Text

Daisypath Anniversary tickers

Followers

05 November 2012

KAU BEGITU AKU BEGINI - BAB 3


Bahagian Ketiga

Sudah menyimpan kesemua barang-barang didalam kereta aku berehat sekejap didalam perut kereta.  Leganya dapat rasa penghawa dingin untuk menghilangkan kepanasan dan kepenatan. Haru betul cari kereta yang sukar untuk dijumpai Menyesal pula tidak mengambil gambar tiang awal-awal! Kalau tidak pejam mata boleh jumpa kereta sendiri.

Agaknya orang lain pun begitu tercari-cari dimana mereka meletakkan kereta. Sebab aku perasan ramai yang ke hulu ke hilir, ke sana dan ke mari. Basah ketiak dibuatnya!

Baik punya sedap hadap penghawa dingin yang mendamaikan ini sampai buatkan mata aku terbuai-buai hendak terlelap. Lama-lama aku rasa gelap semacam. Siap bermimpi memakai bau pengantin berwarna kuning diraja. Tetapi kenapa pengantin lelaki itu nampak kabur sahaja wajahnya? Puaslah aku menelek wajah itu namun masih juga kabur. Main teka-teki pula mimpi aku tentang pengantin lelaki. Misteri betul kalau macam ini!

Entah macam mana aku boleh terlena dalam kereta punya cukup lama. Kalau tidak berkunci kereta tadi, sudah lama anak Zara Emelda dan Taufiq Hambali kena culik!

Cermin kereta diketuk-ketuk kuat. Aku yang tidur lena sampai terkeluar air liur basi mula menggeliat. Terperanjat aku dibuatnya apabila menggosok mata tiba-tiba wajah mak yang tersembul dengan muka masam berkelat. Habis! Habis! Sekejap lagi bom mortar akan meletup.

Macam mana aku boleh tertidur sampai terkeluar air liur basi? Konon hendak sejukkan badan yang kepanasan tadi. Alih-alih terbabas sebab sibuk hendak menelek wajah pengantin lelaki yang kabur didalam mimpi siang hari.

Cis!

“Hang buat apa dalam kereta ni Aufa? Punyalah lama dengan Afiq tunggu hang. Call handphone tak berangkat-angkat! Rupanya tengah sedap buat taik mata dengan air liuq basi hah?!”

Mak kalau bab sergah menyergah memang juara. Sudah terbiasa daripada dahulu.

“Ala mak, Aufa tak sengaja tertidur. Penat cari kereta tadi mak. I’m sorry...”

Aku buat muka sedih tapi mak kalau bab-bab Afiq ini memang mak tidak akan bagi can punya. Sekejap lagi segala bom mortar dan peluru berpandu akan mengambil tempat masing-masing. Telinga aku kena bersedia untuk menerima segalanya daripada mak.

Kecut.

“Hang ni betui la Aufa Imani. Kesian Afiq dok tunggu hang nala punya lama tau dak? Ka hanga sengaja buat perangai lagu ni Aufa Imani? Hang saja nak bagi mak sakit hati ka? Hang takut ka apa hang buat ni boleh buat mak sedih. Hang dah tak sayang mak ka? Mak tatang hang bagaikan minyak yang penuh. Tapi lagu ni hang buat kat mana na...”

Kan dah kata tadi. Betul tak?

Bila mak sudah bergenang airmata, memang buat aku menjadi selemah-lemah insan.

“Maaflah mak. Betui Aufa terlena dok nala bantai kena aircond. Macam nilah apa kata ajak Afiq makan malam dekat rumah kita hujung minggu depan? Kira Aufa Imani bayar balik atas kejadian yang tidak diingini. Ok dak?”

Ini dikatakan menjerut batang tengkuk sendiri. Hati tidak bersetuju tapi mulut ini sedap lancarkan idea. Tiba-tiba mak...

“Macam inilah anak kesayangan mak. Kejap naa mak telefon Afiq. Manalah tahu kalau-kalau dia masih ada kat sini ka. Boleh sambung pi minum ka..makan ka...”

See... terus hilang wajah sedih dengan pusingan 360 darjah sekaligus. Mak..mak.. kalau pasal si Afiq itu, wajah yang masam terus ceria balik. Mulalah aku terasa hendak jauh hati dengan mak sebab sayangkan Afiq lebih daripada aku sekarang.

“Assalamualaikum. Hallo Afiq. Kat mana dah tu nak?”

Cara mak bercakap macam Afiq tu anak kandung sahaja. Untunglah...

“La ya ka..ingat dan jumpa si Aufa ni. Tak dak rezeki lah untuk harini. Minggu depan Sabtu malam mai rumah na. Ada buat makan-makan sikit. Saja nak buat sesi ramah mesra dua-dua keluarga. Afiq mai sekali dengan daddy dan mummy na.”

Wow kelas panggil mak bapak sebagai daddy and mummy. Mungkin keturunan mat-mat salih barangkali? Entah-entah muka melayu pior? Aku sahaja yang senang takde nak standard-standard macam orang omputih nun. Mak dan bapak sahaja.

Manja juga apa? Nampaklah ada ketimuran itu terselah. Tak gitu?
Eh! Sukahati diaoranglah Aufa Imani. Hang sakit hati pasai apa?
Lepas meletakkan telefon bimbit, mak senyum makin lebar. Peluru berpandu pun sudah berhenti. Sekarang ini kalau hendak pujuk emak, senang kerja aku. Gunakan sahaja nama Afiq itu, gerenti mak akan baik pulih delam sekelip mata. Hohoho!

“Amboi...itu dia layan bakal anak menantu macam anak emas. Silap haribulan Aufa Imani ini boleh merajuk dengan mak tau.”

Konon sengaja pancing mak atas kecuaian tadi. Mak kalau marah lama jugaklah merajuknya. Bukan senang nak pujuk kecuali pujuk hati dia dengan benda yang disukai. Apa lagi kalau bukan pasal Afiq? Lebar sahaja senyumnya. Pelik juga kenapa mak beria benar pasal Afiq ini.

“Hang tu mak dah tengok dah layan daripada hang dalam perut. Si Afiq ni lain la orang luaq bakal jadi ahli keluarga kita. Mak kenalah baik-baik dengan anak menantu mak ni. Lagipun Afiq ni baik betul budaknya. Mestilah nak kena layan elok-elok. Hang kalau nak tau segala benda yang hang suruh kirim semua si Afiq tolong siapkan dan hantar pi pos. Pak hang dok sibuk tala pasai mancing dia. Lagipun mummy dia dan mak kawan rapat masa mak muda-muda dulu. Esok-esok kalau mak dan pak hang dah tak dak bolehlah si Afiq ni jaga hang tau dak.”

Aku cukup terkesan bila mak cakap pasal ‘ketiadaan’. Walaupun umur aku sudah menginjak 26 tahun tapi aku masih belum bersedia menerima sebarang kejutan. Lagi-lagi kehilangan orang tua yang merupakan tangkai jantung hati aku. Walaupun orang senang sahaja berkata itu semua ketentuan Allah. Kena redha.

Aku akur tetapi apabila memikirkan hanya mereka sahaja yang aku ada maka bukan senang untuk menjadikan hati redha begitu sahaja. Aduh lemah bila cerita bab-bab yang menyedihkan ini.

Sayang mak dengan pak berjuta-juta lemon!

“Ok mak ok.. jom kita pi makan. Aufa lapaq betui dah ni.”

“Memanglah lapaq sebab hang tadi dah puas tidoq sampai keluaq air liur basi! Ni kalau Afiq ada tadi mesti Aufa tak tau nak letak muka kat mana nanti kan? Ubah-ubah sikit perangai hang ni Aufa Imani. Sudah jadi isteri serba-serbi kena jaga..kena ambil tahu. Tak boleh dah nak duduk bawah ketiak pak dengan mak lagi.”

Ya rancangan kuliah bersama Puan Zara Emelda sudah mula ke udara. Layankan sahajalah. Selagi belum sampai ke destinasi yang lain, telinga aku akan dipenuhi segala hujah-hujah dan kaunseling percuma dari mak.

Lagi hebat pidato mak! Macam mana kuah tidak tumpah ke nasi bukan?

“Yes Maam!”

“Pak hang ni pi mancing ikan ka pancing marka? Tak reti-reti nak balik ka? Telefon mak ka? Kita ni dok risaulah dia pi pancing-pancing nun. Kenduri dah tak lama. Orang sibuk pi beli barang untuk kenduri kahwin dia pi sibuk nak mancing dengan Uncle Zahari hang tu!”

Dengan bapak sekali terkena masuk dalam rancangan kuliah mak. Kalau ada bapak sekali ni tadi aku rasa makin berat kereta ini bergerak. He he he...

KAU BEGITU AKU BEGINI - BAB 2


Bahagian Dua


Aku seperti cacing kepanasan apabila mak mengajak pergi membeli-belah dan akan terus berjumpa dengan bakal suami. Mak beriya-iya betul dengan bakal menantu dia. Menantu emas katalah orang! Keliru sekejap, siapa anak mak sekarang ini?

Sedari tadi sampai sekarang tekak mulai kering mengikut mak mencari barang disana dan disini. Apa yang aku pilih langsung tidak berkenan dimata mak. Mak lebih suka jikalau aku terima apa yang mak berkenan. Nasib baiklah mak pilih warna langsir, set bilik tidur itu dan ini semua cantik-cantik. Secantik nama mak, Zara Emelda.

Patutlah bapak mengikat penikahan dengan mak cepat-cepat. Mak masa waktu muda-muda dulu memang cantik dan menjadi rebutan mak-mak datin untuk anak bujang mereka. Mak mempunyai cara hidup yang tersendiri. Mak sebenarnya anak tunggal dan menjadi kesayangan tok dan wan. Jangan tidak tahu  mak sebenarnya anak orang berada tetapi merendah diri untuk hidup bersederhana dengan bapak. Banyak jugalah halangan pada awal perhubungan mereka. Kelas mak!

Aku menyengih sendirian. Kiranya bagimana tok dan wan begitu menyayangi mak. Samalah juga mak turunkan kepada aku. Sayang mak sangat-sangat!

“Aufa..hang ni melangut kemana? Hang ingat mak ni troli angkut barang ka? Sini tolong mak angkat barang.”

Itulah mak waktu membeli tidak ingat tangan ada dua sahaja. Sekarang berlambak-lambak sampai tidak menang tangan jadinya.

“Banyak sangat mak beli barang macam esok takdak hari aja. Esok kan kita boleh datang lagi?”

“Tak dan nanti. Banyak kerja nak kena buat. Hang ingat buat majlis kahwin petik-petik gitu semua, boleh siap dan tu ka?”

“Aufa tengok macam mak saja yang nak kahwin? He he he...”

“Bertuah punya anak dara!” Mak menjengilkan mata dan buatkan aku kembali menyengih dengan lebih lebar lagi.

“Bak mai sini la tu semua, Aufa masuk dalam kereta dulu. Takkan duduk makan karang beg-beg plastic dan kertas ni semua dok tabuq menyemak?”

“Ala karang Afiq datang kita bagilah dia sikit tolong pikui.”

Ceh! Sikit-sikit Afiq. Macam mana rupa dia pun aku tidak tahu. Sejak sudah balik ke sini dan mula berkerja batang hidung sidia pun tidak pernah nampak. Macam mana hendak berjumpa, kerjaya aku sekarang keluar pagi buta balik malam buta jua. Mak bising sebab ingat aku sengaja untuk mengelak.

Sebenarnya memang tugasan aku banyak ditempat kerja. Itu ini semuanya hendak dikemaskinikan dengan rapi. Memegang jawatan pembantu pengurus juruaudit memang memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi.

Walaupun baharu menyandang jawatan itu selama tiga bulan namun perjalanan masa membuatkan aku bekerja sudah seperti bertahun-tahun lamanya. Mana tidaknya, laporan kena benar-benar jujur dan perlu penapisan yang tinggi. Ok berhenti cerita pasal pekerjaan aku, nanti ada yang tertidur pula. Berbalik pada pujian mak yang melambung tinggi itu.


Konon bela kucing aku macam anak sendiri. Entah-entah bibik dia yang tolong buat itu semua. mana kita hendak tahu kan apabila kucing yang dipelihara bukan nampak depan mata kita. Silap haribulan kucing aku itu diletakkan dalam sangkar macam itu sahaja. Pirah mabuk!

“Takpalah masuk barang ni semua dalam kereta dulu senang mak oii... nanti kosong lagi tangan mak boleh beli barang lain jugak kan?”

“Baguih jugak cadangan kamu.”

Lah mak ni aku sindir pun mak boleh kata bagus? Alahai emak.

“Aufa pi simpan barang sat. Mak duduk sini tau. Jangan pi mana-mana pulak. Midvalley ni besaq mak.”

“Ya la. Sat lagi Afiq sampai la tu.”

Hai Afiq sahaja meniti dibibir. Bukan main ceria betul mak berseri-seri nampak diwajah. Siapa yang nak menikah la ni?

Penuh barang-barang dilengan tangan dengan mengusung satu kotak besar yang menyukarkan penglihatan dihadapan. Banyak kali jugaklah terlanggar orang. Diaorang ini pun satu tidak nampak ke kotak yang punya gedabak besar ini bergerak? Nasib baiklah isipadunya tidak berat, bukannya apa dalam itu penuh dengan bantal hiasan katil dengan pelamin. Mak kata sengaja beli lebih kot-kot boleh ditambah dekat pelamin kalau ada yang tidak mencukupi.

Mak! Pelamin sekarang bukan macam dulu-dulu penuh bunga telur! Sekarang pelamin moden macam-macam ada. Kadang-kadang terlalu sesak dengan bunga sana sini. Sampai pengantin pun boleh tenggelam. Aku suka yang ringkas sahaja tetapi versetile kata orang. Chewah!

Ada hati jugak tu!

“Oii mak hang..”

Kuat betul orang ini langgar aku. Sampai boleh terbalik kotak dari pelukan. Kena kejar polis ke apa?

“Mata tu letak kat mana?”

Errk..sekejap, sekarang ini aku yang langgar dia ke atau dia terus hilang ingatan bahawasanya dia yang melanggar aku? Patutnya akulah yang akan bercakap begitu kan?

Bingai!

“Lain kali jalan tu tengok-tengok sikit. Jangan main pakai langgar aje.” Lelaki ini menyergah aku lagi.

Cantik betul bahasa kau kan? Hendak lawan berdebat dengan aku ke? Jangan mulakan enjin aku yang tengah suam-suam kuku ini. Kejap lagi kotak hinggap kat muka baru padan muka!

“Sudahlah tak minta maaf. Lepas tu buat muka toya aje. Harap ada rupa aje tapi macam orang takde adab.”

Wah! Sudah lebih ni. Kau tunggu..kau tunggu..

“Sekarang siapa yang langgar siapa?” Soal aku dengan nada agak sinis.

“Tak kiralah siapa langgar siapa.” Menjawab!

Menjawab bikin hati aku jadi panas meluap-luap.

“Mazhab mana belajar cakap macam tu? Awak tu yang langgar saya sampai terbalik kotak dan terhambur barang-barang ini semua lagi nak cakap siapa yang patut minta maaf?”
Itu dia satu nafas aku berbicara dengan lancar dan jayanya. Bekas pemidatolah katakan.

“Malas nak layan orang gila macam ni. Nak cepat ada sahaja halangan.” Jawapan yang aku terima membuatkan aku berasa tidak senang hati.

'Hekeleh mamat ni. Poyo gila! Perangai mengalahkan orang perempuan'. Ngomelku sendirian.

“Itulah tergopoh-gapah sangat sampai kotak sebesar ini pun boleh tak nampak!” Aku masih tidak mengalah.

Aku membebel sambil mengutip semua bantak-bantal kecil yang sudah berteraburan. Orang lain yang lalu lalang tengok sahaja kejadian itu. Aku pun tidak mengharap diaorang tolong pun. Sekarang diaorang tengok-tengok macam aku tengah buat penggambaran filem sahaja.

Nak filem sahaja! Drama-drama tak main. Kelas kau Aufa Imani! Ceh!

“Cik adik, kalau muka sahaja cantik tapi mulut macam murai pun tak guna juga.”

Tidak mahu mengalah lagi? Masih hendak menang jugak. Aku ini memang pantang, bak kata orang mengalah sebelum berjuang. Sekarang bukan aku yang salah!

“Hanya tahu mengkritik orang. Tapi diri sendiri pun tak betul. Malas nak layan orang kurang bijak macam ni. Rupa sahaja ada, mulut macam Makcik Wok!”

Kan sudah kena buku dengan kulit!

Pemuda ini memandang aku dari atas hingga ke bawah berulang kali. Macam nampak sangat aku ini kecil sahaja daripada mata beliau.

Eleh! Tak takut pun.

Dia berlalu pergi dengan hati yang sebal. Itu baharu sikit tau. Belum tambah garam, perasa dan ajinomoto lagi.

Don’t play-play with Aufa Imani.

Makcik Wok? Teringat majalah GILA-GILA yang menjadi kegilaan aku satu masa dahulu. Selalu minta mak poskan majalah itu setiap bulan. Ketawa pengubat luka bukan?

Terkedek-kedeklah aku bawak kotak dengan barang-barang semua. Lagi satu hal setiap kali parking di Midvalley tidak pernah sekalipun aku tidak sesat. Berpeluh-peluh mencari kereta sendiri! Nasib baik pakai kasut flat kalau stilletto tadi?

Mahu bengkak tapak kaki...

01 November 2012

KAU BEGITU AKU BEGINI - BAB 1

Assalamualaikum dan selamat malam you'll (waktu Malaysia ye). Tetiba rajin pula hendak update Mini Cerpen yang baru semalam idea ini terjah dalam kepala sewaktu serabut dengan kerja yang melambak-melambak.

Pelikkan, orang kalau dah serabut tak boleh nak fikir apa dah tapi saya lain. Time tenang time santai time elok takde pulak idea mencanak-canak datang. Mungkin ini salah satu cara kurangkan serabut barangkali?

Eiiii p.o.y.o :P

anyway enjoy your reading peeps. This is early chapter. Tomorrow next entry orait. :)



















Bahagian Satu

     Kompang dipalu membingitkan telinga. Macam-macam bedak dan jenis warna-warni barangan solekan sudah menepek diwajah. Sebenarnya terus-terang aku rimas apabila ditata rias begini. Rasa seperti badut sarkas pun ada jugak! Makcik, pakcik, tok nenek serta semua ahli keluarga pakat buat majlis besar-besaran. Kalau ikutkan hati aku yang sempoi serta caca marba ini malas hendak bergah-gah benar. Cukup sekadar bersederhana sudahlah. Ini tidak buat kenduri kahwin macam dihotel mewah. Bunga telur mak tempah yang paling mahal. Belum termasuk pelamin semua bagai.


Bapak pula bukan main lagi. Tumbang lembu dua ekor macam buat sambutan hari raya aidiladha pun ada. Nasiblah anak tunggal dalam keluarga katanya. Kata mak dan bapak sekali seumur hidup. Bakal suami pun atas pilihan mereka. Bila aku menolak mulalah cerita pasal derhaka. Aku bab-bab bila mak mula keluarkan airmata mulalah lemah tidak pepasal.

“Hang kena ingat Aufa, hang satu-satulah zuriat kami. Bertahun-tahun mak tunggu kehadiran kamu Aufa. Kamu nak jadi anak derhaka ka?”

Mak kalau masuk casting berlakon cerita moden si Tanggang boleh lawan aktress airmata Wan Maimunah.

“Takda la sampai nak derhaka mak. Tapi Aufa tak kenai langsung sapa bakal suami Aufa. Tahu-tahu sudah bertunang bila Aufa balik belajaq luar negara. Aufa mana tau dia tu romantik macam cerita ala-ala Syamnurezmil ka dak. Kot dia pukui muka Aufa yang comel ni mak jugak berayaq mata lebih.”

“Hang terima aja dia. Mak dah kenai hati budi dia Aufa. Masa kamu takdak, Afiq lah selalu tolong tengokkan kucing kamu tu tau dak. Bagi makan, pakai, mandi semua. Siap beli shampoo paling wangi daripada yang hang beli. Orang kata kalau kita ni sayang kucing sampai lagu tu boleh dikatakan amat penyayang.”

Ya ka? Memandai sahaja mak aku ini. Bapak diam tidak berbunyi. Malas hendak campur gosip hangat dua beranaklah tu. Selalu bapak ada sahaja cara untuk menjadi pengadil tidak berbayar mahu menyelamatkan anak perempuan kesayangan dia ini.

“Bagilah Aufa kenai-kenai dia dulu mak. Kot kalau sangkut dihati Aufa ni, tak payah tunggu dua tiga bulan buat majlis. Seminggu lepas tu jugak Aufa yang ajak kahwin teruih.”

“Amboi anak pak sorang ni lagi gatai dari mak dia nampak..”

Aik! Bapak sempat seling-menyeling tu!

“Bila masa Zara menggatai. Abang tu yang tak dan ajak menikah bila saya kata nak berhenti kerja dulu kan?”

Ah! Sudah mak dengan bapak lawan pidato. Itulah bapak menyeling tidak kena tempat. Aku sengih sahaja. Ini kali kelima mak dengan bapak lawan pidato pasal perkataan ‘gatai’ sahaja. Seronok dengar kisah mereka dipertemukan.

“ Mana taknya, kalau lambat-lambat awak dikebas orang. Abang gigit jari kalau tengok awak bersanding dengan orang lain.”

“Malaslah nak layan abang. Aufa dengar kata mak naa..?”

Alamak topik datang balik! Aku pelik dengan mak. Asal orang Kuala Lumpur tapi lorat sudah macam orang utara. Ikut bapaklah tu. Tapi bapak rileks sahaja cakap macam orang 'key el'. Macho sahaja bapak, patutlah ramai perempuan cuba mendekati bapak. Namun maklah satu-satunya wanita pilihan dihati bapak.

So sweet!

“Tengoklah lagu mana. Biaq Aufa pikiaq dulu la mak. Kesianlah kat Aufa. Kerja pun belum setahun jagung dah gatai menikah.”

“Eloklah menikah awai. Hang pun bukan muda lagi Aufa. Mak ni sorang-sorang dekat rumah. Pak hang dok kalut saja dengan hobi mancing dia. Kalau ada cucu seronoklah juga buat itu ini.”

Itu dia belum ada apa-apa sudah cerita pasal cucu! Mak ini advance tau!

“Esok Aufa bagi jawapan.”

“Mak tunggu lepas makan karang. Tak dan nak esok-esok Aufa. Kalau Afiq tu masuk pinang orang lain hang jugak gigit jari. Mak jamin anak dara mak ni mesti bahagia macam mak dengan bapak”

Errrk! Tersedak air liur! Mak bagi arahan mandatori.

Tapi bapak yang berdehem-dehem sebab tersembur nasi. Terkesanlah tu dengan kata-kata mak tadi.

"Esoklah Aufa bagi jawapan hendak berjumpa dengan dia ka dak. Lagipun esok Aufa ada program dengan Eisya nak pi Sunway Mall cari barang sikit."

Alasan sahaja hendak mengelak dari berjumpa. Bukan apa aku masih belum bersedia. Ini masuk kali keenam rasanya.

"Hang ada marka lain ka? Saja guna nama Eisya nak pi dating la tu kan? Banyak kali dah hang kasi alasan yang sama."

"Dak aih mak. Tak kuasa ada boyfriend eh. Sudah bertunang mana boleh ada boyfriend semua mak oii. Masa belajaq dari sekolah rendah sampai luaq negara nun mana ada yang berani nak dekat anak mak sorang ni."

Mak senyum. Padahal itu adalah ayat-ayat yang sama untuk menyedapkan hati emak. Boyfriend? Teringat pula dengan lelaki itu. Apa khabar dia sekarang? Rasanya selepas tamat tingkatan enam, itulah kali terakhir aku berjumpa dengan dia. Kami tidaklah bercinta tetapi aku amat senang berkawan rapat dengan dia.

Bapak sudah pesan pi sekolah timba ilmu, bukan pi timba jantan! Gulpsss..terus hilang ingatan terhadap beliau.
"Baguihlah kalau macam itu. Esok bagi jawapan, lepaih ni mak tak nak dengaq lusa ka tulat ka kulat apa ka."

Aku hanya angguk malas hendak bersuara apa-apa.

10 October 2012

CERITERA BULAN MADU - BAB 37

Ok dah lama tak update cerita ini kan? Terus terang saya sangat sibuk. huhuhu..oklah ini yang terakhir ya...janganlah minta lagi untuk next chapter....kesianlah kat saya ya.. bab yang ini saya pendek sikit....manuskrip baru tercungap-cungap hendak bernafas kembali..hohohoho

enjoy your reading ^_^~



Aku mengetuk pintu bilik perlahan. Namun tiada balasan dari pihak sebelah sana. Nampaknya rajuk suamiku pun boleh tahan sahaja gayanya. Dahulu akulah yang kuat benar merajuknya. Sikit-sikit melalak, itu sahajalah kerja aku. Waktu zaman bujang tidaklah seperti ini. Akhirnya pintu itu aku buka dengan access card yang telah disediakan oleh pihak hospital sebagai pendua.

Masuk sahaja, terjengket-jengket kaki aku supaya tidak berbunyi bising. Setibanya depan kaki katil, aku lihat Hafiz sudah terlena kerana keletihan. Nampak wajahnya berkerja kuat untuk menyara keluarga. Padahal baru berdua namun Hafiz bekerja teruk seolah-olah mempunyai anak seramai lapan orang. Anak? Gulpss...

Aku menghampiri sisi katil untuk menjamah wajah Hafiz yang kelihatan tenang meskipun terpancar keletihan. Mulus benar wajah itu, patutlah jantung aku berdegap-degup tahan kesesakan nafas. Lama-lama boleh pitam kalau curi-curi tenung wajah kesayangan ini. Wah! Sudah menjadi kesayangan pula. Intan...intan...

“Puas dah tenung wajah abang? Handsome tak?”
Argghhh! Aku jatuh terduduk. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu.

“Erkk...sayang...maaf...sakit tak?”

Apa punya soalan tanya sakit ke tidak? Ish..ish..

“Taklah...sedap macam makan biskut meri.”

Hafiz tersengih, terus duduk mengadap aku dilantai. Cepat-cepat aku tarik tangannya minta duduk disofa sahaja. Hafiz menggeleng sambil mengelus pipi aku yang kelihatan sedikit berisi. Apa orang kata..

Chubby?

“Maafkan Intan pasal tadi. Tak tahu kenapa jadi gorilla sekejap.”

“Gorilla? Eh tak adalah, takkan bini abang jadi gorilla tiba-tiba?”

“Abang! Bukan gorilla yang betul-betullah. Serius ni, Intan nak mintak maaf sebab perangai macam budak-budak.”

“Tak kisahlah, janji abang sayang Intan dan Intan sayangkan abang.”

Aku mula tersipu-sipu malu, pantas cari idea untuk tukar topic sebab aku ini lemah kalau cerita bab-bab soal hati dan perasaan.

“Penat ke?”

“Eh taklah...boleh marathon 30 kilometer lagi ni.”

“Eleh...loyar buruk nampak... Abang, Intan teringin sangat nak makan ketam gulai cili padi masakan umi. Nanti kita balik terus singgah rumah umi ya. Sebelum tu kita beli ketam dekat mana-mana market. Nanti boleh masak dengan umi.”

“Ketam? Perghhhhh! Mencanak-canak air liur dalam mulut abang ni sayang oii.. Err..nak tanya, pandai ke sayang masak ketam ni? Nanti tak pasal-pasal mulut abang kena kepit ngan ketam. Manalah tahu sayang masak ketam tu hidup balik?”

“Abang! Apa melalut sampai situ pulak. Dari siapa abang belajar ketam kalau dah masak boleh hidup balik?”

Hafiz ketawa dan membuatkan aku juga tergelak sama. Memang tak maasuk dek akal, ketam dalam kuah gulai boleh hidup balik!

“Yelah..balik nanti kita singgah. Sayang..kenapa pipi sayang nampak berisi eh?”

“Ntah, mungkin sebab pakai tudung kot?”

“Yeke?”

“Yeke?” aku pulangkan balik tanda soalan.

“Aik...ajuk balik nampak..”

Aku menyengih. Terus-terang, hilang semua rajuk dan amarah sebentar tadi. Betullah, kami memang serasi bersama. Wah gitu!

*********

Esok kami akan berangkat pulang ke Malaysia. Semalam puas berjalan satu hari sekitar Bandar Jakarta dan macam-macam beli buah tangan untuk Kak Long, anak buah aku yang seoarang itu serta tidak lupa pada umi dan ayah.

Aku perasan yang wajah Nadia agak meluat melihat hafiz memanjakan aku. Sukahati dialah hendak rasa apa pun janji hubungan aku dengan Hafiz semakin erat. Aku sahaja yang mengada-ngada lebih hendak cemburu buta tidak tentu pasal. Sedangkan Hafiz sudah berjanji akan melupakan kisah sejarah antara dia dan Nadia. Jadi aku tidak perlu bimbang lagi. Lelaki apabila dia benar-benar berjanji pasti akan dikotakan. Kecuali dengan ketentuan Allah seandai jodoh ini tidak berpanjangan. Mohon segalanya baik-baik sahaja.

“Huh! Macam dia seorang ada laki! Menyampah dan berbulu mata aku ni tengok pasangan yang ala-ala ni.” Nadia mengomel sendirian didalam bilik air. Kepala paip ditutup dengan kasar. Nadia melihat mukanya dicermin dengan perasaan marah yang amat sangat.

“Aku tahulah korang berdua sudah kahwin tapi tak payah nak tunjuk romantic sangat depan muka akulah! Hish! Meluat betul. Takpe, harini hari kau Intan dan esok lusa hari aku pula. Kau tahulah nasib kau kelak kemudian hari. Aku kalau tak boleh guna cara lembut aku akan guna cara kasar. Dosa ke pahala ke aku sudah tidak peduli! Janji Hafiz akan jadi milik aku. Ini Nadia ok!”

Nadia berlalu keluar dengan perasaan berbaur sebal. Kamal yang memerhati secara sembunyi hanya tersenyum sinis.

Kau rasakan sakitnya dihati sepertimana yang aku rasakan Nadia. Aku sebelah kau pun tidak dipandang sebelah mata. Hafiz itu juga yang kau gila-gilakan. Perempuan secantik engkau boleh kalah dengan sumpahan sendiri...

“Sayang...minggu depan kita buat party nak? Hafiz dengan Intan pun boleh join sama. What you say?”

Nadia mula merengek manja yang hanya lakonan semata-mata untuk mengaburi mata kami berdua.

“Ikut suka you lah sayang. Rumah you bukan rumah I.”

Kamal berbicara ringkas tetapi agak pedas kedengaran.

“You ni tak romantic langsung tau. Tengok Hafiz tu memang romantic dan penyayang sangat melayan wanita.”

Melayan wanita? Kau ingat aku ini anak ayam ke Nadia oiii? Aku berbicara dalam hati

“Bukan wanita, tetapi isteri.”

Lembut Hafiz berbicara tetapi sungguh bermakna. Terima kasih suamiku.

“Yelah I means pandai melayan isteri. Both of you please come join us ya.”

“Maaflah I dah tinggalkan benda-benda yang tidak berfaedah ini. Lagipun you bujang Nadia tidak elok buat party-party semua. Ini bukan cara kita, ini cara orang luar. Alangkah bagusnya kalau you buat kenduri kesyukuran ke at least kita sama-sama boleh dapat keberkatan dari Allah. Hidup kita ini pun bukanlah lama mana pun. Bila-bila masa boleh dijemput dengan sekelip mata.”

Itu dia sesekali Hafiz Hadi menjadi ala-ala Ustaz Idrus Azhar apabila berkata-kata. Tidak sangka pula dia boleh berubah sebaik ini. Alhamdullillah, berkat doa seorang isteri. Tersenyum sahaja aku didalam hati.

“Alaaa...bila datang hidayah nanti I bertaubatlah. I akan pakai tudung dengan baju kurung sahaja kalau you nak. Karier I sekarang baru menjulang tinggi. So kenalah faham kehendak market sekarang. Mana boleh berjubah untuk peraga pakaian.”

“Nadia...nadia..you dari dulu sampai sekarang tidak berubah I tengok. Kamal, kau pun nasihatlah bakal isteri kesayangan kau ni elok-elok. Takkan kita nak tengok kawan kita ni terus hanyut.”

“Dia ni mana nak dengar cakap aku Hafiz oii.. Sepatah aku tanya, lima puluh patah dia pulangkan balik pada aku.”

Both of you ni kenapa? Sengaja nak spoil mood I ke?”

Nadia sudah marah-marah. Aku senyum sahaja. Nadia mengerling tajam. Biarlah...

“Bukan nak spoil tapi kitaorang nak you jadi better than this Nadia. I sayang you Nadia. I ajak you kahwin you tak mahu. I bukan takde harta dan bukan tidak berkemampuan. Malah I ada segala-galanya. You tak payah bersusah payah cari duit, I akan sediakan semunya.”

“Sudahlah! I malas nak layan you’ll semua. I nak tidur!”

Nadia terus menyumbat earphone yang disediakan oleh pihak MAS untuk kemudahan para pelanggannya.

“Abang nanti pujuklah Nadia balik...”

“Dia bukan bini abang nak kena pujuk. Dari dulu macam itulah dia kalau kita nasihat dia akan marah-marah. Lepas tu masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Tak apalah, Kamal ada biarlah dia pujuk. Nanti kalau abang pujuk ada orang muncung empat belas pula.”

Aku mencubit lengan Hafiz.

“Baik pujuk bini abang lagi bagus. Dapat juga buah tangan..hehehe..”

“Ishh..kesitu pula abang ni.”

“Kamal, maaf ya kalau kata-kata suami saya pada Nadia tadi buat awak kurang selesa.”

“Takpe Intan, it’s ok. At least ada juga backup untuk nasihat Nadia. Bertuah Hafiz mempunyai isteri sebaik you, Intan. Jaga Hafiz elok-elok ok. Jangan bagi dia terlepas pada tangan orang lain. Meskipun dia adalah kawan kita yang terdekat.”

Aku agak tersentak dengan kata-kata itu. Macam ada sesuatu yang tersirat. Jika benar mohon Allah pelihara rumahtangga kami sebaik-baiknya. jauhilah kami dari anasir manusia yang berhati busuk dan kejam.

“Aku pun tak nak Kamal. Cukuplah Intan seorang.” Hafiz mengukuhkan kata-kata.

“Allah sahaja yang menentukan segalanya. Doakan kebahagiaan dan kesejahteraan kami ya. Saya doakan hubungan awak dan Nadia pun akan berkekalanlah hendaknya. Semoga awak berdua berjodohan ya”

“Terima kasih atas doamu itu Intan.”

Tanpa disedari Nadia sebenarnya sudah memperlahankan alunan bunyi lagu dan terdengar perbualan mereka. Nadia mengetap bibir.

Kamal tersenyum.


09 October 2012

BISAKAH




"Kau jangan nak berangan aku suka dekat kau! Muak tahu tak hari-hari nampak muka kau dekat sini. Boleh jauhkan tak muka kau tu? Lihat dahulu diri tu sepadan ke tak dengan aku! Setakat muka macam kau ni bersepah tepi longkang!"

Apa salah aku? Semua ini kurniaan Allah, namun aku tetap bersyukur masih sempurna. Punya mata, hidung, mulut dan hidung serta segalanya. Kenapa dia benci sangat dengan aku? 

"Kau ni pekak ke? Apsal tuli sangat? Setakat anak orang gaji dalam rumah ni jangan nak pasang angan-angan besarlah! Diluar sana ramai lagi yang sama taraf dengan aku boleh aku petik dengan jari aje. Setakat engkau yang tiada apa-apa ni jangan nak bermimpi disiang hari!"

Kejam bunyinya bukan? Seorang hamba Allah yang mementingkan martabat dan pangkat didunia. Sedangkan Allah tidak pernah membezakan setiap hambanya. Pedih dan sakitnya hati ini Ya Allah.

"Aku tak nak tengok kau tulis perasaan kau yang keji tu. Jangan nak buat-buat hantar surat gunakan khidmat posmen konon-konon dari peminat rahsia dari luar. Ingat tu Nia, aku bagi amaran terakhir! Jangan salahkan aku kalau aku bertindak diluar kawalan aku. Kalau tidak kerana mak bapak kau, dah lama aku halau kau keluar dari rumah ni!

Cuma berbeza mandat aku dihina sebegini dan dicaci tanpa ada rasa kasihan. Sungguhpun jika diri itu tidak sudi, salahkah jika menggunakan budi bahasa yang elok. Pekerti yang ditonjolkan didalam majalah, surat khabar, internet mahupun siaran langsung televisyen tidak seperti yang digambarkan dalam rumah besar ini.

Aku ini juga manusia, punya hati dan perasaan. Inilah padahnya meletakkan harapan yang tinggi dan angan tak sudah pada orang yang belum tentu akan memahami kehendak hati ini.

"Maafkan saya. Lupakan sahaja apa yang telah berlaku. Anggaplah itu semua hanya mimpi ngeri En Fazrul. Saya ke dapur dulu."

"Nanti dulu! Aku belum habis cakap lagi! Kau jangan nak mengadu dekat siapa-siapa faham. Habis reputasi aku nanti!"

"Tak perlu herdik saya dan hina sebegini rupa. Saya sudah sedar dimana tempat saya sekarang. Jangan risau atau melatah En Fazrul, maruah En Fazrul tidak akan tercalar walaupun sekelumit. Saya akan kunci mulut ini tanpa dari pengetahuan sesiapa walaupun ibu bapa saya. Cuma satu saya pinta, jangan diluar sana En Fazrul berhemah dan berbudi pekerti yang tinggi tapi kenyataan disini adalah berbeza sekali. Adillah dalam berbicara. Assalamualaikum."

Aku berlalu pergi bersama linangan airmata. Inikah dia lelaki yang suatu masa dahulu mendapat tempat dihati ini?

***********

Kisah lima tahun dahulu yang begitu tersemat didalam hati. Membawa cebisan hati yang telah dirobek oleh insan yang aku sanjungi dalam diam. Ya dia lelaki yang aku sayangi dan aku cintai sepenuh hati.

Maafkan Nia mak dan ayah, sebab Nia takkan jejakkan lagi kaki didalam rumah itu meskipun sudah lama sejarah hitam itu berlalu pergi.

Kerana dia aku terpisah jauh dengan ibu bapa aku sendiri. Kerana dia juga aku membawa diri untuk mengutip kembali sisa-sisa kekuatan diri. Semua itu untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mandat yang dia ada.

Puas ibu dan bapa aku mengajak datang ke rumah besar yang dimiliki oleh majikan yang begitu baik hati dan merendah diri. Berbeza sungguh dengan pewarisnya. Muka sahaja cukup sempurna, tetapi budi bahasa serta kata-kata semuanya berbaur nista dan kesat.

"Nia, Tuan Mansor teringin sangat hendak berjumpa dengan Nia. Dia kata rindu benar dengan Nia. Sejak Nia pergi tanpa menjengukkan muka, Tuan Mansor seperti kehilangan anak sendiri. Ingat Nia jasa dan budi yang Tuan Mansor bagikan pada kita sekeluarga. Dengarlah cakap mak ni Nia."

"Mak...jangan bagi Nia rasa serba salah. Mak pun tahukan Nia tak boleh jejakkan kaki disitu."

"Mak faham perasaan kamu Nia. Namun jangan disimpan dendam itu nak. Tak baik."

"Kalau mak faham, tolonglah mak jangan bagi Nia tersepit untuk permintaan yang berat ini. Susah payah mak Nia bangkit dari bawah untuk membina kekuatan hati yang sememangnya rapuh."

"Ini permintaan Tuan Mansor yang terakhir Nia."

Ya Tuan Mansor, majikan besar yang mempunyai hati yang sungguh murni. Apa sahaja kelengkapan pelajaran yang tidak cukup bagi aku akan disediakan olehnya. Katanya itu sahajalah jasa yang dapat dia balas diatas segala yang pernah aku korbankan suatu masa dahulu.

Cuma Fazrul tidak mengetahui apa yang pernah aku korbankan untuk beliau sewaktu dia bertarung nyawa didalam keadaan tidak sedar diri. Kemalangan yang boleh dikatakan akan membawa maut berada dilandasan tipis. Kerana hati ini begitu mengasihinya, maka aku dermakan separuh untuknya. Tetapi dia tidak memahami rahsia besar ini.

"Mak....Nia..."

"Baliklah Nia..."

"Bagi Nia masa mak untuk fikirkan semuanya..."

"Mak hanya sampaikan amanat Tuan Mansor Nia. Fazrul pun sudah tidak seperti dahulu. Dia dah tahu segala-galanya."

Hampir terlepas genggaman telefon yang aku pegang. Dia tahu? Tetapi bagaimana? Tuan Mansor yang beritahukah? Mak yang terlepas cakapkah? Ataupun ayah yang membuka mulut?

"Macam mana dia boleh tahu mak? Siapa yang ceritakan? Kan Nia dah bagitahu jangan cakap apa-apa... Tak apa Nia kena herdik..kena hina..kena caci pun dengan dia mak."

"Dia terbaca diari milik kamu."

Diari? Ya diari lusuh sewaktu aku dari kecil. Aku memang gemar menulis dan meluahkan apa sahaja yang terbuku didalam hati ke situ.

*********

Akhirnya aku jejakkan jua kaki ini meskipun terasa beratnya disukar untuk dimengerti. Sampai sahaja, terus aku dipeluk oleh mak dan dipimpin masuk ke bilik Tuan Mansor. Masuk sahaja, aku terasa sedih dan pilunya. Suram dan malap didalam keadaan bilik aku.

"Assalamualaikum..."

"Nia..anak abah...mari sini sayang. Abah Man rindu benar dengan kamu Nia. Terima kasih Nia sebab sudi jumpa Abah Man."

"Maafkan Nia Abah Man. Abah Man sakit apa? Macam mana dengan keadaan Abah Man sekarang? Dah makan ubat? Nasi? Minum air suam banyak tak? Buah-buahan yang selalu Nia senaraikan makan tak? Sayur-sayur semua? Abah Man tak bersenam ya?"

Hilang semua rasa sakit hati dan dendam bila berhadapan dengan Tuan Mansor. Ya dia lebih selesa digelar Abah Man daripada Tuan mahupun Dato' Seri. Tanpa aku sedar ada sepasang mata yang begitu detia memerhatikan tingkah laku aku.

"Nia...Nia...mana satu Abah Man nak jawab. Nia sihat? Makin cantik anak Abah Man sekarang. Pelajaran mana? Kelengkap disana ada yang tidak cukup ke?"

Uhuk..uhuk...terbatuk-batuk Abah Man menahan sakit didadanya. Aku pula rasa pilu. Rasa sesal mendatang apabila mengutamakan kemarahan dan kesedihan hati tanpa memikirkan kesan terhadap orang lain yang begitu menyayangi diri ini.

"Abah Man...mana letak ubat?"

Abah Man hanya tersenyum. Bayangkan seberapa lama dia terbayang, nampak sahaja muka ini terus bangkit seperti tiada apa-apa. Aku sudah mengalirkan airmata, betapa kasihnya Abah Man pada aku mengalahkan anaknya sendiri.

"Abah Man tak apa-apa pun. Nia balik sini terus ya? Nanti Abah Man akan mintak Abang Fazrul kamu uruskan pemindahan kamu disini ya."

"Jangan Abah Man. Nia rasa tak selesa. Tidak mengapalah, biar Nia habiskan pelajaran disana. Hanya tinggal lagi satu semester sahaja. Sayang pulak, lagipun Nia tidak mahu menyusahkan sesiapa. Jatuh bangun biarlah Nia tanggung sendiri."

Fazrul tersentak mendengarkan lisanku yang agak berbaur sindiran.

"Nia dah tak sayangkan Abah Man lagi ke?"

Ini yang membuatkan hati aku bertambah berat. Diluah mati emak, ditelan mati bapak."

"Sayang Abah Man, cuma berilah Nia kelonggaran untuk menghabiskan pelajaran disana. Sikit sahaja lagi. Abah Man tu yang perlu kuat untuk teruskan hidup. Seperti mana Abah Man sayangkan Nia jadi sayangkan juga diri Abah Man ya. Rajin-rajin makan ubat. Jangan biarkan sakit tu menguasai diri. Nia akan senantiasa doakan kesejahteraan Abah Man dan mohon kesejahteraan untuk semua orang yang ada dalam rumah besar ini."

Sekali lagi ucapan aku membuatkan Fazrul tertunduk.

"Baiklah kalau itu permintaan Nia, cuma Abah Man harap lupakan semua kisah duka dan kita berbaik-baiklah semula. Buangkan yang keruh dan ambillah yang jernih. Abah Man nak tengok Nia dan Fazrul disatukan. Ini adalah hasrat dan wasiat Abah Man yang terakhir sebelum Abah Man men menghembuskan nafas yang terakhir."

Sumpah, bukan aku yang buka mulut menceritakan apa yang terjadi dahulu. Bagaimana Abah Man boleh dapat tahu semua itu? Mak dan ayah kah ceritakan semua keperitan yang aku tanggungi? Tidak mak dan ayah bukan sebegitu.

Lagi satu bersatu dengan orang yang tidak tahu menilai erti kasih? Ini menjerat diri masuk ke dalam mulut buaya. Orang kalau sudah tidak suka mana boleh bersatu. kahwin paksa dan direlakan namanya itu. Banyak sangat aku baca cerpen, novel dan tengok drama-drama serta filem-filem orang kahwin kerana wasiat.

Takkan hati yang sememangnya organ dalaman yang terbesar itu mahu disiat-siat lagi setelah aku bersusah payah membina keyakinan diri? Memang aku hormat Abah Man kerana telah banyak berkorban duit untuk keselesaan aku. Tapi hati ini bukan boleh dibeli dengan harta kekayaan. Maaf, layakkah orang seperti Fazrul Hakim menjaga hati aku setelah menghina dan mencaci?

"Maafkan kata-kata Nia ini jikalau Abah Man terasa. Tetapi Nia rasa Nia perlu luahkan apa yang terbuku dihati. Ok permintaan mak dan ayah untuk melawat Abah Man Nia turutkan meskipun hanya Allah yang tahu betapa seksa dan beratnya hati ini.Permintaan kedua, Abah Man untuk menyatukan Nia dengan Abang Fazrul adalah satu keputusan yang tidak munasabah. Masakan kami boleh bersatu sedangkan perasan itu sudah lama mati? Nia tak boleh tunaikan permintaan Abah Man yang kedua ini." Maafkan Nia..."

"Nia...dengar dahulu apa yang Abah Man nak cakapkan. Fazrul sudah tidak seperti dahulu. Dia sudah banyak berubah semenjak ketiadaan Nia. Percayalah Nia Abah Man pasti Fazrul akan membahagiakan Nia."

"Nia minta diri dulu Abah Man..."

Aku mencium tangan Abah Man, mak dan ayah. Muka Fazrul langsung tidak aku endahkan. Sudah dia suarakan mana sama pipit dengan enggang untuk berterbangan bersama, maka aku harus ingat akan mandat itu.

*********

"Nia! Tunggu dulu apa abang Faz nak cakap."

Aku buat-buat tidak dengar. Lantas kaki menyusup laju menuruni anak tangga. Fazrul cuba mencapai lengan aku dan dia berjaya memaut. Nasib aku juga baik tidak tersungkur akibat kegelojohan diri sendiri. Mata terpaku melihat perubahan wajah itu. berjambang dan rambut sedikit panjang.

"Lepaslah! Sakit lengan Nia!"

"Ok abang akan lepaskan kalau Nia tak meronta-ronta macam ini. Kita bincang elok-elok ok."

"Sejak bila pandai untuk bawa berbincang? Mana pergi kata caci dan nista untuk diri yang hina dina ini? Sudahlah, Nia nak balik."

"Abang tahu abang tak patut buat Nia macam tu. Sungguh abang terkeliru dengan perasaan sendiri Nia. Marilah kita berbaik semula macam waktu dulu-dulu Nia."

"Terkeliru? Apa maksud En Fazrul ya? Apa menghina Nia itu juga terkeliru? Apa merobek hati ini terkeliru? Nia kata lepaskan tangan itu, sakit."

"Abang cintakan Nia. Sungguh abang mencintai diri Nia. Abang mengaku abang silap sebab tak nampak kasih Nia pada abang. Abang tahu Nia masih sayangkan abang bukan?"

"Cinta? Hahahaha..tahu ke maksud cinta? Tahu ke maksud kasih? Tahu ke maksud sayang semua bagai? Ke nak balas budi balik?"

"Tidak Nia, ini bukan pasal hendak balas budi ke apa tapi ini perasaan abang pada Nia yang abang tanggung selama lima tahun Nia pergi. Maafkan abang ya."

"Sudahlah En Fazrul, jangan heret Nia dalam soal hati yang sudah lama mati ni. Tepi, Nia balik. Nia nak balik!"

"Nia..."

"Dengar sini En Fazrul Hakim, muka macam saya ni bersepah tepi longkang. Pilihlah muka-muka yang setaraf dengan En Fazrul Hakim untuk disayangi dan dicintai. Kata petik sahaja semua akan datang berduyun, kenapa nak petik muka tepi longkang ni jugak?"

Bila amarah menguasai diri, semua akan aku ungkit. Ya setiap kata-kata kesat itulah yang membuatkan aku bangkit semula untuk merawat luka dihati. Meskipun boleh dirawat tetapi parutnya tetap terkesan.

"Nia Humairah, abang cintakan awak lebih dari segalanya. Wasiat Abah Man adalah keikhlasan hati abang untuk menyunting Nia menjadi isteri abang."

"Jangan bersikap kejam terhadap orang lain meskipun untuk memuaskan hati sendiri. Ingat, orang lain juga punya hati punya perasaan. Mudahnya menghiriskan dan senangnya memohon maaf sedangkan pemiliknya begitu sengsara untuk menyembuhkan segalanya."

"Nia...abang..."

Akhirnya pejap tangan itu terlerai apabila suara aku menjadi kendur. Biarlah masa yang menentukan segalanya. Jika benar dialah raja dihati, pasti Allah akan menyembuhkan perasaan yang dibenci menjadi disayangi.

Ya yang terhina ini akhirnya dicintai oleh seorang lelaki yang suatu ketika dahulu pernah mendabik dada untuk menunjukkan tarafnya yang gah.

*********

"Masih simpan lagi ke marah tu?"

"Kalau masih simpan takdelah kita berdua diijabkabulkan."

"Terima kasih Nia..."

"Untuk?"

"Untuk segalanya...termasuk hati ini."

"Sama-sama..."

"Sejak bila cintakan abang?"

"Rahsia..."

"Kata ustaz, bila kita sudah berkahwin si isteri tidak boleh merahsiakan apa-apa dari pengetahuan suaminya. Tidak sejahtera hidup."

Sejak bila pandai gunakan kata-kata ustaz untuk mengukuhkan fakta?

"Err...soal hati tak boleh dirahsiakan ke?"

"Tak boleh, abang nak tahu."

"Oklah, sejak tingkat tiga masa abang jadi hero sekolah selamatkan kawan abang yang hampir lemas dilombong. Kawan abang itu satu dah tahu lepas balik sekolah, teruslah balik rumah ini tidak ajak sekali abang pernah mandi lombong."

"Macam mana Nia tahu abang yang selamatkan kawan abang? Nia ikut abang ye?"

"Terpaksa ikut."

"Kenapa ikut?"

"Saja nak tahu apa abang buat belakang Abah Man."

"Paparazzi..."

"Bukanlah, makguard..."

Tergelak kami berdua. Ya sekarang pengawal bukan lagi didominasi oleh kaum Adam, malah Hawa juga menceburi bidang ini.

"Tapi hairan juga kenapa papa tak marah?"

"Abah Man tak jadi nak marah bila Nia cakap tak nak temankan Abah Man pergi jogging kalau marahkan abang."

"Sayang..bukan Abah Man lagi dah, papa..."

"Tak kisahlah, janji hormat orang."

"Aikk...ungkit ye?"

"Errr..taklah...itukan umum..."

"Tahulah bini kita ni pendakwaraya..."

"Eleh..."

Bisakah yang terpadam dinyala? Ya, seandainya sekelumit rasa itu masih tersimpan disudut hati meskipun cuba untuk menafikan dari kebenaran.

Bisakah yang terhina dicintai? Ya seandainya sudah termaktub kata hati itu terdetik untuk berbisik melagukan erti kasih.

Bisakah yang benci disayangi ? Ya seandainya perasaan itu hanya mati pada lisan tetapi tetap hidup didalam hati.

Bisakah yang dusta dimaafi? Ya seandainya kebenaran melangkaui seagala-galanya dan orang-orang yang memaafi adalah paling yang kasihi.

Bisakah yang terbuka kalbu ? Ya seandainya Allah berhak keatas sesuatu kepada hambanya untuk kita menebus peluang yang kedua. begitu juga kisah antara aku dan suamiku.

Terima kasih Allah kerana membalikkan rasa amarah dan dendam itu agar aku sendiri tidak sesal dengan apa yang mungkin akan berlaku.


*********

Lama tak hup-date :p

Enjoy your reading...inform mana-mana yang kurang ye agar boleh tajamkan kembali bahasa penulisan.

10 September 2012

AT-10-TION!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..

Wah..lama betul tak masuk sini. Punyalah berkali-kali try and error nak dapat password bog lama ni. Selama 3 hari cuba, harini tawakal guna password yang langsung tak duga.

Sekali taip terus boleh access :P

Saya nak pindah blog baru. Korang jangan marah eh. Huhuhuhu..

sini... sini... sini... http://khazliana.blogspot.com

Selamat Hari Raya pembaca semua. Maaf Zahir dan Batin ye.

Stalker yang rajin sangat nak jahit kain saya tu kalau tak malu pilah jengah blog baru aii tu :P

19 April 2012

SOROTAN MENGENAI NOVEL KEDUA

Ok tadi saja google tentang puisi khalil gibran, hati mula terpaut akan kelemakkan dan kemerduan dalam bait penulisannya.

Contoh yang saya ambil untuk dijadikan sebagai rujukan untuk rangka novel kedua ini. Nah, saya paparkan...

Puisi Cinta Kalil Gibran


CINTA yang AGUNG

Adalah ketika kamu menitikkan air mata

dan MASIH peduli terhadapnya..

Adalah ketika dia tidak mempedulikanmu dan kamu MASIH

menunggunya dengan setia..

Adalah ketika dia mulai mencintai orang lain

dan kamu MASIH bisa tersenyum sembari berkata ‘Aku

turut berbahagia untukmu’

Apabila cinta tidak berhasil…BEBASKAN dirimu…

Biarkan hatimu kembali melebarkan sayapnya

dan terbang ke alam bebas LAGI ..

Ingatlah…bahwa kamu mungkin menemukan cinta dan

kehilangannya..

tapi..ketika cinta itu mati..kamu TIDAK perlu mati

bersamanya…
Orang terkuat BUKAN mereka yang selalu

menang..MELAINKAN mereka yang tetap tegar ketika

mereka jatuh

PREVIEW NOVEL KE-2: JODOH ANTARA KITA




WALAUPUN setinggi tinggi mana cinta yang diberi namun jika bukan termaktub dalam loh mahfuz, pasti tidak akan bersama. Walaupun sedalam laut kasih yang dipupuk namun jika sudah tertulis bukan milik bersama, pasti tidak akan terpatri.

Aku gembira apabila mengetahui kisah hidupmu kini bermaya semula. Aku juga kini menjalani kehidupan yang membahagiakan. Allah memang menguji kita supaya kita senantiasa bersyukur dan ada alasan Allah memberikan perpisahan antara kita. Rupanya jodoh antara kita sudah tertulis untuk insan lain yang tanpa kita sangka dan duga.

Ana Dahlia : Saya memang sayang pada awak. Cinta pada awak, tetapi hati saya telah diberikan kepada orang lain. Meskipun kisah kita sudah menjadi sejarah namun awak tetap dalam ingatan saya sampai bila-bila. Terima kasih untuk kasih sayang yang awak kirimkan untuk saya meskipun hanya untuk sementara. Saya tetap menghargai segalanya.

Naz Shazuan : Saya akan sentiasa rindu pada awak walaupun berat hati saya untuk melepaskan awak. Wanita yang satu-satunya berjaya menumpahkan airmata lelaki saya. Saya menghargai segala cinta yang awak balaskan untuk saya walaupun hanya untuk jangka masa yang tidak lama. Saya mencintai awak setulus hati saya. Ketahuilah bahawa separuh hati saya memang khas untuk awak. Meskipun berpengganti, awak tetap terpahat didalam hati.

Aku menangis tanpa segan silu dihadapannya. Dialah lelaki yang satu-satunya berjaya mencarik hatiku yang dingin. Apakan daya, meskipun perasaan ini terlalu kuat tetapi jika tertulis dalam perancangan Allah, siapalah aku dan dia untuk mempersoalkan itu semua.

*********

Baru peringkat awal pengolahan novel ke dua tapi yang pertama (CBM) pun belum siap..hehehehe

PENERANG HATIKU


GHAZ?

"Ha ha ha...macam bunyi tong gas sahaja. Weih pilihlah nama samaran yang sedap sikit bunyinya."

Zara mengejek setelah ternampak pesanan ringkas yang ditaip. Ghaz Sulaiman nama penuh dia, tapi aku lagi suka panggil dia Man. Bila dia guna nama samaran baharu Ghaz, ok sedap jugaklah tapi aku sengaja mengusik. Ghaz Sulaiman memang seorang yang baik hati sangat-sangat. Sebab itu dia memang sesuai jadi partner aku buat audit disalah sebuah syarikat yang dilantik.

"GHAZ! Bukan Gas! Kau ni apahal mengacau hidup aku? Nama sahaja perempuan tapi perangai tak serupa perempuan. Baik kau jadi lelaki teruslah!" Ghaz Sulaiman mengherdik Izara Aishah.

"Eleh, dah basi herdikkan kau tu la tong gas!"

"Bercakap dengan kau macam bercakap dengan kasut."

Perang mulut seorang lelaki lembut tetapi bukan ke arah perempuan dan seorang lagi perempuan kasar tetapi bukan ke arah lelaki. Mereka merupakan teman rapat ditempat sekerja malah satu unit lagi.

"Tu dokumen tu belum settle lagi. Kau kerja lebih masa harini kan? Kau siapkanlah. Esok turn aku pulak."

"Weih Man janganlah macam tu. Kesianlah dekat aku. Banyak tu dokumen nak kena settle, kau apahal balik awal pulak ni?"

"Aku ada hal."

"Hal apa pulak? Dah dekat dateline hantar audit ni weih."

"Mak aku nak jumpa calon menantu dialah!" Ghaz Sulaiman sudah tersenyum-senyum itik!

"Hah!" Aku terkejut dengan kenyataan yang keluar daripada mulut Ghaz Sulaiman. Bila masa dia keluar dating? Kenapa tak pernah nak cerita dengan aku pun. Sampai hati kau, Ghaz Sulaman. Kecik tahu hati aku sekarang!

"Esok aku tolong kau. Bye Zara."

Ghaz Sulaiman berlalu pergi dan tinggallah aku seorang diri hadap dokumen yang perlu disiapkan hujung bulan ini. Gilalah, lagi dua minggu sahaja tau! Memang mata aku akan jadi lebam macam burung hantu gamaknya.

"Tong gas punya GHAZ!"

**********

AKU tengok muka Ghaz muram semacam. Semalam bukan main lagi ceria bersukaria bagai, apsal harini monyok? Gaduh dengan awek la tu. Takde orang lain yang boleh pujuk dia melainkan aku.

"Ghaz, weih apsal monyok macam cekodok basi ni? Semalam bukan main lagi ceria kau. Tak nak story mory dengan aku ke?"

"Aku takde mood."

"Dah kenapa pulak?"

"Takde mood Zara."

"Aku tahulah kau takde mood, tapi pasal apa? Takkan tiba-tiba baru masuk keje tak mood? Takkan boss marah kau kot?"

Aku ni pulak bangsa jenis banyak tanya. Tak main soal satu-satu. Lambat.

"Nantilah aku cerita."

"Ok. Tapi jangan pendam sorang-sorang. Apa guna kawankan? Kalau tang gosip-gosip aku takmau dengarlah."

"Takde kena mengena dengan gosip pun. Thanks to be my good listener. Jom minum, aku belanja."

"Langkah kanan aku nampaknya besarlah eh. He he he. Jom, lapar."

"Zara...Zara...ada kau hidup aku ceria balik, bila takda sunyi sepi."

"Itulah namanya sahabat sejati. Kadang-kadang aku rasa berkawan dengan lelaki lebih sempoi daripada berkawan dengan perempuan. Mana tidaknya berkawan dengan perempuan nak kena jaga hati lebih. Kalau berkawan dengan lelaki payah nak bermasam muka bagai."

"Lelaki best."

"Eleh. Poyo!"

"Poyo..poyo pun best. Orang perempuan emosinya lebih boleh bikin orang lelaki pening kepala."

"Halo..halo..cakap lapik sikit ha. Karang ada yang buat audit sorang-sorang."

Ghaz Sulaiman ketawa. Kan aku dah cakap, aku yang boleh pujuk mamat ni kalau dia bad mood.

*********

Bersambung


Peace Yo!

PREVIEW CERPEN : JANJI KITA





"HEI!, Jangan tarik rambut kitalah. Tak malu ke buli perempuan yang comel macam kita ni hah?!" Aku mencekak pinggang kononnya tanda protes. Padahal dalam hati kecut gila apabila berhadapan dengan budak gemuk yang dah sudah rupa GIANT kartun DOREMON itu aku tengok.

"Pasal tak malulah aku nak buli. Pasal comellah aku lagi suka nak buli, buli dan buli." Zamir mengusik.

"Pergi sanalah! Kalau kau kacau aku lagi, aku cakap dengan papa aku!"

"Cakaplah! Aku tak takut pun. Rambut kau ni sedap aje aku tarik-tarik macam ekor kuda." Zamir semakin galak.

"Papa! Tengok budak gemuk ni! Dia kacau Sarah!" Aku berlari sambil menjerit memanggil papaku. Airmata sudah meleleh sebab sakit rambut kena tarik dengan si gemuk ini. Korang ingat tak sakit ke?

Angkat tangan siapa yang selalu kena buli macam ni. Huhuhu

"Kenapa bergaduh ni. Kitakan berjiran, tak baik gaduh-gaduh. Kenalah kawan elok-elok." Lembut papa memujuk sambil memberi nasihat.

"Dia tarik rambut Sarah papa. Sakit kepala Sarah. Kepala Sarah bukan besi."

"Saya suka rambut Sarah pakcik. Lembut macam dalam iklan dekat tv tu."

Papa tersenyum. Mama pula keluar dari rumah sambil membawa minum petang. Aku lari dapatkan mama. Nasib baik tak terbalik dulang air.

"Sarah, kenapa ni sayang?"

"Budak gemuk tu tarik-tarik rambut Sarah mama. Sakit."

"Kawanlah elok-elok. Mari Zamir minum dengan makcik pakcik sekali."

"Terima kasih makcik. Takpa lain kali saya datang minum. Maaf Sarah, tapi saya memang suka tarik tocang awak. Balik dulu pakcik makcik. Assalamualaikum."

Huh! Kalaulah badan aku besar jugak sudah lama aku ajak bergusti. Sudahlah disekolah pun suka buli aku, dirumah pun masih setia hendak buli jugak! Tamat sekolah menengah, aku nak sambung belajar jauh-jauh. Takdelah dia suka-suka tarik rambut aku.

Aku sayang rambut yang sudah lama aku bela dan panjangnya sudah mencecah ke pinggang. Kalau dahulu, mama suka potongkan rambut aku jadi pendek. Akhirnya semasa tingkatan satu, aku menyuarakan pada mama yang aku hendak bela rambut panjang pula. Rambut aku yang panjang ini sudah berusia lima tahun.

Sejak bela rambut panjang, jadi mangsa buli si Zamir gemuk! Mentang-mentang ketua pengawas sekolah tapi perangai tak serupa pengawas pun. Nampak macam mawas ada! Maksudnya perangai buli dia itulah!

*********

Bersambung

11 April 2012

ENTAH KENAPA GILA BUAT COVER

Assalamualaikum dan selamat malam.

Hiks, tak tahu kenapa gila buat cover pulak dah. Terjebak dengan kawan-kawan yang lain barangkali? Tapi idea belum datang.

Happy viewing...


10 April 2012

PEMILIK JIWA YANG BERNAMA 'NORLIDA OSMAN'


Sehari sepetang siang tadi, saya sebenarnya masih tidak percaya yang beliau akan meninggalkan syarikat.  Saya hanya memerhatikan sahaja cara beliau bercakap, tersenyum, ketawa, bergurau dan memotivasikan kami.

Diatas adalah salah satu ucapan saya dari kami level 2 untuk dibukukan sebagai 'skrap book'. Teringat zaman sekolah dahulu.

Ketua berjiwa rakyat. Ketua berjiwa pembakar semangat. Ketua berjiwa santai.

Farewell Maam. You're most eligable nice person with truly love hearts that I've been met. Oh! my eyes it's going to 'bertakung' again. We'll be missed you, you're ROCK maam!

Khas untuk Mem, peminat AARON AZIZ tau rupanya beliau. Remy Ishak dah kurang uhhmm...hehehe. ^_~



p/s : Fathi Kamil, kau boleh lagi produce label jenama baharu "Kuah Rojak Mem" padahal kepunyaan "Kuah Rojak Mak Bee" eh. Kau memanglah Fathi, sakit perut gelak-gelak. Hahaha...tawa dalam tangisan.

08 April 2012

MUTIARA KATA

“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”

"Bila kita sedar hakikat bahawa kita hanya ada Allah, barulah kita sedar bahawa kita telah mengenepikan Allah dalam banyak perkara dalam kehidupan kita."
 
"Marilah kita bersama2 berkata yg baik dan tidak memaki hamun sesama Muslim :-) Tunjukkan kebaikan dan kehebatan Islam dgn akhlak yg terpuji ajaran Rasulullah saw."
 
“Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Yang BURUK perlu DIJAUHKAN

Yang BAIK dijadikan PEDOMAN

Yang TERJADI ambillah IKTIBAR

Yang BERULANG sematkan sebagai peringatan

Bukan senang menjadi lenang dan bukan susah menjadi payah.

Copy paste daripada jalanan FACEBOOK

07 April 2012

TERUKIR DI BINTANG





BERPELUH-PELUH dengan busana pengantin yang aku pakai. Tetamu sudah ramai yang tiba, lagi buatkan aku jadi gemuruh. Busana ungu mix match dengan warna hijau menaikkan lagi warna tema yang aku dan dia pilih.

Aku sendiri tak tahu macam mana boleh tersangkut dengan mamat ini padahal masa pertemuan dahulu tidaklah seromantik manapun, bertelegah sahaja adalah. Barangkali ini memang jodoh yang telah Allah tentukan antara aku dan dia.

Kalau tak kerana kasut tumit aku yang patah kerana dia mungkin kami tidak akan bertemu jodoh. Terima kasih kasut tinggi hitam eksklusif yang masih lagi aku simpan buat kenangan walaupun sudah patah. Sentimental value kata orang.

Apabila terpandangkan wajah suami aku sekarang hati terasa sejuk sahaja.

'Eleh, kalau dulu wajah itulah yang paling kau menyampah nak tengok Sherry Shazzerina oii..'

*********

Hendak kejar masa punya pasal terpaksalah aku berlari selaju yang mungkin untuk mendapatkan teksi. Waktu peak hour jam satu tengahari memang susah hendak dapat teksi kosong lagi-lagi berada di kawasan yang memang sibuk senantiasa.

Mungkin aku dapat rezeki terpijak hampir sampai ke taxi stand aku ternampak ada satu teksi yang tengah menunggu pelanggan. Memang bernasib baik, pasti aku akan tiba dilokasi tepat jam dua petang. Namun lain yang aku sangkakan lain pulak yang terjadi. Sampai sahaja betul-betul pintu belakang untuk penumpang sepantas kilat badan aku macam kena tolak oleh raksasa. Punyalah kuat sampai aku boleh terjatuh!

"Hoi! Apa main kasar ni? Beratur la!" Aku menjerit kasar tapi tidak boleh pulihkan kesakitan yang aku tengah tanggung sekarang. Banyak cantik hendak mengalah macam itu sahaja! Jangan ingat senang-senang hendak perlekehkan aku. Meskipun aku bukan anak orang kaya tapi keadilan mesti ditegakkan!

Serius benar bunyinya.

"Awak yang kena beratur, saya sudah lama tercanggak berdiri dekat stand ni. So, awak tunggu teksi lain."

What! Pertama, Sudahlah tolak aku. Kedua tak mintak maaf pun. Ketiga, melakukan kekasaran pada kaum yang lemah yakni perempuan seperti aku. Keempat, bila masa dia berdiri dekat stand? Padahal aku nampak takde satu makhluk Allah bernama manusia yang berdiri tegak disitu. Kelima, kau lelaki kenalah mengalah bro!

"Ah! Saya tak kira saya dah lambat. Awak tolak saya tadi jadi awak tunggu teksi lain. Rasullullah pun
bertolak ansur tak kira lelaki ataupun perempuan. Sudahlah tak mintak maaf. Sombong, hidung tinggi dah tu berlagak macam bagus pulak!"

Aku mana boleh kalau orang eksyen dan suka menyindir orang, padahal diri sendiri pun belum tentu betul. Sombong tak kena tempat, memang aku anti habis. Tak kiralah perempuan ke lelaki. Aku tak peduli dah.

"Itu zaman Rasullullah, takde teksi."

"Memang takde teksi, tapi ada unta." Aku menjawab.

"Itu zaman lama." Dia pun tak nak kalah tu!

"Zaman baru ke lama tetap kena ikut sunnah Rasullullah." Aku masih tak boleh mengalah.

"Eh! banyak cakap pulak. Nak beragama berceramah semua bagai pergi masjid la." Nampak sangat macam dah bengang la tu.

"Berdakwah boleh dekat mana-mana sahaja tahu!" Kan dah kena berdas-das dari aku. Abi sendiri yang selalu nasihatkan aku kalau hendak berdakwah buakn setakat, masjid, surau malah dimana-mana pun boleh. Jadi jangan bagi alasan yang aku tidak boleh terima pakai.

Eh...eh...tiba jadi sombong pulak. Insaf..insaf.

"Cik berdua tunggu teksi lain. Saya hendak cari penumpang lain. Saya cari rezeki bukan hendak dengar kamu berdua bertekak. Cik berdua hendak kemana?" Tiba-tiba pemandu teksi bersuara selepas menurunkan tingkapya. Serentak itu juga....

"Kelana Jaya Business Centre!"

Hah! Sama tempat hendak pergi pulak dah! Sah-sah pemandu teksi akan suruh dua-dua naik sebab tuju arah sama.

"Kalau macam itu naik sekali sahajalah, bahagi dua tambangnya. Jimat, tak perlu bertekak siapa betul siapa salah."

Kan aku dah cakap...

Pemandu teksi cina ini barang syarahan pendek yang betul-betul menikam dada aku (insaf). Tak tahulah hati jenis mamat toya sebelah aku ini. Rupa sahaja elok perangai entah apa-apa. Aku mengibas-ngibas rambut aku yang ikal mayang supaya kelihatan terurus kembali. Duduk dalam teksi tiba-tiba tumit kasut aku patah!

Aduh!

**********

"Terima kasih uncle."

"Sama-sama. Jangan gaduh-gaduh, nabi suka kalau umat dia ada sifat kasih sayang dan kesabaran yang tinggi. Assalamualaikum."

Hah! Bukan cina tapi mualaf rupanya uncle ini. Baharu perasan dia ada bela janggut, sekali pandang ada rupa Ustaz Azhar Idrus pulak. Kalau muka mamat sebelah ini ada iras-iras pelakon Johan Iskandar tu.

Eh..eh..apa kena dengan aku?

"Waalaikumsalam. Baiklah uncle, terima kasih nasihatkan kami."

"Thanks."

Punyalah berlagak mamat ni. Masa uncle ni berbual mesra, dia boleh pasang earphone ditelinga kemudian pakai cermin mata hitam. Tidurlah tu! Kurang asam! Tak hormat orang langsung! Anak siapa dia ni eh?

Mamat toya ni terus berjalan tak pandang-pandang belakang dah. Sudahlah tolak aku, kasut aku pun sampai patah dikerjakannya! Hendak atau tidak terpaksalah aku jalan terhengkot-hengkot ke kedai kasut yang berdekatan untuk membeli sepasang kasut yang baharu.

Selesai membeli kasut yang patah ini aku tidak buang begitu sahaja. Mahal tau. Sepasang RM79.00 hampir ke RM80.00. Aku jenis sayang barang, selagi boleh pakai aku akan pakai seberapa lama yang boleh. Abi yang terap nilai-nilai murni supaya jangan membazir. Sayang Abi.

Umi dah takda jadi Abi yang menggalas tanggungjawab membesarkan aku dan adik Aiman. Umi meninggal sewaktu melahirkan adik ketiga. Ketentuan Allah, kedua-dua menyahut panggilan Illahi. Al-Fatihah untuk arwah umi dan adik.

Aku lihat jam ditangan hampir ke dua setengah petang. Alamak! Sudah terlewat setengah jam! Mintak-mintak client itu masih ada kalau masak aku hendak bersoal jawab dengan ketua yang ala-ala diktator dipejabat. Ketua aku itu baik hati cuma hal-hal kerja dia agak serius.

Setibanya aku diruang legar syarikat Cemara Holdings, aku terus menuju ke kaunter penyambut tetamu. Setelah memberitahu tujuan aku kemari, penyambut tetamu yang bertudung itu memohon supaya aku menunggu seketika di sofa yang telah disediakan.

Besar sungguh pejabat ini. Maklum pemiliknya bergelar Tan Sri yang terkenal di Malaysia.

"Cik Sherry, Encik Kushairi akan turun sebentar lagi. Sila jemput minum dahulu untuk hilangkan dahaga."
Ok hospitality syarikat ini memang bagus. Sekejap aku ehndak berjumpa dengan En Sulaiman kenapa En Kushairi pula? Siapa pula En Kushairi ni?

"Baiklah. Terima kasih. Saya tumpang bertanya, sepatutnya saya akan berjumpa dengan En Sulaiman, boleh saya tahu siapa pula En Kushairi?"

"Oh, En Sulaiman kebetulan hariini ada emergency jadi dia dah balik pukul sepuluh pagi tadi. En Kushairi itu Pengurus disini merangkap ketua kepada En Sulaiman. Jadi dia sendiri akan turun padang berjumpa dengan Cik Sherry untuk further discussion harini.

"Oh, terima kasih. Baiklah kalau macam itu. Terima kasih kerana membantu."

"Sama-sama. Kalau ada apa-apa yang Cik Sherry perlukan panggil saya ya."

"Baiklah. Terima kasih sekali lagi ya. Mintak tolong simpankan bungkusan ini ditempat Cik Ayu ya, segan pula saya nak usung bungkusan ini ke sana ke mari."

"Boleh takda masalah."

Aku tersenyum. Bagus, baik betul Cik Ayu ini. Kena pula nama dengan orangnya. Lembut sahaja bercakap. Sekarang hendak kena berdepan dengan perangai En Kushairi ini macam mana pulak orangnya. Kalau En Sulaiman itu agak sedikit tegas, tak tahulah pulak ketegasan En Kushairi makin lagi tinggi ataupun kurang sedikit dari pembantu dia.

Bukan ketua-ketua jawatan memang tegas ke?

**********

Hampir sejam jugaklah kena tunggu orang-orang besar macam ini. Tunggu dioarang habis meeting dulu la, habis another appointment la, itu la , ini la...naik kematu jugak aku duduk disofa yang memang empuk tapi belum cukup mampu buatkan punggung aku jadi selesa.

Kepantangan aku adalah menunggu orang lama-lama. Tapi apa mahu buatkan, urusan business mesti kena sabar banyak.

Kalaulah aku boss kan best?! Berangan lebih bolehlah.

Setelah lama menanti akhir muncul jugak kelibat En Kushairi ini. Tiba-tiba aku jadi tergamam, bukan takut atau kecut tapi kemarahan tadi wujud kembali. Inilah orangnya yang berebut teksi dengan aku dan buatkan kasut yang aku sayang itu patah! Kenapalah kecil benar dunia ini?

Bukan memang kecil ke?

Aku mengadap mamat poyo ini kecil besar kecil besar sahaja. Kalau ikutkan hati mahu sahaja aku ketuk kaki dia dengan tumit kasut yang masih tajam baharu aku beli sebentar tadi. Oleh kerana urusan perniagaan dua syarikat gergasi, maka aku kenalah bersabar sebanyak-banyaknya. Jangan dia buat hal seperti tadi sudah.

Kushairi mengamat wajah itu, kemudian dia tersenyum sinis. Peluang untuk menyakiti hati wanita yang mula mengusik hati lelakinya terbuka luas. Manalah tahu dengan pertemuan ini akan merapatkan lagi jurang antara mereka. Sebenarnya Kushairi tertarik dengan wajah wanita yang berada dihadapannya. Siapa tak tertarik wajah persis pelakon Izara Aishah tu. Cair iman beb!

"Good day, I'm Kushairi Iskandar. Nice meeting you again. Shall we?"

Eleh cakap mat salih konon! Pigidah! Ingat aku tak pandai ke?

"Assalamualaikum En Kushairi Iskandar. I'm Sherry Shazzerina. Nice meeting you too. Be pleasure."

Hambik kau!

"Waalaikumsalam." Pendek sahaja jawapan yang aku dengan daripada mulut mamat poyo ini. Itu baharu sedikit tau. Masih ada banyak lagi peluru berpandu aku. Cubalah kalau berani.

Eh! Sabar Sherry Shazzerina, kau tengah bawa kumpulan syarikat untuk berunding tender dengan syarikat mamat ini. Tersilap langkah padah menanti weih!

Kushairi Iskandar hanya tersengih memandang aku. Pelik pulak mamat poyo ini, orang sindir dia boleh lagi tersenyum-senyum. Sengaja hendak menguji akulah tu.

Sampai sahaja didalam bilik kecil untuk perbincangan, aku terus mengeluarkan proposal untuk mempercepatkan masa perjumpaan yang buatkan aku rasa tidak berapa selesa. Kalau masih berpanjangan, aku mohon orang lain yang handle. Aku nak buat kerja lain.

Kalau boleh!

"Saya belum berminat hendak melihat proposal syarikat Cik Sherry. Apakata kita bersuai kenal, manalah tahu boleh jadi kawan ke teman tapi mesra ke paling tidak pun saya dapat jadi boyfriend Cik Sherry."

Tiba-tiba peluh jantan aku datang walaupun duduk dalam keadaan suhu aircond yang agak sejuk. Apa kena pulak dengan mamat poyo ini? Hendak perdajalkan aku ke apa ni? Lain macam benar tengok muka dia. Masa berebut teksi tadi bukan main lagi sombongnya. Ni berkalih menjadi kucing siam pulak tak pepasal.

"Tujuan saya datang ke sini untuk mengusulkan proposal, bukan kearah lain. Maaf En Kushairi, barangkali perjumpaan harini salah waktu. Saya pulang dahulu. Bila En Sulaiman masuk saya akan buat appointment baru dengan beliau."

"En Sulaiman tidak akan menguruskan projek ini lagi, tetapi aku sendiri yang ambil alih. Suka atau tidak Cik Sherry kena berikan kerjasama yang baik dengan aku. Lagipun aku bukan pegang-pegang Cik Sherry, sekadar berbual kosong. Takkanlah baru berjumpa terus hendak serius?"

Apa punya bahasa dia pakai?

"Kita sekarang dalam waktu formal, bukan di kafeteria ke, warung mamak ke ataupun restoran mahal-mahal. Saya balik dahulu. Maaf."

Aku berkira-kira untuk menyimpan kembali proposal yang telah dikeluarkan. Tetapi dihalang oleh mamat poyo ini. Bikin darah aku naik sahajalah.

"Baiklah kita mulakan perbincangan. Tetapi dengan tiga syarat."

Aik! Sejak bila aku attend meeting untuk kemukakan proposal client letakkan bersyarat-syarat? Ini sudah lebih!

"Apa syaratnya? Saya nak balik cepat. Nanti teksi susah nak dapat."

"Syarat pertama, Cik Sherry hanya kata ya saya bersetuju En Kushairi Iskandar. Tidak boleh bangkang tapi ikut perintah."

Aku mula sudah tidak sedap hati. Permainan apakah ini?

"Belum tahu apa bendanya saya mana boleh bersetuju macam itu sahaja! Jangan nak buat propa lebih-lebih En Kushairi. Ingat! Walaupun syarikat kita berganding bahu tapi tidak semestinya saya mesti mengikut telunjuk En Kushairi." Aku sudah mula marah, hilang pertimbangan sekejap. Lupa siapa yang berada dihadapan mata aku ketika ini.

"Seperti yang aku katakan tadi, tiada bangkangan."

"Hish! Yelah. Apa syaratnya?"

"Esok Cik Sherry kena keluar makan malam bersama aku. Harini aku hantar Cik Sherry balik supaya boleh ambil Cik Sherry dekat rumah. Ingat, tiada bangkangan."

"What! Tidak! Saya tak setuju!"

"Kalau macam itu tender antara syarikat Cik Sherry dan aku terbatal. Cik Sherry boleh balik sekarang."

Ok! Aku rasa sangat-sangat hendak pitam. Dugaan apakah ini? Abi! Tolong Sherry! Sherry tak suka dengan mamat poyo ini! Terpaksalah aku bersetuju memandangkan misi syarikat perlu diutamakan. Nanti tak pepasal aku akan dipertanggungjawabkan pulak antara janji yang telah termeterai antara kedua-duanya. Kau memang cari penyakit dengan aku mamat poyo!

"Oklah, saya setuju..." Suara aku yang agak meninggi tadi mulai kendur. Mulalah airmata bertakung. Dasar anak kecik betul aku ini!

"Bagus, kalau macam itu perjanjian kita termeterai dan aku tarik balik pasal pembatalan tender tu. Sekarang kita boleh balik. Aku hantar."

"Tapi jam sekarang baru pukul empat, belum pukul lima setengah petang. Jadi saya kena balik office dulu."
"Bagus, kalau macam itu senang aku nak hantar Cik Sherry pergi dan balik kerja. "

Hah! Ada yang pitam sadis sekejap lagi ini. Dia sendiri pun naik teksi tadi. Eh, sekejap betul ke dia ini En Kushairi Iskandar? Kalau ya kenapa pakaian dia selebet aje? Entah betul ke tidak dia. Bahasa pun tunggang langgang.

**********

"Malam ini jangan lupa pulak. Aku jemput kau lepas solat Isya'."

"Yelah. Kau kalau tak paksa orang tak boleh ke?"

"Itu syarat yang kau dah setuju."

"Setuju paksa namanya tu."

"Aku tak kira, tetap dalam istilah setuju." Kushairi Iskandar tetap sebegitu.

"Malas aku nak layan kau."

"Jangan malas-malas, esok aku jadi suami kau kena rajin-rajin."

Aku kata A dia akan balas kata B. Akhirnya aku mendiamkan diri. Sudahlah pergi balik kerja dia yang ambil. Aku sekarang sudah tidak terkejar-kejar bas ke, teksi ke ataupun komuter. Ada prebet sapu yang angkut aku ke sana ke mari. Dia tak kerja ke?

Sampai sahaja restoran mewah itu, aku turun terus menonong. Malas hendak bercakap-cakap sebab apa-apa nanti aku yang kena balik. Kushairi Iskandar hanya tersengih. Adalah idea hendak mengenakan aku. Masuk ini kali yang kesepuluh kitaoarang keluar bersama. Makna sudah hampir tiga bulan mamat poyo ini mendekati aku. Satu sahaja aku senang dengan dia, langsung takde hendak ambil kesempatan.

Lain-lain kebaikkan dia aku masih belum nampak. Cuma mulut dia kalah bertih jagung. Kadang-kadang kata-kata dia ada juga menyakitkan hati aku.

"Kau ni cantik tapi sayang mulut tu tak reti nak diam. Lepas tu degil. Kuat membebel."

"Hoi, kau ni suka sangat mengata orang itu mengata orang ini. Tengok diri tu dulu baik ke tak? Dah lah paksa orang lepas tu siap ugut pulak."

"Aku punya mulut aku punya sukalah. Perjanjian tetap perjanjian."

"Memanglah kau punya suka. Tapi tak ingat ke mengata orang itu umpama makan daging saudara sendiri."

"Kubur masing-masing. Dosa pun masing-masing tanggung."

"Ada aku kata kubur kita masuk sama-sama? Kau ingat hari besar itu esok takde orang tuntut? Lagi-lagi orang depan-depan ini kau kutuk ingat aku tak tuntut ke?"

Merah padam muka Kushairi Iskandar apabila aku berkata sebegitu. Harap-dia fahamlah maksud aku supaya jangan asyik seronok hendak mengata orang. Kena dekat diri sendiri balik baharu tahu. Aku terkejut apabila Kushairi berpaling meninggalkan aku sendirian.

Merajuk? Lelaki seperti dia yang dingin ini pun tahu merajuk ke?

Aku menuju ke kaunter pembayaran dan terus membayar bil. Da ajak aku keluar tapi aku yang kena keluar duit. Dia senang-senang balik terus. Aku telefon Abi tapi tidak berangkat, barangkali Abi masih disurau.

Akhirnya aku ambil keputusan ambil teksi balik ke rumah. Aku bernafas lega selepas ini tidak perlu lagi kena paksa naik kereta bersama dia. Ok, aman sekejap aku rasa. Nasib baik malam ini aku pakai kasual. Jeans bersama t-shirt lengan panjang.

"Kau ingat boleh balik macam itu aje? Kenapa dah bayar bil?"

"Aku ingat kau dah balik. Merajuk."

"Siapa kata aku merajuk. Aku pergi ambil angin balik untuk surutkan rasa hati."

"Hai, pandai merajuk rupanya. Ingatkan takde perasaan macam itu."

"Ingat perempuan sahaja tahu merajuk. Lelaki pun samalah. Ego sahaja lebih."

"Memang pun."

"Aku hantar kau balik. Esok tebus balik untuk malam ini yang dah spoil sekejap."

"Hah!"

"Takde hah..hah... Esok waktu macam biasa."

"Tapi Isnin kerja."

"Siapa suruh spoil kan mood saya?"

"Mana aci!"

"Kat Batu Caves."

Aku rasa hendak menangis pun ada. Kenapa ya Allah temukan aku dengan dia?

**********

"Assalamualaikum pakcik. Maaf saya selalu bawa Sherry keluar. Tujuan saya untuk mengenali siapa diri dia yang sebenar. Ternyata dia pilihan hati saya untuk dijadikan suri dalam hidup saya. Izinkan saya mengambil Sherry sebagai isteri saya yang sah."

Abi tersenyum aku sudah jatuh terjelopok pengsan dengar pengakuan berani dari Kushairi Iskandar.

"Sherry! Sherry!"

Terngiang-ngiang suara itu memanggil aku. Sekarang aku sudah berada diatas katil. Pasti Abi yang angkat aku sebentar tadi.

"Maaf Abi terpengsan pulak. Mesti berat Abi angkat Sherry kan."

"Bukan Abi."

"Habis takkan Sherry berjalan sendiri pulak?"

"Kushairi yang papah kamu. Kaki Abi sakit, jadi tak larat."

"Apa! Mana boleh macam itu Abi."

"Keadaan darurat."

"Abi...kenapa..." Airmata aku mula bertakung. Kenapa mamat poyo itu berani betul bertindak sebegitu. Dia ingat aku ini budak kecil ke?

"Aku akan bertanggungjawab. Hujung minggu rombongan meminang daripada pihak aku akan sampai. Abi dah setuju. Abi kata daripada kita berdua selalu keluar yang bukan muhrim lebih baik kita bernikah. Halal."

Sejak bila Abi aku jadi Abi dia?

"Saya tak setuju Abi."

"Abi dah setuju. Sherry anak Abi jadi kena dengar cakap Abi. Jangan jadi anak derhaka. Sherry sahaja anak perempuan Abi."

"Saya akan buktikan pada awak yang saya sebenarnya bukanlah orang yang awak benci sangat. Saya takkan ganggu awak sampai hari tarikh kita bernikah. Saya minta maaf diatas kalau saya ada sakitkan hati awak. Sumpah, saya jatuh cinta dengan awak semasa kita berebut teksi tempohari. Saya serahkan hati saya pada awak, harap dapat disemai dengan baik. Assalamualaikum."

Aku tergamam apabila terdengar pengakuan yang lahir dari hati si mamat poyo ini. Inikah dia lelaki yang dingin, kasar bahasanya yang aku kenali? Kenapa rasa berbeza sangat? Kenapa hati mula rasa sesuatu? Kenapa aku boleh berperasaan begini pula?

"Abi keluar dulu. Sherry rehat. Esok kalau tak larat, ambil cuti sakit."

Aku hanya melihat Abi dan Kushairi keluar daripada bilik dengan ekor mata. Hati melonjak-lonjak supaya pergi dapatkan dia namun kaki berat untuk melangkah. Kenapa hati tidak seiring dengan tindakan refleks tubuh badan?

Aku bangun melangkah malas menuju ke jendela. Aku melihat Abi dan Kushairi berpelukkan. Amboi cepat betul mesranya. Kemudian aku terkejut apabila Kushari memandang aku sambil tangannya melambai-lambai.

Lantas langsir jendela aku tarik dengan pantas. Hati marah buat begitu. Tapi tangan yang tiba-tiba bertindak sedemikian.

**********

Usai dari urusan peminangan tempohari, aku kini sudah bergelar tunangan orang. Cincin belah rotan serta cincin bertakhta sebiji batu permata tersarung lengkap dijari manis aku. Macam tidak percaya, daripada berstatus bujang sekarang sudah menjadi milik orang. Pertemuan yang bukan romantis melanda hidup aku.

Kecoh satu pejabat kata aku sampai hati tidak mengajak mereka. Bukan tak hendak cuma permintaan Abi buat kecil-kecilan untuk keluarga terdekat sahaja. Kenduri besar esok baharulah buat jemputan beramai-ramai. Abi memang sebegitu, merendah diri. Abi tidak mahu esok-esok tidak menjadi pula.

Tarikh pernikahan akan berlangsung dalam masa dua minggu lagi. Sepanjang tempoh aku bertunang selama tiga bulan ini, bayang Kushairi langsung aku tidak nampak. Merajuk betul. Nampak sahaja kasar tapi sebenarnya hati tisu. Ceh!

Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi. Nombor privasi yang sukar untuk aku kenali siapa pemanggilnya.

"Assalamualaikum."

Hmm..patutlah, dengar suara pun dah tahu siapa. Lama menghilang tiba-tiba call pula. Saja nak bagi aku dalam dilema.

"Waalaikumsalam."

"Apa khabar sayang?"

Erkk...hampir terlepas telefon bimbit ditangan. Apa kena pula dengan Kushairi ini? Tiba-tiba sahaja romantik.

"Err..baik..baik..ok..ok.."

"Gugup bila kena panggil sayang?"

"Errr..."

"Kenapa belajar dari sekarang. Esok sayang ambil cuti setengah hari. Kita pergi fitting baju. Sayang test dulu. Petang sikit saya datang test. Kita buat dalam masa yang berbeza. Saya ingat janji saya malam itu."

"Errr.."

"Assalamualaikum sayang. Missed you already."

Haih, kenapa hati rasa sayu tiba-tiba?

"Sherry, masuk bilik saya sekejap. Bawa sekali proposal dan surat perjanjian dengan pihak Cemara Holdings." Interkom aku berbunyi dan menyahut panggilan daripada Ketua Pengurus.

"Baik En Azman."

Aku mengambil fail-fail seperti yang dipinta. Minda masih terngiang-ngiang dengan suara lunak Kushairi. Lembut sahaja. Kalau selalu kasar bukan main bicaranya.

"Selamat pagi En Azman, ini failnya. Perjanjian antara pihak kita dan Cemara Holdings akan berterusan. Minggu hadapan kita akan buat perjanjian terbaharu dengan proposal yang sudah saya lengkapkan."

"Bagus Sherry Shazzerina. Prestasi awak sungguh memberangsangkan. Pihak syarikat menghargai segala usaha gigih awak."

Usaha gigih? Takda gigih mana pun. Kalaulah diaorang tahu aku bertunang dengan anak Tan Sri pemilik syarikat Cemara Holdings memang kecoh besarlah. Setakat ini aku masih menyimpan rahsia dengan cermat.

"Terima kasih En Azman. Saya hanya menjalankan tugas. Ada apa-apa lagi En Azman?"

"Esok pagi kita ada mesyuarat dengan pihak Cemara Holdings berkaitan dengan penjanjian ini. Saya hendak awak turut serta."

Aku terkejut. Kalau kena pergi esok maknanya aku akan bertembung muka dengan tunangan aku sendiri. Sudah lama tidak berjumpa bagaimana rupa dia sekarang? Masih selebet?

"Baiklah."

Ok sebenarnya aku hendak jawab lain tapi terkeluar perkataan lain pula. Hati dengan gerak bahasa tubuh memang tidak seiring lah!

"Pukul sembilan kita akan bergerak ke sana. Kita naik kereta syarikat."

Aku hanya mengangguk.

"Itu sahaja. Terima kasih Sherry. Awak boleh keluar sambung buat kerja awak."

"Terima kasih En Azman. Saya mohon diri."

**********

Masuk bilik mesyuarat itu aku tidak nampak kelibat tunangan aku. Adalah sedikit kecewa, ingatkan dapatlah jumpa dia walaupun sekejap. Tiba-tiba jadi rindu tak pepasal.

Aik!

Sepanjang mesyuarat itu dijalankan, semangat seperti terbang melayang. Namun nasib baik masih boleh kendali pembentangan tentang usul proposal itu. Kalau tidak memang masak aku.

Mana dia pergi? Aku lihat En Sulaiman yang masuk mesyuarat bagi menggantikan tunangan itu.

"Terima kasih, saya berpuas hati dengan proposal yang dibentangkan. Minggu hadapan kita akan buat conference untuk menandatangi memorandum kedua-dua syarikat."

Mesyuarat berakhir dengan berita yang baik tapi hati aku masih rasa sedih. Dia lari dari aku ke?

Selesai perjumpaan, kami makan tengahari bersama dan aku memohon Ketua Pengurus untuk ambil cuti separuh hari. Oleh kerana mood dia baik, permohonan aku diluluskan tanpa banyak soal.

Aku ambil teksi dan menuju ke butik perkahwinan yang telah ditempah oleh tunangan aku. Kalau pasangan lain pergi sama-sama tapi tidak aku dan dia. Pergi masing-masing. Ok aku mengaku, dalam hati ini mulalah tumbuh sikit rasa sayang pada si mamat poyo itu. Tak tahu bila masa ianya tumbuh dan makin bercambah.

Aku rindu dengan usikkan dia. Aku rindu dengan kata kasar dia. Aku rindu hendak tengok wajah dia yang penuh dengan senyum sinis dan aku rindu segala-galanya tentang dia.

Sampai sahaja dibutik pengantin, penyambut tetamu menyambut aku dengan penuh mesra. Eksklusif betul butik ini. Mesti mahal material dia.

Aku cuba itu aku cuba ini. Ambil ukuran itu ambil ukuran ini. Aku pilih warna itu aku pilih warna ini, akhirnya aku pilih dua warna tema. Aku teringat dia suka pakai baju warna hijau, sesuai dengan kulit dia yang putih. Aku gemar pada warna ungu, maka tema aku ungu pekat dan hijau pucuk pisang. Usai semua urusan aku keluar daripada butik pengantin itu.

Aku buat rancangan tidak akan pergi jauh. Nampak kelibat Kushairi aku akan masuk semula ke dalam butik. Jam sudah hampir ke pukul empat petang. Aku menyorok di kedai buku yang berhampiran.

Dalam setengah jam aku membelek-belek buku sambil mata menjengah, aku ternampak kelibat seseorang yang mengenakan topi dan berkaca mata hitam. Namun berjambang. Diakah?

Selepas membayar majalah pengantin yang aku belek, terus aku pun masuk melangkah ke butik itu. Mata kami bertemu antara satu sama lain. Aku terkejut melihat perkembangan terbaharu dia. Memang benar dia yang berjambang itu. Kenapa boleh jadi macam itu?

Cepat-cepat Kushairi keluar daripada butik pengantin itu. Larikan diri daripada aku lagi. Kenapa awak berlaku kejam pada diri sendiri?

Aku pun berlari mengejar bayangan Kushairi, tetapi dia terus hilang dari pandangan. Tanpa sedar aku sudah berdiri ditengah jalan. Datang sebuah kereta Toyota Wish hampir melanggar tubuh badan aku. Apa yang mampu aku bleh buat berdoa dan pejamkan mata serapat mungkin.

Tiba-tiba badan aku dipaut seseorang. Aku buka mata, Kushairi yang memangku aku.

"Hoi! Mahu mati ka!" Pemandu cina itu memaki hamun aku. Airmata sudah laju turun ke pipi. Kushairi mengelap airmata yang mengalir. Dia memapah aku.

"Sayang tak apa-apa? Kenapa sayang bahayakan diri sendiri? Sayang kenapa lari tak tengok jalan semua?"

Aku diam. Tiada lagi tangisan cuma tergaris sedikit senyuman.

"Kenapa berjambang semua ini? Kenapa lari? Kenapa tak nak jumpa saya? Kenapa awak buat macam ini dengan saya? Awak tak sayang sayang ke?"

Masing-masing bertanya soalan yang tiada jawapan. Akhirnya kami sama-sama sudah berada dalam kereta.

"Awak tak jawab soalan saya."

"Sayang pun tak jawab soalan saya."

Degil! Dua-dua kepala batu.

"Awak jawab dulu kemudian saya jawab soalan awak." Saya beri cadangan. Kushairi Iskandar tersengih. Hilang sikit rindu aku pada senyuman sinis itu.

"Pertama saya berjambang sebab terlalu sibuk uruskan hal pejabat dengan perkahwinan kita. Kedua saya lari sebab saya tak nak awak sakit hati apabila nampak muka saya. Ketiga bukan saya tak nak jumpa tapi memanga teringin sangat-sangat, tapi bila ingat semula janji saya itu yang saya tahankan rasa rindu yang penuh bersarang dalam hati. Keempat saya buat macam itu untuk kebaikkan kita bersama. Dan yang terakhir, sekali saya bersumpah malam itu memang itulah yang terlahir dari hati saya yang satu ini."

Terpanar dengan pengakuan itu seketika. Aku mengutuk diri sendiri sebab menuduh yang bukan-bukan.

"Sekarang giliran awak."

"Pertama, saya tak apa-apa cuma sakitlah sikit sebab terjatuh tadi. Kedua itu tindakan refleksi yang saya sendiri tak duga. Ketiga, asyik cari awak yang hilang tiba-tiba saya tak perasan yang saya sudah ada ditengah-tengah jalan. Terima kasih sebab selamatkan saya."

"Lagi." Seperti biasa dengan usikkan itu. Rindu bertandang lagi.

"Lagi? Mana ada. Dah habis."

"Mana boleh habis."

"Habis. Tamat."

"Belum lagi."

"Apa yang belum lagi? Tiga soalan awak bagi, tiga jawapan saya beri." Masih degil lagi tu. Bila hilang depan mata mulalah rindu itu ini.

"Tentang rasa awak pada saya."

"Err...jom pergi klinik."

"Mengelaklah tu."

"Ok saya mengaku saya mula sayangkan awak, rindukan awak dan cintakan awak."

"Terima kasih. Alhamdullillah Allah dengar doa saya supaya dibukakan pintu awak untuk saya."

"Err..." Aku tidak boleh kata apa-apa apabila ternampak kelegaan diwajah yang berjambang itu.

"Lagi dua minggu kita akan bernikah."

"Ye saya tahu."

"Tak sabar."

"Hoi!"

Kushairi Iskandar ketawa dan aku mencubit lengannya. Kemudian aku pula yang ketawa.

**********

"Terima kasih sebab sudi terima diri abang yang sepenuhnya."

"Siapa kata? Pasti?"

"Erkkk...sayang.."

"Acah mak enon!"

"Eh! Dia pun dah pandai mengusik." Suamiku menarik hidung aku yang agak mancung. Hendak juga puji sendiri. Siapa lagi yang hendak puji kan?

"Sayang."

"Ye."

"Tutup lampu."

"Apa! Awal lagi ye. Abang jangan nak mengada-ngada."

"Abang suruh tutup lampu tapi abang belum habis cakap lagi."

"Err..."

"Tutup lampu, kita duduk depan buka hadiah."

"Oh..."

"Ha ha ha...sayang ini memang kelakar."

"Gelak...gelak...ketuk dengan tumit kasut karang baru tahu."

"Eleh kasut dah patah pun simpan lagi."

"Sentimental value tu. Kalau tak kerana abang tolak sayang sampai patah kasut sebab berebut teksi, rasanya kita tidak akan berjumpa sampailah ikatan harini."

"Saja abang tolak."

"Hah?"

"Abang dah lama perhatikan sayang. Cuma saja ambil masa lama sikit mengintip sayang."

"Tak kisahlah janji kita berdua sudah jadi suami isteri. Abang tahu, En Azman terkejut tengok abang yang jadi suami sayang. Orang dekat pejabat semua marah-marah sebab sayang sorok identiti abang."

"Sayang memang macam itu. Perahsia. Bila kena paksa baharulah hendak buka rahsia dia."

"Eleh."

"Jangan eleh-eleh sangat."

"Ugut."

Kushairi Iskandar tergelak besar. Aku? Gelak besar jugak. Tak sangka orang yang aku benci sebab tolak aku dengan kasar akhirnya menjadi raja didalam hati. Ada sebab mengapa Allah pertemukan aku dengan orang seperti dia. Sudah tertulis perjalanan kisah hidup aku ditangan Allah. Siapa aku untuk mempersoalkan segalanya kan? Kata orang titian hidup kita yang corakkan sendiri tetapi jangan lupa sebenarnya percaturan dan ketentuan Yang Maha Berkuasa.
**********
Tamat jugak kisah ini akhirnya....Phewwww...

Ada lagi dua tiga cerita tu nak kena olah. Huhuhuhu.
Selamat berehat kawan-kawan.

BILA JARI MULA MENARI © 2008 Por *Templates para Você*