruntung abang apabila memilih sayang sebagai suri dalam hidup abang. Sayang menjadi pelengkapan terhadap jiwa abang yang kosong dan tiada pengisian. Alangkah menyesalnya abang apabila menyeksa perasaan sayang. Hikmah yang datang adalah suatu nikmat yang terlalu sukar untuk abang bayangkan dan lafazkan. Benar kata sayang bahawa Allah itu Maha Menyayangi dan kerana sifat penyayangnya abang kembali sedar diatas dosa-dosa yang pernah abang lakukan. Ruginya kehidupan abang dahulu."
"Itu merupakan tanggungjawab saya abang. Berdoa dan bertawakal itulah jalan yang saya pilih untuk melihat abang kembali kepadaNya. Semoga doa keampunan taubat kita Allah swt terima dan memelihara kita dari musibah."
"Terima kasih sayang... Abang bersyukur.."
"Bismillahnirrahmannirrahim... Ya Allah Ya Tuhanku sesungguhnya aku dan isteriku memohon perlindungan dariMu. Terimalah taubatku dan redhailah kehidupan kami berdua. Zuriat yang kini mula membesar didalam rahim isteriku, Engkau kurniakanlah dengan keberkatan dan jadikanlah ia manusia yang beriman kepadaMu. Taat dan akur pada perintahMu serta mencari keredhaanMu. Peliharalah rumahtangga kami dari musibah dan kecelakaan, namun sesungguhnya setelah apa yang telah Engkau tetap maka redhalah bagi aku dan isteriku...Amin."
Aku menenangkan perasaan suamiku yang sedang bersedih hati. Adalah menjadi tanggungjawabku sebagai seorang isteri untuk menggembirakan hati sang suami yang berduka. Suamiku tidak segan silu mengalirkan airmatanya dihadapanku. Aku bersyukur kerana doaku dimakbulkan oleh Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. Suamiku kembali ke jalan yang diredhai dan kembali dalam kehidupanku.
Hadiah hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke lima ini aku berikan REHAL kayu berukir yang berwarna coklat gelap serta senaskah Al-Quran. Bukan niatku untuk melukakan perasaannya namun inilah hadiah terbaik untuk suamiku yang tercinta. Perasaan cinta ini lahir sewaktu kami diijabkabulkan apabila lafaz itu bergema menusuk ke dalam sanubariku sebagai seorang wanita.
Aku bukanlah Siti Khadijah namun aku jadikan isteri tercinta Rasullah saw ini sebagai ikon yang paling dicontohi. Betapa sucinya pengorbanan dan tingginya kesabaran beliau terhadap perjalanan kehidupan Rasullah saw. Isteri sepertinya dijadikan landasan di dalam kehidupanku. Kini suamiku sudah benar-benar kembali ke pangkuanku meskipun hati ini seringkali dilukaikan. Serta merta hilang begitu sahaja dan kekhilafannya aku lupakan serta redha diatas ketentuan Allah. Siapalah aku untuk menghukum suamiku. Kemaafan adalah ubat yang paling mujarab untuk hati yang disakiti. Doa adalah senjata kepada kesabaran.
Kini aku bahagia dan aku bersyukur ke hadrat illahi. Meskipun bahagia ini lambat sedikit untuk aku kecapi namun masih belum terlewat buat suamiku dan aku. Aku memaafkan seorang wanita yang pernah menjadi duri dalam mahligaiku. Biarlah Allah yang menentukan segala-galanya. Sekali lagi aku bukan layak untuk mengadili dan menghukuminya. Aku doakan semoga sidia kembali jalan yang benar.
"Buat suamiku yang tercinta ketahuilah olehmu bahawa aku ingin menjadi seorang isteri yang solehah buatmu , taat buatmu dan kasih sepanjang hayatku buatmu. Sesungguhnya aku ingin mencari keredhaan dalam kebahagiaan ini semata-mata kerana Allah swt. Doaku agar rumahtangga yang kita bina ini akan dipelihara dan diredhai oleh Allah swt yang Maha Agung lagi Maha Pelindung."
Aku mencium tangan suamiku dengan penuh kasih dan airmata mula menitis membasahi pipi. Rehal dan Al-Quran ini hadiah buat suamiku adalah langkah pertama untuk memperbaiki kehidupan kami bertiga. Zuriat yang makin membesar seakan mengerti apa yang aku rasakan.
Wahai wanita-wanita yang solehah, sesungguhnya Allah swt berfirman bahawa :
"Wanita yang solehah, ialah wanita yang taat kepada Allah dan memelihara dirinya ketika ketiadaan suaminya, dan kerana itu Allah telah memelihara mereka"
(Surah An-Nisa' : Ayat 34)
p/s : Cerita ini masih belum bertajuk dan tercari-cari cover yang sesuai untuk dijadikan material utama dalam ilham baru saya. Harap bersabar. ^_^
Followers
07 December 2010
PROLOG
Posted by DALIA NA ZA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 kata-kata pujaan:
Post a Comment