Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

03 November 2010

KU TUNTUT JANJIMU!



ZAFIERA menghempaskan dirinya ke sofa yang berwarna krim lembut. Gelas yang dipenuhi dengan air oren diteguk berkali-kali dan menjadi mangsa amukkannya kemudian dibaling ke dinding ruang tamu berwarna merah jambu itu. Fikirannya berkecamuk dan disertai hati yang tidak tenang apabila terkenangkan nasib diri. Dia mengusap perutnya beberapa kali yang sudah mula berpenghuni. Kini janin milik Zafran sedang giat berkembang di dalam rumah rahim miliknya. Zafiera menangis teresak-esak sendirian disebabkan nafsu serakah lelaki yang paling dia cintai telah membuatkan masa depannya berubah menjadi gelap!
“Aku benci kau Zafran! Aku benci kau! Sampai aku mati janjimu ku tuntut! Aku tak akan biarkan kau hidup senang lenang. Aku tak akan biarkan kau lepas diri macam tu aje. Kau tunggulah pembalasan aku kelak Zafran! Jantan sial! Jantan tak guna! Penipu! Pembohong!” Zafiera menjerit seperti orang gila. Dia sudah tidak mampu untuk berfikir dengan waras. Perasaan benci memenuhi segenap ruang hatinya yang sebal itu.

“Aku benci kau Zafran... Aku benci...Kenapa kau buat kau macam ni... Dah puas tubuh aku kau ratah kau biarkan aku terkapai-kapai seorang diri. Aku sayangkan kau Zafran. Seluruh hidup aku hanya untuk kau. Hanya untuk kau...” Zafira meluahkan isi hatinya. Berulang kali ayat benci itu ditujukan kepada lelaki yang telah menodainya. Hati Zafiera semakin membengkak dan amarahnya tidak dapat dibendung lagi.

Teman serumahnya, Amelia sudah lama keluar bersama rakan-rakan yang lain. Tatkala mendengarkan nama Zafran juga menyertai birthday party Syafiq, Zafiera menolak mentah-mentah untuk ikut serta. Katanya tidak sedap badan dan kepala terasa pusing serta pandangannya berpinar-pinar. Pada hakikatnya itu bukan rekaan tetapi benar-benar dialami oleh Zafiera! Dia mula melangkah longlai menuju ke biliknya semula. Airmata masih lagi setia membasahi pipi miliknya. Bagaimana dia hendak menghadapi masyarakat sekeliling? Rakan-rakan sepejabatnya? Mak dan ayahnya di kampung pasti tidak akan menerima dirinya yang sudah ternoda. Pasti ahli keluarganya yang lain tidak akan menolong apatah lagi membela nasibnya kini. Zafiera malu! Maruahnya sudah tercalar akibat perbuatan khianat Zafran.

“Apa aku nak buat sekarang? Lebih baik aku mati! Mati!” Zafiera sudah mula hilang pertimbangan dan dia mula ketawa bersendirian di dalam rumah apartment itu. Hanya Zafiera dan Amelia menghuni rumah ini setelah sekian lama. Perhubungan antara mereka sangat akrab cuma satu rahsia ini dia tidak sanggup untuk berkongsi bersama teman rapatnya itu. Baginya biarlah segala-gala yang pahit itu ditelan sendirian.

*******

DIA menyelongkar laci di dapur dan mencari sesuatu untuk melunaskan rasa hatinya. Matanya meliar mencari tali yang utuh dan kuat untuk menampung keberatan kelak. Puas di cari merata-rata tempat namun masih juga tidak berjumpa. Zafiera menuju ke bilik stor yang terletak bersebelahan bilik Amelia. Dia teringat ada cadar lama yang sudah tidak digunakan lagi tersimpan di dalam kotak yang telah terbalut rapi. Zafiera menarik kotak-kotak yang telah tersusun satu persatu. Di koyak-koyakkan dengan penuh rakus dan kemudian senyumannya meleret panjang.

Zafiera menemui cadar lamanya itu lantas dia menarik kasar dan menghempas pintu stor sekuat hati. Dibawa dan kemudian diikat kain cadar itu pada kipas di siling yang sudah dihentikan pusingannya. Sebelum itu Zafiera sempat menulis sesuatu di beberapa keping kertas buat tatapan terakhir untuk teman serumahnya, Nur Amelia. Farina. Zafiera sudah nekad bahawa itulah jalan terakhirnya dan dia sudah bersedia untuk mati bersama janin yang belum cukup sifatnya

Zafiera mula memanjat kerusi dan meletakkan lehernya di cadar yang sudah siap sedia tergantung. Airmatanya mencurah laju dan disertai ngogoi yang berpanjangan. Perutnya diusap berkali-kali dan dia terasa sesuatu yang bergerak dan begitu indah yang belum pernah dia kecapi selama ini. Hati Zafiera mula dipagut rasa pilu dan janin di dalam rahim seperti bergerak-gerak tidak mahu diperlakukan itu. Zafiera sudah tidak ambil peduli dan mengusap perlahan-lahan seakan memujuk.

“Maafkan mama sayang. Kamu tidak berpeluang melihat pancaroba di dunia ini. Ampunkanlah mama kerana membawa kamu pergi bersama-sama dengan mama.” Zafiera mengikat kemas kain cadar yang tergantung itu ke leher jinjang miliknya walaupun deras hatinya terasa berdebar begitu hebat. Semakin lama dia semakin nekad dan akhirnya Zafiera menolak kerusi yang menjadi tampungan dengan keras. Disaat lehernya terjerut, terkial-kial Zafiera menahan kesempitan rongga pernafasan di kerongkongnya. Tenggelam timbul pandangan Zafiera dan nafasnya turun naik menahan seksaan yang diciptakan sendiri.

Tanpa ucapan dua kalimah syahadah Zafiera menghembuskan nafasnya di cadar gantung itu. Kematiannya penuh dengan perasaan dendam terhadap Zafran! Dendam yang perlu dibalas terhadap insan yang telah membuang dirinya bagaikan sampah apabila sudah mendapat madunya. Zafiera mesti mahu menuntut janji yang telah termetrai antara dia dan Zafran!

*******

MEREKA umpama belangkas yang sedang asyik bercinta dan berpegangan tangan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling yang begitu tajam memandang perilaku yang kurang sopan itu. Mereka sudah tidak peduli akan jelingan yang dilemparkan bagi mereka itu adalah hak mereka. Ya hak untuk berkasih sayang dan akhirnya menjerat diri ke lembah noda! Zafiera dan Zafran mula berkenalan di jalur lebar Yahoo Mesengger yang merupakan sistem canggih masa kini. Perkenalan yang begitu singkat akhirnya membawa kemesraan yang tidak terbatas antara mereka. Berpeluk sakan yang amat intim seolah-olah seperti pasangan yang sudah dijabkabulkan. Mereka sering bertemu di taman bunga jika ada kelapangan malahan Zafiera juga sudah pandai menjejakkan kaki di kelab-kelab malam. Pada awalnya Zafiera menolak kerana tidak biasa dengan keadaan sebegitu. Namun pujukan rayu Zafran serta cintanya tidak berbelah bagi Zafiera menurutkan sahaja. Amelia seringkali mengingatinya bahawa berhati-hati dengan permainan dunia lelaki takut kelak memakan diri. Zafiera hanya mendengar masuk telinga kiri dan keluar ke telinga kanan.

Ketika berda di dalam Kelab Vogue itu, Zafiera hanya duduk di kerusi pengunjung dan hanya membiarkan Zafran menari-nari lincah di ruang legar yang disediakan. Dia melihat Zafran sedang asyik bergesel bersama beberapa orang perempuan yang berpakaian amat seksi daripadanya. Zafiera mula dihimpit penuh rasa cemburu di dalam dada. Dia meneguk air coca cola yang berada di depan matanya dengan rakus dan membuatkan tekak terasa sedikit perit. Kemudian Zafiera bangun dan terus mendapatkan Zafran yang sedang asyik menari-nari. Beberapa gadis lain terpinga-pinga apabila ditolak oleh Zafiera dan sempat memberikan amaran bahawa Zafran adalah miliknya seorang!

“Dia boyfriend aku! Korang pergi cari jantan lain!” Tengking Zafiera dan membuatkan Zafran sedikit tersentak, dia tidak gemar mana-mana perempuan mengongkongnya. Zafran mula memaut lengan Zafiera dan membawanya ketepi untuk berbicara. Jika bukan kerana agendanya sudah lama dia tinggalkan Zafiera tetapi tubuh yang meliurkan nafsu jantannya membuatkan dia harus bersabar.

“Sayang ni kenapa? Rilekslah... Abang menari suka-suka aje. Tadi abang ajak sayang menari sayang tak nak. Abang menari dengan orang lain sayang cemburu...” Zafran memujuk Zafiera yang sedang panas hati melihat aksi yang menyakitkan matanya sebentar tadi.
“Abang nak menari tak payahlah nak bergesel-gesel dengan perempuan miang tu. Sakit mata sayang tengok tau!” Zafiera menghamburkan kemarahannya dan disertai dengan muka yang masam mencuka. Zafran tergelak besar yang dibuat-buat untuk menutupi amarahnya terhadap sikap Zafiera yang berlebih-lebihan..

“Habis sayang tak nak bergesel dengan abang... Abang carilah perempuan yang sudi nak bergesel dengan abang. Sekarang sayang nak menari dengan abang ke tak? Nanti abang bergesel lagi dengan perempuan lain sayang marah, sayang cemburu.” Zafran cuba memerangkap, Zafiera terpaksa mengikut sahaja rentak Zafran kerana bimbang Zafran akan berubah hati dan meninggalkan dirinya.

Zafiera pada mulanya malu-malu untuk menari tetapi setelah mendapat tunjuk ajar dari Zafran, Zafiera mula mendapat rentak. Dibiarkan sahaja Zafran meraba seluruh tubuhnya yang montok itu. Sesekali dia terasa kegelian apabila Zafran mencium belakang tubuhnya. Mereka terus menari dan hanyut dalam keseronokkan dunia. Setelah puas menari mereka kembali ke meja untuk menghilangkan dahaga masing-masing. Zafran hanya tersengih dan dia mengajak Zafiera menelan arak yang dia pesan. Zafiera menolak lembut dan katanya belum biasa.

“Sayang...malam ini sayang tidur rumah abang ye. Kawan-kawan abang tak balik malam ni. Abang takutlah tinggal seorang diri. Sayang temankan abang?” Zafran memujuk dan Zafiera tersentak dengan permintaan itu.

“Hish abang ni... ada ke ajak sayang tidur rumah abang. Tak naklah nanti apa kata jiran abang.” Zafiera menolak dan hatinya gusar bimbang perkara lain yang akan berlaku.

“Ala....sayang tak perlu risau. Jiran abang jenis tak campur orang. Biasalah kalau berjiran dengan orang cina. Mereka tak kacau privasi orang. Jomlah sayang, temankan abang malam ni....please sayang.” Zafran merengek dan Zafiera tetap dengan keputusannya tidak mahu mengikut Zafran.

“Sayang kata tak nak tu tak naklah bang... Sayang takut.” Zafiera menolak lagi dan Zafran masih tidak berputus asa.

“Sayang, please. Sekali ini aje. Lepas tu abang janji takkan bawak sayang tidur rumah abang lagi. Malam ini aje sayang temankan abang.” Zafran masih memujuk kedegilan Zafiera. Namun Zafiera pula yang menggugutnya kembali.

“Kalau abang masih paksa sayang, sayang nak balik sekarang jugak! Takpe abang tak payah hantar. Sayang boleh naik teksi!” Zafiera sudah mula mengatur langkah. Zafran kaget takut mangsanya akan melarikan diri tanpa sempat dia menjamah tubuh montok itu.

”Ok...ok...abang tak paksa sayang. Jom kita menari lagi.” Zafran menarik tangan Zafiera. Hati yang panas tadi sejuk semula. Zafiera mula menari bersama teman lelaki kesayangannya. Dalam diam Zafran mengatur strategi yang lain. Pastinya bukan untuk hari ini.

*******

AMELIA menggeletar melihat mayat teman serumahnya yang masih tergantung dengan mata terbeliak serta lidah terjelir. Amat ngeri dan wajah Zafiera seolah-olah penuh dengan kebencian dan dendam kesumat. Amelia mencapai beg tangannya dan mendail nombor telefon kekasihnya, Adli. Terketar-ketar jarinya memegang telefon bimbit itu. Dia baru sahaja pulang dari birthday party Syafiq setelah di hantar oleh Adli beberapa minit yang lalu. Amelia hairan melihat lampu rumahnya masih menyala dan menyangka bahawa Zafiera masih belum tidur barangkali. Mungkin menuggu dia pulang dan Amelia mengetuk pintu bilik Zafiera tetapi tiada jawapan. Lantas Amelia memulas tombol pintu dan menolak daun pintu itu dan dia hampir menjerit melihat mayat Zafiera yang sedang tergantung!

“Hel...hell...hello... Adli. Tolong Mel...tolong Mel...Iera...Iera...” Amelia tidak mampu menyambung kata-katanya. Adli yang baru sahaja meninggalkan kawasan perumahan Amelia memberhentikan keretanya di seberang jalan.

“Kenapa Mel? Ada apa ni? Kenapa suara Mel lain macam?” Adli bertanya lanjut.

“Cepat tolong Mel...Iera...Iera...” Hanya itu ungkapan yang dapat dibicarakan oleh Amelia. Adli semakin hairan. Lantas keretanya bertukar arah menuju ke rumah Amelia. Hatinya pula terasa bimbang.

Amelia terduduk di depan pintu bilik Zafiera dan nafasnya turun naik melihat kejadian yang mengerikan itu. Dia tidak menyangka bahawa sebelum pemergiannya ke birthday party Syafiq, itu merupakan pertemuan terakhir mereka. Amelia mula menangis dan fikirannya tidak keruan. Dia terperanjat apabila pintu rumahnya di ketuk bertalu-talu.Amelia bergegas membuka pintu dan dia bernafas lega bahawa teman lelakinya yang datang kembali. Amelia memeluk Adli sambil tangisnya yang masih bersisa. Adli kalut!

“Ada apa ni Mel? Apa yang terjadi sampai Mel menangis-nangis ni? Orang kacau Mel? Orang rompak Mel?” Bertalu-talu soalan Adli kepadanya. Amelia hanya menggeleng.

“Iera....Iera...” Itu sahaja jawapan daripada Amelia. Adli kebuntuan. Amelia menarik tangan Adli dan membawanya ke bilik Zafiera. Adli tersentak dan matanya terbuntang melihat mayat Zafiera. Adli terkaku dan Amelia sedari tadi menangis tiada hentinya.

“Mel takut Adli...Mel takut...” Amelia masih setia memeluk pinggang Adli dan Adli menarik nafasnya dalam-dalam.

“Mel... kita jangan sentuh apa-apa. Sekarang ni Mel telefon polis. Biar polis yang menyiasat dan menurunkan mayat Iera. Kalau kita sentuh nanti kita pula akan jadi suspek utama. Cepat telefon polis!” Arah Adli dan Amelia mengangguk. Tetapi langkahnya mati apabila terlihat satu kelibat melintasinya. Amelia kegugupan dan menarik semula lengan Adli. Adli memandangnya pelik.

“Mel nampak sesuatu taaaadddii...” Tergugup Amelia. Adli menggeleng lagi.

“Mel ni ikutkan sangat perasaan tu. Takpe Mel tunggu sini. Biar Adli yang telefon polis.” Dengan kadar segera Adli meloloskan diri dan Amelia masih mengigil ketakutan.

Amelia memandang semula mayat Zafiera yang masih tergantung. Alangkah terkejutnya dia apabila mayat Zafiera memandang dia dengan airmata yang berdarah! Saat itu juga Amelia pitam dan jatuh terjelepok ke lantai. Adli yang terdengar seperti ada benda jatuh cepat-cepat dia mendail nombor telefon polis. Setelah memberi maklumat terperinci, pasukan polis akan tiba dalam masa setengah jam. Adli memutuskan talian dan bergerak pantas menuju ke bilik Zafiera. Adli terkejut melihat tubuh Amelia sudah terkulai di lantai marmar yang berwarna merah terang itu. Adli mencempung tubuh Amelia dan dibaringkan di atas sofa yang empuk itu. Lantas Adli berlari ke dapur mengambil dua gelas air kemudian salah satunya direnjiskan ke muka Amelia sedikit demi sedikit. Amelia tersedar dan terus menangis sambil memaut lengan Adli.

“Mel...istiqfar banyak-banyak. Jangan macam ni Mel. Kalau Mel bersikap macam ni macam mana nak tenang. Mari baca Al-Fatihah dengan ayat Kursi sebanyak tiga kali. Lepas tu Mel minum air dalam gelas yang ini.” Setelah puas Adli memujuk barulah Amelia mengikuti katanya. Amelia memulakan bismillah dan diakhiri dengan selawat nabi. Amelia meneguk gelas air itu perlahan-lahan. Perasaan Amelia beransur-ansur menjadi tenang.

“Tadikan Adli...Mel nampak wajah arwah Iera menangis airmata darah pada Mel. Mel cuba jerit panggil Adli tapi semakin dekat wajah Iera di depan mata Mel. Lepas tu Mel dah tak ingat apa-apa... Mel takutlah Adli. Rumah ni tinggal Mel dan arwah Iera aje.” Amelia mengadu perihal yang berlaku sebentar tadi.

“Perasaan Mel aje tu. Nanti bawaklah kawan-kawan yang lain datang teman Mel dekat sini. Lama-lama nanti Mel ok...” Adli memujuk. Amelia mengangguk perlahan. Dia akan cuba merungkai tentang kematian rakan serumahnya!

Tidak lama kemudian sepasukan polis tiba dan memohon keizinan untuk membuat siasatan lanjutan. Amelia dan Adli masing-masing bersetuju dan memberi ruang kepada anggota polis menurunkan mayat Zafiera. Mereka di soal siasat bagi membantu kes Zafiera yang membunuh diri dengan niat.

********

ZAFRAN sedang mengatur rancangannya untuk memiliki tubuh gadis yang montok ini. Ajakan pertama tidak menjadi, dia menggunakan rancangan yang kedua. Zafran mengajak Zafiera ke kelab malam lagi dan kali ini dia akan melunaskan nafsu serakahnya. Ketika Zafiera memohon diri ke bilik air, Zafran sudah memasukkan pil khayal ke dalam minuman Zafiera. Dia tersenyum lebar. Bilik hotel sudah di tempah awal-awal. Malam ini dia akan berpesta sepuas-puasnya.

Kelibat Zafiera sudah kelihatan dan Zafran buat-buat ingin menari. Tangan Zafiera ditarik dan Zafran memeluk pinggang milik gadis itu. Zafiera merasa bahagia dan menyangkakan bahawa Zafran benar-benar menyintai dirinya. Setelah penat menari, Zafran mengajak Zafiera menghilangkan dahaga. Zafiera hanya mengikut rentak Zafran. Setakat ini rancangannya berjaya mengikut apa yang difikirkan.

Tiba-tiba Zafiera merasakan kepalanya pusing dan dia terasa sedikit terhoyong-hayang. Pandangannya mula berpinar dan melihat bayang-bayang Zafran menjadi berlapis-lapis. Zafiera memejamkan mata mungkin kerana terlalu banyak menari. Namun keadaan dirinya masih seperti itu. Lantas Zafiera membisikkan sesuatu ke telinga Zafran.

“Abang...sayang peninglah. Tiba-tiba aje, tak tahu kenapa. Abang hantar sayang balik rumah. Sayang rasa macam nak tumbang ni...” Zafiera menahan sakit kepala yang semakin mencengkam rasa.

“Sayang...apakata kita singgah dulu dekat mana-mana hotel terdekat. Boleh sayang berehat sekejap bagi hilang sakit kepala tu. Agaknya sayang penat menari kot.” Zafran memujuknya dan Zafiera tidak mahu berfikir panjang hanya mengangguk tanda setuju. Zafran sudah tersenyum dengan lebar. Habuannya tidak akan dilepaskan lagi.

“Sekejap aje tau abang. Lepas sayang dah ok, abang hantar sayang balik rumah ye...” Zafiera merengek dan nafsu Zafran semakin melonjak.

“Baik sayang...abang turutkan kemahuan sayang. Mari kita keluar sayang...” Zafran memeluk tubuh Zafiera yang sudah tidak mampu berdiri dengan betul. Sesekali tubuh Zafran mengikut rentak tubuh Zafiera yang terhoyong-hayang.

Apabila tiba destinasi yang telah dirancang awal, Zafiera sudah tidak mampu untuk menyedarkan diri. Dia terasa diawang-awangan. Zafran mengambil kunci bilik dan terus membawa Zafiera ke tingkat paling atas. Sengaja dia memilih bilik yang jauh daripada pelanggan hotel yang lain.

Kunci pintu hanya menggunakan kad akses telah pun dibuka secara automatik. Zafiera sudah mengomel entah apa-apa. Zafran membaringkan tubuh Zafiera di atas tilam yang empuk. Dia menuju ke bilik air dan menukarkan pakaiannya dengan bertuala sahaja. Zafiera yang masih mamai terus tersenyum-senyum dan mendepangkan tangannya memeluk Zafran. Zafran mengeluarkan pil khayal yang disengaja dijadikan sebagai lebihan. Takut-takut Zafiera akan sedar semula, Zafran mengambil gelas dan mengisi air kosong. Pil itu dicampur dan diberikan kepada Zafiera. Zafiera hanya meneguk air gelas itu dan mula merengek-rengek manja.

Zafran sudah tidak dapat bertahan lagi lantas baju sendat milik Zafiera dibuka perlahan-lahan. Mini skirt yang dipakai juga dilondehkan perlahan-lahan. Zafiera merasa sungguh asyik perlakuan itu. Dia merelakan kekasih hatinya mengomol dia sesuka hati. Maka perhubungan haram terus berlaku! Bukan sekali dua tetapi adengan panas itu terjadi berkali-kali! Zafiera merasa sungguh nikmat diatas perlakuan Zafran ke atas dirinya. Dia sudah lupa dosa besar akibat berzina yang bukan muhrimnya. Zafran melampiaskan nafsunya dan dia merasa sangat puas. Dia mendapati bahawa permata Zafiera belum lagi ditebuk mana-mana tupai. Dia merasa teruja!

Selesai adengan itu, mereka sama-sama terlena dalam pelukan zina! Zafran tersenyum puas kerana mangsanya sudah dapat diterkam.

*******

AMELIA tidak dapat tidur dengan lena. Dia bangkit dari pembaringannya dan terus menuju ke dapur. Dia membuka peti ais dan mengambil air minuman yang sudah tersedia. Tekaknya tiba-tiba merasa haus. Amelia mengambil gelas di rak yang diletakkan di ruang sinki. Dia berpaling semula dan gelas itu terlepas dari tangannya. Mata Amelia terbelalak apabila melihat kelibat arwah Zafiera yang sedang berdiri memerhatikannya! Amelia tidak mampu menjerit apabila tubuh Zafiera mula mendekatinya. Amelia menggeletar dan sesekali peluh dingin membasahi dahinya. Zafiera betul-betul sudah berdiri dihadapannya dan Amelia memejamkan mata.

“Mel....Tolong aku Mel...” Halus suara itu berbisik digegendang telinga kanannya. Amelia kaget dan tubuhnya kaku.

“Mel...Tolonglah aku Mel...” Suara itu berbisik lagi dan Amelia masih terdiam kaku.

“Mel...aku dikhianati oleh Zafran Mel! Dia tipu aku Mel. Dia mempergunakan aku untuk nafsu serakah dia Mel. Tolong aku Mel...” Suara Zafiera merintih. Amelia membuka matanya perlahan-lahan.Amelia melihat tiada lagi airmata darah di wajah Zafiera sebaliknya wajah polos yang bersih. Sedikit demi sedikit ketakutan Amelia beransur hilang. Amelia memberanikan diri untuk bersuara.

“Ke...kee...kenapa kau cari aku Iera? Ke...keennn..kenapa kau ganggu aku? Aaaa..aaapa salah aku pada kau Iera?” Tergagap-gagap Amelia berbicara.

“Aku tak berniat nak ganggu kau Mel...hanya pada engkau aku memohon pertolongan. Cari keadilan untuk aku Mel.”

“Apa yang terjadi sebenarnya Iera? Kenapa kau tak nak bercerita tentang masalah kau pada aku? Sejak bila kau pandai mengenepikan aku Iera. Sanggup kau bunuh diri dan tinggalkan aku Iera.”

“Aku tiada pilihan selain ini Mel. Aku malu! Aku takut! Aku bimbang semua orang akan menyalahkan aku. Termasuk juga engkau...”

“Kita sudah mengenali antara satu sama lain selama lima tahun Iera. Kalau kau ada masalah takkan aku nak biarkan. Kau bunuh diri tidak dapat menyelesaikan apa-apa masalah .”

“Aku tidak mahu menyusahkan kau. Tolong Mel carilah keadilan di atas penganiayaan Zafran terhadap aku...”

“Iera...Iera...tunggu...tunggu dulu Iera! Keadilan apa yang kau cakapkan? Aku tak faham Iera. Tunggu Iera!” Amelia berlari mendapatkan bayangan Zafiera. Namun tidak berjaya. Roh milik Zafiera hilang dari pandangan. Amelia tersentak dari tidur lenanya. Dia bermimpi bertemu dengan Zafiera. Amelia mendapati dia sudah terbaring di lantai dapur.

“Astaqfirullahalazhim! Aku bermimpi rupanya. Iera...” Amelia menyebut nama Zafiera dalam sendu yang masih bersisa.

Harini sudah genap tiga puluh hari pemergian Zafiera. Mengikut laporan polis bahawa Zafiera sedang hamil enam minggu. Amelia tersentak serta emak dan ayah Zafiera terkejut mendengarkan perkhabaran itu. Mereka tidak menyangka anak gadis mereka telah mengandung dan membuat keputusan membunuh diri.

“Kenapa Iera buat mak macam ni... Iera...sampai hati Iera...” Mak Zafiera menghamburkan keluh kesahnya di lantai hospital selepas pemedahan siasat berakhir. Amelia juga menangis sambil memegang erat jemari Adlidan dia mengusap lembut bahu milik Amelia. Nama Zafran meniti di bibir Amelia.

*******

ZAFRAN mula berubah sikap terhadap Zafiera. Hati Zafiera mula dipagut resah. Janin di dalam kandungannya semakin membesar. Pertemuan antara mereka akhirnya mengundang perbalahan kecil. Zafiera mendapatkan Zafran dan memohon agar dirinya mendapat pembelaan sewajarnya. Zafran hanya tersengih seperti kerang busuk. Zafran tidak mengakui janin yang hidup di dalam rahim Zafiera adalah kepunyaan. Zafiera tersentak! Zafran sahaja yang memperolehi permatanya. Tiada lelaki lain. Zafiera menuntut janjinya!

" Kau pasti ke anak dalam rahim kau tu aku yang punya hah! Entah jantan mana yang kau tidur, senang-senang kau cakap budak dalam perut tu waris aku. Kalau ye pun kau nak berlakon jangan sampai nak jatuhkan maruah aku dekat sini!” Jerkah Zafran dan Zafiera terkedu melihat kekasaran Zafran terhadap dirinya. Sebelum ini Zafran tidak pernah berkasar apatahlagi meninggikan suara.

“Abang! Sampai hati abang tuduh sayang macam tu! Sumpah bang, tiada lelaki lain selain abang. Abang yang menodai Iera. Abang tak ingat? Hotel itu yang menjadi saksinya bang. Abang lupa pada janji abang pada sayang? Abang kata mahu bertanggungjawab terhadap Iera. Sekarang bila Iera tuntut janji, abang menafikan malah menuduh Iera buat benda yang Iera tak lakukan!” Zafiera meluahkan isi hatinya.

Ramai pelanggan yang memerhatikan sahaja drama yang berlaku. Mereka tidak mahu masuk campur. Teman wanita baru Zafran hanya memandang sinis.

“Kau jangan nak memandai-mandai buat cerita. Kita hanya berkawan dan tidak lebih daripada itu!” Zafran masih bersikap kasar terhadap Zafiera.

“Berkawan? Habis selama ini kita berkasihan abang kata berkawan aje? Tubuh Iera yang abang ratah tanpa kesedaran Iera, abang kata kawan?! Iera nak tuntut janji! Kalau tidak abang akan menyesal bila terdengar kematian Iera!” Zafiera sudah mula hilang kawalan. Hatinya bertambah sakit mendengar pengakuan Zafran terhadapnya.

“Hei! Perempuan tak sedar diri. Orang dah tak sudi tak payahlah nak merengek-rengek lagi. Dari tadi aku tengok kau ni. Menyampah tahu tak!” Wanita sesksi sebelah Zafran mula bersuara. Tidak senang melihat sikap Zafiera.

“Kau jangan masuk campur urusan aku dengan jantan sial ni! Esok-esok kau pun akan jadi mangsa seperti aku! Jantan lahanat ni perlu bertanggungjawab terhadap aku dan bayi dalam kandungan ni!” Zafiera mula hendak mengasari gadis seksi itu tetapi cepat-cepat dihalang oleh Zafran. Zafiera terdorong ketepi dan jatuh terjelepok ke lantai.

Zafiera mula menangis, dia tidak menyangka bahawa perlakuan Zafran sungguh kasar dan tidak bertimbang rasa.

“Jangan kau berani sentuh dia! Berambus kau dari sini! Jangan datang dalam hidup aku lagi. Kalau kau nak mati sangat pergi mampus! Aku tak peduli. Jom sayang! Kita tinggalkan perempuan tak tahu malu ni...” Zafran meninggalkan Zafiera yang sudah menangis teresak-esak.

Zafiera mula berdendam dan tidak akan melepaskan Zafran sebegitu sahaja. Zafiera nekad bahawa jalan yang difikirkan itu sahaja dapat menyelesaikan masalahnya. Iaitu berakhir dengan kematian!

*******

ADLI dan Amelia mula mencari rumah Zafran. Mereka meninjau-ninjau dari luar dan mendapati rumah sewa Zafran tingkapnya bertutup rapat dan pintu juga berkunci. Sudah seminggu mereka menanti kehadiran Zafran ke pejabat tempat dia berkerja tetapi masih tidak muncul. Mereka pelik apabila kelab-kelab malam yang selalu menjadi tempat persinggahan Zafran juga tidak kelihatan. Amelia dan Adli mula mengesyaki sesuatu. Lantas mereka membuat keputusan untuk mencari Zafran di kediaman sewanya.

Mereka mengetuk pintu rumah sewa Zafran tetapi tiada jawapan yang kedengaran. Kata jiran sebelah rumah, mereka sendiri tidak nampak kelibat Zafran hampir seminggu. Amelia dan Adli saling berpandangan. Adli membuat keputusan untuk merempuh masuk. Apabila pintu dirempuh beberapa kali, barulah mereka berjaya masuk ke dalam. Tiba-tiba mereka terbau sesuatu yang amat busuk. Amelia berlari keluar dan termuntah! Begitu juga dengan Adli. Mereka tidak tahan dengan bau yang sungguh meloyakan.

Masing-masing menutupi hidung untuk mengelakkan bau busuk itu menusuk kalbu. Mereka masuk semula ke dalam rumah itu. Amelia meninjau-ninjau di kawasan ruang tamu. Dia melihat makanan bersepah-bersepah dengan botol arak yang terbiar lama. Ulat sudah mengerumuni. Amelia hampir termuntah sekali lagi. Cepat-cepat dia mendapatkan Adli. Kebetulan Adli meninjau di kawasan dapur. Pinggan mangkuk kelihatan tidak berbasuh dan ulat berkerumun. Amelia kegelian dan menarik lengan Adli supaya mencari di ruang atas. Bilik air kelihatan kosong dan mereka memeriksa setiap bilik yang ada. Bilik pertama dibuka dan dilihat kipas siling terpasang tanpa ada sesiapa. Keadaan katil agak berselerak.

Mereka tertanya-tanya di mana semua penghuni umah sewa ini? Mereka masuk ke bilik yang kedua dan mendapati bilik ini sedikit bersih. Bilik terakhir itu Adli memulas tombol pintunya tetapi tidak berjaya dibuka. Dicuba berkali-kali tetapi masih begitu. Adli mencuba cara yang lain iaitu merempuh masuk namun masih juga tidak berjaya. Adli dan Amelia kehairanan.

Adli membacakan ayat-ayat Kursi beberapa kali dan dengan nafas bismillah pintu itu akhirnya terbuka. Bau busuk yang meloyakan semakin pekat dari bau yang mula-mula tadi! Adli dan Amelia termuntah lagi! Mereka tidak sempat hendak berlari ke bilik air. Adli dan Amelia terpaksa mengepit hidung mereka lebih kuat. Adli melangkah masuk dan diikuti Amelia, alangkah terkejutnya mereka melihat pasangan lelaki dan perempuan itu terperesok ke dalam katil!

Kedua-dua pasangan itu tidak berpakaian tanpa seurat benang! Adli mengamati wajah itu dan mendapati wajah mangsa itu adalah Zafran sendiri! Perlahan-lahan Adli mengambil selimut untuk menutupi tubuh yang terbiar itu. Amelia yang berada di sampingnya sudah mula menangis.

“Jangan sentuh tubuh itu! Dia milik aku!” Tiba-tiba kedengaran suara perempuan memberi amaran. Adli dan Amelia tersentak. Mereka mencari-cari keadaan sekeliling. Tetapi tiada sesiapapun diantara mereka berdua.

“Pergi balik Adli...Mel...biarkan mayat lahanat berdua terseksa macam ini. Aku puas! Dendamku terbalas! Hi hi hi hi hi.” Suara itu mengilai kuat.

Adli memandang ke atas almari milik Zafran dan dia terbelalak melihat kelibat Zafiera yang sedang bertenggek disertai rambut yang panjang mengurai dan mata yang mengalir darah! Amelia hampir pitam tetapi sempat dipaut oleh Adli.

“Aku kata balik! Korang tak perlu berada di sini! Keadilan seperti ini telah ku balas! Mel! Aku dah tuntut janji Zafran ke atasku dan janin ini! Kau tak perlu bersusah payah lagi Mel...”

“Iee...Ie...Iera... Kenapa kau lakukan ini Iera?” Amelia mula bersuara. Bau busuk yang meloyakan tadi beransur-ansur hilang.

“Memang patut mereka mati macam ini! Mereka tak layak hidup! Kematian adalah terbaik bagi mereka berdua! Zafran mengkhianati aku dan perempuan ini merampas dia dari aku!”

“Ada cara lain lagi Iera. Tak sepatutnya kau berdendam macam ini. Dia makhluk Allah Iera. Roh kau tak akan aman kalau kau masih berdendam Iera. Lepaskanlah segala dendam dan amarahmu itu. Kembalilah kau di alam sana. Tempatmu bukan di sini.” Bicara Adli memujuk arwah Zafiera. Zafiera mula menangis. Terasa seram sejuk mengigit mereka berdua. Sayu tangisan itu mendayu. Adli dan Amelia merasa sebak. Airmatanya berdarah!

“Mel... Adli... Inilah jalan terbaik buat mereka berdua yang telah menghancurkan hidup aku. Janin yang tidak berdosa aku bawa bersama dalam kematian! Sekarang aku puas!” Zafiera menuturkan kata-katanya tanpa beralah. Amelia mendekati Zafiera dan wajahnya berubah rupa yang hodoh bertukar menjadi Zafiera seperti sediakala.

“Aku mengerti perasaanmu Iera. Aku memohon agar kau kembali ke sana. Dendammu sudah terbalas Iera. Aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraanmu...” Amelia memeluk tubuh Zafiera yang sukar untuk dimengertikan dengan mata kasar.

“Mel...aku sayangkan kau dan tali persahabatan kita. Aku ingin sampaikan kata maaf keatas kedua orang tuaku Mel. Ingatilah daku sentiasa Mel walaupun aku sudah tiada.” Zafiera meruntun hiba.

“Iera...” Amelia hanya mengeluh. Bayangan Zafiera hilang kembali. Dalam diam Adli sudah menelefon pihak polis tentang kejadian yang mengerunkan itu. Amelia memandang cermin milik Zafran.

MEL..SURAT UNTUKMU AKU SIMPAN DI DALAM LACI ALMARI CERMIN BILIKKU..

Tulisan itu dipenuhi dengan darah merah yang pekat. Amelia mendapatkan Adli semula. Mereka melangkah keluar dan menunggu ketibaan pasukan polis.

“Adli...nanti kita balik rumah Mel. Iera ada tingglkan surat untuk Mel.”

“Ok Mel... Sudahlah jangan menangis lagi. Kini perbuatan Zafran sudah terbalas tapi Adli tidak berapa setuju dengan tindakan Zafiera. Biarlah undang-undang yang menentukan.”

Amelia mengangguk dan tidak lama kemudian pasukan polis tiba diperkarangan rumah sewa milik Zafran. Jiran tetangga yang terkejut mendengar siren polis masing-masing keluar dari rumah. Mereka menutup hidung kerana terbau sesuatu yang amat busuk. Mayat mangsa sudah bernanah dan bercampur darah hitam! Teman sewa Zafran juga pulang dan mereka terperanjat melihat kejadian itu. Mereka membuat laporan bahawa mereka berdua tiada dirumah dan masing-masing ke kampung halaman dalam tempoh seminggu tersebut. Mereka menyangka Zafran akan pulang ke kampungnya tetapi tidak malah membawa teman wanita melakukan zina!

Adli membawa Amelia pulang ke rumah dan wajah Amelia kelihatan lesu serta sudah terlena. Dalam mimpinya, Zafiera muncul bersama baju kurung serta berselendang putih sambil ditemani seorang kanak-kanak kecil. Amelia tersenyum dan cuba meraih tangan Zafiera tetapi Zafiera mengeleng. Amelia cuba mengejar tetapi Zafiera menghalang dan dia berlalu pergi bersama kanak-kanak kecil yang mengenggam erat tangannya.

“Iera!”

“Mel....Mel...Amelia! Bangun Mel.. kita dah sampai.” Adli mengejutkan Amelia yang terlena.

“Adli....Mel mimpikan Iera...” Amelia merintih.

“Mel penat sangat ni agaknya. Sekarang Mel masuk rumah mandi. Solat dan baca ayat Kursi sebagai pendinding. Kalau ada apa-apa Mel hubungi Adli ok.” Adli memujuk.

Amelia melangkah longlai dan terus menuju ke bilik Zafiera. Semenjak kematian Zafiera, bilik itu tidak pernah dia masuki. Apabila menerima nota berdarah dari Zafiera, Amelia mula mencarinya. Bilik Zafiera tetap kemas seolah-olah macam ada penghuni yang menduduki bilik itu. Segala-galanya teratur. Amelia berdiri di cermin almari itu dan dia terkejut melihat bayangan Zafiera sedang tersenyum kearahnya. Amelia memejamkan mata dan dibuka kembali bayangan itu hilang! Amelia mengurut dada. Dia mencari surat yang ditinggalkan oleh Zafiera.

Assalamualaikum wr wbt buat sahabatku Nur Amelia Farina. Warkah ini kau bacalah dengan tenang. Pemergian aku hanya untuk menuntut bela diatas pengniayaan yang telah menghancurkan masa depanku. Lelaki yang aku percaya rupanya syaitan bertopengkan manusia!

Mel, aku cemburu melihat kau bahagia bersama Adli kekasihmu yang setia. Dia begitu menghormati dirimu sehingga tidak sanggup mencemarkan dirimu. Bukan insan seperti aku yang sudah ternoda. Ya! Lelaki itu yang sanggup meragut permata yang aku jaga selama ini.

Aku benci pada dia Amelia. Sungguh aku akan tuntut segala janjinya padaku! Biarpun sampai melibatkan nyawa! Itulah dendamku yang tidak akan pernah terpadam buat lelaki yang berjiwa rakus terhadap wanita!

Aku ingin memohon ampun dan maaf padamu serta ahli keluargaku Mel. Terutama sekali pada ayah dan ibuku. Katakan pada mereka aku mohon ampun di atas segala dosa yang pernah aku lakukan. Sungguh Mel itu bukan kerelaan aku! Aku telah ditipu hidup-hidup Mel!

Ingatilah daku Mel walaupun aku sudah tiada di dunia ini. Akhir kata, sampaikan salamku pada mereka yang pernah mengenali diri ini. Hanya perkataan ampun dan maaf dapat aku tuturkan. Selebihnya hanya Allah swt yang akan menimbangi segala perlakuan aku termasuk kematianku.

Salam sayang,

Nur Zafiera Abdul Shukor.

Amelia melipat kembali warkah itu. Lantas dia memeluk gambar milik Zafiera.

“Iera...semoga kau aman di alam sana...”

TAMAT ~ 5.18 PM ~ 02/11/2010 ~ DALIAZULIA

2 kata-kata pujaan:

greeny gurlz said...

sedeynye....
best3...

DALIA NA ZA said...

greeny gurlz :thanks sebab sudi membaca ^_^

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*