Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

10 October 2010

IRISH 5! BAB 1


      MEREKA melangkah dengan penuh gah dan mempesona. Ramai di kalangan remaja perempuan terjerit-jerit seperti orang gila apabila terpandang lima jejaka yang tampan dan menarik perhatian. Ada yang sampai pengsan kerana terlalu fanatik terhadap kumpulan remaja IRISH 5!. Pesona mereka benar-benar mengejutkan dunia seni tanah air.

"Aku tak fahamlah dengan diaorang ni. Fanatik sangat sampai aku nak terkena cium pulak dengan diaorang. Seram betul kalau lalu dekat-dekat dengan peminat ni. Bahaya!" Kata Ashi sambil membuat cebik muka yang meluat.

"Biasalah budak remaja zaman sekarang. Terkinja-kinja aku tengok. Kita ni bukannya tak pakai seluar. Nampak aje kita lalu mula masing-masing seperti terkena serangan histeria. Mau tak bahaya. Aku tadi sampai ada peminat yang mencereboh tandas semata-mata nak mintak tandatangan dan tangkap gambar! Gila! Dalam tandas pun jadi diaorang ni." Damian menceritakan peristiwa yang mengejutkan jantungnya sebentar tadi.

Zarth hanya tersenyum dan malas nak komen apa-apa. Dia lebih gemar mendengar daripada bercakap. Biarpun dia yang paling diminati tetapi Zarth tetap bersahaja dan tidak ambil pusing pada keadaan sekelilingnya.

"Aku punya baju pun ada yang sanggup kebas! Kurang asam betul! Aku rasa lepas ni aku nak sarung guni terus dekat badan ni. Senang takde siapa boleh curi baju aku lagi. Nasib baik ada bawa baju lebih. Kalau tak masak aku berseluar tanpa baju! Lagilah diaorang ni histeria." Ian menggeleng. Sesekali mengusik rambutnya yang agak bersepah dan tidak terurus.

"Aku naik lenguh nak bagi tandatangan dekat diaorang ni. Memang pelik diaorang ni semua. Kita semua kan manusia biasa aje. Kenapalah terlalu fanatik sangat. Jangankan kata kaum hawa, kaum lelaki pun aku tengok lain macam. Ish! Ish! Simpang malaikat empat puluh empat!" Aerof kegelian apabila ada seorang peminat lelaki memandangnya dengan sinar mata yang berbunga-bunga. Gay ke?

*******

GILIRAN mereka membuat persembahankan sempena Festival Anugerah Kehormat Filem-Filem Malaysia. Mereka dijemput khas bagi mewarnai agenda malam itu. Gerak tari yang memukau ramai kaum hawa yang terjerit-jerit memanggil nama mereka semua. Persembahan mereka yang paling mendapat sambutan dan tepukan yang gemuruh. Hati mereka terasa bangga.

Setelah selesai membuat persembahan mereka kembali semula ke belakang pentas. Masing-masing melepaskan lelah. Sebentar kemudian mereka menyalin pakaian mengikut dress code yang telah ditetapkan. Segak mengenakan kot berwarna biru kehitaman. Menyerlahkan kemachoan masing-masing. Ketika mereka menuju ke tempat duduk masing-masing, masih ada peminat wanita dan remaja terjerit-jerit memanggil mereka. Seperti biasa mereka hanya melambaikan tangan dan memberikan senyuman paling manis!

Dewan All Stars Genting Highlands dikunjungi ramai artis-artis yang popular, sederhana popular dan suam-suam kuku. Peminat yang hadir juga tidak melepaskan peluang. Semua para wartawan tidak ketinggalan untuk mengikut majlis yang berprestij itu. Inilah masanya mereka mengambil gambar-gambar yang penuh dengan warna warni. Ramai artis wanita tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan mempertontonkan rekaan fesyen masing-masing siapa yang paling gah! Wow!

Artis lelaki ada yang begitu bersahaja dan ada yang terlalu menarik perhatian. Gaya rambut yang bermacam-macam dan menampilkan fesyen yang lebih segar bugar. Peminat yang melihat artis kesayangan mereka melalui karpet merah sekali lagi terjerit-jerit memanggil nama mereka.

Apabila IRISH 5! lalu sahaja, ramai teruja dan tidak berkeli-kelip mata memandang. Mereka hanya melambai dan terus menuju ke dalam dewan. Wartawan tidak putus-putus mengambil gambar mereka. Maklum sahajalah majalah mana yang paling banyak keluarkan cerita tentang kumpulan jejaka ini, pasti akan disambar oleh peminat di luar sana. Bahaya juga ya peminat-peminat yang gila fanatiknya.

Setelah majlis berprestij itu berakhir, kelima-lima anak muda remaja itu bertemu bersama peminat untuk sesi bergambar. Peminat yang bertuah akan berpeluang untuk bergambar bersama. Sekumpulan gadis remaja yang dianggotai oleh Suri, Shasha, Akira, Zarith dan Maya. Rupanya mereka semua adalah rakan seuniversiti yang telah berjaya terpilih untuk menerima peluang emas itu.

"Korang rupanya! Apsal tak bagitahu awal-awal? Kalau tak senang-senang aku suruh pihak pengurusan bagi korang free tangkap gambar. Tak payah nak isi-isi borang." Ashi berseloroh dan mereka tersenyum.

"Cabaran sikit kalau isi-isi borang ni. Akhirnya tak sangka dapat pulak tu. Maklumlah semua lagu korang kitaorang dah hafal. Apa guna kawan sekuliah kan... kan ... kan..." Kata Maya bersemangat. Mereka tertawa dan hanya Zarth dan Zarith tersenyum. Zarith terpandang muka Zarth dan Zarth seperti biasa buat tak tahu. Zarith tersenyum kembali. Dia tak melayan sangat cuma si Maya yang beria-ia mengajaknya pergi.

"Eh! Jom-jom. Jurukamera dah lambai-lambai tu.Amboi Maya meriah pakaian kau? Kalah artis!" Damian mengusik. Maya menjenggilkan matanya. Damian tertawa dan Maya mengejek.
Mereka melangkah bersama. Masing-masing bergaya dilensa kamera. Zarith, Akira dan Suri kelihatan malu-malu. Shasha dan Maya sangat bersahaja seperti sudah biasa bergaya.

Zarth mengerling ekor matanya melihat Zarith. Gadis itu masih tersenyum kepadanya. Zarth terpana namun cepat-cepat dia mematikan perasaan itu. Dia kembali dingin dan memandang ke arah lain. Zarith tetap tersenyum. Di dalam hatinya berkata-kata.

"Eleh... sombong sangatlah dengan aku. Esok-esok jatuh cinta dengan aku padan muka!"

Zarith tersengih dan tiba-tiba Zarth memalingkan muka memandangnya. Zarith terkedu.

"Eh! Dia dengar ke suara hati aku berkata-kata?"

Zarith tersenyum lagi dan Zarth tetap bersahaja. Zarith malas nak layan lalu dia pun memalingkan muka ke arah rakan-rakannya.

Kenapa aku asyik nak pandang muka dia? Zarth menggeleng sendirian.

1 kata-kata pujaan:

Anonymous said...

erk.... fans tvxq k nie.... hehe... next2...

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*